Senario 1:
23.8 tan gula dirampas
Pemilik gudang sorok stok hampir separuh keperluan Perlis
KANGAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri merampas 23.8 tan gula pasir bernilai lebih RM32,000 dalam satu serbuan di sebuah gudang di Jejawi, dekat sini, petang kelmarin.
Semua stok yang menyamai hampir separuh daripada keperluan gula harian seluruh negeri itu, dirampas selepas dikesan cuba disorokkan pemilik gudang berkenaan dipercayai sejak beberapa hari lalu
Perlis setiap hari memerlukan antara 50 hingga 60 tan bekalan gula pasir untuk memenuhi keperluan isi rumah harian seluruh negeri. (Baca selanjutnya)
--------------------------------------------
Senario 2:
GULA : Eishh Last Pengguna Jugak Di Salahkan...
Sikap panik pengguna jejaskan bekalan
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Sikap panik pengguna yang membeli gula secara berlebihan merupakan antara punca bekalan bahan tersebut terjejas di pasaran.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, tindakan itu juga secara tidak langsung memberi kesempatan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyorok bekalan gula dan mengaut keuntungan dengan menaikkan harga.
"Oleh itu pengguna perlu bijak dan tidak terikut dengan tindakan membeli gula secara berlebihan.
"Jika tidak, mereka hanya akan diperalat oleh orang tengah yang cuba mengaut keuntungan mudah dengan mengambil kesempatan di atas kekalutan pengguna sendiri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. (Baca selanjutnya)
-------------------------------------------
Senario 3
Gula 'hilang' di tengah jalan
KANGAR: Isu kekurangan bekalan gula pasir tidak sepatutnya timbul terutama di Perlis, melainkan jika stok yang dibekalkan kilang 'hilang' di tengah jalan, kata Pengerusi Koperasi Gula Perlis (KGP), Shukor Sultan.
Malah, Shukor berkata 'kehilangan' stok gula di pasaran dipercayai mempunyai kaitan besar dengan aktiviti penyeludupan yang sudah sekian lama wujud terutama di negeri sempadan seperti Perlis.
Selain itu, katanya, kumpulan pemborong juga turut memainkan peranan besar dalam mengagihkan bekalan diterima, sekali gus mengawal jumlah stok gula di pasaran.
--------------------------------------------
Senario 4
Penyeludupan punca bekalan kurang di Perlis
PADANG BESAR: Aktiviti penyeludupan bukan punca utama Perlis berdepan situasi kekurangan bekalan gula pasir, kata Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Penguatkuasaan negeri, Mat Rawi Kassim.
Beliau berkata, walaupun aktiviti penyeludupan berlaku di sempadan Malaysia-Thailand termasuk di Perlis sejak sekian lama, namun ia bukan faktor utama yang menyumbang kepada isu kekurangan bekalan gula.
"Ini terbukti apabila tinjauan penguatkuasaan selama lebih sejam di pintu masuk sempadan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di sini, mendapati tiada sebarang cubaan menyeludup gula dikesan. (Baca selanjutnya)
---------------------------------
Aku nak percaya hak mana satu tah??
Yang pasti gula payah nak dapat....
No comments:
Post a Comment