Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, August 26, 2009

Ceramah agama kontroversi: Pemuda PAS Perlis buat laporan polis

KANGAR - Ekoran kata-kata kontroversi yang menghina Islam dari seorang ustaz yang mengadakan kuliah di Masjid Alwi dekat sini pada 17 Ogos lalu, Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) telah membuat laporan polis.
Laporan dibuat sendiri Ketua DPPPs, Ustaz Ya'akub Abu Seman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar Sabtu lalu terhadap Ustaz Mohd Asri Sobri iaitu bekas pelajar Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) dan pernah bekerja di Jabatan Mufti Negeri Perlis. Beliau sekarang sedang menuntut di sebuah universiti di Timur Tengah cawangan Kuala Lumpur.
Menurut Ustaz Ya'akub, antara kata-kata yang disebut oleh ustaz berkenaan ialah solat hajat perdana adalah bidaah dan maksiat, sama dengan pesta dangdut di kelab malam, orang berzina dalam masjid lebih baik dari orang yang bertahlil dalam masjid dan Yahudi lebih baik dari golongan atau kumpulan Islam di Iran.
Selain itu, beliau juga didakwa mencaci-maki jemaah-jemaah Islam dari seluruh dunia dengan mengatakan bahawa mereka adalah sesat.
Jelas Ustaz Ya'akub lagi, selepas kuliah tersebut beliau banyak menerima panggilan dan SMS dari jemaah yang tidak berpuashati dengan isi kandungan kuliah tersebut dan meminta supaya tindakan diambil.
"Kami berpendirian bahawa kejadian ini merupakan satu penghinaan kepada amalan solat hajat perdana dan berzikir yang di lakukan sejak sekian lama oleh umat Islam. Selain itu, kenyataan yang di keluarkan oleh Ustaz tersebut boleh mengelirukan kefahaman masyarakat tentang agama Islam yang sebenar.
"Kami juga menggesa pihak yang berkaitan menjalankan siasatan segera kepada ustaz tersebut dan diambil tindakan yang sewajarnya kepada beliau. Kami berharap kejadian sebegini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan,"katanya.

20 comments:

mashoori said...

Salam

Apakah perasaan pihak PAS sekiranya ada pihak yang membuat laporan polis terhadap Ustaz Haron Din yang terang-terang menganut ajaran Tariqat Naqsyabandi Haqqani yang telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan?! Saya mencabar pihak PAS membuat laporan polis ke atas Haron Din, Nik Aziz dan Hadi Awang yang lebih banyak menyebarkan kekeliruan.
Adapun amalan Solat Hajat Perdana memang ianya bidaah dolalah atas sepakat empat mazhab.Ulama hanya membenarkan solat sunat yang tidak disyariatkan berjemaah dilakukan secara berjemaah dgn syarat dilakukan sekali sekala dan dalam bentuk yang tidak diwar2kan.
Syiah Rafidah yang ada di iran adalah kafir sebagaimana fatwa2 Ulama muktabar terutama ulama-ulama Saudi Arabia (melainkan antum yang jelas anti-wahabi xiktiraf mereka ini sebagai ulama namun pada kami mereka ini ulama yang muktabar)n ingat bukankah Said Hawa sendiri pernah mengeluarkan fatwa Khomeini kafir?!
Nama Islam semua orang boleh dakwa, UMNO pun kata dia perjuang Islam..jadi kalau dikatakan kumpulan2 yang menjenamakan diri mereka sebagai Islam tidak bermakna mereka betul kerana Nabi s.a.w sendiri menyebut dalam hadis-hadis baginda Umat Islam akan berpecah kepada 73 puak, 72 daripadanya menuju ke neraka. semua puak2 ini menurut ulama hadis adalah muslim dan mendakwa mereka menyeru kepada Islam. Sister in Islam juga mendakwa mereka jemaah Islam.
Tahlil Arwah dan kenduri arwah sila bukak kitab2 pondok, bughyatut tullab daud fatoni jelas dikatakan bidaah makruhah tidak boleh dihadiri jika dijemput kan jelas ianya maksiat.
Maka sebelum antum memalukan diri antum sendiri lebih baik kembali ke pangkal jalan. jangnlah kebodohan antum merebak pula kepada orang kerana virus bodoh murakkab itu lebih berbahaya daripada selsema babi..wallahua'lam.

sila emel saya jika tidak puas hati: mashoori_salafi@yahoo.com

Anonymous said...

Makin lama membaca dan mengikuti perkembangan pas.. semakin jelas Pas sgt mirip kepada khawarij. Benarlah apalah yang disampaikan oleh Nabi tentang ciri kelompok manusia seperti mereka. Apabila disampaikan kebenaran atas perbuatan mereka, maka menafikan dengan hujah yang batil. Berjaga-jagalah kita dengan fitnah dari kelompok pas ini!!

Anonymous said...

Salam....kalau tak setuju dlm sesuatu hal jgn sampai buat perbandingan yang menampakkan kejahilan kita. Tolong tanya siapa yang bersetuju samakan solat hajat dgn pesta dangdut , ini baru pengkhianat agama yang sebenar..mempertahan hal khilaf mcm nak mempertahan dasar apa ceritanya ?

abunuren said...

as'kum......moga2 Allah memberi kesedaran dan menunjukkan jalan kebenaran kepada para pentaklid/pelaku bid'ah n pengikut hawa nafsu...Jadilah kalian orang yang bersedia untuk di tegur dan berfikirlah/telitilah n timbanglah dengan ILMU (al-quran, as sunnah menurut kefahaman salafus as salih)...sesungguhnya hanya ILMU saja dapat mengeluarkan seseorg drp kesesatan kpd kebenaran dan hanya ILMU saja yg dapat memimpin seseorg menuju ke syurga Allah...

Anonymous said...

-"Tolong tanya siapa yang bersetuju samakan solat hajat dgn pesta dangdut , ini baru pengkhianat agama yang sebenar"-

Inilah jawapan yang jelas menunjukkan fitnah bercirikan khawarij daripada PAS. Perlaksanaan solat hajat dibuat atas dasar bidaah yang jelas larangannya dan bukan soal khilaf. Maka seandainya kita membenci pesta dangdut kerana kemaksiatan, mengapa kita tidak membenci pelaksana solat hajat ala bidaah yang jauh lebih merosakkan amalan umat Islam. Mana lebih dasyat maksiat atau bidaah? semoga Allah menyelamat akidah umat Islam dari kejahilan golongan PAS ni.

mashoori said...

Berkata al-Imam al-Syatibi r.h:
"sesungguhnya bidaah itu menyesatkan dan pembuat bidaah itu sesat lagi menyesatkan berlainan dengan maksiat-maksiat yang lain kerana sesuatu maksiat itu tidaklah disifatkan dengan sesat kecuali ianya bidaah atau seumpama bidaah". [Mukhtasar al-Iktisam, m.s 40].
Imam Malik bin Anas r.h (Imam MAzhab Maliki) berkata: "Sesiapa yang membuat satu bidaah lalu mengatakan ianya adalah hasanah (baik) maka dia telah menyangka bahawa Nabi Muhammad s.a.w mengkhianati risalah kerana Allah berdirman (maksudnya): "Pada hari ini Aku sempurnakan bagi kamu semua agama kamu dan Aku cukupkan nikmatKu atas kamu dan Aku reda Islam sebagai agama kamu". Maka apa yang tidak menjadi agama pada hari itu maka tidaklah menjadi agama pada hari ini". [al-Iktisam, 1/49].
Berkata Saidina al-Hasan bin Ali r.hma: "Tidaklah bertambah rajin seorang Ahli Bidaah melakukan solat dan puasa melainkan dia bertambah jauh daripada Allah". [al-Iktisam, 1/82, Mukhtasar Iktisam, m.s 33].
Jadi sekarang lihat siapakah yang menghina agama sebenarnya. Ahli Bidaah lah yang menghina agama, orang yang solat hajat perdana itulah yang hina agama. Wallahua'lam.

Paksu Ki said...

Orang Perlis memang gila-gila belaka. Sapa tak kenal mona fandey, norita samsudin, sidan kasim, dato harun din, hashim jasin semuanya gila-gila. Ketua MAIPs berkelulusan doktor, negeri lain mana ada doktor.

Wahai saudara mashoori ambik yang perkara yang lebih besar lagi contoh bidaah dalam Islam Hadari, Salam satu Malaysia.

Dalam Islam ada uslub berdakwah.

Ust Yaakob tok sah dok layan puak-puak ni yang menganggu program dakwah dan politik yang di bawa oleh PAS. Terus bekerja.

mashoori said...

Pak Su ki, sila lah baca blog saya: http://mashoori.wordpress.com

kami ni ahlus sunnah wal jamaah berkeyakinan penuh wajib membenci kaum kafir sama ada DAP atau MCA atau MIC atau lainnya wajib kita benci kekufuran mereka dan haram kita menjadikan apa-apa jenis orang kafir ini sebagai teman dan sekutu kerana inilah yang diperintahkan Allah Tuhan kami dan kamu dalam al-Quran demikian juga Nabi kami dan kamu Muhammad s.a.w dalam hadis-hadis baginda.
Tapi kamu wahai kaum Hizbi sama ada UMNO mahupun PAS telah menderhaka maka kami menyeru kamu kepada taubat lalu kamu ingkar. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.
sudah la paksu ki kalau hang ni begitu rupa sampai xtau apa2 baik jgn cakapla ne..ingat nik aziz hampa yang kuarkan fatwa boleh berkawan dgn syaitan bukan kami,k.
so baik islam hadari ka islam PAS ka 1 Malaysia ka 1 PAS ka semua xbetui, yang betui hanya jalan RAsulullah s.a.w dan para Sahabat baginda ridwanullahi alaihim ajmain.

Org tengah said...

Bukan jangan layan..tapi takut nk layan sebenarnya. kalau layan nanti lagi nampak la pas jahil murakab. Ambik jalan mudah tak mau layan. Ish2

Kejahilan puak pas terselah dari hari demi hari. malah menyesatkan ramai umat Islam.

Dah la buat mungkar dan bidaah yg kononnya uslub dakwah dan politik Islam mmengikut kaedah khawarij, tak sedar2 lagi bila dah kena tegur. Nak fikir sejenak pun tak mau.

sama saja Islam hadari ke Uslub PAS ka semua bidaah pada level yg sama. sama2 menyesatkan.

Anonymous said...

BIASA LAA PERANGAI MASHOORI. WAHABBI SALAFI INI MEMANG SUKA KAFIRKAN ORANG DAN BUAT FITNAH. ERA KEJAHATAN TELAH BERMULA.. MEREKA INI JAHAT DAN DENGKI.

Anonymous said...

BULAN RAMADHAN INI MARILAH KITA BANYAKAN AMALAN SOLAT MALAM, ZIKIR SOLAWAT DAN BACA ALQURAN. MOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN HIDAYAH KEPADA KITA SEMUA

الحافظ ابن حجر العسقلاني said...

Salam,

Firman Allah SWT :

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya,

( Al-israk 36 )

Kata Syufyan As-sauri :


Adapun yang Bid'ah itu amat digemari oleh Syaitan daripada seorang itu melakukan maksiat, ini kerana apabila orang yang melakukan maksiat bertaubat kepada Allah SWT, InsyaALLAH taubatnya akan di terima. adapun orang yang melakukan Bid'ah, taubatnya tidak diterima,

( BahrulMazii )

Sabda Rasululah SAW :

حَدَّثَنِي ابْنُ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِيْهِ, قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَقُوْلُ : مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ اْلعُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ وَيَصْرِفَ بِهِ وُجُوْهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللهُ النَّارَ ,
Di khabarkan padaku Ibn Khakbi bin Malik daripada ayahandanya telah berkata Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa yang menuntut ilmu untuk bersaing dengan ulama. Atau untuk berbalah dikalangan mereka Yakni merendahkan orang jahil. atau untuk mendapat gelaran di kalangan manusia. Allah SWT akan masukkan dia ke dalam neraka,

( أخرجه الترمذي رقم الحديث : 2654 , حديث غريب لا نعرفه إلاّ من هذا الوجه, وإسحاق بن يحي بن طلحة
ليس بذاك القويّ عندهم. تكلّم فيه من قبل حفظه, قال الشيخ
الألباني : حسن

Saya bukan bertujuan nak kita berbalah! Sekurang-kurangNya diantara kita ada sumbernya Yakni Al-Quran & As-sunnah,,

Firman Allah SWT :

Yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya[1]. mereka Itulah orang-orang yang Telah diberi Allah petunjuk dan mereka Itulah orang-orang yang mempunyai akal.

[1] maksudnya ialah mereka yang mendengarkan ajaran-ajaran Al Quran dan ajaran-ajaran yang lain, tetapi yang diikutinya ialah ajaran-ajaran Al Quran Karena ia adalah yang paling baik.

( Az-zumar 18 )

الحافظ ابن حجر العسقلاني said...

Salam,

Firman Allah SWT :

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya,

( Al-israk 36 )

Kata Syufyan As-sauri :


Adapun yang Bid'ah itu amat digemari oleh Syaitan daripada seorang itu melakukan maksiat, ini kerana apabila orang yang melakukan maksiat bertaubat kepada Allah SWT, InsyaALLAH taubatnya akan di terima. adapun orang yang melakukan Bid'ah, taubatnya tidak diterima,

( BahrulMazii )

Sabda Rasululah SAW :

حَدَّثَنِي ابْنُ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِيْهِ, قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَقُوْلُ : مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ اْلعُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ وَيَصْرِفَ بِهِ وُجُوْهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللهُ النَّارَ ,
Di khabarkan padaku Ibn Khakbi bin Malik daripada ayahandanya telah berkata Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa yang menuntut ilmu untuk bersaing dengan ulama. Atau untuk berbalah dikalangan mereka Yakni merendahkan orang jahil. atau untuk mendapat gelaran di kalangan manusia. Allah SWT akan masukkan dia ke dalam neraka,

( أخرجه الترمذي رقم الحديث : 2654 , حديث غريب لا نعرفه إلاّ من هذا الوجه, وإسحاق بن يحي بن طلحة
ليس بذاك القويّ عندهم. تكلّم فيه من قبل حفظه, قال الشيخ
الألباني : حسن

Saya bukan bertujuan nak kita berbalah! Sekurang-kurangNya diantara kita ada sumbernya Yakni Al-Quran & As-sunnah,,

Firman Allah SWT :

Yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya[1]. mereka Itulah orang-orang yang Telah diberi Allah petunjuk dan mereka Itulah orang-orang yang mempunyai akal.

[1] maksudnya ialah mereka yang mendengarkan ajaran-ajaran Al Quran dan ajaran-ajaran yang lain, tetapi yang diikutinya ialah ajaran-ajaran Al Quran Karena ia adalah yang paling baik.

( Az-zumar 18 )

الحافظ ابن حجر العسقلاني said...

Salam, Semoga semua terus maju..

Anonymous said...

PAS kena study buku Tsun Zu arts of war. untuk berjuang jangan cipta/ tambah musuh. PAS Perlis cuba mendapat sokongan daripada rata2 rakyat muslim Perlis yang berfahaman salaf dengan menimbulkan isu... sebenarnya perkara ini bukan isu kalau mereka dapatkan penjelasan daripada Ustaz Asri Sobree tersebut... kita selalu nak menonjolkan dalam sesuatu untuk menunjukkan kita ada peranan, tetapi kita lupa tentang keikhlasan dalam perjuangan(Allah swt pandang apa yang kita buat sebenarnya) xperlu tonjolkan dalam hal2 remeh sebegini. Dato Haron Din x dapat sokongan orang Perlis (kalah dalam PRU)pun PAS x faham2. Orang Perlis sanjung Dato Haron Din, tapi fahaman 'kaum muda' beliau x dterima oleh orang Perlis yang ortodok(salafi). PAS Perlis syok sendiri bersama segelintir kelompok yang mereka sangka fikir dan faham macam depa...la ni orang Perlis advance la... x caya kalau pi haji di Mekah, jemaah haji negeri lain terkial2, ada yang nak tukar mazhab lah, jemaah Perlis x dak masalah(tapi bg yang mengajila)

الحافظ ابن حجر العسقلاني said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kata Abi Dhar’da RA :

“Aktifkanlah telinga kamu! Kerana Allah SWT telah menjadikan kamu dua telinga dan satu mulut agar kamu lebih banyak mendengar daripada banyak bercakap”
Kata Omar Abdul Aziz :

“ Sekiranya kamu mampu! Maka jadilah orang yang berilmu” sekiranya kamu tidak mampu. Maka jadilah orang yang belajar ilmu” sekiranya kamu tidak mampu. Maka sayangilah mereka Yakni sayangi orang yang berilmu dan orang yang belajar ilmu. Sekiranya kamu tidak mampu juga” maka janganlah membencihi mereka “

Kata Ibn Mas’ud :

“ Berapa ramai lagi yang nak buat kebaikkan’ tetapi cara mereka melakukan kebaikkan tersebut tidak betul “

Ramai diantara kita berusaha menulis dan berdakwah dan menasihati orang lain’ akan tetapi dia lupa untuk menasihati dirinya sendiri.

Rasulullah SAW juga berdakwah dan berusaha untuk mendekatkan umatnya kepada Allah SWT dan berdoa kepada kaum yang tidak mengetahui. Akan tetapi kita pada masa kini menyalahkan diantara satu sama lain. adakah kita menepati Sunnah? Nabi berdoa kepada kaumnya : Ya Allah! Ampunilah kaumku” sesungguhnya mereka tidak tahu1, ( Wurud Hadis Berbiza, sebagai makluman2 ),

Sudahkah kita berdoa untuk saudara kita? Saya menulis bukan bertujuan untuk berbalah diantara kita. Tetapi dengan ikhlas nak membantu saudara kita sesama islam yang kemungkinan terjatuh dalam nafsu bercakap. sehingga menuduh diantara satu sama lain yang mungkin tiada jalan untuk menyelesaikan masalah. Baik dari segi politik mahupun masalah peribadi sebagai seorang Muslim yang mempunyai perbizaan pandangan dan ilmu tentang agama.

Janganlah kita berbalah hanya kerana kesahan sesorang itu. Tetapi usahalah untuk memperbaiki diri sendiri dan berdoalah kepada Allah SWT agar saudara kita mendapat kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Kerana mereka juga seorang Muslim.

Saya melihat diantara kita berbalah sehingga mengkaitkan kepada Syiah dan sebagainya. Mungkin berat bagi kita untuk menerima teguran mahupun perubahan untuk kebaikkan, tetapi ambillah masa untuk semua ini, kerana agama itu kukuh” maka laksanakanlah dengan lemah lembut. Sabda Rasulullah SAW :

عن عبد الرحمن بن هلال عن جرير قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم " من يحرم الرفق يحرم الخير كله "3.

Daripada Abdul Rahman Bin hilal dari Jharir telah berkata Sabda Rasulullah SAW :
Barang siapa yang mengharamkan peramahan ( lemah lembut ). Dia mengharamkan kebaikkan”

Hadis ini lafaz banyak mengenainya yakni peramahan dan lemah lembut. Dan maknanya ada yang berbiza. Tetapi satu matlamat yakni kebaikkan”

Jauhilah perbalahan. Sabda Rasulullah SAW :

حَدَّثَنِي ابْنُ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِيْهِ, قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَقُوْلُ : مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ اْلعُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ وَيَصْرِفَ بِهِ وُجُوْهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللهُ النَّارَ 4,

Di khabarkan padaku Ibn Khakbi bin Malik daripada ayahandanya telah berkata Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa yang menuntut ilmu untuk bersaing dengan ulama. Atau untuk berbalah dikalangan mereka Yakni merendahkan orang jahil. atau untuk mendapat gelaran di kalangan manusia. Allah SWT akan masukkan dia ke dalam neraka,

الحافظ ابن حجر العسقلاني said...

Sekiranya mahu tegur” maka tegurlah dengan cara yang baik,
Firman Allah SWT :
5,
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: "Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang menyerah diri"

Firman Allah SWT :

6,
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara nabi, dan janganlah kamu Berkata kepadanya dengan suara yang keras, sebagaimana kerasnya suara sebagian kamu terhadap sebagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu 7, sedangkan kamu tidak menyadari. Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka Itulah orang-orang yang Telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. bagi mereka ampunan dan pahala yang besar. Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari luar kamar(mu) kebanyakan mereka tidak mengerti.

Semoga berjaya para pendakwah dan berhati-hatilah wahai pendakwah! Firman Allah SWT :
       8,
Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat Pengawas yang selalu hadir. والله الحمد

1 . أخرجه البخاري رقم الحديث : 3149 حديث صحيح
2 . Saya masukkan hadis tersebut kerana ada iktibarnya Yakni doa seorang muslim ( Penulis )
3 . أخرجه أبو داود رقم الحديث : 4809 حديث صحيح, قال الشيخ الألباني : صحيح
4 . أخرجه الترمذي رقم الحديث : 2654 , حديث غريب لا نعرفه إلاّ من هذا الوجه, وإسحاق بن يحي بن طلحة
ليس بذاك القويّ عندهم. تكلّم فيه من قبل حفظه, قال الشيخ الألباني : حسن
5 . سورة الفصلت : 33
6 . سورة الحجرات : 2-4
7 . Meninggikan suara lebih dari suara nabi atau bicara keras terhadap nabi adalah suatu perbuatan yang menyakiti nabi. Karena itu terlarang melakukannya dan menyebabkan hapusnya amal perbuatan.
8 . سورة ق : 18

Anonymous said...

Assalamualikum.....
setelah ana melawat dan membaca komen2 antum semua, ternyata antum semua memcaci dan menuduh tanpa berasas,mencanci personal, memfitnah, dan lain2 lagi.....tp yang ana nak nasihatkan kat antum semua, kerana antum telah menghina dua kota suci iaitu haramain yang Allah sebutkan dalam alquran dan Assunnah bahawa Allah swt akan jaga haramain sehingga hari kiamat. tapi kasihannya ada saudara yang mengutuk negara yang telah Allah pilih untuk menjaga tempat ibadahNya daripada tangan orang2 yang jahat.(lihat dan baca kitab Fadhailul Madinah.
Ana nasihatkan supaya antum jangan terlalu lancang untuk berkata2 jika ada tidak tahu hakikat sebenarnya, jika antum mahu berbincang, berbincanglah dengan ilmiah, jangan mengaitkan dengan apa yang terjadi diperlis habis satu dunia antum kutuk.takutlah kepada Allah...jangan kita terlalu fanatik kepada golongan dan puak kita tapi fanatiklah kepada Alquran dan Assunnah, kerana tidak satu puakpun (Islam) dia dunia ini yang mengaku bukan Ahlu sunnah tapi siapa sebenarnya kita dimana kecintaan kita kepada Al Quran dan Assunnah, insaf dan berbincanglah secara ilmiah wahai para saudara ku seislam tinggalkan pemahaman puak2 masing2 jika ingin berbincang, kerana jika pemahaman masing2 puak didahulukan maka tidak akan ada hasil yang baik. lebih baik diam daripada memcaci dan tak tentu arah.....sekian.

الحافظ ابن حجر العسقلاني said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Diriwayatkan dalam kitab Al-bidayah Wa Al-nihayah ( Imam Ibn Kathir Jilid 12 ), yang menceritakan tentang seorang Sultan yang bernama : Nuruddun Mahmud. Biliau adalah salah seorang Sultan yang begitu terkenal dengan Qiyamullail pada malam hari dan terkenal dengan puasa di siang hari. Bahkan kata Sheikh Khul Islam Ibn Taimiah pernah berkata : “ Semoga Allah SWT merahmati tulang-tulang Sultan yang seorang ini “

Pada satu ketika Sultan Nuruddin ditimpa oleh masa-masa krisis dan kelalaian. Tatkala dia meminta kehadiran bala tenteranya dan Amir ( Gebenor ) para Menteri dan para panglima serta khalayak ramai dan penduduk Damsyiq dalam suasana yang sangat ramai dan pesta yang sangat meriah, mereka semua berada dalam keadaan yang lalai, salah seorang Ulama yang berbama : Ibn Al-Wasiti masuk dengan berpakaian yang sederhana dan berdiri di depan Sultan Nuruddin Mahmud dan berkata :

“ Wahai Sultan yang agung, dengarlah dengan baik terhadap janji Allah SWT yang maha raja langit dan bumi “

Tiba-tiba orang ramai senyap dan berhenti berpesta. Mereka menunggu apa yang nak di katakan oleh Syeikh besar ini, Tuan Syeikh itu berbicara kepada sultan ketika ia berada di atas kerajaannya,

Kata Syeikh Ibn Al-wasiti :

“ Wahai manusia yang tertipu, anggaplah dirimu kini berada pada hari kiamat dan langit bergoncang, jika dikatakan : Nuruddin datang berserah diri. Hati-hatilah engkau datang tanpa memiliki Nur ( Cahaya ) “

Apabila sudah dikatakan padanya, Akhirnya Sultan Nuruddin Mahmud pun menangis dengan teguran itu.

Sabda Rasulullah SAW : Dua nikmat yang sering kali manusia terlupa adalah masa sihatnya dan masa lapangnya 1,

Sebab itu nasihat menasihati adalah salah satu tanggung jawab sebagai seorang Muslim. Nabi Bersabda : Apabila diminta salah seoarng dari kalangan kamu untuk menasihati saudaranya! Maka nasihatilah dia 2,

Saya menulis bukan nak mengatakan PAS betul atau salah atau UMNO betul atau salah, Sunnah dan Syiah dan seumpamanya. Tetapi ingin menasihati diri sendiri dan sesama saudara dan mengigati diantara satu sama lain yang berbalah dengan berbezaan fahaman atau Politik dan segabainya. Dalam persoalan ini ada yang mengatakan ANTUM” bermaksud kamu semua! termasuklah ana sekali mengatakan perbalahan ini. Tidakkah kamu memahami teks ana? Ana kemukakan Nas dan rujukkan kenapa tak memahaminya? Bukankah Nas dan rujukan itu penting untuk kamu! Dan ianya lebih baik daripada orang yang mengeluarkan kata tanpa Nas, Ana menghormati semua pendapat mahupun Ulama negeri Perlis termasuk Persatuan Al-islah Institut As-sunnah dan beberapa persatuan lagi yang terkenal dengan kefahaman yang baik. Ana juga pernah belajar di Perlis tiada masalahpun. Kenapa di panjangkan masalah ni…

الحافظ ابن حجر العسقلاني said...

Ana akui dalam kitab : فضائل المدينة للجندي اليمني dan النبذة اللطيفة في فضائل المدينة الشريفة الثيخ أبو محمد أحمد شحاته السكندرى yang begitu hebat untuk kita ambil ikhtibar darinya, Sabda Rasulullah SAW :

عن زيد بن ثابت رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه و سلم يقول : نضر الله امرأ سمع منا حديثا فحفظه حتى يبلغه غيره فرب حامل فقه إلى من هو أفقه منه ورب حامل فقه ليس بفقيه 1,
Daripada Zain bin Thabit Nabi SAW bersabda : Allah SWT menyerikan orang yang mendengar sesuatu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. kemungkinan seseorang itu membawa sesuatu kefahaman kepada orang yang lebih memahaminya. Berkemungkinan juga orang yang membawa sesuatu kefahaman sebenarnya ia tidak memehaminya,

Saya bukan menulis untuk mengatakan ini betul mahupun ini salah. Tidakkah kita tahu bahawa menasihati diantara satu sama lain itu perlu. Janganlah dikalangan kita menyuruh orang yang mengetahui itu Diam! Melainkan yang tidak membawa manfaat seperti sandaran kata Abi Dhar’da :

“ Aktifkanlah telinga kamu! Kerana Allah SWT telah menjadikan kamu dua telinga dan satu mulut agar kamu lebih banyak mendengar daripada banyak bercakap ”

Nabi Bersabda :

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ألا لا يمنعن رجلا هيبة الناس أن يقول بحق إذا علمه 2,
Daripada Abi Said Al-khudri RA Dari Nabi SAW bersabda : Jangan sekali-kali kegerunan sesorang kepada manusia menegahnya untuk menyatakan kebenaran apabila ia mengetahuinya,

Kata Ali Ad-dhiqa :

Barang siapa yang diam daripada Kebenaran maka dia adalah Syaitan yang bisu kelu ( Al-azkhar Imam An-nawawi )

Ambillah masa untuk semua ini, Dari Aisyah RA berkata.Sabda Rasulullah SAW:
يأَيُّهَاالنَّاسُ عَلَيْكُمْ مِنَ الْأَعْمَالِ مَا تُطِيْقُوْنَ فإِنَّ اللهَ لَا يَمَلَّ حَتَّى تَمَلُّوا,وَإِنَّ أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللهِ مَادُوِمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّ 3,
Wahai manusia. Lakukanlah mengikut kemampuanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah jemu menerima segala amalanmu. sehingga kamu sendiri merasa jemu. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah SWT adalah amalan yang berterusan walaupun amalan tersebut sedikit.
Sertakan Nas sekiranya mahu berbincang tentang Ilmiah! Dan ana mohon maaf sekiranya Teks ana membuat dikalangan kita tidak senang.. SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA”