FRU lepaskan pemedih mata
KUALA KANGSAR, 6 Feb - 3.05 petang: Pihak polis menambah kekuatan dengan menghantar satu lagi trak FRU dengan 30 ahlinya dan sebuah 'water cannon' telah menuju ke arah masjid dari pintu utama Istana Iskandariah.
2.45 petang: FRU bertindak melepaskan lagi gas pemedih mata berjumlah 10 das dan arah semua penyokong bersurai.
2.30 petang: FRU bertindak melepaskan gas pemedih mata kepada para penyokong sambil memberi amaran kepada para penyokong.
2.20 petang: Perarakan bermula dengan laungan 'Hancur BN' walaupun disekat oleh FRU di laluan utama ke Istana. Rakyat terus berasak menuju ke Istana.
2.15 petang: Kira-kira 2000 penyokong Pakatan Rakyat keluar dari Masjid Ubuddiyyah dan berkumpul sebelum mula berarak menuju ke Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar. (Harakhadaily)
__________
Speaker pohon upacara angkat sumpah MB Perak ditangguh
IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berkata, beliau akan menulis surat kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda supaya menangguhkan upacara mengangkat sumpah Menteri Besar yang baru.
Sivakumar berkata, beliau akan menghantar surat pada jam 3 petang ini untuk tujuan itu dan turut memohon perkenan Sultan untuk mengadakan mesyuarat DUN tergempar.
Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dijadualkan pada pukul 3.30 petang ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Pelantikan beliau itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak, semalam.
(sumber:- mStar Online)
Alamat Baru Kami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment