Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, February 20, 2009

Bukit Selambu: Umno dakwa MIC berpecah tiga


Umno mahu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau kerana mendakwa MIC berpecah kepada tiga kumpulan, menyebabkan parti itu sukar menang di kerusi berkenaan.

Seorang pemimpin Umno bahagian Merbok berkata, tiga kumpulan terbabit masing-masing diketuai oleh Pengerusi MIC negeri, Datuk V Saravanan; bekas calon dalam pilihanraya umum lalu, V Krishnan dan satu kumpulan lagi yang diketuai oleh timbalan pengerusi MIC Kedah, M Ananda.

Menurutnya, ini menyebabkan pengundi India berpecah kepada tiga kumpulan.

Ini, katanya tidak termasuk kumpulan penyokong Hindraf yang menyokong pembangkang dalam pilihanraya Mac lalu.

“Sudah tentu peluang MIC untuk menang sukar kerana sokongan mereka telah berpecah.

“MIC perlu melihat perkara ini, sepatutnya keputusan pilihanraya umum lalu dijadikan pengajaran,” katanya.

Pengundi India jadi penentu?

Sebelum ini kerusi Bukit Selambau ditandingi oleh calon Umno sebelum diserahkan kepada MIC sejak empat penggal lalu.

Bagaimanapun, menurut pemimpin Umno berkenaan, pengundi kaum India boleh menjadi penentu kemenangan di kerusi tersebut.

Pilihanraya kecil kerusi tersebut diadakan berikutan peletakan jawatan Adunnya, V Arumugam awal bulan ini.

Suruhanjaya pilihanraya (SPR) menetapkan 29 Mac sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian pada 7 April.

Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dilaporkan berkata, beliau menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan mengenai calon BN kerusi berkenaan.


KOMEN Peghelih La... :-

Macam2 la hangpa kata Umno ooiii...Dah hangpa nak rebut kerusi tu balik dari MIC....


No comments: