Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, February 09, 2009

Malaysia ada saham atas kekejaman Israel


KANGAR - Malaysia mempunyai saham ke atas kekjaman Israel terhadap rakyat Palestine, demikian ditegaskan oleh oleh dua orang pimpinan PAS.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu melihat kegagalan pimpinan umat Islam di dunia ini mengiktiraf Hamas sebagai parti yang sah memenangi pilihanraya di Palestin membuka ruang untuk Israel bertindak.

"Ini termasuk Malaysia yang menjadi pengerusi OIC dan NAM, turut tidak mengiktiraf Hamas. Tindakan ini memberikan ruang untuk Israel bertindak. Bermula dengan mengadakan sekatan demi sekatan sehingga akhirnya meletus perperangan.

"Dulu, wakil Hamas yang hadir ke sidang di Malaysia tidak diberikan ruang untuk berucap, sebaliknya wakil Fatah yang tewas dalam pilihanraya yang berucap sehinggakan beliau bertindak keluar meninggalakn sidang tersebut," katanya menyingkap peristiwa yang memalukan itu.

Beliau bekata demikian dalam ucapannya dalam program Ceramah Perdana Kekejaman Israel Terhadap Palestin anjuran PAS Perlis 6 Februari lalu.

Dalam majlis yang sama, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir menjelaskan bahawa Malaysia yang dulunya Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya turut memberikan mandat ke atas penubuhan negara haram Israel.

"Wakil Malaya di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dahulunya turut mengundi untuk mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Arahan tersebut datangnya dari pimpinan negara yang diterajui oleh Perikatan pada masa itu," jelasnya.

Program ceramah yang diadakan di Tapak Kompleks PAS Perlis, Kampung Pondok di sini  turut menyaksikan orang ramai tuerus menghulurkan sumbangan bagi membantu penduduk Palestin yang kini sedang menderita akibat kekejaman Israel.

Turut berucap dalam program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin dan wakil Angkatan Muda KeADILan Perlis, Nor Helmee Abd Hamid.



1 comment:

Anonymous said...

Doa selamat agar penyatuan orang melayu tidak longgar oleh dakyah orang-orang kafir dan DAP dan orang yang besekongkol dengan DAP.

"Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan selamat sejahtera. Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah".

"Kami juga memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya Allah kami memohon bantuan dan pertolongan".

"Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman".

"Berkatilah negara Malaysia ini dan rahmatilah di bawah perlindungan-Mu sekalian yang bersangkutan dengannya semoga mendapat pertunjuk dari-Mu ke jalan yang Engkau redhai serta dengan penuh kehormatan dan kesucian, di samping meninggikan syiar-Mu dalam semua bidang".

"Peliharakanlah kami dan negara kami daripada segala bala bencana. Jauhkanlah kami sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan. Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.".

"Kekalkanlah ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran dalam negara bertuah ini".


View Profile: Rantong