BESERI, 6 Feb - Rakyat di negera ini dan di Perak khususnya akan menghukum Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang dengan pukulan yang lebih teruk akibat perbuatan yang mereka lakukan.
Mengulas perfolakan politik di Perak, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin menyifatkan penubuhan kerajaan baru oleh BN adalah satu penyelewengan dari sudut perlembagaan dan undang-undang yang ada.
"Apabila Speaker Dun sudah menyatakan bahawa ada kekosongan kerusi di Perak maka sepatutya diadakan pilihanraya kecil. Tapi pilihanraya kecil adalah satu hantu raya yang paling ditakuti oleh BN hari ini.
"Sebabnya selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu, sudah dua kali mereka kena pukulan maut dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. BN tak tau nak buat apa dah.Saya penuh yakin kalau pilihanraya kecil di Perakpun, kita akan sapu bersih semua kerusi,"ujarnya
Berucap di majlis ceramah Pra-Ijtimak PAS Padang Besar di Kompleks Tarbiyah PAS Kawasan di Bukit Kerang dekat sini malam tadi, beliau menegaskan bahawa dalam keadaan sekarang, rakyat sudah tidak senang duduk di bawah pemerintahan BN dan hanya menunggu masa untuk sekali lagi mereka diadili melalui proses pilihanraya.
"Di Perak kalau BN berjaya menubuhkan kerajaan sekalipun, mereka jangan lupa bahawa hati rakyat negeri Perak telah terluka dan penyakit ini takkan hilang sehingga pilihanraya umum ke 13 akan datang.
"Ingat, rakyat akan menghukum mereka dan tunggulah kebangkitan rakyat akibat penyelewengan dari sudut undang-undang dan pelbagai bentuk penipuan termasuk kerja lompat melompat parti seperti yang berlaku sekarang," katanya.
No comments:
Post a Comment