Alamat Baru Kami
Thursday, February 26, 2009
Friday, February 20, 2009
Bukit Selambu: Umno dakwa MIC berpecah tiga
Dari Malaysiakini
Umno mahu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau kerana mendakwa MIC berpecah kepada tiga kumpulan, menyebabkan parti itu sukar menang di kerusi berkenaan.
Seorang pemimpin Umno bahagian Merbok berkata, tiga kumpulan terbabit masing-masing diketuai oleh Pengerusi MIC negeri, Datuk V Saravanan; bekas calon dalam pilihanraya umum lalu, V Krishnan dan satu kumpulan lagi yang diketuai oleh timbalan pengerusi MIC Kedah, M Ananda.
Menurutnya, ini menyebabkan pengundi India berpecah kepada tiga kumpulan.
Ini, katanya tidak termasuk kumpulan penyokong Hindraf yang menyokong pembangkang dalam pilihanraya Mac lalu.
“Sudah tentu peluang MIC untuk menang sukar kerana sokongan mereka telah berpecah.
“MIC perlu melihat perkara ini, sepatutnya keputusan pilihanraya umum lalu dijadikan pengajaran,” katanya.
Pengundi India jadi penentu?
Sebelum ini kerusi Bukit Selambau ditandingi oleh calon Umno sebelum diserahkan kepada MIC sejak empat penggal lalu.
Bagaimanapun, menurut pemimpin Umno berkenaan, pengundi kaum India boleh menjadi penentu kemenangan di kerusi tersebut.
Pilihanraya kecil kerusi tersebut diadakan berikutan peletakan jawatan Adunnya, V Arumugam awal bulan ini.
Suruhanjaya pilihanraya (SPR) menetapkan 29 Mac sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian pada 7 April.
Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dilaporkan berkata, beliau menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan mengenai calon BN kerusi berkenaan.
KOMEN Peghelih La... :-
Macam2 la hangpa kata Umno ooiii...Dah hangpa nak rebut kerusi tu balik dari MIC....
Kemelut di Perak : Apa kata YB Kulim....
Salam 2 all.
Nampak gaya krisis besar akan melanda Perak tidak lama lagi.
Jawatankuasa Hak & Keistimewaan Dewan Undangan Negeri Perak melalui Speaker YB Sivakumar mengumumkan sebentar tadi bahawa YB Dato' Zambry Kadir digantung keahlian Dewan selama 18 bulan dan 6 ADUN Be End digantung 12 bulan.
Ini bermakna jika DUN Perak dipanggil bersidang, Be End akan hanya ada 21 ADUN ditambah 1 ADUN Bebas (x DAP) menjadi 23 sahaja. Dua lagi ADUN Bebas (x PKR) tidak boleh menyertai Dewan kerana Speaker telah mengumumkan perletakan jawatan mereka sebelum mereka melompat. Sedangkan disebelah Pakatan Rakyat, ada 28 ADUN yang masih kekal.
Ini bermakna jika DUN Perak dipanggil bersidang, sudah hampir pasti YAB Dato Seri Nizar akan mendapat undi majoriti dan berhak membentuk Kerajaan Negeri.
Sudah tentu Be End tidak akan membenarkan perkara ini berlaku. Dan Speaker pula tidak boleh memanggil DUN bersidang sekiranya Sultan tidak perkenan.
Ini bermakna keadaan sudah jem giler.
Mengikut undang-undang, kalau DUN tidak bersidang untuk 6 bulan berturut-turut, maka DUN tersebut adalah dianggap bubar secara automatik.
Melihat keadaan di Perak, bermakna ada kemungkinan besar sekitar bulan Ogos atau September 2009 kita mungkin menyaksikan pilihanraya bagi keseluruhan DUN Negeri Perak.
Atas dasar itu, saya menyeru ke bawah Duli Tuanku Sultan Perak, demi kepentingan rakyat Perak, supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak segera..kerana Tuanku suka tak suka, menjelang September 2009, DUN Perak mesti dibubarkan.
Jadi yop..tukar yop tukar.. ;)
Wednesday, February 18, 2009
Program Jaulah DPP Pusat di Perlis
Program Jaulah Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Pemuda PAS Perlis diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perlis pada 13 Februari lalu.
Pengerusi Lajnah Tarbiyah DPP Pusat, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hadir membentangkan kertas kerja bertajuk "Sepintas Tarbiah Islamiah Dalam PAS".
Program ini dihadiri seluruh Ahli Jawatankuasa DPP Perlis dan kawasan-kawasan.
Monday, February 16, 2009
BN Akan Guna Strategi 2004...
Dipetik dari blog Haji Aris Awang
Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Perkasa
Pengerusi SPR, Hj Abd Aziz Mohd Yusof telah mengumumkan tarikh penamaan calon ialah pada 29 Mac 2009 dan hari mengundi pada 7 April 2009 bagi kedua kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.
Hari penamaan calon berlaku sehari selepas tamat Perhimpunan Agung UMNO, iaitu bermula pada 24 hingga 28 Mac 2009.
Pada 28 Mac 2009, Pak Lah akan mengundur diri sebagai Presiden UMNO dan juga pengunduran sebagai Perdana Menteri menyusul kemudian dalam tempoh kempen berlangsung iaitu 29 Mac hingga 7 April 2009.
Hari ini baru 14 Februari 2009, untuk sampai ke tarikh 29 Mac 2009, iaitu hari penamaan calon kita terpaksa tunggu lebih dari satu bulan. Pengerusi SPR beritahu awal-awal tarikh ini tidak ada kena mengena dengan Perhimpunan Agung UMNO. Cehhh.... budak belum baligh boleh la kelentong.
Di Perak, polis telah bekukan permit ceramah, jadi secara logiknya Pakatan Rakyat tak boleh buat ceramah secara sah, kena buat cara tak sah dan akan dikejar ke sana sini oleh "otak loceng" kerana langgar arahan. Sedangkan... (ulang sekali lagi bagi kuat sikit) SEDANGKAN!!! UMNO/BN boleh ceramah sampai ke dalam setiap rumah pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Lebih-lebih lagi siaran langsung Persidangan Agung UMNO akan dibuat secara live untuk hentam Pakatan Rakyat cukup-cukup sepanjang 5 hari persidangan tersebut.
Acara perlantikan Najib sebagai PM akan dijadikan sebagai bahan kempen untuk memanipulasi pemikiran rakyat sama seperti yang dilakukan oleh Pak Lah dalam tahun 2004. Pak Lah telah gunakan strategi ini dulu dan dia menang besar.
Jentera kempen BN akan meminta pengundi memberi peluang kepada Najib sebagai PM baru dengan visi dan misi baru yang akan membuat perubahan drastik terhadap segala kelemahan UMNO/BN sebelum ini.
"Mak Cik.... Pak Cik..., memang sebelum ini bawah Pak Lah memang UMNO dan BN lemah, tetapi bila Najib naik duduk atas la ni, tak lemah dah..., dia akan pebetui semua yang bengkok dan dia pandai...." adalah antara kaedah kempen yang akan sampai telinga pengundi oleh Ibu UMNO dan Anak Pempuan (Puteri) UMNO
Oleh itu, seruan awal saya kepada pengundi di kedua-dua Bukit di Kedah dan Perak supaya tidak termakan dengan umpanan strategi ini, yang telah ditelan pada tahun 2004. Akhirnya umpan yang ditelan disangka manis lemak berkrim tetapi malangnya pahit lebih dari jadam dan akhirnya rakyat menghukum BN semula dalam pilihanraya 2008.
Ubahlah siapa sahaja jadi PM, ubahlah siapa sahaja jadi Presiden, bila namanya UMNO ia tetap akan serupa sahaja natijahnya iaitu negara tetap akan dibelenggu rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa, rosak akhlak, pupus nilai agama, jenayah, salah urus tadbir ekonomi dan seribu satu macam lagi kecurangan serta penindasan.
INGAT:
NAJIB SEBAGAI PM LEBIH TERUK DARI PAK LAH SEBAGAI PM
PAK LAH SEBAGAI PM LEBIH TERUK DARI MAHATHIR SEBAGAI PM
Friday, February 13, 2009
PRK 2 Bukit...jom gerutu kepala Najib
Petikan dari Malaysiakini
7 April p'raya di Bkt Gantang, Bkt Selambau
Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, di Kedah akan diadakan serentak pada 7 April depan.
Manakala tarikh penamaan calon pula - bagi kedua-dua kerusi tersebut - ditetapkan pada 29 Mac.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi tadi.
Ini bermakna kedua-dua pilihanraya kecil itu akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti terbesar orang Melayu itu.
Perhimpunan agung Umno dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.
7 April p'raya di Bkt Gantang, Bkt Selambau
Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, di Kedah akan diadakan serentak pada 7 April depan.
Manakala tarikh penamaan calon pula - bagi kedua-dua kerusi tersebut - ditetapkan pada 29 Mac.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi tadi.
Ini bermakna kedua-dua pilihanraya kecil itu akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti terbesar orang Melayu itu.
Perhimpunan agung Umno dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.
Thursday, February 12, 2009
Dah le melompat, menipu pulak .....
ADUN Changkat Jering tidak dimasukkan ke HKL - Pengarah
KUALA LUMPUR: Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain hari ini menafikan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu telah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini.
Majistret Sharmila Abdul Samad mengeluarkan waran tangkap ke atas Mohd Osman selepas Norliza memberitahu mahkamah bahawa abangnya dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain hari ini menafikan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu telah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini.
"Dia tidak pernah dimasukkan ke HKL," katanya ketika mengulas dakwaan adik Mohd Osman bahawa abangnya gagal hadir perbicaraan kes rasuahnya di Mahkamah Majistret di Ipoh semalam kerana dia dimasukkan ke HKL.
Menurut Norliza, abangya dimasukkan ke unit rawatan rapi pada malam Isnin.
Bagaimanapun, Norliza gagal menunjukkan sijil cuti sakit dengan mendakwa abangnya berada di bawah pengawasan doktor.
Majistret Sharmila Abdul Samad mengeluarkan waran tangkap ke atas Mohd Osman selepas Norliza memberitahu mahkamah bahawa abangnya dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung. - BERNAMA
Tradisi Membenakkan Rakyat!!
Tindakan Kementerian Dalam Negeri yang bertindak merampas nashkah Suara Keadilan dan Harakah jelas menggambarkan ketidakmatangan Umno berhadapan dengan realiti kebangkitan rakyat.
Untuk apa dirampas akhbar berkenaan sedangkan akhbar-akhbar tersebut beroperasi secara sah menggunakan permit? Apa perlu ia dirampas jika benar Umno-Bn bertindak ‘dalam landasan yang betul’?
Utusan Malaysia, Berita Harian menyebarluas propaganda Umno-BN, menenggelamkan isu pencabulan perlembagaan oleh kerajaan haram BN di Perak dan memperbesarkan istilah ‘mohon derhaka’ Dato’ Seri Ir. Nizar.
Aduhai! Mengapa tidak diharamkan terus penggunaan komputer dan akses internet di seluruh Perak?
Rakyat semakin celik, dan akan terus getek melihat tindak tanduk Umno-BN yang kelihatan gagal belajar dari keputusan PRU-12.
Umno-BN boleh terus berusaha untuk membenakkan pemikiran rakyat, tetapi di akhirnya mereka akan tahu kelak bahawa rakyat tidak bodoh dan tidak mudah untuk diperbodohkan!
ANWAR IBRAHIM
Saya yakin dan percaya bahawasanya perkembangan mutakhir di Perak yang dikupas secara imperikal oleh blog-blog, dan kini didedah melalui media alternatif seperti Harakah dan Suara Keadilan membuatkan Umno-BN berada dalam keadaan gundah gulana.
Untuk apa dirampas akhbar berkenaan sedangkan akhbar-akhbar tersebut beroperasi secara sah menggunakan permit? Apa perlu ia dirampas jika benar Umno-Bn bertindak ‘dalam landasan yang betul’?
Utusan Malaysia, Berita Harian menyebarluas propaganda Umno-BN, menenggelamkan isu pencabulan perlembagaan oleh kerajaan haram BN di Perak dan memperbesarkan istilah ‘mohon derhaka’ Dato’ Seri Ir. Nizar.
Tambah menggelikan hati apabila Ketua Polis Negara melarang sebarang ceramah politik di seluruh Perak. Alasannya? Permit ceramah akan dibekukan sehingga “situasi kembali elok.”
Aduhai! Mengapa tidak diharamkan terus penggunaan komputer dan akses internet di seluruh Perak?
Rakyat semakin celik, dan akan terus getek melihat tindak tanduk Umno-BN yang kelihatan gagal belajar dari keputusan PRU-12.
Umno-BN boleh terus berusaha untuk membenakkan pemikiran rakyat, tetapi di akhirnya mereka akan tahu kelak bahawa rakyat tidak bodoh dan tidak mudah untuk diperbodohkan!
ANWAR IBRAHIM
Tuesday, February 10, 2009
Pantun untuk parti NoNo
BESERI - Pengerusi KeADILan Pahang, Dato' Fauzi ABdul Rahman ketika berceramah pada program Ijtimak PAS Padang Besar baru-baru ini mengakhiri ucapannya dengan pantun.
Katanya pantun tersebut tidak ada kena-mengena dengan negara Malaysia atau parti Umno, tapi ditujukan kepada parti NoNo di sebuah negara.
Inginku bawa satu kisah satu risalah
Riwayat parti NoNo yangg punya al-kisah
60 tahun menempa sejarah
Zaman gemilang tamatlah sudah
Kerana NoNo mengalami masalah
Pemimpin mengakui NoNo dah rasuah
Sudah terkena penyakit barah
Keadaan tenat dan jadi parah
Kuman menjangkit kerajaan yang memerintah
hingga rakyat semua menanggung susah
Pilihanraya kecil NoNo dah mula kalah
pemimpin NoNo dah tentu sekarang menggelabah
Untuk mereka mengekal kuasa
Sedangkan rakyat dah hilang percaya
maka tipu dan helah menjadi biasa
amalan matlamat menghalalkan cara
BUkan sahaja rakyat digula-gula
Kakil-wakil mereka dibeli belaka
wWng haram dikeluar entah dari mana
Ratus-ratus juta pertaruhan harga
Jika jual-beli tidak boleh diterima
Jalan lain pula mereka mencuba
halal haram jangan dikira
Asalkan jerat mereka mengena
Rekalah tuduhan fitnah apa-apa
Meliwat merogol atau mencuri kereta
Asalkan pembangkang disumbat ke penjara
Melegakan mereka buat seketika
Jika semua ini tidak mengana
Sudah terdesak ISA pula diguna
Dituduh mencuri mepelam dari istana
Kalau tak tangkap bawa ISA kata dia nanti negara habis huru-hara
Selamatlah mereka mengekal kuasa
Dari kuasa dia kebas rakyat punya harta
Ada kuasa ada harta maka ramailah betina
Rakyat jugalah yang hidup sengsara
Saya ini tuan-tuan dan puan-puan hanyalah berlawak jenaka
Usahlah dengar usahlah percaya
Kita disni mewah-mewah belaka
Barangan pun murah tak ada siapa pun sengsara
Monday, February 09, 2009
Malaysia ada saham atas kekejaman Israel
KANGAR - Malaysia mempunyai saham ke atas kekjaman Israel terhadap rakyat Palestine, demikian ditegaskan oleh oleh dua orang pimpinan PAS.
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu melihat kegagalan pimpinan umat Islam di dunia ini mengiktiraf Hamas sebagai parti yang sah memenangi pilihanraya di Palestin membuka ruang untuk Israel bertindak.
"Ini termasuk Malaysia yang menjadi pengerusi OIC dan NAM, turut tidak mengiktiraf Hamas. Tindakan ini memberikan ruang untuk Israel bertindak. Bermula dengan mengadakan sekatan demi sekatan sehingga akhirnya meletus perperangan.
"Dulu, wakil Hamas yang hadir ke sidang di Malaysia tidak diberikan ruang untuk berucap, sebaliknya wakil Fatah yang tewas dalam pilihanraya yang berucap sehinggakan beliau bertindak keluar meninggalakn sidang tersebut," katanya menyingkap peristiwa yang memalukan itu.
Beliau bekata demikian dalam ucapannya dalam program Ceramah Perdana Kekejaman Israel Terhadap Palestin anjuran PAS Perlis 6 Februari lalu.
Dalam majlis yang sama, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir menjelaskan bahawa Malaysia yang dulunya Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya turut memberikan mandat ke atas penubuhan negara haram Israel.
"Wakil Malaya di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dahulunya turut mengundi untuk mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Arahan tersebut datangnya dari pimpinan negara yang diterajui oleh Perikatan pada masa itu," jelasnya.
Program ceramah yang diadakan di Tapak Kompleks PAS Perlis, Kampung Pondok di sini turut menyaksikan orang ramai tuerus menghulurkan sumbangan bagi membantu penduduk Palestin yang kini sedang menderita akibat kekejaman Israel.
Turut berucap dalam program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin dan wakil Angkatan Muda KeADILan Perlis, Nor Helmee Abd Hamid.
MP Bukit Gantang meninggal dunia... PRK lagi
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shahrom disahkan meninggal dunia pagi tadi... Al-Fatihah
Ini bermakna, pilihanraya kecil (PRK) akan diadakan dalam tempoh 60 hari....
Umno/BN merampas kuasa di Perak kerana takutkan PRK.... Mereka sekali lagi terpaksa berhadapan dengan PRK... Yang menariknya dalam parlimen P059 Bukit Gantang ini terdapat 3 buah Dun termasuk Changkat Jering di mana si pelompat parti, Osman Jailu menang di sana...
Masa untuk rakyat menghukum keangkuhan BN.....
Artikel berkaitan: Pilihanraya Kecil hantu raya paling ditakuti BN
Saturday, February 07, 2009
Pilihanraya Kecil hantu raya paling ditakuti BN
BESERI, 6 Feb - Rakyat di negera ini dan di Perak khususnya akan menghukum Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang dengan pukulan yang lebih teruk akibat perbuatan yang mereka lakukan.
Mengulas perfolakan politik di Perak, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin menyifatkan penubuhan kerajaan baru oleh BN adalah satu penyelewengan dari sudut perlembagaan dan undang-undang yang ada.
"Apabila Speaker Dun sudah menyatakan bahawa ada kekosongan kerusi di Perak maka sepatutya diadakan pilihanraya kecil. Tapi pilihanraya kecil adalah satu hantu raya yang paling ditakuti oleh BN hari ini.
"Sebabnya selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu, sudah dua kali mereka kena pukulan maut dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. BN tak tau nak buat apa dah.Saya penuh yakin kalau pilihanraya kecil di Perakpun, kita akan sapu bersih semua kerusi,"ujarnya
Berucap di majlis ceramah Pra-Ijtimak PAS Padang Besar di Kompleks Tarbiyah PAS Kawasan di Bukit Kerang dekat sini malam tadi, beliau menegaskan bahawa dalam keadaan sekarang, rakyat sudah tidak senang duduk di bawah pemerintahan BN dan hanya menunggu masa untuk sekali lagi mereka diadili melalui proses pilihanraya.
"Di Perak kalau BN berjaya menubuhkan kerajaan sekalipun, mereka jangan lupa bahawa hati rakyat negeri Perak telah terluka dan penyakit ini takkan hilang sehingga pilihanraya umum ke 13 akan datang.
"Ingat, rakyat akan menghukum mereka dan tunggulah kebangkitan rakyat akibat penyelewengan dari sudut undang-undang dan pelbagai bentuk penipuan termasuk kerja lompat melompat parti seperti yang berlaku sekarang," katanya.
Friday, February 06, 2009
Kenyataan Media Presiden PAS
Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara.
Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan. PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.
PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan. Pembubaran DUN akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihanraya yang menyeluruh di negeri Perak.
Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.
Presiden PAS
Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang
SURAT TUAN GURU HJ NIK ABD AZIZ NIK MAT KEPADA RAJA-RAJA
RAJA DAN DEMOKRASI
1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.
2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”
3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.
4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.
5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.
6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas.
Firman Allah S.W.T. bermaksud :
“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).
Wallahua’lam.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Bertarikh : 9 Safar 1430
5 Februari 2009
Terkini dari Perak....
FRU lepaskan pemedih mata
KUALA KANGSAR, 6 Feb - 3.05 petang: Pihak polis menambah kekuatan dengan menghantar satu lagi trak FRU dengan 30 ahlinya dan sebuah 'water cannon' telah menuju ke arah masjid dari pintu utama Istana Iskandariah.
2.45 petang: FRU bertindak melepaskan lagi gas pemedih mata berjumlah 10 das dan arah semua penyokong bersurai.
2.30 petang: FRU bertindak melepaskan gas pemedih mata kepada para penyokong sambil memberi amaran kepada para penyokong.
2.20 petang: Perarakan bermula dengan laungan 'Hancur BN' walaupun disekat oleh FRU di laluan utama ke Istana. Rakyat terus berasak menuju ke Istana.
2.15 petang: Kira-kira 2000 penyokong Pakatan Rakyat keluar dari Masjid Ubuddiyyah dan berkumpul sebelum mula berarak menuju ke Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar. (Harakhadaily)
__________
Speaker pohon upacara angkat sumpah MB Perak ditangguh
IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berkata, beliau akan menulis surat kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda supaya menangguhkan upacara mengangkat sumpah Menteri Besar yang baru.
Sivakumar berkata, beliau akan menghantar surat pada jam 3 petang ini untuk tujuan itu dan turut memohon perkenan Sultan untuk mengadakan mesyuarat DUN tergempar.
Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dijadualkan pada pukul 3.30 petang ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Pelantikan beliau itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak, semalam.
(sumber:- mStar Online)
KUALA KANGSAR, 6 Feb - 3.05 petang: Pihak polis menambah kekuatan dengan menghantar satu lagi trak FRU dengan 30 ahlinya dan sebuah 'water cannon' telah menuju ke arah masjid dari pintu utama Istana Iskandariah.
2.45 petang: FRU bertindak melepaskan lagi gas pemedih mata berjumlah 10 das dan arah semua penyokong bersurai.
2.30 petang: FRU bertindak melepaskan gas pemedih mata kepada para penyokong sambil memberi amaran kepada para penyokong.
2.20 petang: Perarakan bermula dengan laungan 'Hancur BN' walaupun disekat oleh FRU di laluan utama ke Istana. Rakyat terus berasak menuju ke Istana.
2.15 petang: Kira-kira 2000 penyokong Pakatan Rakyat keluar dari Masjid Ubuddiyyah dan berkumpul sebelum mula berarak menuju ke Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar. (Harakhadaily)
__________
Speaker pohon upacara angkat sumpah MB Perak ditangguh
IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berkata, beliau akan menulis surat kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda supaya menangguhkan upacara mengangkat sumpah Menteri Besar yang baru.
Sivakumar berkata, beliau akan menghantar surat pada jam 3 petang ini untuk tujuan itu dan turut memohon perkenan Sultan untuk mengadakan mesyuarat DUN tergempar.
Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dijadualkan pada pukul 3.30 petang ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Pelantikan beliau itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak, semalam.
(sumber:- mStar Online)
Monday, February 02, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)