Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, January 28, 2009

Harapan Kepada Dr Juanda Jaya

Petikan dari blog Ustaz Zolkharnain Abdidn Al-Hafiz

Sah, Perlis akan mendapat Mufti baru mulai Februari ini. Orangnya masih muda, 38 tahun. Berlatar belakang akademik baik dan disifatkan oleh MB Perlis sebagai seorang yang mampu meneruskan legasi mantan Mufti, Dr Mohd Asri Zainol Abidin.

Saya tumpang gembira, sekurang-kurangnya kerana kerusi penting itu tidak dibiarkan kosong terlalu lama. Juga kerana Perlis meneruskan amalan sebelumnya, mengambil Mufti daripada kalangan orang muda. Bukan kerana orang tua tidak layak tetapi kerana beban tugas yang semakin mencabar, kadang-kadang lebih memerlukan adunan dua keupayaan serentak iaitu keupayaan fizikal dan akademik.


Sebagai orang biasa, tentu ada beberapa mulahazah yang ingin disuarakan kepada Mufti baru ini.

1.       Mendengar suara semua pihak dan bukan pihak berkuasa yang melantik dan membayar gajinya sahaja.
2.       Mengukuh usaha  mengikis salah faham kalangan bukan Islam terhadap Islam melalui kegiatan dialog antara budaya.
3.       Mengelak ketegangan dalam masyarakat melalui pengiktirafan terhadap perbezaan amalan berdasarkan pegangan kepada mazhab tertentu.
4.       Mendekati golongan muda dan mendidik mereka supaya mesra ‘orang agama’.
5.       Memberi nafas baru kepada institusi masjid supaya lebih segar melalui penambaikan khutbah dan penjenamaan semula semua aktiviti.
Banyak lagi mulahazah yang mampu disuarakan, tetapi untuk permulaan memadai sekadar itu.

Saya yakin Dr Juanda akan mampu menjalankan tugas dengan baik dan berkesan berdasarkan pengalaman yang ada. Ini juga dibantu oleh sikap kepimpinan kerajaan negeri yang ada pada hari ini yang dilihat lebih terbuka dan mesra, tidak terlalu mengongkong dan mencengkam.

Tokoh-tokoh agama tempatan seperti Dr Mohd Arsyad Taib, Dato’ Dahlan Mohd Zain, Dato’ Ahmad Jusoh termasuk daripada parti pembangkang seperti YB Ust Hashim Jasin, Ust Ahmad Ali dan ramai lagi wajar menjadi ‘rakan kerja’ kepada Dr Juanda. Tidak menjadi kesalahan kita berbeza pandangan dalam banyak hal, tetapi menjadi suatu kesalahan besar apabila kita tidak mahu bersatu demi kepentingan agama.

Selamat datang ke Negeri Perlis Darus Sunnah. Kami mungkin tidak akan menyambut tuan seperti penduduk kota Madinah menyambut baginda Rasulullah saw, tetapi kami akan menerima tuan dengan gembira dan terbuka.

Ahlan wasahlan wa marhaban bika…

2 comments:

Anonymous said...

Salam. Ustaz apa kat perlis tak dak ke yang layak jadi mufti?

Anonymous said...

Salam. Kat Perlis memang ramai yang layak jadi mufti. Tapi inilah uniknya orang islam di Perlis. Bukan bangsa, tempat kelahiran atau keturunan yang jadi keutamaan tapi kelayakan seseorang.