
Alamat Baru Kami
Monday, November 30, 2009
Wednesday, November 25, 2009
Ijtimak Korban
Hari Raya Kedua/ Sabtu, 28 November 2009
Di Markas Tarbiyyah PAS Perlis, Jejawi Dalam.
Mulai jam 8.00 pagi
Tuesday, November 24, 2009
Monday, November 23, 2009
Mahkamah Tinggi tolak penangguhan kekosongan DUN Kota Siputeh

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan penangguhan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusan mahkamah 16 November lalu yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kosong. Oleh itu, pilihan raya kecil kawasan itu perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas writ pilihan raya dikeluarkan selewat-lewatnya, Rabu ini. (Berita Harian).
JOM GEMPUR KOTA SIPUTEH........!!
Link berkaitan:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/11/23/nation/20091123154649&sec=nation
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_27.htm
http://www.malaysiakini.com/news/118117http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/23/mstar_berita/20091123160010&sec=mstar_berita
Ustaz Abu Bakar Awang meninggal
Petikan HarakahdailyBeliau menyambung pengajian agama di sebuah universiti di Baghdad, Iraq. Empat tahun kemudian datang pula bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri dan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ustaz Hashim Jasin belajar di tempat sama.
Thursday, November 19, 2009
Ditembak polis,tangan bergari: Keluarga akan ambil tindakan undang-undang
Antara yang menjadi pertikaian mereka ialah beberapa kenyataan daripada pihak polis seperti yang dilaporkan akhbar yang dikatakan bercanggah dengan kejadian sebenar.
Menurut bapa mangsa, Noorzan Abdul Rahim, 47, mempertikaikan pernan pihak polis yang tidak terus menahan anaknya yang dikatakan telah pergi ke balai polis menyatakan niatnya untuk mem
Jelasnya, ketika berada tidak jauh dari tempat kejadian, beliau ada mendengar dua das tembakan berturut-turut dan ketika tiba di situ anaknya tertiarap di atas tanah sambil kedua-dua tangan masih bergari.
Noorzan mempertikaikan tindakan polis menembak anaknya yang hanya bersejatakan sebilah pisau pemotong sayur sedangkan beliau bukanlah seorang penjenayah.
"Dia bukan colek orang pun atau mendatangkan bahaya besar. Saya nak tanya kenapa anak saya digari? Adakah dia ditembak semasa tangannya bergari atau digari selepas dia di tembak?
"Kalau ditembak dulupun, kenapa perlu dia digari?," soalnya.
Sehubungan itu, Noorzan berkata pihaknya akan mengambil tindakan tindakan undang-undang terhadap pihak polis, kerajaan Malaysia dan angota polis terbabit akibat kecuaian mereka dalam menjalnkan tugas sehingga menyebabkan kematian.
Pemuda ditembak polis: Pemuda PAS Perlis gesa siasatan telus
Mengulas kejadian ini, Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman menyifatkan insiden yang berlaku itu menjejaskan imej dan profesionalisme pasukan polis di mata umum.
"Sepatutnya insiden sedemikian tidak berlaku sekiranya pasukan polis bertindak dengan lebih berhati-hati bagi memastikan keselamatan orang awam.
"Tindakan membunuh adalah jalan terakhir, apatah lagi ianya hanya membabitkan seorang yang hanya bersenjatakan pisau pemotong sayur sahaja dan dia bukanlah seorang penjenayah.
"Kita bukan nak mempersoalkan tugas polis tapi berharap agar siasatan yang telus diadakan berkaitan insiden ini," katanya.
Ustaz Ya'akub ditemui selepas menziarahi Rashidi Abdul Rahman, pemuda yang didakwa telah dipukul oleh Mohamad Taufik sebelum kejadian beliau ditembak.
Turut hadir mengiringi beliau, Exco Pemuda PAS Perlis dan Pemuda PAS Arau.
Selain itu, beliau turut menziarahi keluarga Mohamad Taufik dan bertemu dengan bapanya, Noorzan Abdul Rahim.
Monday, November 16, 2009
Pasti medan memasyarakatkan PAS
"Kehebatan Pasti terletak kepada semangat pengorbanan yang tinggi oleh para penggiatnya termasuk guru-guru Pasti yang bekerja dengan imbuhan yang tak seberapa.

"Pasti kini mampu menjadi produk PAS yang boleh ditonjolkan kepada masyarakat dan premis-premis Pasti juga perlu dibangunkan sebagai pusat komuniti bagi masyarakat setempat," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis Minum Petang bersama pemimpin sempena Majlis Konvokesyen Pasti Kawasan Padang Besar dan Kangar yang diadakan di Balai Islam MADI baru-baru ini.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim serta Ketua Pemuda Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.
a iaitu Pasti adalah medan untuk memasyarakatkan PAS. Katanya, walaupun pelbagai usaha dibuat untuk mematikan institusi ini, Pasti terus berkembang maju di seluruh negara.
"Pasti boleh mengambil peranan sebagai pengganti di tempat yang tidak ada tadika. Alhamdulillah, berkat pengorbanan dan keikhlasan penggiatnya, Pasti terus bergerak maju sampaikan kini ada Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian yang turut menghantar anak mereka ke Pasti," katanya.
Wednesday, November 11, 2009
Kerusi stadium RM500 sebiji?
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata kerosakan yang dialami Stadium Nasional di Bukit Jalil akibat tindakan liar penyokong Kelantan semasa perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia Sabtu lepas bernilai RM214,000. Baca di sini.
Orang Kurang Upaya (OKU), pintu pagar dan tandas.Waahhh.... 224 buah kerusi stadium bernilai R112,000.00. Mengikut pengajian Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris yang dipraktikkan di negara ini means that RM112,000.00 divided by 224 chairs equals to RM500.00 per chair. Hangpa faham ka???Kerusi stadium yang muat-muat letak punggung kita tu bernilai RM500.00. Bukannya kerusi VIP. Tapi kerusi penonton biasa....
Lihat foto-foto ini untuk menilai sendiri....
Takziah kepada Dato' Kamarudin Jaffar dari PAS Perlis
Kamariah meninggal dunia jam 6 pagi ini akibat penyakit kanser yang beliau deriati sejak sekian lama.
Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya kerana suami beliau, Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat yang juga AJK PAS Pusat masih dalam perjalanan pulang dari Qatar. Baca di sini
"Bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis, saya mengucapkan takziah kepada Dato' Kamarudin di atas pemergian isteri beliau. Semoga beliau sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.
"Semoga roh Datin Kamariah dicucuri rahmat dan keampunan oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh,"kata Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.
Tuesday, November 10, 2009
Tuesday, November 03, 2009
Perasmian bangunan baru SRI Al-Furqan
SRI Al-Furqan yang merupakan salah satu daripada tiga buah institusi pengajian kelolaan PAS Perlis sebelum ini beroperasi di Padang Siding sebelum berpindah ke Jejawi pada tahun ini.
Bagi sesi pengajian tahun 2009, SRI Al-Furqan menumpang di bangunan Al Madarasah Ad-Dinniah Islamiyah (MADI) sebelum didirikan bangunan sekolah yang baru dan bakal diduduki pada sesi pengajian tahun 2010.
Pembinaan bangunan sekolah ini adalah hasil sumbangan seorang individu yang telah mewakafkannya bagi pihak keluarga beliau.
Dr Haron dalam ucapannya, menyeru semua pihak agar terus memberikan sumbangan dalam apa juga bentuk samada harta-benda atau tenaga demi perjuangan Islam.
Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz hashim Jasin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan demi menyiapkan bangunan sekolah tersebut.
"Ini termasuk kepada mereka yang bekerja dengan sukarela tanpa mengambil sebarang upah.
Saya berdoa agar semangat pengorbanan sebegini akan terus subur di kalangan ahli PAS," katanya.
Pemuda PAS Perlis beri semangat kepada pasukan Singa Utara
Walaupun ketika itu pasukan Perlis ketinggalan dengan agregat 2-0 selepas tumpas di Kota Bharu pada separuh akhir pertama, Pemuda PAS Perlis turun bertemu pemain, jurulatih serta pegawai pasukan selepas latihan di Stadium Utama Negeri di sini.
Ustaz Ya'akub berbual dengan Irfan, Mohd Noor dan FauziBagaimanapun Perlis gagal menepatkan diri ke perlawanan akahir selepas tumpas 1-3 kepada Kelantan.
Thursday, October 29, 2009
Thursday, October 22, 2009
Alahai Tabung Haji...
Tidak dinafikan bahawa Tabung Haji Malaysia adalah antara badan pengurusan haji yang terbaik dan mendapat pengiktirafan di seluruh dunia.Wednesday, October 21, 2009
Gapo dio 1 Malaysia tu???
Salam Perjuangan....Dua situasi yang saya alami membuatkan saya terfikir sejenak:
Pertama:
Mendengar kuliah hadith di Radio Perlis FM: Ustaz yang memberikan kuliah tentang zikir selepas solat. Agak menarik kerana pandangan beliau tidaklah sekeras sesetengah pihak. Lebih kurang katanya, lafaz zikir selepas solat tidak perlulah terlalu kuat tetapi sebaiknya secara sederhana. Tapi bukan itu yang menarik perhatian saya, tapi komen beliau tentang 1 Malaysia. Lebih kurang dia sebut : kenapa kita dok asyik sebut 1 Malaysia, kenapa kita tak sebut 1 Ummah?
Kedua:
Khutbah Jumaat di sebuah masjid di negeri Kedah minggu lalu: Tok khatib menegur tentang 1 Malaysia yang cenderung ke arah mencampur-adukkan pelbagai budaya dan agama. Tapi lebih menarik Tok khatib menegur sebuah parti politik yang berhimpun di Kuala Lumpur yang mempromosikan laungan Hidup XXXXXX !! Hidup XXXXXX !! Hidup XXXXXX !! Kata beliau mengapa tidak membesarkan kalimah Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Lebih menarik dia kata mengapa tidak parti tersebut duduk berhimpun dan berbincang bagaimana untuk menegakkan syariat Islam di dalam negara ini....
Konsep 1 Malaysia bagi orang-oran kampung pula sudah tentu ramai yang masih bingung... Apatah lagi setiap kali pembaca berita menyebut Salam 1 Malaysia..."Pening kepala pakcik dok pikiag bab ni, dulu ada juga penerapan nilai Islam, lepaih tu ada pula Islam Hadhari... ni alih-alih pi dok bagi salam stail baru pulak???," getus Pak Mat di Beseri.Penulis adalah Naib Ketua DPP Perlis
Monday, October 19, 2009
Usrah DPP Perlis bersama YB Kubang Rotan
Adun Kubang Rotan, YB. Mohd Nasir Mustafa dijemput khas selaku naqib.

Monday, October 12, 2009








