Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, November 16, 2009

Pasti medan memasyarakatkan PAS

JEJAWI - Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang ditubuhkan oleh PAS merupakan suatu entiti penting memberikan khidmat kepada masyarakat.

"Kehebatan Pasti terletak kepada semangat pengorbanan yang tinggi oleh para penggiatnya termasuk guru-guru Pasti yang bekerja dengan imbuhan yang tak seberapa.

"Pasti kini mampu menjadi produk PAS yang boleh ditonjolkan kepada masyarakat dan premis-premis Pasti juga perlu dibangunkan sebagai pusat komuniti bagi masyarakat setempat," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis Minum Petang bersama pemimpin sempena Majlis Konvokesyen Pasti Kawasan Padang Besar dan Kangar yang diadakan di Balai Islam MADI baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim serta Ketua Pemuda Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.
Khalil dalam ucapannya turut menegaskan perkara yang sama iaitu Pasti adalah medan untuk memasyarakatkan PAS.

Katanya, walaupun pelbagai usaha dibuat untuk mematikan institusi ini, Pasti terus berkembang maju di seluruh negara.

"Pasti boleh mengambil peranan sebagai pengganti di tempat yang tidak ada tadika. Alhamdulillah, berkat pengorbanan dan keikhlasan penggiatnya, Pasti terus bergerak maju sampaikan kini ada Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian yang turut menghantar anak mereka ke Pasti," katanya.




No comments: