Alamat Baru Kami
Friday, February 19, 2010
DAP: 'Pemuda Umno jahil demokrasi berparlimen'
Demonstrasi itu diadakan kira-kira seminggu selepas lebih 50 ahli parlimen Australia membuat desakan supaya digugurkan tertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengerusi jawatankuasa kecil hal ehwal luar negeri Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat desakan itu kepada pesuruhjaya tinggi Malaysia di Canberra, Salman
Ahmad. Selain itu, pengerusi jawatankuasa hubungan luar senat Amerika Syarikat, John Kerry pula mahu perbicaraan Anwar dijalankan dengan adil dan saksama.
Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San menjelaskan, dalam sistem demokrasi berparlimen, jawatankuasa kecil atau jawatankuasa parlimen ditubuhkan oleh parlimen dan dianggotai ahli parlimen sendiri yang tidak memegang apa-apa portfolio dan jawatan dalam pentadbiran kerajaan atau eksekutif.
Selalunya, jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan isu atau portfolio pentadbiran sesebuah kerajaan itu dan berfungsi sebagai satu cabang untuk memantau dasar dan pelaksanaan dasar oleh eksekutif, selaras dengan semangat pengasingan kuasa antara legislatif (parlimen), eksekutif (pentadbiran) dan judisiari (kehakiman).
“Malahan dalam sistem demokrasi berparlimen yang matang, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab meneliti sesuatu akta yang dibentangkan oleh eksekutif sebelum ianya diluluskan oleh Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca selanjutnya
Wednesday, February 17, 2010
SPRM digesa siasat Umno adakan konvensyen di UiTM
PAS mempersoalkan tindakan Umno Pahang yang didakwanya mengunakan fasiliti milik rakyat - Universiti Teknologi Mara (UiTM Jengka, Pahang) - untuk mengadakan konvensyen Umno yang bakal dirasmikan oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.Sehubungan itu, PAS mahu Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat status pengunaan UiTM Pahang sebagai lokasi konvensyen Umno itu.
Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata seramai 2,000 ahli Umno Pahang dijangka berkampung di UiTM Jengka hujung minggu ini.
“Konvensyen Umno Pahang diadakan dari 19-21 Februari ini merupakan program politik yang jelas bertentangan dengan Akta UiTM 174 yang tidak membenarkan program politik diadakan di dalam universiti berkenaan.
“Walaupun ada peruntukan 'dengan kebenaran menteri' tetapi kebenaran yang diberikan itu boleh dipertikaikan kerana selama ini UiTM begitu keras menolak mahasiswa dan kakitangannya melibatkan diri dalam politik, apalagi membenarkan program politik di dalam kampusnya.
“Kalau dengan alasan sudah mendapat restu menteri, jawapan itu juga boleh dipersoalkan kerana menteri pengajian tinggi juga adalah ahli Majlis Tertinggi Umno,” kata Idris dalam satu kenyataan hari ini.
Idris mendakwa, sebelum ini sudah ada rekod bahawa Umno merupakan parti yang suka mengambil kesempatan dalam mengunakan kemudahan rakyat.
Baca seterusnya di sini
KOMEN PEGHELIH LA.....
Umno memang macam tu... Bab nak guna harta awam ni depa memang juara... Juara Rakyat la katakan... (baca "JUARA GUNA HARTA RAKYAT")... Kalau nak dibandingkan dengan PAS memang Umno ni cukup lemah.. Cuba kita masuk kampung-kampung. Berapa buah markas atau dewan Umno yang ada berbanding dengan markas PAS?
Friday, February 05, 2010
Thursday, February 04, 2010
Pesan Tok Guru
di Shah Alam baru-baru ini, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyeru semua ahli PAS untuk beristiqamah dalam perjuangan.Kata Tuan Guru, ada dua jenis jahil dalam berjuang:
1. Sembrono nak menang cepat
2. Menganggap tak boleh menang dalam berjuang
Wednesday, January 27, 2010
Friday, January 22, 2010
Bersama Ketua DPP Pusat
Majlis diadakan di Dewan Dato' Fadzil Noor, Balai Islam MADI, Jejawi Dalam.
Antara amanat yang disampaikan beliau ialah bekaitan dengan pentingnya elemen tarbiah dalam gerakan Islam seperti PAS.
Beliau berasa bimbang sekiranya ditinggalkan tarbiah dan hanya menumpukan kepada politik dan dakwah semata-mata, kualiti ahli akan merosot akibat kurangnya kekuatan dalaman.
Friday, January 15, 2010
DAP saran cara pengadu elak tindakan SPRM
Kini seseorang pengadu, dan media, mungkin tidak lagi berani mendedahkan butiran dakwaan rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Seorang ahli parlimen DAP bagaimanapun mencadangkan satu langkah untuk mengelakkan tindakan bawah Seksyen 29(4) Akta SPRM seperti amaran ketua pesuruhjaya baru badan itu Datuk Abu Kassim Mohamed semalam.
Lim Lip Eng berkata seseorang yang ingin mendedahkan kandungan dakwaan rasuah boleh melaporkan kepada polis kerana Kanun Acara Jenayah (CPC) tidak menghalang seseorang berbuat demikian.
"Menurut peruntukan CPC 1999, menjadi tanggungjawab polis untuk menyiasat semua aduan yang disampaikan kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan.
"Selepas siasatan, polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada SPRM jika wujud unsur-unsur rasuah dalam aduan tersebut.

"CPC tidak melarang seseorang pengadu daripada 'menyebarkan' maklumat aduan polis kepada orang lain."
Tambahnya, orang ramai harus membuat aduan yang bersifat jenayah, termasuk kes-kes rasuah, kepada polis.
"Tidak adil dan juga berulang untuk meminta mangsa atau pengadu melaporkan aduannya kepada agensi-agensi berbeza yang terletak di tempat-tempat berlainan," kata Lim lagi.
Pihak berwajib pula boleh menggunakan Seksyen 177 Kanun Keseksaan, dan bukannya Seksyen 29(4) Akta SPRM, untuk menghukum mereka yang ada niat tersembunyi yang menyalurkan maklumat palsu, katanya.
Ia juga boleh menggunakan Seksyen 499 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menfitnah pihak yang tidak bersalah.
"Kedua-dua kesalahan tersebut, jika didapati bersalah, boleh dihukum dengan penjara," katanya.
Nota: Lim Lip Eng adalah Ahli Parlimen Segambut, WP.
Thursday, January 14, 2010
Dasar Umno tak betul dari awal, ulama' Umno bukan sumber rujukan
KANGAR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyelar Umno yang hanya menngunakan isu penggunaan kalimah Allah sebagai suatu modal politik."Bezanya antara PAS dan Umno bukan soal solat, masjid atau haji, kita PAS tak marah pun dalam soal masjid pun. Bezanya ialah Umno ambil Islam sebagai suatu modal politik.
"Contohnya kita tengok berlaku kes penggunaan kalimah Allah. Bila yang kata Umno ni pejuangkan agama? Bila? Mereka buat demonstrasipun hanya lakonan dan bukannya dengan roh dan semangat,"katanya.
Katanya lagi, dalam isu tersebut Umno ibarat menangguk di air yang keroh bertujuan untuk meraih sokongan politik di sebalik mengalihkan isu-isu besar yang timbul sehak kebelakangan ini.
"Kamu Umno hanya bercakap soal nak pertahan nama Allah sedangkan hukum Allah kamu hina. Kenapa dulu Umno tak tunjuk perasaan ketika Dr Mahathir menghina janggut Nabi?
"Ketika ura-ura nak buang nama Islam dulu mengapa Umno tak tunjuk perasaan? Mana dia suara Umno yang nak bela Islam ketika seorang wanita kakitangan kerajaan bernama Halimah Saadiah dibuang kerja kerana memakai purdah?," soalnya.
Menurutnya lagi, punca berlakunya kerosakan di dalam Umno kerana parti mereka tidak betul dari awal.
"Ulama dalam Umno tidak mendapat tempat dan tidak diletakkan untuk jadi tempat rujukan. Contohnya, mereka ada orang macam Dr Yusof Noor, seorang cerdik pandai di dalam bidang agama tapi diletakkan untuk jaga pokok kelapa sawit.
"Berbeza kita di dalam PAS, kita ada dua Tok Guru sebagai tempat rujukan yang menjadikan al-quran dan hadis sebagai panduan sekiranya timbul sesuatu permasalahn," jelasnya.
Ustaz Idris berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam majlis ceramah penerangan anjuran PAS Kawasan Kangar di Kampung Behor Lateh dekat sini 11 Januari lalu.
Pemuda Perlis kesal kes rogol meningkat: Sedia kerjasama dengan pihak berkuasa
KANGAR- Pemuda PAS Perlis memandang serius di atas peningkatan kadar kes rogol khususnya yang membabitkan gadis bawah umur di kawasan Padang Besar .
Ini berikutan kenyataan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros dalam sebuah akhbar baru-baru ini yang menyebut bahawa kes rogol telah meningkat sebanyak 15 peratus sepanjang tahun lalu.
Dalam kenyataannya, Che Man berkata kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan golongan remaja bawah umur dan kebanyakannya dikategorikan sebagai "rogol rela".
Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman m
elahirkan rasa kesal dan terkejut dengan peningkatan kes seperti ini apatah lagi ia lebih bersifat perlakuan seks bebas atau perzinaan.
"Kenyataan pihak polis menyebut kebanyakan kes melibatkan remaja bawah umur yang mengenali suspek, kalau dah namanya 'rogol rela' ianya bukan lagi rogol tapi perzinaan atau seks bebas.
"Kita yakin dalam kebanyakan kes, ia hanya dilaporkan apabila gadis-gadis ini sudah terlanjur. Itu yang berlapor, entah berapa banyak lagi yang tak berlapor atau berapa banyak lagi yang bakal dilaporkan," katanya.
Menurutnya lagi, kejadian sedemikian terjadi akibat kegagalan sistem pendidikan di negara ini untuk memberikan penekanan ke arah pengukuhan iman dan akhlak kepada para pelajar dan golongan remaja.
Selain itu katanya, golongan ini juga didedahkan dengan pelbagai perkara yang merosakkan pemikiran mereka yang mendorong ke arah perlakuan maksiat dan dosa.
"Hari ini penyalahgunaan teknologi seperti komputer, internet dan telefon mudah alih membolehkan reamaja berkongsi menonton gambar atau filem lucah.
"Mereka juga sering didedahkan dengan budaya hedonisme atau hiburan melampau yang turut ditaja oleh pihak kerajaan, pergaulan bebas tanpa batasan dan akhirnya terjebak ke kancah maksiat," katanya.
Ustaz Ya'akub juga melihat peranan ibu bapa juga penting dalam pembentukan peribadi anak-anak khususnya yang sedang memasuki alam remaja.
"Jiwa mereka jika tidak diisi dengan iman, akan mudahlah dipengaruhi dengan pelbagai perkara yang merosakkan. Ibu bapa tak boleh sepenuhnya menyerahkan tugas mendidik anak-anak kepada guru-guru di sekolah sebaliknya mengambil berat apa yang dilakukan anak-anak selepas waktu persekolahan.
"Pendidikan agama di luar sekolah juga perlu ditekankan. Ajar mereka menghadiri kelas pengajian agama di masjid atau surau," ujarnya.
Tambahnya, pihak berwajib perlu memperhebatkan peranan dalam memberi penekanan ke arah pembentukan iman, akhlak dan moral golongan remaja di samping mengusahakan kempen berkaitan bahaya hedonisme dan pergaulan bebas.
"Pemuda PAS Perlis bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha membanteras atau membendung gejala sosial serta maksiat di negeri ini," jelasnya.
Tuesday, January 12, 2010
Segera beramal sebelum datang fitnah
Dari lamanweb ilmudanulamak.com (Ustaz Ahmad Adnan Fadzil) Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; “Bersegeralah beramal sebelum munculnya fitnah-fitnah (ujian) seumpana potongan-potongan malam yang gelap-gulita di mana seorang lelaki paginya beriman dan petangnya kafir atau petangnya beriman dan paginya kafir. Ia menjual agamanya dengan suatu mata benda dunia”. (Riwayat Ahmad, Muslim dan at-Tirmizi).
Monday, January 11, 2010
Pejabat Urusan DAP Kangar dirasmikan
Majlis perasmian Pejabat Urusan DAP Kangar di Jalan Kanga-Alor Setar dekat sini telah disempurnakan oleh Penasihat Kebangsaan DAM, Lim Kit Siang.
Hadir sama dalam majlis tersebut beberapa orang pimpinan DAP Pusat termasuk Pengerusi DAP Kedah-Perlis, Thomas Su; Timbalannya,Vincent Wu, Ahli Parlimen Siputeh, Teresa Kok serta Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.
Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran pimpinan PAS dan KeADILan. Antaranya, Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah; Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Abdul Karim Md Rejab dan Pengarah Perhubungan Awam PAS Perlis, Hairy Hashim.
Presiden PAS : Banyak menerang bukannya menyerang
SHAH ALAM : Kerajaan dan orang Islam tidak boleh menganggu orang Islam dan rumah ibadah mereka seperti yang ditegaskan dalam hadits Nabi" barang siapa menyakiti orang bukan Islam Zimmi dia menyakiti ku dan aku akan menjadi pembela mereka". Demikian antara penegasan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan ucapan perasmian Taklimat Isu-Isu Penerangan anjuran Lajnah penerangan PAS Pusat di Dewan MBSA di sini hari ini.
Taklimat Penerangan itu mendapat perhatian yang baik dari semua peringkat parti diseluruh negara apabila semua tempat duduk dibahagian utama dewan yang pernah berlangusng Konvensyen pakatan Rakyat itu penuh dengan peserta yang dianggarkan sekitar 1000 peserta.
Hadir sama dalam Program itu ialah Timbalan Presiden PAS, Ust. Nasharuddin Md. Isa, Naib-Naib Presiden, AJK PAS Pusat, AJK Pemuda, Ulama dan Muslimat Pusat, AJK Perhubungan Negeri, ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen , YDP dan SU PAS kawasan dari seluruh negara.
Baca selanjutnya di sini
Wednesday, January 06, 2010
Malaysia Tanahairku : Judi oh Judi

Kayanya towkey judi...
Kutipan Syarikat Perjudian Tahun 2008 (RM):
Genting (M)Bhd: 949,802,170
Sport Toto: 509,739,584
Magnum: 396,477,793
Pan Malaysia Pools: 270,764,197
Pan Malaysia Racing: 138,576,130
Daily One Corp: 18,082,749
Sandakan Turf Club: 18,182,034Sarawak Turf & Equestrian Club: 29,776,000
Rujuk Handsard Parlimen Mukasurat 113-119
Klik di sini
Tuesday, January 05, 2010
XDPC Dakwah Malam Tahun Baru
Program ini turut disertai Ahli Jawatnkuasa Kerja Pemuda PAS kawasan-kawasan serta Nisa' Perlis.
Peserta ekspidisi berkumpul di Stadium Utama Kangar sebelum berpecah kepada dua kumpulan menuju ke kawasan sekitar bandar Kangar dan pesisiran pantai di Kuala Perlis.
Di Kuala Perlis, orang ramai berkumpul memenuhi sepanjang 3 kilometer kawasan pesisir pantai menatikan detik tengah malam.
Di situ petugas Pemuda PAS dan Nisa' mengedarkan risalah berkaitan cara-cara yang lebih afdal untuk menyambut kedatangan tahun baru.
Thursday, December 31, 2009
Apa sangatlah Enjin F5E bernilai RM50 juta
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kehilangan enjin Jet F5E milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) bernilai kira-kira RM50 juta.
Bagi sesetengah orang yang tahu, mengambil tahu dan membuat kajian atau analisa mereka pula menyatakan setiap jet F5E mempunyai sepasang enjin. Jadi untuk setiap satu jet, mesti ada dua buah enjin yang disimpan.. (untuk selenggaraan berjadual, overhaul dan sebagainya kena ganti kedua-dua enjin sekali).
Tak tahulah banyak mana wang rakyat depa dah rembat???
Analisis Tok Ngah:1. Bagi orang yang terlebih kaya: RM50juta tu celah gigi je...
2. Bagi orang miskin: RM50 juta tu??? Tak terfikir le... Nak cari RM10 pun susah
3. Bagi kerajaan negeri Perlis : RM50juta hampir nak sama dengan anggaran belanjawan untuk pembangunan negeri tahun 2010 sebanyak RM55.71 juta.
4. Bagi Christiano Ronaldo : Tak sampai pun gaji aku setahun (Anggaran 180,000 paun sterling seminggu)
5. Bagi kontraktor Umno: RM50 juta mana cukup nak siapkan sebuah bangunan...kena ada extra cost... Nak buat camno dah kena "pau" keliling dek pemimpin...Kalau tidak bangunan boleh runtuh..(Apa nak susah bagai alasan besi mahal..sebab negara China borong habih buat sukan Olimpik, tak pun bagitau la sebab last year minyak naik)
6.Bagi pak saudara Tok Ngah: Dia peduli apa, janji 4-5 tahun sekali Umno bagi RM50.00 + kain pelikat.. Sesekali-sekala Umno bagi beras, gula, kopi, susu... Kira okey la tu...
7. Bagi mak saudara Tok Ngah pulak: Isyy kat peti undi di kampung ni kalau semua kertas undi tu pangkah bulan mesti ada satu saja yang pangkah kati... yang tu makcik punya la..Dah 50 tahun lebih Umno berjasa dengan kita...
8. Bagi Tok Ngah: Aku debik kepala pak sedara/mak sedara aku 50 kali baru depa tahu...
Teruskan menyokong Umno/BN... mudah-mudahan lepas ni kereta polis, kapal selam, kereta kebal pun depa bagi hilang....
Umno/BN tinggalkan 2009 dengan 'kemelut politik' yang tak terungkai
WAN NORDIN WAN YAACOBNama Dato' Norza Zakaria dan Tan Sri Muhammad Ali Rustam amat popular dengan skandal ini menyebabkan dua individu ini 'dilarang' dari menyertai pemilihan di pusat.
Namun, selepas Najib mengambil alih Malaysia, Ali Rustam tetap kekal selaku Menteri Besar Melaka dan hingga kini masih menerajui negeri bersejarah itu.
Tuesday, December 29, 2009
Jaulah Siasiyah Siri ke 3 di DUN Santan
Friday, December 25, 2009
Kuliah Dato' Dr Haron Din
Wednesday, December 23, 2009
Klinik 1 Malaysia dikritik
PETALING JAYA (Dec 22, 2009) : The Malaysian Medical Association (MMA) has criticised the government’s decision to implement 1Malaysia clinics which are to be manned by medical assistants and nurses, calling it "wasteful" and "illegal".

Quek said the employment of medical assistants and nurses to man clinics is against the Medical Act 1971 which prohibits medical assistants from prescribing “any more than some very simple medicines”.
Last week, Bernama quoted Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai as saying the clinics would be allowed to prescribe medicine for minor illnesses like fever, cough or minor cuts and could also handle referral cases.
A total of 50 1Malaysia community clinics will begin operation next month to provide basic health treatment for urban residents.
However, Quek said there are already many “under-utilised” general practitioner clinics.
He said there are many doctors in the country but they are poorly distributed.
"If the government feels the 1Malaysia clinics have to be established, the least it could do is ensure these clinics are manned by registered medical doctors,” he said.
“The standard of medical care should not be compromised."
Tuesday, December 22, 2009
Enjin F5E hilang... satu lagi cerita lawak...
Kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menimbulkan pelbagai persoalan terutamanya mengenai tahap keselamatan negara.Saturday, December 19, 2009
Apa yang Shahidan kata di sidang DUN?
Macam-macam yang disebut oleh bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) pada sidang DUN Perlis baru-baru ini. Antaranya....Tahniah kepada skuad bolasepak kebangsaan

Thursday, December 17, 2009
Perihal jag masuk dalam cawan
"Tak semestinnya yang dua masuk dalam 13, yang 13 orang masuk dengan kami yang dua ni pun boleh," jawab Ustaz Hashim.
Sabry kemudiannya bangun mencelah lagi dengan berkata keadaan itu sama seperti cawan dimasukkan ke dalam jag dan mustahil jag hendak dimasukkan ke dalam cawan.
Sidang DUN Perlis: Shahidan hilang lagi....
KANGAR - Seperti meneruskan tradisinya sebelum ini, kelibat Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) tidak kelihatan pada hari terakhir Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis.Dalam sidang bajet yang berlangsung dari 15 hingga 17 Disember baru-baru ini, beliau turut menghilangkan diri pada hari terakhir.
Bagaimanapun bekas Menteri Besar Pelis itu telah memberitahu Speaker DUN, Dato' Yazid Mat bahawa beliau tidak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa bergegas ke Laos untuk menyaksikan temasya Sukan SEA di sana.
Seperti kebiasaannya, Shahidan yang turut mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari kedua telah berucap panjang dengan membangkitkan pelbagai isu.
Gelagatnya kali ini lebih hebat dengan "menyapu keliling" mana-mana individu serta isu dalam ucapannya selam lebih dua jam.
Selain PAS yang turut menjadi sasaranya, kali ini beliau turut mempertikaikan persahabatan PAS dengan DAP yang didakwanya bersifat perkauman dan bertunjangkan parti PAS di Singapura.
Begitu juga beliau turut menyasarkan ucapannya dengan mengusik Speaker, Menteri Besar, barisan Exco dan menyebut nama beberpa orang pegawai kerajaan berkaitan isu yang beliau bawa.
"Begitulah Shahidan, dia 'taruk cukup-cukup', esok dia hilang," kata seorang Ketua Jabatan.
Antaranya terpakasa ke Kuala Lumpur untuk urusan penting atau terpaksa membuat pemerikasaan mata. Ketika sesi penggulungan Sidang Bajet tahun lalu beliau juga menghilangkan diri sejenak dan mucul semula ketika bacaan kali ketiga Rang Undang-undang Perbekalan.
Tuesday, December 15, 2009
Sidang DUN Perlis hari pertama: Soalan Lisan YB PAS
1. Projek pembangunan kompleks Yayasan Islam Perlis di persimpangan Jalan Pengkalan Assam, Kangar sudah terbengkalai sejak lebih dari 10 tahun yang lalu. Sila nyatakan:
a. Perancangan kerajaan negeri bagi membangunkan semula tapak tersebut agar tidak terus menjadi hutan belukar yang menyakitkan pandangan mata.
b. Apakah status terkini kedudukan kewangan Yayasan Islam Perlis?
2. Projek menaik taraf Jalan Arau-Kodiang sudah lebih setahun terbengkalai. Tahap keselamatan di jalan berkenaan amat tidak memuaskan khususnya kepada pengguna jalanraya pada waktu malam. Ini berbeza dengan keadaan jalan yang bersambung di negeri jiran (Kodiang-Jitra) yang sudah siap dan memberi keselesaan kepada pengguna. Pohon dijelaskan:
a. Punca berlakunya masalah tersebut?
b. Langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk memastikan projek jalan tersebut dapat disiapkan segera
a. Apakah perkembangan siasatan kes penyelewengan ini?
b. Adakah sebarang tindakan yang telah diambil ke atas individu terbabit?
c. Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi memastikan teguran-teguran audit diberikan perhatian sewajarnya.
a. Apakah pihak kerajaan prihatin tentang nasib golongan ini yang mempunyai pendapatan yang tidak melepasi garis kemiskinan.
b.Apakah ada langkah-langkah yang dicadangkan untuk membantu golongan ini untuk menambahkan pendapatan mereka?
a.Berapakah jumlah rumah PPRT yang telah dibina di dalam DUN Simpang Empat?
b.Jumlah yang telah diluluskan dan belum dibina?
c.Apakah permohonan rumah PPRT ini masih dibuka?
3. Pohon penjelasan, apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah serangan “siput gondang emas” di kawasan tanaman padi khususnya di kawasan MADA yang sudah sampai ke tahap yang membimbangkan?
Bajet Perlis 2010: Defisit meningkat lagi
KANGAR - Bajet 2010 bagi Negeri Perlis yang dibentangkan pagi tadi oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu mempunyai defisit sebanyak RM 75.6 juta. Keseluruhan bajet yang dicadangkan ialah sebanyak RM198.41 juta, iaitu kenaikan sebanyak 0.7 peratus berbanding tahun 2009.
anglang) melihat tiadanya elemen pembinaan insan yang disentuh oleh Md Isa semasa pembentangan.
"Walaupun defisitnya hanya meningkat sekitar RM5 juta, tetapi sebagai sebuah negeri yang kecil dan sumber hasil yang sedikit, perkara ini perlu dipandang serius.
"Dalam bajet kali ini tiada cadangan untuk kerajaan negeri berusaha mencari sumber-sumber baru untuk mempertingkatkan hasil. Sebagai contoh melalui pelaburan luar atau sumbangan dari GLC dan sebagainya tanpa perlu bergantung kepada bantuan kerajaan pusat semata-mata.
Monday, December 14, 2009
Tindakan MPK tak professional: Pemuda PAS Perlis
Konsert "Selagi Ada Rindu" anjuran Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Perlis itu bakal menampilkan Pak Long atau Syafiee Ahmad, komposer lagu Al-Jannah dan Cinta Pantai Merdeka sebagai artis jemputan utama.
Selain itu, konsert ini bakal menyaksikan penampilan Juara Bintang Kecil, Adik Azidi; P.Ramlee Perlis serta Aziz "Mas Mona".
Program ini berkonsepkan hiburan alternatif untuk mengakhlakkan seni di samping mendidik golongan reamaja agar bebas dari unsur-unsur negatif dan gejala sosial.
Konsert secara percuma ini merupakan salah satu siri program DACS bagi mendekati golongan muda dalam siri program "Orang Muda Geng Kita".
Dalam sidang media yang diadakan, Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman menyifatkan tindakan MPK ini adalah tidak professional memandangkan kelulusan telah diberikan pada 2 Disember lalu.
"Kita kesal kerana MPK selalu bertindak merugikan banyak pihak. Penarikan balik kelulusan konsert yang sepatutnya bermula jam 8.00 malam dibuat pada jam 2.00 petang tadi melalui sepucuk surat dan surat susulan dengan pembetulan pada jam 5.00 petang dengan maksud yang sama.
"Kita juga kesal kerana MPK telah bertindak mengikut selera politik bukan secara professional. Kita difahamkan ada unsur-unsur campurtangan dari pihak tertentu dari pejabat Menteri Besar Perlis,"jelasnya.
Sebahagian peniaga yang sudah membuka gerai
Sidang media di hadapan pejabat Perhubungan PAS Perlis
Menunjukkan surat dari MPK
Laporan polis dibuat di IPK Kangar jam 9.45 malam"Ianya juga memberi kesan kepada artis yang kita undang yang sudah hadir atau dalam perjalanan selain menghampakan orang ramai yang bakal hadir.
Sehubungan itu, Ustaz Ya'akub berkata pihak DACS Perlis sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap MPK dan satu laporan polis telah dibuat di Ibupejabat Kontinjen Polis Kangar
Konsert Dibatalkan
MPK yang sebelum ini memberikan kelulusan penggunaan Dataran Kangar 350 telah menarik balik permit tersebut siang tadi.
Pihak penganjur memohon jutaan kemaafan di atas pembatalan ini... Harap Maklum...












.jpg)






