Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, May 12, 2009

DPP Perlis bentuk kabinet baru 2009-2011

Selepas mengadakan Muktamar Kali Ke-34 Ahad lalu, Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis mengadakan mesyuarat pertamanya malam tadi di Darul Islah, Taman Kemajuan, Kangar.

Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman mengumumkan barisan kabinetnya bermula dengan pelantikan Setiausaha baru iaitu Ustaz Muhammad Azmir Azizan. Bendahari DPP Padang Besar, Wan Abd Rahman Wan Ahmad pula dilantik sebagai Bendahari dan Ketua DPP Kangar, Mohd Iqbal dsebagai Ketua Penerangan.

Dalam muktamar yang berlangsung Ahad lalu, Ustaz Ya'akub mengekalkan jawatan Ketua tanpa bertanding. Begitu juga jawatan Timbalan dan Naib Ketua yang disandang Ustaz Yussaine Yahya dan Bashir Ishak dimenangi tanpa bertanding.

Sementara 12 orang Exco DPP Perlis yang terpilih ialah :- Nurdin Isa, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, Wan Abd Rahman, Mohd Sahir Abd Rahman, Mohd Yasser Desa, Shuhairi Samsuddin, Yusnizar Rashid, Ustaz Mohd Azmir, Mohd Rodzi Ismail, Mohammed Khanifah, Safizul Saidin dan Amirul Jufri.

Selain itu, Ketua dan Setiausaha DPP Kawasan Padang Besar, Kangar dan Arau menduduki kerusi Exco DPP Perlis secara automatik.

Mereka ialah Sarudin Abu Bakar, Yasir Arafat Abni Hajar, Mohd Iqbal, Meor Hassan Sazali, Kaharudin Mohamadd dan Norhashimi Yaakub.

Ketua-ketua lajnah yang diumumkan pula seperti berikut:-

Politik & Pilihanraya - Ustaz Ya'akub
Tarbiyah - Ustaz Yussaine
Kelab Penyokong Muda & ICT - Bashir
Penerangan & Dakwah - Iqbal
Kebajikan, Pengguna & Pekerja - Shuhairi
DACS - Mohammed Khanifah
Pembangunan Mahasisiwa & Remaja - Safizul
Pasti - Mohd Sahir
AMAL - Ustaz Rosmadi Ramli
Organisasi & Pentadbiran - Ustaz Azmir

Amanat 3 orang "Tun"

3 orang penerima anugerah jasamu dikenang sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis kali ke-34 Ahad lalu ialah Azmal Zaid (Setiausaha), Cikgu Zairi (Pengarah Pasti) dan Zulmi (Ketua DPP Arau). Mereka akan meninggalkan Dewan Pemuda kerana "berpencen wajib" apabila usia menjangkau 40 tahun.

Pesan mereka:

"Harap Pemuda pada masa depan mampu menarik gelombang perubahan politik negara ke Perlis" - Azmal Zaid

"Terima kasih dan mohon maaf banyak-banyak, teruskan berjuang" - Cikgu Zairi

"Teruskan berjuang dalam Pemuda PAS hingga habis usia 40 tahun" - Zulmi

Foto Muktamar DPP Perlis kali ke 34

Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis kali ke-34 berlangsung pada hari Ahad, 10 Mei 2009 di Dewan Amir Ramadhan, Jejawi Dalam, Perlis.

Muktamar ini telah dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani.

Qari jemputan

Ustaz Ya'akub, Ustaz Azman Shapawi dan Ustaz Ahmad Adnan

Perwakilan mengalunkan Lagu rasmi PAS dan Asma ul-Husna

Bertakbir selepas perasmian Muktamar

Setiausaha DPP Padang Besar, Yasir Arafat
menerima anugerah Tunas Cemerlang

Sedikit cenderahati untuk perasmi Muktamar

AJK DPPPs bergambar bersama Ustaz Azman Shapawi

Foto Sekitar Muktamar DPP Perlis kali ke 34

Setiausaha membentangkan Laporan tahunan

Timbalan Pengerusi Tetap, Kamis Yub

Saf pimpinan khusyuk mendengar perbahasan perwakilan

Apa yang melucukan tu?

Tun Zulmi menyampaikan ucapan terakhir sebelum bersara

Amanat terakhir Tun Zaid

Ucapan penangguhan Ketua


Pemuda PAS pikul tanggungjawab besar

ARAU - Ahli Pemuda PAS diingatkan bahawa amanah yang diberikan oleh pimpinan parti kepada Dewan Pemuda adalah besar dan perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, demikian amanat yang disampaikan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani.

Menurutnya, Pemuda PAS telah berjaya menunjukkan kewibawaan di pelbagai peringkat sehingga peranan yang telah dimainkan menjadai sebutan di kalangan masyarakat.


"Pemuda PAS memikul amanah yang besar dalam jemaah yang telah diletakkan oleh pimpinan parti. Kita kena jaga Pasti, pelajar-pelajar dari pelbagai peringkat umur dan Unit Amal.


"Malah Pemuda PAS juga bertanggungjawab dalam pelbagai program besar yang diadakan di peringkat nasional. Kitalah yang menerajui pelbagai program besar seperti himpunan Bersih dan lain-lain sehingga rata-rata orang bercakap kalau tak ada Pemuda PAS program tak jadi.

"Kita kena sedar bahawa tugas kita amat besar, kalau dibuat ala kadar dan buat main-main, kita tak mampu memikul tugas yang telah diamanahkan oleh kepimpinan parti. Kebaikan-kebaikan ini perlu terus digarap agar lebih baik pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya merasmikan Mukatamar Tahunan Kali ke-34 Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) di Dewan Amir Ramadhan, Jejawi Dalam di sini Ahad lalu.


Dalam ucapannya, beliau turut mengingatkan agar agenda tarbiah dalaman di kalangan ahli Pemuda PAS perlu terus diperkasakan selain menyeru agar pemilihan pimpinan parti perlulah menepati ciri-ciri kepimpinan gerakan Islam.

"Saya lihat sejak kebelakangan ini penekanan terhadap tarbiah di kalangan pemuda agak longgar. Bab politik kita hebat tapi pembinaan dalaman agak longgar.


"Tahun ini adalah tahun pemilihan parti. Kita dalam PAS ni, di samping tak habis duit tak memburukkan orang dan tak melobi, kita kena pilih orang yang amanah, walak dengan perjuangan, yang siqqah pada pimpinan, orang yang memahami dasar perjuangan dan orang yang sanggup berkorban serta sabar. Insya Allah kita akan diberikan kekuatan oleh Allah.

"Kita nak pilih pimpinan juga perlulah mengikut kebolehan masing-masing. Kalau letak tak kena tempat rosak parti," ujarnya.


Monday, May 11, 2009

Nizar MB yang sah: Pimpinan Umno/BN patut rasa malu

KANGAR - Pemimpin Umno/BN haruslah memohon maaf dan bersifat malu dengan perbuatan mereka merampas kuasa pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak Februari lalu.

Ketua Penerangan PAS Perlis, Hairy Hashim berkata Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab ke atas peristiwa rampasan kuasa itu perlu menginsafi bahawa perbuatannya itu sebenarnya telah membelakangi undang-undang.

"Beliau menyatakan institusi perundangan itu adalah adil. Kenyataan ini hanyalah mahu membersihkan imejnya yang buruk kerana perbuatan merampas kuasa dulu berselindung di sebalik ugutan dan rasuah.

"Baru-baru ini semasa kekecohan di sidang DUN Perak, Najib menyatakan Adun Pakatan tidak hormati undang-undang, tapi perbuatan merekalah yang sebenarnya membelakangi undang-undang. Mereka haruslah malu dengan perbuatan itu kerana ternyata keputusan mahkamah hari ini berpihak kepada pihak yang benar,"ujanya.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mengumumkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dalam kemelut politik yang melanda negeri Perak, Nizar telah digugurkan dari jawatan Menteri Besar Februari lalu.

Nizar menteri besar sah Perak

Terbaru Malaysiakini melaporkan:-
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah. 

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di  kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.
    
Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak; 

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.
    
"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.
    
Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.
    
Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri  besar di negeri itu.

Ucaptama Ketua DPP Perlis

Teks ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman di Muktmar Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis kali ke-34 di Dewan Amir Ramadhan HPA, 10 Mei 2009.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

 الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

Yang Mulia Saudara Timbalan Pengerusi Tetap,

Yang Berbahagia Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat)

Yang Dikasihi Saudara Timbalan dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis

Yang Dikasihi Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis

Yang Dikasihi Para perwakilan Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan serta para Pemerhati dan semua hadirin yang dihormati sekalian:

Firman Allah SWT :-
 
ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬ وَجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٤١) لَوۡ كَانَ عَرَضً۬ا قَرِيبً۬ا وَسَفَرً۬ا قَاصِدً۬ا لَّٱتَّبَعُوكَ وَلَـٰكِنۢ بَعُدَتۡ عَلَيۡہِمُ ٱلشُّقَّةُ‌ۚ وَسَيَحۡلِفُونَ بِٱللَّهِ لَوِ ٱسۡتَطَعۡنَا لَخَرَجۡنَا مَعَكُمۡ يُہۡلِكُونَ أَنفُسَہُمۡ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ إِنَّہُمۡ لَكَـٰذِبُونَ (٤٢) 

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). (Surah At-Taubah 41 - 42)

Alhamdulillah, kita memanjatkan rasa syukur yang setinggi-tingginya ke hadrat Allah s.w.t kerana pada hari ini kita dapat berkumpul semula dalam sidang Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis kali yang ke-34

Salam dan selawat juga kita kirimkan buat Nabi Besar Muhammad SAW di atas jasa dan usahanya, nikmat iman dan Islam dapat kita hirup pada hari ini. Dan beradanya kita di sini pada hari ini semata-mata kerana kesanggupan kita menjadi mata rantai yang meneruskan gagasan yang dibawa oleh Baginda semenjak 15 abad yang lalu.

Kita juga merasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana kita berjaya menempuh setahun lagi dalam menempuh arus perjuangan bersama-sama di dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang semakin hari semakin mencabar dan meruntun kesabaran serta istiqamah kita semua.

Tak lupa juga saya ingin merakam ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada tetamu utama kita, Ustaz Azman Shapawi yang datang dari jauh untuk merasmikan muktamar kita kali ini. Jazakallah Khairan kathira.

Sidang muktamirin sekalian,

Muktamar tahunan Dewan Pemuda PAS yang diadakan bukanlah diadakan semata-mata untuk kita memnuhi tuntutan pendaftar pertubuhan, sebaliknya perlu kita sama-sama insafi bahawa ianya adalah satu medan untuk kita bermuhasabah, melihat kembali apa yang telah kita buat dalam masa setahun dan sejauh manakah kita mampu untuk merealisasikan apa yang dituntut dalam kerja jemaah ini.

Lirik sebuah lagu nasyid ada menyebut:

Umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam....

Jadi, saya mengajak seluruh pimpinan supaya berlapang dada dengan teguran-teguran dan kritikan yang akan bergema sepanjang muktamar ini, kerana saya penuh percaya tidak ada perwakilan yang menegur kerana cemburu atau dengki, melainkan kerana keikhlasan mereka ingin melihat gerakan Islam PAS ini bangun dan berdiri untuk memenuhi aspirasi mengejar keredhaan Allah SWT.

Ahli-ahli juga, dalam membuat teguran dan kritikan, gunakanlah cara yang paling berhikmah dan supaya pandangan saudara semua diterima tanpa ada yang terluka. Saya memperakui bahawa muktamar ini adalah medan terbaik untuk kita bermuhasabah dan menjadikan ia satu forum tarbiyah operasional dan pemikiran. Marilah sama-sama kita manfaatkan muktamar ini untuk membolehkan Dewan Pemuda PAS terus melangkah gagah ke arena jihad.

Sidang muktamirin sekalian,

Dalam menempuh cabaran perjuangan ini, Pemuda PAS perlulah bergerak ke hadapan khususnya dalam mendepani permasalahan semasa. Sebagai seorang Pemuda PAS, kita tidak boleh lagi dililihat semata-mata sebagai petugas pemasang poster atau pemanjat pokok untuk memasang bendera semasa pilihanraya. Paatah lagi bila kita duduk di saf pimpinan pemuda samada di peringkat cawangan, Dun, kawasan ataupun negeri.

Bukan niat saya untuk memperkecilkan kerja-kerja sedemikian yang tak kurang juga pentingnya, tetapi sebagai pimpinan pemuda kita haruslah ke hadapan dalam mengisi ruang-ruang yang ada dalam gerkerja parti.

Pemuda sebagai sayap kanan parti haruslah mampu menggalas cabaran ini dengan menjadi seorang yang “versatile” , yang mampu untuk memikul apa jua yang dikehendaki oleh jemaah kita.

Janganlah dijadikan kerja-kerja parti sebagai satu kerja sambilan yang dipandang secara acuh tak acuh. Begitu juga, janganlah kita jadikan sebarang program yang dianjurkan semata-mata untuk kita penuhi laporan aktiviti bagi mencantikkan dan memenuhkan lagi buku laporan mesyuarat agung atau muktamar tahunan.

Setiap gerakerja atau program yang disusun haruslah mempunyai matlamat yang tertentu khsusunya bagi kita Pemuda PAS menrik lebih banyak sokongan terutamanya di kalangan muda-mudi di luar sana.

Banyak program yang kita jalankan tidak berorientasikan sedemikian yakni untuk mendekatkan lagi Pemuda PAS dengan masyarakat khususnya golongan belia.

Acapkali program yang kita anjurkan lebih merupakan program “syok sendiri” di kalangan ahli-ahli Pemuda PAS atau penyokong-penyokongnya sahaja. Kita tidak pula meletkkan golongan sasar yang terdiri dari mereka yang langsung tidak pernah mendekati PAS malahan ramai pula yang telah lari jauh menyimpang dari landasan agama Islam itu sendiri.

Kerapkali juag kita terdengar sungutan dar pimpinan Pemuda PAS di peringkat bawahan yang menyatakan mereka ketandusan golongan pelapis dari kalangan pemuda. Kita juga sering menyalahkan golongan tua di dalam PAS dengan alasan anak-anak mereka tidak diajak bersama di dalam PAS, tetapi dalam masa yang sama apakah peranan kita untuk menambahkan keahlian Pemuda PAS?

Untuk itu saya mengajak sahabat-sahabat sekalian utnuk sama-sama bermuhasabah setakat manakah usaha kita ke arah itu. Untuk mengukuhkan lagi jentera Pemuda PAS kita harus serius dalam usaha untuk bersama-sama menarik sokongan golongan muda di luar sana untuk bersama PAS.

Saya percaya, sebahagian besar perwakilan yang hadir pada hari ini ada terdiri dari kalangan pimpinan pemuda di peringkat Kawasan, Dun dan cawangan. Jadi, kepada pimpinan di semua peringkat, jadikanlah ini sebagai agenda utama untuk gerakerja kita bermula dari sekarang. Susunlah aktiviti yang khusus untuk kita sasarkan kepada golongan muda di kawasan masing-masing supaya Pemuda PAS dapat dilihat sebagai Duta Penyelamat dan Kasih Sayang.

Sidang muktamirin sekalian,

Seperti ayat al-Quran yang saya bacakan tadi, antara pengajaran yang dapat diambil dari ayat-ayat tersebut iaitu

1.      Allah Taala menyeru kita untuk keluar berjuang di jalan-Nya samada dalam keadaan senang ataupun susah DAN

2.      Perjuangan ini bukanlah suatu yang mudah dan mampu meperolehi kemenangan dengan segera.

Untuk itu, saya menyeru sahabat-sahabat sekalian agar menginsafi bahawa perjuangan kita ini masih jauh. Kita terjua dengan kemenangan PAS/Pakatan Rakyat di 5 buah negeri. Ramai yang tertanya-tanya mengapakah di Perlis ini kita tidak lagi menang seperti di Kedah, Kelantan Penang, Perak dan Selangor.

Kita tak boleh menafikan juag peranan parti-parti sahabat kita, PKR dan DAP. Begitu juga sokongan dari pengundi bukan Melayu-Islam yang telah ditakdirkan Allah s.wt. untuk memangkah parti-parti Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum yang lalu. Namu di sebalik itu, kita juga perlu bermuhasabah sejauh manakah usaha kita di sini untuk memuahkan hasil sperti di negeri-negeri lain yang kita di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat?

Justeru, Pemuda PAS diseru agar tidak terlalu ghairah untuk meletakkan sasaran untuk menang dalam Pilihanraya semata-mata atau untuk memerintah. Perjuangan yang kita dokong ini, perlulah kita letakkan untuk mencari kerdhaan Allah s.w.t di hadapan. Kalah-menang bukan alasannya seperti lagu PAS yang kita nyanyikan tadi. Yang pentingnya kita meletakkan keikhlasan diri dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meletakkan Islam pada kedudukan yang tertinggi. Bukan kita tidak mahu menang dan memerintah, memang menjadi hasarat kita untuk menang sehingga mampu kita letakkan Islam itu sebagai Ad-din yang dapat menguasai semua segalanya. Apapun seperti yang disebutkan tadi, sejuah manakah usaha kita ke arah itu?

Untuk itu, Pemuda PAS di semua peringkat perlulah  memperkukuhkan jentera dari pelbagai sudut. Salah satu elemen terpenting ialah tarbiyah. Pemuda PAS perlu mempersiapkan diri dengan tarbiyah dalaman yang jitu agar tidak lari dari landasan perjuangan dan juga terpesong dari jalan yang ditentukan oleh agama itu sendiri.

Saya melihat antara kurangnya daya juang di kalangan Pemuda PAS adalah berpunca dari kurangnya pentarbiyahan di kalangan kita. Bila elemen ini kurang, maka kita tidak menganggap kerja-kerja di dalam jemaah ini sebagai satu keutamaan, kita mengambil sikap sambil lewa dalam menjalankan kerja-kerja parti, kita tidak serius bila diminta untuk mengikuti program parti. Ini adalah satu penyakit yang tidak harus ada dan perlu dibanteras di peringkat awal yakni dari peringkat kepemudaan kita.

Justeru, saya menyeru agar usaha-usaha pentarbiayahan di kalangan ahli Pemuda PAS peerlulah diperkasakan. Usrah-usrah perlulah dihidupkan segera. Melalui usrah inilah dapat kita menanamkan fikrah perjuangan Islam yang kukuh selain mengujudkan suasana pertautan persahabatana yang jitu di kalangan ahli. Begitu juga, pemuda PAS juga perlu mengambil inisiatif untuk memperlengkap diri dengan ilmu agama melalui majlis-majlis ilmu yang banyak sekali diadakan di mana-manapun di dalam negeri ini.

Selain itu, Pemuda PAS juag haruslah mempersiapkan diri dengan pelbagai bentuk ilmu pengetahuan untuk menjadi pemimpin pelapis pada masa hadapan.  Dalam dunia yang serba canggih ini, kita perlu berusaha untuk memperlengkap diri dengan ilmu ICT , ilmu pentadbiran parti dan sebagainya.

Saya yakin, dengan usaha kita yang bersungguh-sungguh akan membuahkan hasilnya kelak dengan syarat kita haruslah bekerja dengan penuh istiqamah, penuh dengan keikhlasan di samping meletakkan walaq yang penuh kepada pimpinan kita.

Sebagai akhirnya, marilah kita menjadikan muktamar kita ini sebagai medan muhasabah yang benar-benar bermanfaatkan untuk pembangunan Islam. Marilah kita bersama-sama memasang tekad dan azam untuk perjuangan PAS yang berdasarkan Islam terus relevan di pentas politik Malaysia.

Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada seluruh jentera kerja Dewan Pemuda PAS di semua peringkat dalam gerakerja yang telah kita buat sepanjang sesi 2008-2009 yang lalu, para perwakilan yang membawa gagasan idea untuk terus memacu perjuangan ini dan tak lupa juga kepada panitia muktamar yang telah bertungkus lumus menjayakan muktamar kita pada tahun ini.

 Semoga Allah merestui perjuangan kita dan membawa kita kepada kemenangan di medan jihad ini.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Monday, May 04, 2009

Muslimat dapat Ketua baru, Ulamak kekal pimpinan

KANGAR - Dewan Muslimat PAS Perlis yang mengadakan Muktamar semalam di Dewan Amir Ramadzan HPA, Jejawi Dalam telah sepakat memilih ketua yang baru.

Hajjah Latifah Mat yang juga Ketua Dewan Muslimat Kawasan Arau telah dipilih sebagai Ketua yang baru secara syura.

Begitu juga dengan jawatan Timbalan dan Naib Ketua, pemilihan turut dibuat secara syura.

Hajjah Haton Osman dipilih sebagai Timbalan Ketua dan Ummu Aiman Salleh pula dipilih sebagai Naib Ketua.

Sementara itu, Dewan Ulamak PAS Perlis yang mengadakan Muktamar di tempat yang sama Sabtu lalu mengekalkan ketiga-tiga jawatan tertinggi sayap parti itu.

Pada Muktamar kali ke-34 Dewan Ulamak PAS Perlis, Ustaz Abdul Rashid Abdul Rahman kekal sebagai Ketua dan akan dibantu oleh Ustaz Khalil Adnan sebagai Timbalan Ketua dan Ustaz Salleh Adam sebagai Naib Ketua.

Thursday, April 30, 2009

Tokoh Pemuda PAS sokong anak Nik Aziz



Petikan dari Malaysiakini

Kritikan pedas anak mursyidul am PAS terhadap terhadap pembantu bapanya Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu kerajaan perpaduan kini bukan lagi pandangan peribadi tetapi mewakili sentimen satu aliran tertentu.

Selain mempertahankan pandangan Nik Abduh Nik Aziz, timbalan ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan turut mengingatkan mereka yang termakan cili supaya "usahlah rasa resah dan panas tidak semena-mena".

"Pendedahan atau penjelasan ustaz Nik Abduh bukan untuk saudara. Ustaz Nik Abduh mesti bertanggungjawab atas dakwaannya. Jika benar (dakwaannya), ertinya beliau telah menegakkan yang hak. Dan Allah tahu ganjaran apa untuk beliau.

"Demikianlah sebaliknya, jika beliau salah dan sengaja mereka-reka cerita dan (membuat) dakwaan, maka Allah pasti tidak lalai dan terpengaruh dengan setiap kalimah indah tulisan beliau.

"Tentu sahaja beliau pula akan menerima azabnya," coretnya, yang disebut-sebut berminat mengetuai Dewan Pemuda PAS, dalam blog Episod Sebuah Perjuangan kelmarin.

Minggu lepas, exco Pemuda itu menghentam pembantu bapanya yang didakwanya mendorong Nik Aziz menolak cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Awang.

Dalam artikel yang sama, Nik Abduh juga menyifatkan pembantu-pembantu Nik Aziz sebagai "mereka yang hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup', lalu mendakwa diri mereka pun ulama juga".

Mengulas lanjut, Nasrudin menyifatkan tulisan Nik Abduh sebagai reaksi yang "mungkin tertekan atau kecewa melihat ayahnya diperlagakan secara langsung atau tidak langsung dengan presiden PAS."

Usaha melaga-lagakan itu, tambahnya, antaranya boleh ditemui dalam komentar pelbagai pihak di internet.

"Kalau saudara melayari blog dan laman web (tanpa perlu saya menyebut nama blog atau tuan empunya laman web terbabit), nescaya saudara akan ketemui unsur-unsur ini secara jelas dan ketara sehingga saya sendiri berasa tidak sedap duduk walaupun kedua-dua tok guru ini bukanlah ayah saya.

"Kalau mereka ayah saya, rasanya mungkin saya akan 'mengamuk' lebih hebat dari ustaz Nik Abduh," coretnya.

PAS sejak tahun lalu berdepan pergeseran terbuka para pemimpin atasannya - termasuk antara Nik Aziz dan Abdul Hadi - berhubung beberapa isu penting, antaranya muzakarah dengan Umno dan kerajaan perpaduan dengan BN.

Pergeseran ini memunculkan istilah "kumpulan Erdogan" yang menentang usaha muzakarah dan kerajaan perpaduan dan satu aliran lagi yang pro-Abdul Hadi, yang mendukung kedua-dua idea tersebut.

Berhubung isu kerajaan perpaduan dan muqabalah PAS dengan BN, Nasrudin berkata isu itu sering timbul walaupun "tidak pernah berbangkit isu PAS masuk BN".

Beliau berkata, "sentimen bahawa tok guru mursyidul am (Nik Aziz) murka kepada tok guru presiden (Abdul Hadi)" bertujuan "melaga-lagakan" dua pemimpin utama dalam PAS itu.

"Seolah-olah mereka (pihak yang ingin melagakan) sengaja buat tidak faham. Makin dinafi, makin kuat fitnah mengatakan tok guru (Abdul Hadi) nak bawa PAS masuk BN," katanya.

Sementara itu, sebagai reaksi terhadap tulisan Nik Abduh pada 24 April lalu, Dewan Ulama PAS pula menggesa anggota-anggota parti itu tidak menjadikan blog sebagai medan mendedahkan keburukan orang lain.

Ketuanya Mohamed Daud berkata, tindakan itu dikhuatiri memberikan kesan negatif serta "memberi ruang kepada musuh mempermainkan isu terbabit", lapor media rasmi parti Harakahdaily.net hari ini.

Berhubung isu kerajaan perpaduan PAS dengan BN, Mohamed berkata, dewan itu tiada masalah menyokongnya "sekiranya perundangan negara dan ekonomi berjalan mengikut lunas-lunas Islam."

Bagaimanapun, beliau menolak tindakan mengeluarkan kenyataan terbuka berhubung itu kerana ia hanya akan diputuskan dalam muktamar parti itu, Jun nanti.

PAS Arau umum Jawatankuasa Harian

ARAU- PAS Kawasan Arau mengemukakan barisan kepimpinan baru bagi mengisi Jawatankuasa Harian mereka.

Dalam mesyuarat yang berlangsung hujung minggu lalu, Yang DiPertua PAS Kawasan Arau ugas yang baru, Rus'sele Eizan mengumumkan Solahuddin Azmi sebagai Setiausaha PAS Kawasan yang baru.

Solahuddin (foto kanan), 35, sebelum ini bertugas sebagai Setiuasaha Kerja Jabatan Pilihanraya PAS Perlis selain menjadi Ketua Pemuda Dun Sanglang.

Sementa
ra itu, Fadzil Abu Seman (foto kiri) pula dilantik sebagai Bendahari PAS Kawasan. Beliau berpengalaman sebagai Setiausaha Dewan Pemuda PAS Arau dan pernah menjadi Exco Dewan Pemuda PAS Perlis.

Melengkapkan Jawatankuasa Harian, Husin Jamil pula dilantik sebagai Ketua Penerangan dan Ismail Ahmad sebagai Penolong Setiausaha.

Dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Arau 18 April lalu, Rus'sele menang sebagai Yang Dipertua dan akan dibantu oleh Mohamad Shukri dan Othman Muhammad selku Timbalan dan Naib Yang Dipertua.

Tiga orang lagi yang akan mengisi Jawatankuasa Harian PAS Kawasan ialah Ketua Dewan Pemuda, Kaharuddin Mohamad, Ketua Dewan Muslimat, Latifah Mat dan Ketua Urusan Ulama, Ustaz Roszairani Ahmad.

Monday, April 27, 2009

PAS Kawasan Kangar : 3 jawatan tertinggi kekal

KANGAR - Hairy Hashim kekal memegang jawatan Yang DiPertua PAS Kawasan Kangar dan akan dibantu oleh Haji Abdul Zakaria dan Hassan Ismail selaku Timbalan dan Naib Yang DiPertua.

Dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kangar kali ke-34 yang diadakan di Balai Islam MADI, Jejawi Dalam semalam, ketiga-tiga jawatan tersebut dimenangi tanpa bertanding.

Selain itu, Ustaz Salleh Adam juga kekal sebagai Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kangar semalam dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri KEdah, Dr Ismail Salleh.

Muktamar: Jangan kecil hati jika tak terpilih

KANGAR - Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz hashim Jasin melihat kaedah syura adalah amalan yang terbaik diamalkan dalam pemilihan pimpinan PAS.

Bagaimanapun katanya, terpulanglah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat pilihan mana-mana pimpinan yang dirasakan mampu untuk menerajui parti.

"Syura adalah jalan terbaik. Dalam memilih pemimpin, kalau boleh dibuat secara syura itu lebih baik, tapi jika tak boleh, kenalah buat pemilihan,"jelasnya mengulas tentang pemilihan pucuk pimpinan parti dalam Muktamar Agung PAS yang akan berlansung tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Ustaz Hashim juga menasihatkan ahli-ahli PAS agar tidak terpengaruh dengan permainan media yang cuba melaga-lagakan antara pimpinan PAS.

"Dalam PAS tidak ada puak-puak tertentu. Ada orang cuba lagakan Presiden dengan Mursyidul Am, ada yang menyebut tentang kumpulan Erdogan dan sebagainya, ini adalah mainan pihak media.

"Jadi, ahli PAS janganlah terpengaruh dengan isu yang cuba dimainkan ini. Pemilihan dalam PAS bukannya macam dalam Umno. Sekarang ni bulan April, Muktamar pula bulan Jun, tak sampai dua bulan pun.

"Kita dalam PAS ni masih bercakap tentang keterbukaan, siapapun boleh bertanding jawatan parti. Tapi kalau dalam Umno masa inilah mereka dah sibuk berkempen,"ujarnya.

Mengulas lanjut, Ustaz Hashim mahu setiap ahli PAS bersikap bersih hati dengan menyokong siapa sahaja yang dipilih dalam pemilihan parti di semua peringkat.

"Bagi yang tidak terpilih pula janganlah berkecil hati. Ruang untuk bekerja di dalam jemaah begitu luas. Jangan jadikan kekalahan di dalam pemilihan untuk meminggirkan diri dari kerja-kerja jemaah," serunya.

PRK Penanti: Tak sertai pilihanraya, helah BN raih simpati

KANGAR - Kenyataan  Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Penanti adalah taktik Umno/Bn untuk meraih simpati rakyat khususnya para pengundi di Dun tersebut.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Abdul Karim Md Rejab ketika diminta mengulas perkara demikian.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perlis menyiftakan kenyataan Najib itu adalah sebagai muslihat awal Umno/BN sebelum berhadapan dengan PRK yang akan diadakan kelak.

"Mula-mula mereka akan bangkitkan isu PRK yang diadakan terlalu kerap sebagai satu pembaziran supaya rakyat dan pengundi di Penanti akan berasa simpati, macamlah mereka (Umno/BN) tidak melakukan pembaziran.

"Begitu juga mereka membangkitkan isu perletakan jawatan oleh Adun berkenaan seolaah-olah beliau tidak serius memegang jawatannya sebelum ini,"ujarnya.

Secara peribadi beliau tidak nampak Umno/BN akan menarik diri dari bertanding di dalam PRK Dun Penanti.

Begitu juga beliau menasihatkan agar para pengundi supaya tidak terpengaruh dengan sandiwara yang dimainkan ini.

"Saya tak nampak Umno/BN akan menarik diri dari bertanding. Rakyat dan para pengundi janganlah terpedaya dengan mainan mereka ini.

"Ini adalah satu muslihat awal mereka dengan melontarkan isu bagi menarik simpati rakyat,"kayanya lagi.

Tuesday, April 21, 2009

KULIAH MAGHRIB BULANAN

Disampaikan oleh:
DATO' DR HARON DIN
(Timbalan Mursyidul Am PAS)


PADA HARI SABTU
25 APRIL 2009
Di Balai Islam MADI, Jejawi Dalam, Perlis
Jam 7.30 malam

Jom Pi Dengag Ceramah!!!


Sunday, April 19, 2009

Kepimpinan baru di Padang Besar dan Arau

PAS Kawasan Padang Besar dan Arau yang bermesyuarat Agung semalam telah mendapat kepimpinan baru yang akan menerajui kawasan masing-masing bagi sesi 2009-2011.

Di Padang Besar, AJK PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir dipiliha sebagai Yang DiPertua dan akan dibantu oleh Wan Kharizal Wan Khazim selaku Timbalan Yang DIPertua dan Abdul Halim Ali sebagai Naib Yang DiPertua.

Wan Kharizal dan Abdul Halim menang tanpa bertanding.

Manakala 16 orang AJK yang dipilih pula hampir keseluruhannya terdiri dari muka lama.

Sementara itu, di Arau, Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan dipilih sebagai Yang DiPertua.

Mohd Shukri pula dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua dan Othman Mohamad menang tanpa bertanding jawatan Naib Yang DiPertua.

Friday, April 17, 2009

Selamat bermesyuarat Agung

PAS Kawasan Padang Besar dan Arau akan mengadakan Mesyuarat Agung masing-masing esok, Sabtu, 18 April.

PAS Padang Besar akan bermesyuarat agung di Markas PAS Kawasan di Santan, manakala PAS Arau pula di Balai Islam MADI, Jejawi Dalam.

Mesyuarat Agung PAS Padang Besar akan dirasmikan oleh AJK PAS Pusat, Haji Mohd Anuar Tahir dan di Arau pula, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin sendiri yang akan merasmikannya.

Pada tahun ini, di kedua-dua kawasan dijangkakan akan berlaku beberapa perubahan dalam saf pimpinan.

Semoga para perwakilan dapat membuat pilihan yang terbaik dan matang bagi menjamin kelangsungan pimpinan PAS yang mampu membawa PAS dengan halatuju yang lebih baik selaras dengan kehendak parti dan perjuangan menegakkan Islam di negara kita.

Selamat bermesyuarat agung dari Dewan Pemuda PAS Perlis. "Islam Berdaulat, Rakyat Selamat"

Wednesday, April 15, 2009

Sidang DUN Perlis: Adun Pas dakwa tak dapat gaji

Petikan Berita Harian

YB Sanglang minta isu diteliti selepas diisytihar menang sejak September 

KANGAR:  Hashim Jasin (PAS-Sanglang) menggemparkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis semalam apabila mendakwa tidak menerima apa-apa bayaran, termasuk gaji daripada kerajaan negeri bagi jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang disandangnya sejak September lalu. 

Malah, Hashim ketika sesi penggulungan hujah, semalam turut memberitahu DUN tunggakan pencen yang dikatakan akan dibayar kerajaan negeri kepadanya selepas ditandatangani baru-baru ini, juga tidak diterima sehingga menyukarkan beliau untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Adun.

"Saya tidak tahu di mana silapnya kerana mustahil kerajaan negeri terlalu miskin sehingga tidak mampu membayar gaji seorang Adun atau mungkin gaji yang sepatutnya saya terima masih dibayar kepada wakil rakyat terdahulu (Abdulllah Hassan), sedangkan terbukti kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, tidak sah. 

"Saya bukan pentingkan diri sendiri kerana wang gaji yang saya terima itu akhirnya akan disalurkan kepada rakyat juga. Malah, ada gaji atau tidak, saya tetap perlu jalankan amanah sebagai wakil rakyat seperti dipertanggungjawabkan. 

"Justeru, saya minta kerajaan negeri melihat isu ini sebaik mungkin bagi membolehkan saya menjalankan tanggungjawab dengan sempurna," katanya.

Untuk rekod, kerusi DUN Sanglang dalam PRU ke-12 lalu diisytihar dimenangi Abdullah sebagai calon BN. Bagaimanapun, ia diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi Kangar, berikutan petisyen difailkan Hashim. 

Kes itu kemudian dimajukan kepada Mahkamah Persekutuan untuk rayuan, sebelum mahkamah mengisytiharkan Hashim sebagai pemenang yang sah pada 16 September 2009 dan disusuli pelantikan beliau sebagai Adun Sanglang.