Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Sunday, August 03, 2008

Tiada kerjasama dengan Umno: Keputusan PAS Pusat legakan ahli

KANGAR - PAS Perlis menyambut baik keputusan yang buat oleh PAS Pusat yang menolak mengadakan sebarang rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi mewujudkan kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri.

Ketua Penerangan PAS Perlis, Hairy Hashim melihat keputusan ini adalah satu keputusan yang terbaik dibuat oleh kepimpinan PAS Pusat yang sekaligus memberikan kelegaan kepada ahli-ahli PAS yang berkecamuk dalam menafsirkan isu ini.

"Keputusan ini menenangkan ahli-ahli PAS di peringkat akar-umbi memandangkan majoriti daripada mereka memang tidak boleh menerima sebarang kerjasama dengan BN atau lebih tepat lagi dengan Umno.

"Sebahagian besar ahli PAS masih lagi teringat pengalaman pahit ketika PAS berada di dalam BN pada tahun 1970-an dahulu. Kita juga menyambut baik kenyataan yang dibuat Presiden PAS baru-baru ini untuk terus bersikap terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-man parti politik, badan bukan kerajaan ataupun individu demi kepentingan agama dan rakyat," ujarnya.

Tambahnya lagi, untuk bekerja sama dengan Umno/BN, mana-mana pihakpun perlu berhati-hati dengan sikap pemimpin mereka yang tidak pernah konsisten dengan kenyataan yang dibuat.

"Dalam erti kata lain mereka suka berbohong kepada rakyat. Ingat dulu Presiden Umno yang juga Perdana Menteri kata parlimen tak akan dibubar, esoknya parlimen dibubar. Pemimpin mereka juga kata hagra minyak tak akan dinaikkan selepas pilihanraya, lihat sekarang apa dah jadi?," katanya lagi.

Penghormatan Tugu Negara : Mufti Perlis gesa PM bertaubat

Oleh Azamin Amin (Harakahdaily)

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) -"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan."

Demikian kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang mengulas upacara Tugu Negara bersempena Hari Pahlawan 31 Julai lalu, yang menyaksikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir di Majlis Kalungan Bunga monumen berkenaan.

Abdullah dilaporkan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air dengan diikuti tiupan lagu dan trumpet 'Last Post' serta deklamasi sajak berjudul Pahlawanku oleh Pegawai Waran I, Azamin Itam.

Kata Dr Asri lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati malah sekiranya pelaku tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh.

"Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin dan jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar," kata Dr Asri dalam laman web Minda Mufti baru-baru ini.

Tahun lalu dalam isu yang sama, pelbagai pihak turut meyelar tindakan Abdullah yang dilihat membelakangi fatwa ulama dan mufti yang menegah perbuatan memberi penghormatan kepada Tugu Negara.

Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : "Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan."

Friday, August 01, 2008

Pemuda PAS Perlis kesal kadar kes rogol di Perlis meningkat

KANGAR, 1 Ogos (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) dengan rasa penuh prihatin melahirkan kekesalan di atas peningkatan kadar kes rogol khususnya yang membabitkan gadis bawah umur di negeri ini.

Ini berikutan kenyataan Ketua Polis Perlis, Dato' Ghazali Mohd Amin bahawa kes rogol meningkat sehingga lebih 85 peratus bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini khususnya peningkatan ketara kes rogol bawah umur yang katanya amat membimbangkan.

Tambahan pula, sebahagian besar kes rogol bawah umur dilaporkan dilakukan oleh orang yang dikenali mangsa iaitu sama ada kekasih, jiran atau saudara mara.

Begitu juga, siasatan mendapati kejadian berlaku atas kerelaan mangsa tetapi apabila berlaku ke atas gadis bawah umur, ia diklasifikasikan sebagai rogol.

Ketua DPPPs, Ustaz Ya'akub Abu Seman melahirkan rasa kesal dan terkejut dengan statistik yang begitu membimbangkan ini apatah lagi ia lebih bersifat perlakuan seks bebas atau perzinaan.

"Laporan menyatakan kebanyakan kes melibatkan kerelaan dan hanya diklasifikasikan sebagai rogol kerana melibatkan gadis bawah umur. Ini amat mengejutkan kita. Kalau dengan kerelaan bukan rogol namanya, tapi zina atau seks bebas. Statistik yang diberikan juga adalah besar bagi negeri Perlis yang kecil ini.

"Kita yakin dalam kebanyakan kes, ia hanya dilaporkan apabila gadis-gadis ini sudah terlanjur. Itu yang berlapor, entah berapa banyak lagi yang tak berlapor atau berapa banyak lagi yang bakal dilaporkan," katanya.

Menurutnya, kejadian sedemikian terjadi akibat kegagalan sistem pendidikan di negara ini untuk memberikan penekanan ke arah pengukuhan iman dan akhlak kepada para pelajar dan golongan remaja.

Selain itu katanya, golongan ini juga didedahkan dengan pelbagai perkara yang merosakkan pemikiran mereka yang mendorong ke arah perlakuan maksiat dan dosa.

"Hari ini penyalahgunaan teknologi seperti komputer, internet dan telefon mudah alih membolehkan pelajar berkongsi menonton gambar atau filem lucah.

"Mereka juga sering didedahkan dengan budaya hedonisme atau hiburan melampau yang turut ditaja oleh pihak kerajaan, pergaulan bebas tanpa batasan dan akhirnya terjebak ke kancah maksiat," katanya.

Ustaz Ya'akub juga melihat peranan ibu bapa juga penting dalam pembentukan peribadi anak-anak khususnya yang memasuki alam remaja.

"Jiwa mereka jika tidak diisi dengan iman, akan mudahlah dipengaruhi dengan pelbagai perkara yang merosakkan. Ibu bapa tak boleh sepenuhnya menyerahkan tugas mendidik anak-anak kepada guru-guru di sekolah sebaliknya mengambil berat apa yang dilakukan anak-anak selepas waktu persekolahan.

"Pendidikan agama di luar sekolah juga perlu ditekankan. Ajar mereka menghadiri kelas pengajian agama di masjid atau surau," ujarnya. Tambahnya, pihak berwajib perlu memperhebatkan peranan dalam memberi penekanan ke arah pembentukan iman, akhlak dan moral golongan remaja di samping mengusahakan kempen berkaitan bahaya hedonisme dan pergaulan bebas.

"Pemuda PAS Perlis bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha membanteras atau membendung gejala sosial serta maksiat di negeri ini," jelasnya.

Friday, July 25, 2008

Jubli Emas Gelaran DiRaja: PDRM perlu pulih imej

Petikan Harakahdaily
KANGAR, 25 Julai (Hrkh) - Sempena Jubli Emas Gelaran DiRaja pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) menggesa pasukan itu mengambil usaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan semula imej mereka yang tercalar sejak kebelakangan ini.

Dalam kenyataannya, Ketua DPPPs, Ustaz Ya'akub Abu Seman berkata, PDRM sudah 50 tahun berkhidmat dengan membawa panji-panji diraja dan tempoh itu sepatutnya lebih mematangkan mereka dan bersifat lebih professional dalam menjalankan tugas yang semakin mencabar.

Imej PDRM di mata umum kini katanya dilihat amat buruk berikutan tindakan serta pelbagai dakwaan yang melibatkan anggota dan pegawai tinggi mereka sendiri.

"Polis DiRaja Malaysia kini lebih popular dengan gelaran Polis Raja Di Malaysia akibat beberapa tindakan kekerasan terhadap orang awam. Begitu juga, banyak lagi perkara lain yang mencalar imej seperti perlakuan jenayah, tuduhan membunuh, rasuah dan sebagainya.

"Lebih mencalarkan imej polis bila Ketua Polis Negara sendiri juga tidak terlepas daripada pelbagai kontroversi. Untuk itu kami menyeru PDRM secara professionalnya memulihkan imej mereka.

"Apa gunanya lencana "Saya Anti Rasuah" yang gah dipakai sedangkan perlakuan sebenarnya ialah "Saya Nanti Rasuah"," ujarnya.

Selain itu katanya lagi, PDRM perlu memperkasakan unit agama mereka sama seperti yang dilakukan oleh Kor Agama Angkatan Tentera supaya anggota beragama Islam mempunyai persediaan dalaman sebelum bertugas.

"PDRM perlu menerima syor ini yang sudah banyak kali disebut. Mudah-mudahan pasukan polis akan muncul dengan lebih berketrampilan bukan sahaja dari aspek disiplin, malahan terdidik dari segi rohani.

"Apapun, DPPPs mengucapkan tahniah kepada PDRM yang sudah 50 tahun dengan gelaran DiRaja. Pulihkan imej yang tercalar, mudah-mudahan slogan Mesra, Cepat, Betul itu dapat diperkukuhkan sejajar dengan slogan terdahulu mereka iaitu Sedia Berkhidmat," katanya lagi.

Thursday, July 24, 2008

Umno Perlis masih kacau-bilau

ARAU - Umno Perlis masih menunjukkan tanda-tanda pergolakan mereka khususnya apabila Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri bukanlah orang yang sama.

Cakap-cakap berkenaan usaha menggantikan Pengerusi Perhubungan yang juga bekas Menteri Besar Dato' Seri Dr Shahidan Kassim kepada Menteri Besar yang baru Dato' Seri Dr Md Isa Sabu menjadi perbualan di serata negeri.

Sebahagian daripada ahli Umno Perlis mahu Shahidan secara "gentleman" menyerahkan jawatan tersebut kepada Md Isa sebagaimana yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh yang menyerahkannya kepada Dato' Mohamad Said.

Semasa sidang Dewan Undangan Negeri Perlis baru-baru ini, gelagat Shahidan semasa berucap dan soalan-soalan dewan yang dikemukakan beliau jelas menunujukkan adanya bibit-bibit perpecahan di kalangan mereka.

Shahidan yang memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Arau dikatakan akan dicabar oleh Setiausaha Politik Md Isa, Ameir Hassan dalam pemilihan tahun ini.

Begitu juga jawatan Timbalan Ketua yang disandang adiknya, Dato' Ismail Kassim dikatakan akan turut dicabar.

Terbaru, sumber memberitahu seorang individu yang bakal mencabar salah satu jawatan dalam Bahagian Arau tersebut telah menjadi mangsa mainan politik Shahidan dan konco-konconya.

Dalam mesyuarat agung cawangan baru-baru ini, individu terbabit hanya menang sebagai pemeriksa kira-kira.

Selain itu, Umno juga sudah berkira-kira untuk meletakkan calon di Dun Sanglang sekiranya berlaku pilihanraya kecil kelak.

Dalam pada itu, selain Shahidan yang telash mengorak langkah mengadakan program, beberapa orang Menteri Umno juga sudah datang menjenguk Dun Sanglang dalam program yang berselindung di sebalik nama program rasmi kerajaan.

Ramai yang berpendapat bahawa mereka itu datang bukan sekadar untuk porgram pra-pilihanraya kecil tapi juga datang untuk menunjukkan muka memandangkan tahun ini adalah tahun pemilihan parti.

Wednesday, July 23, 2008

Pimpinan PAS Perlis sambut baik keputusan mahkamah

Petikan Harakahdaily
KANGAR, 23 Julai (Hrkh) - Pimpinan PAS Perlis menyambut baik keputusan Mahkamah Pilihan raya berkaitan petisyen pilihanraya Dun N.14 Simpang Empat hari ini.

Pagi tadi, Hakim pilihan raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani memutuskan petisyen tersebut yang dikemukakan calon BN, Zahari Bakar ditolak dengan kos.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin melahirkan rasa syukur beliau dengan keputusan tersebut. Bagaimanapun katanya, perkara tersebut tidak sepatutnya dibawa sehingga ke mahkamah kerana hujah-hujah yang dibawa oleh pempetisyen adalah lemah.

"Kalau sebelum ini, alasan kesalahan Borang 14 pun ditolak, inikan pula berkaitan poster calon yang mana mereka (BN) tak mempunyai hujah yang kukuh.

"Saya lihat ini sebagai satu dendam kesumat BN yang tidak mahu menerima kemenangan PAS di Simpang Empat. Apapun, tahniah kepada Adun kita yang diakui sebagai mahkamah sebagai pemenang mutlak dan dia boleh kembali bertugas dan meneruskan usaha-usahanya untuk rakyat khususnya di DUn Simpang Empat," katanya.

Sementara itu, Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan turut melahirkan rasa syukurnya kerana dapat meneruskan tugas beliau sebagai wakil rakyat dengan senang hati.

Menurutnya, tumpuannya agak terjejas sejak calon BN memfailkan petisyen tersebut.
"Terima kasih kepada semua pimpinan PAS, barisan peguam serta semua ahli dan penyokong yang memberikan sokongan moral kepada saya selama ini.

"Sejak diumumkan untuk menjadi calon, hari penamaan calon, berkempen dan memenangi pilihanraya saya tak dapat tidur lena. Apatah lagi bila dipetisyen. Sekarang barulah saya dapat meneruskan tugas saya dengan baik dan senang hati," jelasnya.

Peguam yan mewakili Rus'sele, Mohamed Hanipa Maidin menyifatkan keputusan oleh hakim pagi tadi sebagai satu penghakiman yang baik dan sudah dijangka.

"Dari awal lagi kita sudah jangkakan petisyen ini akan ditolak kerana ternyata hujah-hujah yang dikemukakan tidak berasas," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Perlis, Abdul Karim Md Rejab menyambut baik keputusan tersebut dan menyifatkan petisyen ini adalah suatu pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku.

"Sudah jelas PAS menang di Simpang Empat dan hujah yang dikemukakan pempetisyen tidak kukuh. Ianya hanya membazirkan masa, tenaga dan wang ringgit. Apatah lagi mereka (BN) terpaksa pula membayar kos perbicaraan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Takbir!! Petisyen BN di DUN Simpang Empat ditolak!


Oleh Bashir Ishak
KANGAR, 23 Julai - PAS mengekalkan kerusi yang dimenanginya di Dun N.14 Simpang Empat apabila Mahkamah Pilihanraya di sini hari ini memutuskan menolak petisyen pilihanraya yang dikemukakan calon Barisan Nasional, Zahari Bakar.


Hakim pilihanraya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani selepas membacakan penghakimannya memutuskan petisyen ini ditolak dengan kos.



Petisyen tersebut dikemukakan Zahari berkaitan dengan poster yang digunakan oleh calon PAS, Rus'sele Eizan dalam pilihan raya lalu yang tidak mempamerkan nama pencetak serta menggunakan jata (lambang) kerajaan negeri Perlis.



Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Rus'sele memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 53 undi.

Antara lain penghakiman yang dibacakan Zainal Adzam, tuntutan pempetisyen berkaitan poster calon yang tidak mempunyai nama dan alamat pencetak adalah tidak adil dan memprejudis responden kerana keterangan yang diberikan tidak menyatakan dengan jelas siapa yang mencetak, menerbit, mengedar dan menampal poster tersebut.


Begitu juga menurutnya, penggunaan jata kerajaan negeri Perlis tidak boleh dijadikan asas penolakan keputusan pilihanraya kerana tidak melanggari Kata Kesalahan Pilihanraya walaupun melanggar peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Perlis.


Rus'sele diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Zulmi Sabri, manakala Zahari diwakili Abu Bakar As-Sidek.


Sebelum ini satu lagi petisyen Zahari ke atas Suruhanjaya Pilihanraya dan Pegawai Pengurus Pilihanraya berkaitan Borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) telah ditolak oleh mahkamah.

Keputusan petisyen ini disambut dengan laungan takbir oleh kira-kira 50 orang ahli dan penyokong PAS yang hadir di mahkamah pagi tadi.

Monday, July 21, 2008

Isu Muzakarah UMNO – PAS, Ahli Di Akar Umbi Gelisah

Dari blog Suhaizan Kayat Ketua Penerangan DPP Pusat
Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dengan banganya mendedahkan sudah ada 3 kali pertemuan yang melibatkan pimpinan tertinggi PAS dengan UMNO. Pendedahan ini boleh ditafsirkan oleh akar umbi dengan pelbagai maksud. Ada yang baik, banyak juga yang buruknya. Tafsiran positif adalah pertemuan ini adalah untuk menyampaikan mesej Islam, mengajak UMNO kembali kepangkal jalan iaitu Islam. Jihad yang paling besar adalah menyatakan zalim kepada pemerintah yang zalim.

Tafsiran yang negatif pun ada iaitu Pak Lah telah cuba jadi hero dikala keheroannya telah berada dimusim senja. Tiga kali pertemuan itu sudah cukup untuk membuktikan kehebatan Pak Lah menjinakkan PAS yang kelihatan begitu garang bila berdepan dengan UMNO. Pendedahan ini umpama pendedahan kemenangan tentera India terhadap pemberontakkan di Kashmir. Biasanya tentera India akan menunjukkan mayat-mayat pemberontak dihadapan wartawan seperti polis Malaysia menunjukkan banyaknya dadah yang telah dirampas. Apapun alasannya, akar umbi telah melihat PAS kalah 1-0 dengan UMNO.

Peringkat akar umbi begitu gelisah dengan perkembangan terbaharu ini. Antara kegelisahannya adalah :
1. Apakah munasabahnya tiga kali pertemuan itu?
2. Kemana arah Muzakarah ini hendak diadakan?
3. Apakah isu Muzakarah ini bukan suatu perangkap kepada PAS?
4. Mengapa PAS melayan sangat UMNO yang telah terbukti khianat kepada PAS ?
5. Apakah kesan kepada hubungan dalam Pakatan Rakyat?
6. Adakah Muzakarah ini sesuai pada masa ini?
7. Apakah Pakatan Rakyat tidak menganggap PAS telah menikamnya daripada belakang?
8. Apakah masalah-masalah dalam Pakatan Rakyat sehingga Presiden begitu vocal kenyataannya dalam Harakah ?
9.Mengapa seolah-olah ada perbezaan pendapat antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang?
10. Apakah masa depan negeri-negeri Pakatan Rakyat ?

Bagi menyelesaikan masalah-masalah yang terbuku dihati peringkat akar umbi ini maka pertemuan tertutup diantara pimpinan tertinggi PAS dengan Dewan Harian PAS negeri-negeri dan Dewan Harian Pemuda, Muslimat dan Ulama’ perlulah segera diadakan untuk menjelaskan apa yang sedang berlaku. Pimpinan tertinggi PAS sudah tentu akan dapat menjawap persoalan-persoalan yang telah dinyatakan diatas?

Atas agenda Melayu-Islam, jika muzakarah yang melibatkan dua parti utama boleh mendatangkan masalah kepada UMNO dan PAS mengapa tidak dicadangkan suatu Majlis Perundingan atau apa sahaja nama yang sesuai yang bertujuan menghimpunkan semua pertubuhan-pertubuhan Melayu-Islam dinegara ini. Majlis Perundingan ini di anggotai oleh semua wakil Melayu-Islam merentasi semua parti politik, NGOs dan lain-lain pertubuhan. Ia boleh dianggotai oleh UMNO, PAS, Keadilan(Melayu-Islam), Teras, JIM, ABIM, GAPENA dan lain-lain lagi pertubuhan yang memiliki atau matlamatnya kearah penyatuan Melayu-Islam di Malaysia. Keanggotaannya adalah tetap dan tidak terlalu ramai. Perbincangannya dibuat dengan penuh keikhlasan dan profesional. Majlis Perundingan ini perlu diperkasa dan tidak menuju kearah sesuatu aliran pemikiran sahaja. Resolusi akan dikeluarkan setelah kataputus telah diperolehi dalam perbincangan tersebut. Samaada BN atau PR yang memerintah dinegara ini tidak menjadi masalah kerana agenda Melayu-Islam tetap dipertahankan oleh kerajaan yang memerintah. Jika BN atau PR mengenepikan pandangan Majlis Perundingan maka tunggulah pilihanraya seterusnya pasti mereka akan kecundang. Pemerkasaan pihak ketiga yang dikenali sebagai Majlis Perundingan ini sekurang-kurangnya boleh meredakan kegelisahan akar umbi pada masa kini.

http://kentong-suhaizan.blogspot.com

Kes Sanglang: Pengerusi SPR perlu dinyahkan


Oleh Bashir Ishak

SANGLANG - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sepatutnya mengambil tanggungjawab memperbetulkan kesilapan mereka ketika mengumumkan keputusan pilihanraya Dun Sanglang demikian menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub.

Menurutnya, kes Dun Sanglang yang melibatkan Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin sebagai calon PAS yang sepatutunya menang jelas membuktikan SPR melakukan kesilapan apabila mahkamah pilihanraya sudah memutuskan demikian.

"Sepatutnya bila mahkamah dah beri keputusan tersebut, SPR kena ambil tanggungjawab untukmemperbetulkan kesilapan yang mana telah dilakukan oleh pegawai yang mereka lantik.

"SPR sepatutnya memberikan keputusan segera bahawa calon yang sepatutnya menang dalam pilihanraya 8 Mac lalu ialah Ustaz Hashim bila hakim dah putuskan berlakunya kesilapan tersebut.

"Kita dah katakan sebelum ini, ini jelas membuktikan bahawa SPR menjadi barua Umno/BN. Mengapa benda sebegini mudahpun mereka tak boleh buat. Mengapa perkara yang menjadi tanggungjawab merekapun tak mampu dilaksanakan," katanya ketika berceramah di Markas PAS Permatang Bongor dekat sini baru-baru ini.

Tegasnya lagi, tidak timbul masalah samada PAS bersedia memasuki pilihanraya semula atau tidak sekiranya diadakan kelak kerana itu adalah keputusan parti.

"Apa yang PAS atau peguam yang mewakili PAS buat bukannya mengemis atau memperjuangkan sesuatu yang menjadi hak kita tapi berdasarkan penghakiman yang dibuat jelas kemenangan itu berpihak kepada calon PAS.

"Kalau perkara sebegini kecil pun SPR tak berani buat keputusan, kita selagi lagi mencabar supaya Pengerusi SPR dinyahkan atau dipecat," ujarnya.

Monday, July 14, 2008

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PERLIS

Dewan Pemuda PAS Perlis (DPP Perlis) ingin mengalu-alukan dan menyatakan sokongan sepenuhnya kepada kenyataan yang dibuat oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS sebagaimana yang telah dimuatkan dalam Harakah keluaran 13-28 Rejab 1429/ 16-31 Julai 2008 dan dalam ceramahnya di Kedah baru-baru ini.

Kami berdiri teguh di belakang kepimpinan beliau yang memberikan penegasan tentang pendirian PAS dalam menangani isu semasa yang wujud di negara ini sejak kebelakangan ini.

Maka katanya, “wajib kepada kepimpinan PAS menyatakan hukum Islam, pendirian Islam, ajaran Islam dan bukannya memaksa orang kepada Islam.

"Supaya orang bukan Islam tahu apa itu Islam dan supaya mereka tahu apa yang diamalkan oleh Umno itu bukan ajaran Islam. Saya minta supaya pimpinan PAS yang berada dalam Kerajaan Pakatan Rakyat menunjukkan sifat-sifat Islam, akhlak Islam, cara-cara Islam untuk menjadi contoh dan teladan. Bahawa kita adalah pemimpin yang istiqamah, yang konsisten, yang adil dan baik. Insya-Allah kita akan sama-sama dapat memelihara kerajaan kita dan menambahkan kekuatan kita,".

DPP Perlis amat prihatin dengan isu negara yang berlaku dan sentiasa memastikan agar ianya memberi kesan yang baik untuk Islam dan ummahnya. Pemuda Perlis juga berkeyakinan bahawa masyarakat Malaysia pada hari ini menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk menerajui negara, bahkan telah ramai yang ingin melihat wujudnya Negara Islam atau negara berkebajikan yang sebenar yang memberi jaminan keamanan dan kesejahteraan kepada semua kaum dalam negara.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS sememangnya menggambarkan bahawa perjuangan PAS adalah jelas iaitu menyeru manusia ke arah yang maaruf dan berusaha menjauhkan manusia dari kemungkaran dan kezaliman.

Semua ahli diajar bahawa Tahaluf Siyaasi adalah satu juzuk yang penting dalam politik Islam. Ia mesti diguna pakai oleh Jamaah Islam seperti PAS agar dasar yang diperjuangkan oleh PAS dapat dihayati dengan lebih dekat oleh rakan-rakan di dalam gagasan tahaluf siyaasi ini.

Perlu diingatkan kepada seluruh ahli PAS bermula dari ahli biasa sehinggalah kepada Pimpinan atasan, tujuan penubuhan PAS seperti dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2001), “ BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesame manusia, yang dijadikan bagi menegakkan ALAMRU BIL MA’RUF WAN NAHYU ‘ANIL MUNKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan “ PARTI ISLAM SEMALAYSIA”.
Selain itu, kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat adalah perlu difahami dalam konteksnya yang luas. Kerjasama yang dibuat oleh PAS amat jelas iaitu untuk menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran dan keadilan (Islam).


Kerjasama dan pakatan yang boleh merealisasikan hasrat murni ini sudah pastinya akan terus dijulang oleh PAS. Begitu juga sebaliknya kalau pakatan yang merugikan Islam dan perjuangannya pasti akan ditolak.

PAS bukannya parti melukut di tepian yang boleh diletakkan di mana-mana atau dianggap seperti bola yang boleh ditendang kesana-kemari. Parti-parti lain yang turut mendukung cita-cita membentuk kerajaan baru di Malaysia pula perlu terlebih dahulu menjaga sensitiviti masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia.

Isu-isu syiar agama yang menjadi tuntutan dan prinsip kepada orang yang beragama Islam perlu juga difahami tahap sensitivitinya.

Wujudnya tuntutan untuk memperlahankan suara azan sebagai contohnya menunjukkan segelintir masyarakat masih tidak memahami urusan penting bagi umat Islam. Perkara ini sepatutnya difahami oleh semua kaum di Malaysia.

Justeru kami menegaskan semula sokongan kami dan berdiri teguh di belakang kepimpinan Tuan Guru Presiden PAS.

Ustaz Ya'akub Abu Seman
Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis

Saturday, July 12, 2008

Syabas Untuk Tuan Guru Presiden

Oleh Ustaz Yussaine Yahya
Saya masih berada di Kuala Lumpur mengisi beberapa program anjuran sahabat-sahabat di sini. Dalam masa terluang sebelum bertolak ke Shah Alam sekejap lagi saya sempat menatap beberapa berita penting yang saya sendiri sebenarnya rasa tak sabar mahu melihat dan membacanya khususnya mengenai perkembangan terkini PAS & Pakatan Rakyat.

Sebenarnya semalam saya sendiri dihubungi beberapa teman rapat bertanya khabar dan berbincan serba sedikit tentang perkembangan mutakhir PAS.

Sebelum solat Jumaat tadi pun saya sempat menghubungi Ayahanda Ustaz Hj Hashim Jasin untuk berbincang satu dua perkara dan bertukar-tukar maklumat terkini jamaah yang kita dokong ini.

Dalam menatap temuramah khas Tuan Guru Hj Abd Hadi dengan HARAKAH, saya rasa saya membacanya dengan dada yang penuh debaran. Saya dapati dalam temuramah tersebut ada 3 perkara penting yang TG Presiden PAS telah nyatakan dengan jelas :

1. Menegaskan bahawa kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat adalah bukannya menumpang tuah mana-mana parti dalam PR. Sebaliknya PAS mempunyai sikap dan pendirian yang jelas dalam kebersamaanya dengan PR.

2. Bahawa isu-isu peribadi yang melibatkan Dato’ Seri Anuar Ibrahim tidak boleh menjejaskan PR dan bukannya isu Pakatan Rakyat. Bahkan TGHH bersedih dengan apa yang berlaku kepada DSAI telah sedikit sebanyak member impak buruk kepada PR. TGHH menegaskan bahawa isu liwat DSAI perlu diselesaikan di mahkamah yang adil.

3. Tidak ada sebab yang boleh menghalang PAS untuk membuka pintu pertemuan dan perbincangan dengan UMNO demi kepentingan Islam dan Melayu. Kalau PAS boleh bersama DAP dalam PR, adalah tidak mustahil untuk PAS menemui UMNO bagi mengajak UMNO kepada landasan yang benar. Sikap politik kekampungan ditolak sama sekali oleh TGHH dalam hal ini.

Saya secara peribadi, amat berharap sikap yang tegas dalam mempertahankan prinsip dan uslub dakwah seperti yang ditunjukkan oleh TGHH akan berterusan selamanya. PAS tetap akan menjadi sebuah gerakan Islam yang berjuang untuk mempertahankan aqidah dan agama serta memperteguhkan bangsa dengan keduanya.

Sejak kepimpinan ulama’ diperkenalkan, PAS telah mengubah cara dan uslub pergerakannya daripada parti politik yang menggunakan wajah Islam dalam bergerak kepada sebuah gerakan Islam yang tidak pernah jemu mengajak manusia taat kepada Allah dengan menjadikan politik sebagai cabang kecil aktivitinya.

Syura dalam PAS adalah asas yang paling teguh. Keanggotaan Majlis Syura dalam PAS adalah sedaya upaya diikhtiarkan menepati syarat yang diletakkan oleh para ulama’. Majlis syura adalah penjaga kepada asolah dan ketulinan perjuangan PAS. Majlis Syura adalah penentu dasar PAS. Saya amat mengharapkan agar, Majlis Syura benar-benar memainkan peranan dalam memantau setiap pergerakan dalam PAS.

Jangan biarkan pihak-pihak tertentu mempermainkan dan memperbudakkan sebarang ketetapan dan keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura. Saya amat yakin percaya bahawa perjuangan PAS akan terus terpelihara dengan berkat menyerahkan keputusan perjalanan PAS kepada syura Ulama’. Inilah Sunnah Rasul dalam perjuangan. Kita tidak akan sampai membenarkan tunjuk punggung dalam program yang kita ketuai jika apa yang kita susun dirujuk kepada syura ulama’.

Inilah adab dalam sebuah gerakan Islam. Jika ini tidak berlaku maka sahlah PAS bukan gerakan Islam. Tidak mustahilkan PAS ditinggalkan?

(Penulis adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis)


Monday, July 07, 2008

CERAMAH GEMPUR SANGLANG!!!




Keputusan Petisyen Simpang Empat 23 Julai ini

Oleh Bashir Ishak
KANGAR, 7 Julai - Mahkamah Pilihanraya di sini menetapkan tarikh 23 Julai ini untuk memberikan keputusan petisyen pilihanraya Dun N.14 Simpang Empat.

Petisyen tersebut dikemukakan oleh calon BN, Zahari Bakar berkaitan dengan poster yang digunakan oleh calon PAS, Rus'sele Eizan dalam pilihan raya lalu yang tidak mempamerkan nama pencetak serta menggunakan jata (lambang) kerajaan negeri Perlis.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, Rus'sele memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 53 undi.

Mahkamah pilihanraya telah membicarakan kes ini 18 Julai lalu di hadapan Hakim Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani dan Zahari selaku saksi tunggal telah dipanggil memberikan keterangan.

Hari ini peguam yang mewakili Rus'sele mengemukakan penghujahan balas bertulis ke atas penghujahan yan dikemukakan peguam Zahari pada 2 Julai lalu.

Zainal Adzam kemudiannya memutuskan tarikh 23 Julai depan untuk beliau memberikan keputusan.

Rus'sele diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Zulmi Sabri, manakala Zahari diwakili Abu Bakar As-Sidek.

Mohamed Hanipa yang ditemui kemudiannya menjelaskan antara penghujahan yang telah disediakan pihaknya menyentuh tentang kegagalan pihak pempetisyen mengemukakan bukti yang jelas iaitu poster calon yang terbabit.

"Bahan bukti ini perlu ditunjukkan dalam bentuk exhibit dan yang ada hanyalah keterangan bukti yang dinyatakan sebagai ID2," jelasnya.

Begitu juga katanya, pihak pempetisyen tidak melaporkan kesalahan yang didakwa berlaku dalam tempoh yang ditetapkan mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya.

"Kesalahan dikesan dan dilaporkan pada hari membuang undi sedangkan mengikut akta adalah semasa tempoh berkempen," katanya lagi.

Sunday, July 06, 2008

Mufti Perlis cadang Nik Aziz jadi orang tengah

Petikan Malaysiakini
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Mursyidul Am Pas menjadi orang tengah yang akan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk "mubahalah" atau 'bersumpah' sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini menjadi tumpuan nasional.

Katanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menteri besar Kelantan mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat terutama di kalangan para penyokong PAS dan sudah semestinya, beliau layak untuk menjadi orang tengah itu.

Ketika dihubungi Bernama di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini, Dr Mohd Asri berkata, beliau sebolehnya tidak mahu terbabit dalam sebarang isu politik tetapi terpaksa mengeluarkan pandangan apabila menyentuh perkara yang berkaitan agama.

"Saya percaya dengan pengaruhnya, Nik Aziz berupaya menjadi orang tengah," katanya yang baru selesai menjalani pembedahan kecil di IJN dan dibenarkan keluar dari institut itu hari ini.

Dr Mohd Asri sebelum ini mencadangkan supaya isu liwat yang mengaibkan itu diselesaikan secara mubahalah atau "sumpah" sekiranya ia tidak dapat diselesaikan secara perundangan dunia.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta Mufti Perlis tampil sebagai orang tengah bagi membawa mereka yang terbabit dalam mubahalah dengan alasan Dr Mohd Asri tidak dipengaruhi mana-mana badan politik.

Tidak perlu modal

Bagaimanapun, Dr Mohd Asri berkata, apa yang lebih penting ialah tokoh yang menjadi orang tengah itu mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan diterima masyarakat meskipun beliau merupakan pemimpin politik.

Beliau turut menegur kesilapan fakta berhubung mubahalah yang dikaitkan sebagai kaedah "menjunjung al-Quran" sedangkan menurutnya dalam mubahalah, setiap orang akan memohon kelaknatan Allah ke atas dirinya jika berada di pihak yang salah.

Mufti Perlis itu percaya mubahalah yang tidak memerlukan wang atau modal akan menghapuskan prasangka dan hukumannya adalah adil.

Dalam mubahalah, seseorang yang dikaitkan perlu menyebut "Ya Allah! Jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku" manakala satu pihak lagi perlu menyebut " Ya Allah! Jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku."

Katanya, dalam isu yang melanda negara kini, seeloknya bermubahalah agar orang ramai tidak berbalah dan bertelingkah.

"Selepas bermubahalah, kita serah keputusan kepada Allah," katanya.

Saturday, July 05, 2008

Bila pemimpin Umno/BN bercakap...... Jangan percaya dulu!!

Sekadar peringatan.....Mudah-mudahan menjadi teladan untuk semua. Ini adalah kenyataan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perlis menjelang pilihanraya umum yang lalu. Lihat apa dah jadi???

KANGAR-Betulkah jaminan Timbalan Perdana menteri untuk tidak menaikkan harga minyak selepas pilihanraya umum 8 Mac ini?

Menurut Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perlis, Azmal Zaid Ahmad Azmi, setiap kenyataan pemimpin negara kini perlu diteliti dengan baik kerana mereka mempunyai sejarah yang gemilang tentang membohongi rakyat.

"Contoh terdekat Perdana Menteri sendiri hidup-hidup menipu rakyat menyatakan parlimen tak akan dibubar, esoknya dia bubar parlimen. Jadi kita kena hati-hati dengan setiap kenyataan mereka.

"Yang jelas setiap kenyataan yang dibuat adalah untuk memujuk rakyat untuk terus menyokong mereka. Tengoklah, sepanjang tempoh kempen pilihanraya ini macam-macam janji mereka akan buat dengan segera kerana "rating" BN kini semakin menurun di mata rakyat," katanya.
Sekarang apa dah jadi??? PROTES SAMPAI TURUN!!!

Dakwaan liwat: Mufti Perlis minta Anwar, Saiful bersumpah

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini kali kedua berhadapan dengan isu dakwaan meliwat dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya ‘mubahalah’ (bersumpah).
“Daripada bertengkar tidak tentu arah, saya syorkan mubahalah agar dapat menyelesaikan kekalutan isu liwat ini. Disebabkan isu yang semakin kalut ini, rakyat menjadi celaru,” kata beliau dalam Kuliah Hadith lewat malam semalam di Masjid Alwi, Kangar Perlis.

(Rakaman ucapan Mufti Perlis boleh diakses di laman web beliau www.drmaza.com).

Wednesday, July 02, 2008

Ameir Hassan cabar Shahidan

Terbaru: Malaysiakini melaporkan bahawa Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, Ameir Hassan mengesahkan akan bertanding mencabar pengerusi perhubungan Datuk Seri Shahidan Kassim untuk jawatan ketua bahagian Arau dalam pemilihan Umno nanti.

Ameir Hassan memberitahu, keputusan itu bagaimanapun tidak dipengaruhi oleh sesiapa, termasuk ketuanya Datuk Dr Md Isa Sabu.

"Saya akan lawan Shahidan dengan kekuatan saya sendiri, (dengan) cara saya sendiri," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Saya bukan disuruh oleh sesiapa, dan saya bukan proksi mana-mana (pemimpin).

"Saya bukan jaguh mewakili mana-mana kumpulan. Saya ada perjuangan saya sendiri."

Ameir berkata beliau tidak suka kepada gaya kepemimpinan bekas menteri besar itu yang didakwa mengamalkan "pecah dan perintah", dan juga mendorong orang ramai bergantung kepadanya.

Jumaat lepas, Malaysiakini melaporkan Shahidan dan adiknya Datuk Ismail Kassim akan dicabar masing-masing bagi dua jawatan teratas bahagian tersebut.

Ismail, ahli parlimen Arau, pula diramal dicabar oleh bekas pemimpin Pemuda bahagian Zainuddin Yom dan seorang lagi calon yang didakwa kumpulan pro-menteri besar, Khalid Ahmad.

Khalid kini pegawai khas menteri besar.

Ameir, bekas naib ketua bahagian itu, berkata gaya kepemimpinan pecah dan perintah boleh menyebabkan bahagian itu ketandusan pemimpin baru.

Beliau juga mendakwa, ahli-ahli akar umbi "sudah jemu" dengan budaya menabur sokongan kewangan bagi mengekalkan pengaruh.

"Saya tak mahu budaya orang Arau terus terbawa-bawa dengan peminta sedekah. Kita kuat bekerja, kenapa tidak bekerja?" katanya.

Kaedah menabur wang untuk terus disenangi ramai ibarat memberikan makanan kepada kera di zoo, tambahnya.

Katanya, beliau tidak menafikan Shahidan telah mempunyai banyak jasa kepada rakyat Perlis selama 13 tahun pentadbirannya sejak 1995.

"Cuma arus perubahan berlaku. Tak ada pemimpin yang kekal selama-lamanya.

"Ada pemimpin datang, ada yang pergi. Ada turun dan ada naik. Ia adalah lumrah kehidupan," katanya.

Sementara itu, menurutnya, BN belum menetapkan calon untuk bertanding dalam pilihanraya kecil di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang.

"Sekarang (calon-calon) tidak diputuskan lagi. Kita tunggu keputusan SPR," katanya.

Beliau juga tidak menafikan menteri besar mempunyai calon pilihannya sendiri. Bagaimanapun keputusan muktamad ditentukan oleh bahagian tersebut dan badan perhubungan Umno negeri yang dipengerusikan Shahidan.

"Bukan setakat Abdullah (Hassan) tetapi kita ada dua, tiga lagi, bakal calon. (Menteri besar berpendapat calon mestilah) yang muda, berpengaruh dan disukai oleh penduduk Sanglang," katanya.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut berhubung nama calon-calon tersebut.Dalam pilihanraya umum Mac lalu, kerusi itu diisytiharkan dimenangi oleh Abdullah dengan majoriti kecil, 45 undi - akibat kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi.

Menurut Ameir lagi, Umno dan BN akan memastikan kerusi tersebut berjaya dirampas daripada PAS yang telah menguasainya selama dua penggal sejak 1999.

"Kita tidak mahu menteri besar dikatakan tidak mampu untuk mengambil balik Sanglang," katanya.Menurutnya, Umno bahagian tersebut telah menggerakkan jenteranya untuk memastikan kejayaan 100 peratus di Sanglang.

Pilihanraya kecil DUN itu, dalam bahagian Arau, akan diadakan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kangar pada 18 Jun yang mengosongkan kerusi itu selepas menerima bantahan dalam petisyen pilihanraya calon PAS, yang juga penyandang, Hashim Jasin.

Rakyat yakin penjelasan Anwar berbanding siasatan polis - Hashim Jasin


KANGAR- Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin melihat, rakyat sebenarnya lebih yakin dengan penjelasan Ketua Umum Parti Keadilan (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berbanding siasatan pihak polis dalam kes dakwaan liwat yang terbaru.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan liwat terbaru ke atas Anwar yang dibuat oleh seorang pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan menggemparkan negara baru-baru ini.

Jelasnya lagi, dalam suasana yang ada sekarang rakyat akan lebih yakin dengan penjelasan yang diberikan oleh Anwar yang menyatakan dakwaan tersebut bertujuan untuk menyekat karier politik beliau.

"Apapun dakwaannya, saya nampak rakyat akan lebih merujuk kepada penjelasan Anwar mengatasi apa yang dijelaskan pihak kerajaan," ujarnya lagi.

Beliau berpendirian bahawa reputasi pasukan polis bakal sekali lagi tercabar berikutan dakwaan perlakuan liwat itu jika siasatan tidak dijalankan dengan adil.

Beliau melihat pengalaman lalu (tragedi 1998) telah membuktikan bahawa integriti pasukan polis dalam menjalankan siasatan ke atas kes Anwar terus dipertikaikan oleh pelbagai pihak.

"Pengalaman 10 tahun lalu menyebabkan tercalarnya reputasi mereka tapi rakyat tidak yakin dengan apa yang didakwa itu.
"Pimpinan kerajaan menyeru rakyat untuk meyakini integriti pasukan polis sedangkan dakwaan terbaru terhadap Anwar ini menimbulkan tanda tanya kepada rakyat apakah peristiwa tahun 1998 lalu akan berulang," katanya.

Petisyen Dun Simpang ditunda ke 7 Julai

KANGAR, 2 Julai - Mahkamah Pilihanraya di sini hari ini memutuskan tarikh Isnin, 7 Julai untuk mendengar penjelasan tentang penghujahan berkaitan petisyen pilihanraya Dun N.14 Simpang Empat.

Petisyen dikemukakan calon BN, Zahari Bakar berkaitan poster calon PAS dalam pilihanraya lalu yang tidak mempunyai nama pencetak dan menggunakan lambang kerajaan negeri Perlis.

Dalam pilihanraya lalu, Zahari tewas kepada calon PAS, Rus'sele Eizan dengan majoriti 53 undi.
18 Jun lalu, mahkamah membicarakan kes ini dengan Zahari selaku saksi tunggal dipanggil memberikan keterangan.

Hari ini, peguam yang mewakili Zahari, Abu Bakar As-Sidek baru mengemukakan penghujahan bertulis walaupun peguam yang mewakili Rus'sele bersedia untuk memberikan penghujahan lisan.

Hakim Pilihan Raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani kemudiannya memutuskan untuk mendengar penjelasan berkaitan penghujahan tersebut Isnin depan.

Rus'sele diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Zulmi Sabri.

Monday, June 30, 2008

Gambar Kontijen Perlis di Sukan PASTI Malaysia di Kelantan

Dapat hadiah saguhatipun jadile....

Kecik2 lagi dah diajar semangat kesukanan


Team bolajaring beraksi

Bersemangat ....

Exco DPP Perlis, Mohd Yasser mengetuai perbarisan kontijen Perlis

Bergambar beramai-ramai

Rembat cik oi......




Friday, June 27, 2008

Pembazir harta negara geng syaitan - Mufti

KANGAR, 27 Jun - Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menegur sikap golongan yang membazirkan harta negara sehingga menyebabkan kesusahan terpaksa ditanggung oleh rakyat bawahan.

"Negeri ini barangkali akan menghadapi pilihanraya kecil tak lama lagi, janganlah sekali lagi kita jadi tengelam dalam hal ini. Ambillah pengajaran wahai orang-orang politik.

"Sesungguhnya ketakburan, kesombongan dan penyalahgunaan kuasa akhirnya akan menimbulkan kebencian rakyat dan akhirnya akan menimbulkan keresahan yang berpanjangan," katanya ketika berkhutbah di Masjid Alwi dekat sini tengahari tadi.
Teruskan membaca...........

Thursday, June 26, 2008

Petisyen Sanglang: Ustaz Hashim fail rayuan

Zulmi sedang memfaikan rayauan

Oleh Bashir Ishak

KANGAR, 26 Jun - Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin hari ini memfailkan rayuan ke mahkamah persekutuan ke atas keputusan petisyen pilihanraya Dun Sanglang yang diumumkan baru-baru ini.


18 Jun lalu, Hakim Pilihanraya, Dato' Zainal Adzam Abdul Hamid memutuskan kerusi Dun N.15 Sanglang dikosongkan berikutan petisyen yang dikemukakan Ustaz Hashim selaku calon PAS.


Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, kerusi Dun Sanglang telah diumumkan dimenangi calon BN, Abdullah Hassan dengan majoriti 149 undi.


Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) yang mana Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi.


Zainal Adzam semasa membacakan penghakimannya memutuskan kemenangan Abdullah dibatalkan. Bagaimanapun Ustaz Hashim tidak diisytiharkan pemenang kerana tiada peruntukan undang-undang.


Beliau memulangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) samada Ustaz Hashim diisyiharkan pemenang atau diadakan pilihan raya semula.


Rayuan tersebut difailkan melalui Tetuan ZulJaafar & Co di mahkamah tinggi Kangar jam 2.30 petang tadi dan diterima Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Khairulshuhadah Yaakob.


Menurut peguam Zulmi Sabri, rayuan difailkan kerana Ustaz Hashim tidak berpuashati dengan keputusan petisyen tersebut.


"Berikutan ketidakadilan yang berlaku semasa keputusan tersebut kita merayu untuk meminta mahkamah persekutuan mengisytiharkan Ustaz Hashim sebagai pemenang dan dipilih menjadi wakil rakyat di Dun Sanglang.


"Kita nak tengok sejauh mana mahkamah persekutuan akan membuat keputusan. Keputusan yang bakal dibuat akan menjadi "precedent case" untuk sebarang kes yang serupa pada masa depan.


"Sepanjang masa rayuan ini, SPR tidak boleh membuat sebarang keputusan lagi berkaitan kerusi Dun Sanglang ini," jelasnya

YB Bang Din dilantik anggotai PAC negeri Perlis

Oleh Bashir Ishak
KANGAR, 26 Jun - Dewan undangan Negeri Perlis yang bersidang hari ini bersetuju melantik wakil pembangkang menganggotai Jawatatankuasa Kira-kira Wang Negeri.

Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat) telah dipilih menjadi salah-seorang ahli jawatankuasa berkenaan dengan undi sebulat suara selepas usul berkenaan dikemukakan kepada sidang dewan tengahari tadi.

Usul tersebut dikemukakan oleh Exco Kerajaan Negeri Dato' Seri Utama Syed Razlan Putra Jamalullail dan disokong oleh seorang lagi Exco, Sabry Ahmad.

Tiga orang lagi yang dipilih ialah Khairi Hassan (BN-Mata Ayer) selaku Pengerusi, Mansor Jusoh (BN- Chuping) dan Dr Por Choo Chor (BN-Indera Kayangan).

Sebelum ini, ura-ura melantik Rus'sele menganggotai salah satu jawatankuasa Exco kerajaan negeri ada disebut berkutan kenyataan dari Menteri Besar, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu.

Amalan melantik Adun PAS menganggotai jawatankuasa sedemikian bukanlah suatu yang baru bagi negeri Perlis.

Sebelum ini dua orang wakil PAS iaitu Cikgu Taharim Ariffin (Adun Utan Aji,1964-1969) dan Cikgu Shuib Muhammad (Adun Bintong, 1982-1986) pernah dilantik menganggotai jawatankuasa sedemikian.

Wednesday, June 25, 2008

Majlis Ilmu & Munajat

Kuliah Perbandingan Agama Bersama Dato' Dr Haron Din

Tempat : Balai Islam MADI,Kg Jejawi Dalam Perlis.

Tarikh : 28 Jun 2008 (SABTU)

Masa : 7.30 malam



Qiyamullail Bersama Ustaz Yussaine Yahya

Tempat : 29 Jun 2008 (AHAD)

Masa : 4.30 pagi

Tempat : Balai Islam MADI,Kg Jejawi Dalam,Kangar Perlis

Tuesday, June 24, 2008

Pengarah Urusan Harakah sambut baik permit dua kali seminggu

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pengarah Urusan Harakah, Dato' Kamarudin Jaffar menyambut baik kebenaran penerbitan Harakah dua kali seminggu yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.
Dalam ulasannya berhubung kebenaran itu, Kamarudin yang juga ahli Parlimen Tumpat berkata, ia sebagai satu langkah yang boleh dikatakan ke arah melonggarkan sedikit kebebasan media.
Beliau juga berkata Harakah mengucapkan terima kasih kepada KDN yang membenarkan permit penerbitan dua kali seminggu (8 kali sebulan) itu.

"Saya telah menulis nota surat kepada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar mengucapkan terima kasih berhubung perkara itu," katanya.

Beliau berkata, dengan kebenaran itu mungkin operasi penerbitan akan berkuatkuasa serta-merta.
Dalam ulasannya berhubung kebenaran itu, Kamarudin yang juga ahli Parlimen Tumpat berkata, ia sebagai satu langkah yang boleh dikatakan ke arah melonggarkan sedikit kebebasan media.

Beliau juga berkata Harakah mengucapkan terima kasih kepada KDN yang membenarkan permit penerbitan dua kali seminggu (8 kali sebulan) itu.

"Saya telah menulis nota surat kepada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar mengucapkan terima kasih berhubung perkara itu," katanya.

Beliau berkata, dengan kebenaran itu mungkin operasi penerbitan akan berkuatkuasa serta-merta.
Jabatan Pengarang Harakah mampu dan bersedia
Sementara itu,Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman mengesahkan pihaknya telah menerima surat kelulusan tersebut daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.

Menurutnya, beliau akan merujuk kepada pihak atasan Harakah mengenai soal editorial dan beberapa perkara yang perlu diubahsuai, terutama mengenai kesediaan kilang cetak dan pengedar akhbar.

"Jabatan pengarang Harakah juga memang mampu dan bersedia untuk menerbitkan akhbar tersebut sebanyak dua kali seminggu,"jelasnya.

Ditanya mengenai keputusan KDN itu, Ahmad Lutfi mengalu-alukannya dan melihatnya sebagai satu perkembangan yang positif.
Beliau berharap, ia menjadi satu permulaan untuk membuka ruang kepada kebebasan media dan demokrasi.

"Harakah tidak semata-mata akhbar parti, tetapi ia juga bertanggungjawab untuk menyuarakan kebenaran," katanya.

Beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu perkembangan yang menarik.

Semalam, Harakah menerima surat KDN bertarikh 13 Jun kepada Pejabat Urusan Harakah berhubung kebenaran permit dua kali seminggu.

Sebelum ini, Harakah ditarik permit penerbitannya daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan.

Harakah dibenar terbit 2x seminggu

Malaysiakini
Kerajaan telah meluluskan permohonan akhbar rasmi PAS, Harakah untuk diterbitkan dua kali seminggu, seperti sebelumnya.

Lembaga pengarah Harakah telah mengemukakan permohonan tersebut sejurus selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman mengesahkan pihaknya telah menerima surat kelulusan tersebut daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.
Kerajaan telah meluluskan permohonan akhbar rasmi PAS, Harakah untuk diterbitkan dua kali seminggu, seperti sebelumnya.

Lembaga pengarah Harakah telah mengemukakan permohonan tersebut sejurus selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman mengesahkan pihaknya telah menerima surat kelulusan tersebut daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.
Perkembangan positif
Sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu, jumlah edaran Harakah ialah kira-kira 140,000 nashkah.
"Selepas pilihanraya umum lalu, jumlah edarannya telah meningkatkan kepada 250,000 nashkah," katanya.
Mengenai langkah seterusnya, Ahmad Lutfi berkata, beliau akan merujuk kepada pihak atasan Harakah mengenai soal editorial dan beberapa perkara yang perlu diubahsuai, terutama mengenai kesediaan kilang cetak dan pengedar akhbar.
Menurutnya, jabatan pengarang Harakah juga memang mampu dan bersedia untuk menerbitkan akhbar tersebut sebanyak dua kali seminggu.
Ditanya mengenai keputusan KDN itu, Ahmad Lutfi mengalu-alukannya dan melihatnya sebagai satu perkembangan yang positif.
Beliau berharap, ia menjadi satu permulaan untuk membuka ruang kepada kebebasan media dan demokrasi.
"Harakah tidak semata-mata akhbar parti, tetapi ia juga bertanggungjawab untuk menyuarakan kebenaran," katanya.

Beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu perkembangan yang menarik.

Monday, June 23, 2008

Pimpinan negara sudah nyanyuk

Harakahdaily
ARAU, 23 Jun (Hrkh) - Pimpinan negara yang diterajui oleh Umno-BN hari ini boleh dianggap sebagai nyanyuk kerana sering membuat keputusan yang memeningkan rakyat.
Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim berkata demikian apabila menggambarkan betapa kepimpinan negara kini semakin tertekan dengan situasi semasa yang semakin membangkitkan kemarahan rakyat.

"Mereka ni boleh dikatakan semakin nyanyuk. Dulu kata tak nak bubar parlimen, tiba-tiba esok dia bubar. Begitu juga kata harga minyak tak akan dinaikkan, tengok-tengok dia naikkan minyak.

"Hari tu kata tak boleh jual minyak kepada orang luar, lepas tu tarik balik. Hari tu dia kata nak bagi gaji dua kali sebulan, orang dapat gaji lagi cepat habis," jelasnya ketika berceramah di Markas MTD Sanglang malam tadi.

Katanya lagi, apa yang dilakukan oleh pemimpin negara hari ini semakin lama-semakin menghakis kepercayaan rakyat kepada mereka.

"Mereka ini nak cari keredaan rakyat pun susah, macam mana nak cari keredaan Allah pula? Kerajaan yang dah nyanyuk tak sepatutnya kita angkat lagi memerintah kerana kita dah tak nampak lagi mereka dapat melakukan kebaikan untuk rakyat," katanya lagi. - mks.

Mufti Perlis disaran sertai politik - Nik Aziz

Oleh Intan Abdullah
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Hrkh) - Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin disaran agar memasuki parti politik jika beliau benar-benar ingin melaksanakan usaha menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata individu yang ingin melaksanakan Islam hendaklah memiliki kuasa yakni kerajaan sebagai platform bagi memastikan Islam itu diterjemahkan ke dalam kehidupan.

"Jika kita mahu melihat Islam berdaulat, maka hendaklah memiliki kerajaan yakni ianya melibatkan parti.

"Sekarang kita lihat, demokrasi ada kerajaan, sosialis ada kerajaan, mana boleh Islam tiada kerajaan, kenapa tidak mahu terlibat dengan parti?," ujarnya dalam sidang Media selepas merasmikan Pusat Gadaian Islam Ar-Rahn di cawangan Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Jelasnya, sekiranya mana-mana pihak hendak menganjurkan sesuatu tetapi tidak memiliki sebarang kuasa, ianya tidak berguna atau tidak berkesan seumpama omongan kosong.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohd Asri yang tidak mahu memasuki mana-mana parti semalam.

"Harapnya Mufti Perlis dapat mempertimbangkan untuk memasuki mana-mana parti,walaupun pegawai kerajaan di Malaysia ini tidak dibenarkan untuk melibatkan diri dengan mana-mana parti.

"Tetapi pembangkang sahaja yang tidak dibenarkan, pegawai kerajaan saya lihat boleh terlibat," katanya.

Malah tegas Menteri Besar Kelantan itu, para pelajar tidak dibenarkan terlibat dengan politik tetapi di luar negara ditubuhkan Kelab Umno di kalangan pelajar.

Dalam pada itu, beliau berkata jika demokrasi dijaga dengan betul tiada sebab Umno boleh menang dalam pilihan raya di Sanglang.

"Kalau Umno menggunakan demokrasi yang betul, sudah lama Umno tumbang.

"Bukan kita tidak tahu cara Umno yang menggunakan duit, ISA, tetapi kesemuanya perkara yang tidak betul ini akan diketahui orang tahu juga nanti," katanya lagi.

Mufti Perlis: Saya bukan ulama ‘Kakak Tua’!

PETALING JAYA: Ketika pegangan politiknya heboh diperkatakan cenderung kepada Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil untuk menyatakan pendiriannya yang langsung tidak berminat dengan politik.

“Cukuplah… kerja sayapun tak habis. Kerja politik untuk orang politik.

“Saya bukan orang politik. Hanya kerana saya berada di majlis PKR dan menjadi ahli panel Wacana Perdana 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Kota Bharu semalam maka ramai yang membuat tafsiran sendiri,” jelas Dr Asri ketika dihubungi mStar Online tengah hari tadi.
Teruskan membaca… »

Saya Tidak Ingin Sertai PKR - Mufti Perlis

KOTA BAHARU, 22 Jun (Bernama) — Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau telahpun menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata buat masa ini belum terlintas di hatinya untuk menyertai mana-mana parti politik, sebaliknya beliau mahu menjadi seorang yang merdeka tanpa terikat dengan mana-mana parti politik.

“Saya rasa cukuplah dengan ahli-ahli parti itu yang ada, nanti dikatakan kacau pula,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menjadi ahli panel “Wacana Perdana - 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat” di sini, semalam.
Teruskan membaca… »

Saturday, June 21, 2008

Rosmah Mansor terbabit dalam kes Altantuya??


Ini adalah salinan akuan bersumpah oleh Blogger, Raja Petra Kamaruddin yang menyatakan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu .
Klik pada gambar untuk membaca

Friday, June 20, 2008

Perbicaraan petisyen Dun Simpang Empat: Calon BN diasak soalan peguam

KANGAR, 19 Jun (Hrkh) - Mahkamah pilihan raya di sini memulakan perbicaraan petisyen pilhan raya Dun N.14 Simpang Empat semalam dengan memanggil saksi tunggal untuk memberikan keterangan.

Beliau adalah pempetisyen sendiri iaitu calon BN, Zahari Bakar.

Pada awalnya Zahari menjawab pertanyaan peguam beliau, Abu Bakar As-Sidek tentang bukti-bukti berkaitan petisyen beliau terhadap calon PAS, Rus'sele Eizan berkaitan poster pilihan raya.
Petisyen tersebut mempertikaikan poster calon PAS yang tidak mempunyai nama dan alamat pencetak serta menggunakan logo negeri Perlis.

Peguam yang mewakili Rus'sele, Mohamed Hanipa Maidin kemudiannya mengemukakan beberapa soalan yang membuat Zahari sedikit resah.

Hanipa: Adakah awak nampak semua proses, mencetak, menerbit atau menampal poster?Zahari: Tidak

Hanipa: Ada awak mengambil gambar?
Zahari: Tidak

Hanipa: Apabila awak tidak ambil gambar maknanya awak tak ada apa-apa bukti untuk membuat perbandingan dengan ID2 (barang bukti).
Zahari: Diam

Hanipa: Ada awak ambil poster tersebut?
Zahari: Ya. Saya ambil pada hari pengundian 8 Mac 2008.

Hanipa: Awak kata ada membuat laporan kepada penguat kuasa SPR secara lisan. Adakah awak tahu siapa yang menerima laporan tersebut?
Zahari: Saya tak pasti nama dia.

Hanipa: Bila awak buat laporan?
Zahari: Hari pembuangan undi.

Hanipa: Masa dan tempat?
Zahari: Di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Baru, lebih kurang pukul 1.00 tengah hari.

Hanipa: Adakah sebarang laporan bertulis dibuat kerana kita tidak tahu apakah laporan yang awak buat?
Zahari: Laporan dibuat secara lisan

Hanipa kemudiannya meminta Zahari membacakan bantahan yang dibuatnya berkaitan petisyen pilihan raya tersebut.

Zahari membacakan bantahannya yang antara lainnya tidak berpuas hati dengan keputusan pengundian dan menuntut pengiraan semula.

Hanipa: Encik Zahari, bantahan yang awak kemukakan ini tidak ada kena mengenapun dengan poster, adakah awak bersetuju?
Zahari: Tak setuju

Hanipa: Awak faham atau tidak apa yang awak bantah ini?
Zahari: Faham

Hanipa: Bantahan adalah berkaitan keputusan pengundian. Jadi, apa ada kena mengena dengan minta untuk pengiraan semula?
Zahari: Tak ada kaitan

Hanipa kemudiannya bertanyakan soalan tentang logo yang dibenarkan oleh SPR untuk digunakan oleh parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya.

Hanipa: Kalau dilihat pada simbol-simbol ini, ini adalah simbol parti politik. Adakah awak setuju?Zahari: Setuju

Hanipa: Maknanya mana-mana parti politik yang bertanding, inilah simbol yang boleh digunakan parti berdaftar?
Zahari: Setuju

Hanipa: Awak setuju lambang negeri Perlis ini bukan lambang parti politik dan tiada parti politik yang menggunakan lambang ini?
Zahari: Setuju

Hanipa: Jadi tak timbul isu orang nak guna lambang Perlis ini.
Zahari: Tak setuju. Kena dapat kebenaran SPR kalau nak guna.

Abu Bakar kemudiannya bangun bertanyakan berapa kalikah bantahan dikemukakan kepada penguat kuasa SPR yang mana Zahari menjawab hanya sekali iaitu secara lisan.

Perbicaraan ini ditangguhkan dan Hakim Pilihan Raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani menetapkan tarikh 2 Julai akan datang untuk mendengar penghujahan daripada para peguam.

Selain Hanipa, Rus'sele turut diwakili Zulmi Sabri dan Aqbal Shiffudin Adnan Sallehudin.

Wednesday, June 18, 2008

CERAMAH ! CERAMAH !

JOM PAKAT PI DENGAG RAMAI-RAMAI...
ISU TERKINI... MINYAK NAIK!!
KES PETISYEN DUN SANGLANG!!!

PAS Perlis sedia hadapi pilihanraya semula di Sanglang

KANGAR, 18 Jun - PAS Perlis bersedia menerima sebarang keputusan berkaitan petisyen N.15 Sanglang yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan mahkamah pilihan raya hari ini yang memulangkankan kepada SPR untuk memutuskan sama ada beliau diisytiharkan sebagai pemenang atau diadakan pilihan raya semula.

Hakim Pilihan Raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani hari ini memutuskan kemenangan calon BN dalam pilihan raya umum (PRU) lalu dibatalkan dan keputusan selanjutnya dibuat oleh SPR.

"Jika ditakdirkan diadakan pilihan raya semula, kita tetap akan bersedia," kata Ustaz Hashim.

Bagaimanapun katanya, mengikut mahkamah keputusan PRU lepas calon BN dikira kalah dan kini Dun Sanglang tidak mempunyai wakil rakyat.

"Kita jangka bila diisytihar satu kalah mesti ada satu yg menang. Ini menimbulkan sikit tanda tanya berhubung keputusan ini.

"Apapun terpulang kepada SPR untuk isytihar menang atau pilihan raya semula. Kita minta untuk satu kebaikan kerana yang dulu pilihan raya dijalankan secara sah cuma silap umum keputusan di mana pengundi mahu calon PAS diisytihar menang dan tiada pilihan raya semual diadakan," ujarnya ketika ditemui pemberita di hadapan mahkamah pagi tadi.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan pilihan raya kecil hanya diadakan sekiranya mahkamah mengisytiharkan PRU yang lalu tidak sah.

"Pilihan raya lalu adalah sah dan harapan kami SPR yang diberi kuasa untuk menentukan sama ada boleh digazetkan PAS menang dan tak perlu pilihan raya semula.

"Jadi kita minta tak perlu pilihan raya semula dan terus saja isytihar calon PAS menang. Apapun kita akan membuat rayuan ke mahkamah persekutuan dalam hal ini untuk memohon disiytiharkan kemenangan," jelasnya.

Bagaimanapun katanya, sekiranya usaha ini gagal dan terpaksa menghadapi pilihan raya semula maka segala keputusan akan dirujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

"Terpulang kepada Jawatankuasa PAS Pusat sama ada memasuki pilihan raya semula atau kemungkinan kita memboikotnya. Boikot inipun kerana prinsip nak tegakkan kebenaran bukan soal siapa menang atau kalah kerana jelas PAS menang tetapi diisytiharkan kalah. Terpulang kepada pimpinan PAS Pusat," katanya lagi.

Ditanya siapakah calon yang bakal diketengahkan sekiranya PAS memasuki pilihan raya semula, Ustaz Hashim berkata kemungkinan besar beliau sendiri yang akan bertanding.
"Jika ditakdirkan masuk pilihan raya semula kita akan sedia. Calon tak boleh tentu lagi tapi kehendak rakyat berdasarkan mesyuarat yang diadakan semalam masih mahukan saya. Bukan saya yang minta tapi bergantung kepada keputusan pimpinan," jelasnya lagi.

Mahkamah putuskan kerusi Dun Sanglang dikosongkan

Petikan Harakhdaily
KANGAR, 18 Jun (Hrkh) - Mahkamah Pilihan Raya hari ini memutuskan kerusi Dun N.15 Sanglang dikosongkan berikutan petisyen yang dikemukakan Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Bagaimanapun, semua keputusan sama ada Ustaz Hashim diisytiharkan sebagai pemenang atau diadakan pilihan raya semula dipulangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Hakim Pilihan Raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani semasa membaca penghakimannya memutuskan kemenangan calon BN, Abdullah Hassan dibatalkan berdasarkan tuntutan pertama di dalam petisyen berkenaan.

Namun begitu, bagi tuntutan kedua iaitu mengisytiharkan Ustaz Hashim sebagai pemenang, beliau memutuskan bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa berdasarkan Seksyen 35C dalam AKta Kesalahan Pilihan raya 1954 yang telah dimansuhkan pada tahun 2003.

Petisyen ini dikemukakan oleh Ustaz Hashim selaku calon PAS yang bertanding mempertahankan kerusi Dun tersebut tetapi diisytiharkan kalah kepada calon BN, Abdullah Hassan dengan majoriti 149 undi.

Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) yang mana Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi.

Ustaz Hashim menamakan Pegawai Pengurus Pilihan raya Parlimen Arau, Mohd Daud Abdul Hamid, SPR dan Abdullah sebagai responden.

Ustaz Hashim diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin, Zulmi Sabri dan Aqbal Shiffudin Adnan Sallehuddin. Abdullah pula diwakili K. Jegathesan dan Albert Antoni. Manakala Mohd Daud dan SPR di wakili Dato' Kamaluddin Md Said, Rozi Bainon dan Wan Roslan Wan Ismail.