Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, March 05, 2013

Kaji kelemahan sedia ada sebelum bina KUIPs

ARAU - PAS Perlis meminta kerajaan negeri mengkaji segala kelemahan-kelemahan yang wujud dalam pengurusan pendidikan Islam di negeri ini sebelum mewujudkan sebuah intitusi pengajian baru.

Mengulas cadangan mewujudkan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Perlis, Rus'sele Eizan berkata terlalu banyak kelemahan dan masalah yang sedia ada masih belum dapat diselesaikan oleh kerajaan.

Dalam lawatannya ke Perlis baru-baru ini,  Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak telah mempersembahkan sijil pelawaan penubuhan KUIPs kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Bagaimanapun menurut Rus'sele, institusi pendidikan Islam sedia ada di Perlis seperti Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) dan Maahad Tahfiz di bawah pengurusan Yayasan Islam Perlis (YIPs), pendidikan rendah dan pra-sekolah serta pengurusan Sekolah Agama Rakyat masih banyak yang perlu diperbaiki.

"PAS Perlis tidak membangkang cadangan mewujudkan KUIPs, malahan sektor pendidikan apatah lagi pendidikan Islam adalah satu pelaburan duniawi dan ukhrawi yang baik. Tapi kerajaan kena tengok balik apa yang sudah sedia ada di negeri ini.

"IPTIPs umpamanya, sudah banyak diperkatakan tentang kelemahan-kelemahan yang dilaporkan termasuk melalui Laporan Ketua Audit Negara. Tapi kelemahan dan teguran yang dibuat oleh Audit umpamanya masih terlalu banyak yang belum diambil tindakan oleh pihak berwajib.

"Jadi mengapa perlu diwujudkan yang baru? Kalau nak naiktaraf IPTIPs kepada KUIPs mungkin wajar, tapi dengan enrolmen pelajar yang terlalu sedikit berbanding jumlah tenaga pengajar dan pelbagai lagi masalah yang belum selesai saya rasa lebih baik kita tangguhkan dulu.

"Di sekolah Islahiyah Bohor Mali umpamanya, kemudahan asas pun masih banyak yang belum ada. Sekolah tak ada padang permainan, rumah guru yang adapun terlalu usang yang dibina puluhan tahun dulu sampai guru nak masuk pun takut, jadi kita cadangkan agar kerajaan mengambil langkah segera untuk memperbaiki prasarana serta kelemahan dalam pentadbiran pendidikan Islam di negeri ini sebelum mewujudkan institusi baru.

"Bila kita perbetulkan dari bawah, maknanya kita sudah ada asas serta sumber untuk kita bergerak ke atas. Bila kita didik anak-anak dari pra-sekolah,  perendah dan menengah dengan baik kita, di peringkat pendidikan tinggipun kita sudah ada pelajar yang bakal mengisi tempat di mana-mana institusipun. Tidak seperti sekarang kegagalan dari bawah akhirnya IPTIPs pun hanya ada 23-30 orang pelajar," katanya.

Dalam lawatannya ke Perlis baru-baru ini,  Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak telah mempersembahkan sijil pelawaan penubuhan KUIPs kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

No comments: