Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, October 24, 2011

Laporan Audit: IPTIPs Sdn Bhd tak diaudit lebih 10 tahun

IPTIPS Sdn. Bhd. (Syarikat) adalah syarikat subsidiari milik penuh Yayasan Islam Perlis (Yayasan) yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 6 Mac 1996. Nama asal Syarikat adalah Pancaran Karun Sdn. Bhd. sebelum ditukarkan kepada IPTIPs Sdn. Bhd. pada 11 November 1997. Modal yang dibenarkan berjumlah RM0.5 juta manakala modal berbayar berjumlah RM0.2 juta. Aktiviti tunggal Syarikat adalah menguruskan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs).

Ahli Lembaga Pengarah Syarikat terdiri daripada seorang Pengerusi dan 2 orang Pengarah. Ahli Lembaga yang dilantik terdiri daripada wakil Kerajaan Negeri Perlis, Yayasan dan juga IPTIPs. Salah seorang daripada Ahli Lembaga
Pengarah merupakan seorang ahli akademik. Sehingga bulan Ogos 2010, IPTIPs mempunyai seramai 41 orang kakitangan yang terdiri daripada 26 orang kakitangan akademik dan 15 orang kakitangan bukan akademik

Penemuan Audit

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Mei hingga Ogos 2010 mendapati pengurusan IPTIPs Sdn. Bhd. adalah tidak memuaskan. Penyata kewangan Syarikat hanya diaudit setakat tahun 1999. Penyata kewangan Syarikat tahun 1999 yang telah diaudit menunjukkan Syarikat mencatatkan kerugian selepas cukai berjumlah RM55,840. Penyata kewangan tahun 2000 sedang diaudit oleh juruaudit bertauliah yang dilantik manakala penyata kewangan tahun 2001 hingga 2009 masih belum disediakan.

Bersambung......

No comments: