Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, March 02, 2011

Perlukah jalan ini?

KANGAR - Orang ramai khususnya yang melalui Jalan Padang Behor dekat sini tertanya-tanya rasional pembinaan jalan baru dari Padang Behor ke Jejawi ini memandangkan jalan yang sedia ada sudah mencukupi untuk kegunaan lalu-lintas.

Untuk ke Jejawi, penduduk sekitar boleh menggunakan jalan utama Kangar-Arau ataupun laluan Jalan Padang Behor melalui hadapan Institut Perguruan Perlis.

Yang peliknya, jalan baru sejauh kira-kira 1.6km ini sedang yang dalam pembinaan hanya terletak kira-kira 200 meter dari persimpangan Jalan Padang Behor ke Jejawi di hadapan Institut Perguruan Perlis.

Mengulas isu ini, Ketua Penerangan PAS Perlis, Rus'sele Eizan berkata projek jalan ini tidak masuk akal dan bukanlah berada pada laluan yang kritikal dan sesak.

"Saya tak nampak rasionalnya membina laluan baru di sini kerana jalan yang sedia ada sudah mencukupi. Pembinaan jalan baru ini selain tidak diperlukan, ianya juga melibatkan pengambilan tanah pertanian yang agak luas bagi membina jalan sejauh 1.6 km ini.

"Ini merupakan satu kerugian kepada kawasan tanah sawah yang subur di kawasan tersebut. Saya lihat projek jalan ini tak lebih daripada untuk menghabiskan peruntukan kerajaan persekutuan dengan memberikan projek kepada orang-orang tertentu," jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Empat.

Menurut jawapan soalan lisan yang diberikan kepada Rus'sele pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis yang lalu, pembinaan jalan ini merupakan salah satu daripada 11 projek pembinaan jalan baru di Perlis bagi tahun 2010-2012.

1 comment:

Anak Perelih said...

kenapa diaorg tak gunakan peruntukan utk besaq kan jalan yg depan institut perguruan tu...? peruntukan boleh juga utk traffic light kat library kola perelih/HEP UniMAP yg telah banyak kali berlaku eksiden...