Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, May 03, 2010

USUL DUAPULUH (USUL ISYRIN)

ASAS PERTAMA(samb.)


9. Islam adalah undang-undang
Islam adalah undang-undang sebagaimana yang diterangkan oleh
Mursyid adalah bermaksud bahawa Islam telah membawa hukum-hukum (undang-undang) untuk mengatur hubungan individu antara sesama mereka. Islam telah menaskan hukum-hukum dan balasan terhadap mereka yang melanggar undang-undang tersebut, sama ada hukum dan balasan itu bersifat civil yang dilaksanakan ke atas harta atau perbuatan jenayah yang dilaksanakan ke atas anggota penjenayah terhadap kebebasan atau hartanya.

Undang-undang Islam merangkumi pelbagai sudut hubungan antara
sesama manusia. Oleh yang demikian tidaklah harus bagi seseorang Islam meninggalkan undang-undang Islam dan menggantikannya dengan undangundang lain. Sesungguhnya ummat Islam hari ini telah meninggalkan undangundang Islam dan melaksanakan undang-undang asing.

Undang-undang hanya dilaksanakan dalam bidang yang sempit, hanya terbatas dalam undang-undang kekeluargaan, malah bidang yang sempit ini pun telah mula dinodai oleh tangan-tangan yang berdosa dengan melakukan perubahan dan pindaan.


10.Islam adalah ilmu
Ilmu yang dimaksudkan oleh Mursyid ialah makrifat dan mengenali
hakikat sesuatu dengan tepat sebagaimana kenyataan, mengetahui sesuatu yangditurunkan Allah, mengetahui tujuan manusia diwujudkan dan kehidupan akhirat yang mengakhiri kehidupan manusia.

Ilmu yang paling tinggi dan mulia kedudukannya ialah mengenal Allah
dan mengenal Islam yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w. Dengan mengenal Allah dan Islam seseorang Islam akan mengenal tuhannya, rasulnya, agamanya dan ajaran yang terkandung dalam agama tersebut. Peringkat ini disusuli pula oleh ilmu yang bersangkutan dengan urusan hidup yang pelbagai bentuk. Islam memandang tinggi kedudukan ilmu dan ulamak, memberikan
kedudukan yang tinggi kepada ulamak, dan tidak menyamakan kedudukan mereka dengan orang lain. Dalam Al-Quran disebutkan:

“Allah mempersaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Dia, yang menegakkan keadilan, para malaikat dan orang-orang yang berilmu”. (S 3:18)

Firman Allah lagi:

“Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (S 39:9)

Orang yang berilmu haruslah menggunakan ilmunya hanya semata-mata mencari keredhaan Allah. Secara sedar dan insaf beliau haruslah membersihkan diri dan yakin bahawa apa yang diketahuinya amatlah sedikit berbanding dengan apa yang tidak diketahuinya. Allah berfirman:

“Dan tidaklah kamu diberi ilmu kecuali sedikit”. (S 17:85)

dan beliau haruslah menambah lagi ilmu pengetahuannya. Firman Allah:

“Katakanlah, Ya Tuhanku tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan. “(S 20:114)


11. Islam adalah kehakiman
Islam adalah kehakiman, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Al-
Mursyid, adalah bermaksud bahawa salah satu dari manhaj (method) Islam ialah menghukum antara sesama manusia, kerana manusia amat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada yang ampunya hak.

Sebagai kesimpulan dalam masalah kehakiman ini dapatlah kita katakana bahawa Islam telah menganggap masalah kehakiman sebagai fardhu, lantaran inilah kita lihat bahawa Rasulullah s.a.w telah melantik kadhi-kadhi (hakim) untuk bertugas di tempat-tempat yang jauh dari Madinah. Kadhi atau hakim Muslim ini disyaratkan mempunyai pengetahuan yang luas tentang hukumhukum Islam. Atas dasar ini kita lihat bahawa salah satu dari syarat kelayakan seseorang hakim ialah kemampuannya untuk melakukan ijtihad di samping beliau mestilah beragama Islam, kerana tugas menghukum adalah termasuk dalam pengertian wilayah dan sultan.
Orang kafir tidak layak dan tidak berhak menjadi wali kepada orang Islam. Dalam hubungan ini Allah berfirman:

“Dan Allah tidak sekali-kali memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memerintah orang-orang yang beriman”. (S 4:141)

Hakim yang Muslim mestilah menghukum menurut hukum-hukum
Islam dan haram dengan hukum-hukum yang lain. Sewaktu beliau menghukum menurut undang-undang Islam, beliau haruslah hati-hati dan teliti, berusaha sedaya daya untuk melaksanakan keadilan. Seandainya beliau betul dan tepat dalam menghukum beliau akan dikurniakan dengan dua ganjaran, tetapi seandainya beliau tersilap atau tersalah beliau akan diberikan satu ganjaran.

12. Islam adalah kebendaan atau usaha dan kekayaan
Dengan ini Al-Mursrjd bermaksud bahawa Islam tidak mencuaikan soalsoal kebendaan. Islam mengambil berat soal-soal rohani dan juga soal-soal kebendaan, tetapi seorang Muslim haruslah mengawasi hatinya agar ikhlas kepada Allah, beliau tidak seharusnya diperhambakan oleh kebendaan sekalipun kebendaan itu merupakan kekayaan yang tinggi menggunung.

Muslim berhak melakukan kerja-kerja yang mendatangkan penghasilan dengan syarat kerja-kerja yang dilakukan itu halal, tidak diharamkan syariat. Beliaulah yang berhak menerima hasil usaha dari penat lelahnya, kerana milik perseorangan adalah dihormati dalam Islam. Milik perseorangan tidak harus dicerobohi atau dirampas.

Di samping itu Muslim haruslah mengeluarkan apa yang telah diwajibkan Allah ke atas miliknya seperti zakat, dan nafkah yang telah disyariatkan. Atas dasar ini Muslim tidaklah ditegah mencari kekayaan, malah pada dasarnya kekayaan adalah menjadi tujuan setiap usaha yang dilakukan manusia. Bila seorang Muslim yang mempunyai kekayaan bertaqwa dan menunaikan kewajipan yang telah difardhukan Allah beliau adalah tergolong ke dalam golongan wali-wali Allah; yang benar-benar bertaqwa kepada Allah. Ilmu fiqah telah membincangkan masalah:

Manakah yang lebih baik antara si fakir yang sabar atau si kaya yang bersyukur. Sebahagian ahli fikah berpendapat golongan pertamalah yang lebih baik. Segolongan yang lain berpendapat
golongan kedualah yang lebih baik. Tetapi hakikat yang sebenarnya, yang terbaik dari kedua-dua golongan ini ialah mereka yang lebih bertaqwa kepada Allah.

Saudara Muslim tidak selayaknya bersikap zahid dengan mengelak diri
daripada melakukan kerja-kerja yang mendatangkan pendapatan dengan alasan zahidkan dunia dan untuk menumpukan sepenuh masa dalam ibadat khusus kerana hakikat zahid yang sebenarnya adalah bertahta dalam hati, bukan pada anggota zahir. Ibadat tidak bertentangan dengan bekerja dan berusaha, malah bekerja dan melakukan perusahaan yang halal adalah sebahagian dari ibadat.
Dalam hadis ada dinyatakan:
Tangan yang di atas (memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (menerima)’.

Manusia tidak akan dapat memberikan sesuatu kecuali beliau
mempunyai kekayaan, dan kekayaan hanyalah dapat dicapai melalui
perusahaan. Selain dari itu adalah menjadi kewajipan kepada negara membantu Muslim dalam mendapatkan pekerjaan dengan menyediakan kemudahan dan memberikan bantuan kepada beliau.


13. Islam bererti jihad.
Islam adalah jihad, sebagaimana yang diterangkan oleh Al-Mursyid
adalah bermaksud bahawa Islam telah mewajibkan jihad. Hakikat jihad adalah mengorbankan seluruh tenaga pada jalan Allah, sekalipun sesuatu yang dikorbankan itu merupakan darah yang ditumpahkan dalam medan perang.

Jihad tidaklah terbatas pada pengorbanan jiwa sahaja, malah termasuk juga pengorbanan harta benda, jihad pena dan lidah.
Muslim menunaikan jihad secara peribadi, juga menunaikannya sebagai anggota dalam jamaah; umpamanya beliau menjadi anggota dalam jamaah Ikhwan Muslimin. Sewaktu beliau menunaikan jihad sebagai anggota dalam jamaah beliau haruslah menyelaraskan jihadnya dengan langkah-langkah jamaah, sehingga dengan penyelarasan ini matlamat jihad secara jamaah yang dilakukan oleh lkhwan akan tercapai.

Ummat Islam hari ini telah mengenepikan dan menjauhkan diri dari
jihad, sedangkan jihad pada hari ini adalah menjadi fardhu ‘ain atas tiap-tiap ummat Islam, kerana sebahagian besar dari negara-negara Islam telah dirampas dan diceroboh oleh golongan kafir. Umumnya Islam hari ini dalam keadaan kelemahan dan kehinaan yang menuntut supaya ummat Islam berjihad pada jalan Allah demi membebaskan ummat Muslimin daripada kelemahan dan kehinaan, juga membetulkan kegelinciran mereka dari landasan Islam.

Tegaknya sebuah negara yang benar-benar Islam adalah merupakan suatu
wasilah yang penting untuk melaksanakan tuntutan Islam. Menegakkan sebuah negara yang seperti ini adalah menjadi matlamat Ikhwan. Oleh kerana matlamat ini dan matlamat Islamiah yang lainnya, maka Ikhwan Muslimkin hari ini mengorbankan seluruh tenaga mereka.

No comments: