Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, March 30, 2010

Kes Adun Titi Tinggi: Speaker 'double standard'

KANGAR, 30 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Empat, Rus'sele Eizan menyifatkan tindakan Adun Titi Tinggi, Yip Sun Onn yang menghantar surat peletakan jawatan dan kemudiannya menarik balik keputusan beliau sebagai satu lagi kes 'double standard' dalam perundangan di negara ini.

Mengulas insiden yang berlaku minggu lalu, Rus'sele berkata, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Dato' Yazid Mat sepatutnya terus memanjangkan perkara ini kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

"Bagaimanapun, Speaker DUN Perlis menanti proses pujuk-memujuk oleh pimpinan BN dulu. Sepatutnya beliau kena terus memaklumkan kekosongan kerusi tersebut kepada SPR untuk memutuskannya kerana beliau sendiri tidak mempunyai kuasa.

"Ini berdasarkan kes yang sama berlaku di Perak bilamana mahkamah memutuskan Speaker DUN tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tentang kekosongan kerusi DUN," ujarnya.

Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan Yazid yang tidak professional serta dilihat memihak kepada pihak BN Perlis kerana menangguhkan pemakluman kepada SPR sedangkan beliau sendiri mengaku telah menerima surat peletakan jawatan dari Yip.

"Sebagai Speaker, Yazid seharusnya bersikap neutral dan professional tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Tindakannya itu boleh mengakibatkan hilangnya kepercayaan orangramai terhadap institusi Speaker dan DUN Perlis sendiri sebagai tempat penggubalan undang-undang," katanya.

Laporan media baru-baru ini menyebut Yazid telah mengesahkan menerima surat daripada Yip pada 22 Mac.

Media juga melaorkan bahawa Yazid berkata kedudukan Yip belum diputuskan lagi "dan masih dalam pertimbangan saya".

Yazid juga dipetik berkata, "Kita minta beliau bertenang dan memikirnya semula (keputusannya itu).

"Saya tak mahu kata apa, terserahlah kepada SPR. SPR yang akan tentukan," katanya bila ditanya kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di DUN Titi Tinggi.

No comments: