Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, December 03, 2009

Hujah makan tuan....

ARAU - Keputusan mahkamah tinggi berkenaan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah disifatkan seperti senjata makan tuan bagi Umno/BN.

Peguam terkenal yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin berkata demikian merujuk kepada keputusan yang seumpamanya oleh mahkamah terhadap kes melibatkan kekosongan tiga kerusi DUN di Perak.

"Keputusan mahkamah yang merupakan senjata ampuh yang memihak kepada Umno/BN di Perak kini mula makan tuan di Kota Siputeh,"katanya.

Menurutnya, apabila speaker DUN Perak, V. Sivakumar menerima surat peletakan jawatan daripada tiga orang Adun di Perak, maka beliau membuat keputusan bahawa ketiga-tiga kerusi DUN tersebut kosong dan hendaklah diadakan pilihanraya.

"Bila dibawa ke mahkamah, maka diputuskan speaker tidak boleh mengisytiharkan kerusi kosong kerana tidak disebut dalam perlembagaan negeri Perak. Yang ada hanya disebut apabila seseorang Adun meletakkan jawatan dia hendaklah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada speaker dan tidak menyebutpun kerusi itu kosong.

"Tapi bagi kes Kota Siputeh, mengikut perkara 51 Undang-undang tubuh kerajaan Kedah, jika tidak hadir dua kali maka kerusi itu hendaklah diisytiharkan kosong.

"Umno kenakan kita di Perak, sekarang kita gunakan balik hujah yang mereka guna kepada kita bagi kes Kota Siputeh. Sekarang hujah mereka dah makan tuan," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Sena dekat sini baru-baru ini. Turut sama menyampaikan ucapan dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Arau ini, Timbalan Speeker DUN Kedah, Ustaz Abdul Ghani Ahmad.

No comments: