skip to main |
skip to sidebar
DPP Perlis ziarah bekas Ketua Pemuda
Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis mengadakan program ziarah bekas pimpinan Pemuda PAS Perlis.Dalam program yang diadakan pada 23 Julai lalu, bekas Ketua DPP Perlis, Haji Idrus Omar,71, dikunjungi AJK DPP Perlis.Haji Idrus menjawat jawatan Ketua DPP Perlis dari tahun 1968 hingga tahun 1971.
Hadir sama dalam program ziarah ini, Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, Naib YDP PAS Padang Besar, Abdul Halim Ali, Ketua Lajnah Kebajikan DPP Perlis, Shuhairi Samsuddin serta Timbalan Ketua DPP Padang Besar, Mohd Rodzi Ismail.
Ustaz Ya'akub menyampaikan hadiah kepada Haji Idrus
Haji Idrus menceritakan pengalaman beliau. Rombongan Pemuda turut dijamu dengan laksa dan serawa durian
No comments:
Post a Comment