Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, November 24, 2010

Ayah Setiausaha PAS Arau meninggal dunia

SIMPANG EMPAT -Setiausaha PAS Arau, Solahuddin Azmi kehilangan ayahanda tersayang yang meninggal dunia pada petang 20 November lalu.

Ayahnya, Azmi Shafie, 55, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Jawi Seratus dekat sini.

Allahyarham merupakan seorang aktivis PAS di DUN Sanglang dan cawangan.

Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Dato' Jaafar Hassan, Sungai Padang dengan diimamkan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin pada 21 November lalu.

Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas beliau. Al-Fatihah.

Thursday, November 18, 2010

Pak Lang Hairy dimasukan ke hospital

Pengerusi Perhubungan Awam PAS perlis yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Kangar, Hairy Hashim dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar kerana paru-paru berair.

Beliau dimasukkan ke wad jam 2.00 pagi malam semalam. Beliau kini dirawat di wad kelas satu hospital tersebut.

Thursday, November 11, 2010

Pimpinan PAS Pusat di Perlis tinjau keadaan banjir

KANGAR - Pimpinan PAS Pusat turut turun padang untuk mengikuti perkembangan bencana banjir yang melanda negeri Perlis.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan meluangkan masa untuk meninjau keadaan mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan banjir serta kawasan sekitarnya.

Beliau sempat menzirahi mangsa banjir di pusat pemindahan banjir Sekolah Menengah Dato' Ali Ahmad, Sekolah Kebangsaan Panggau, Kampung Panggau dan Kampung Tok Kuning.

Jawatankuasa Pemuda PAS Perli diketuai Ustaz Ya'akub Abu Seman turut mengiringi beliau menziarahi kawasan terbabit.







Sementara itu tiga orang Ahli Parlimen PAS diketuai Naib Presiden, Salahudin Ayub turut mengikuti perkembangan banjir di Perlis.

Beliau yang diiringi oleh Bendahari PAS, Dr MOhd Hatta Ramli dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Taib Azamudden Md Taib bergegas dari Parlimen untuk sampai ke Perlis pada 10 Noveber lalu.

Mereka mendengar taklimat oleh pimpinan PAS Perlis tentang perkembangan banjir di Perlis di samping usaha-usaha yang telah dijalankan oleh PAS Perlis untuk membantu mangsa semasa dan selepas bencana banjir melanda.

Dr Hatta kemudiannya menyampaikan sumbangan dari PAS Pusat bagi mengisi tabung mangsa banjir PAS Perlis.

Tuesday, November 09, 2010

PAS Perlis lancar Tabung Mangsa Banjir

KANGAR- Ekoran banjir besar yang melanda Perlis baru-baru ini, maka PAS Perlis merayu para dermawan untuk memberikan sumbangan kepada Tabung Mangsa Banjir PAS Perlis.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin, tabung ini dilancarkan bagi membolehkan sumbangan disalurkan kepada mangsa banjir memandangkan banyak lagi keperluan yang harus disalurkan kepada mereka pasca banjir.

"Sekarang ini kita memasuki fasa kedua selepas banjir dan banyak proses pemulihan yang perlu dijalani oleh mangsa yang terlibat. Untuk itu, PAS Perlis merayu para dermawan khususnya di luar Perlis untuk sama-sama memberikan sumbangan bagi membantu mangsa banjir.

"Semasa banjir tempohari kita telah salurkan pelbagai bentuk sumbangan kepada mangsa di pusta-pusat pemindahan banjir, tapi masih banyak lagi keperluan untuk kita berikan kepada mereka selepas banjir pulih,"jelasnya.

Menurutnya lagi, PAS Perlis akan menyelaraskan setiap sumbangan yang diterima untuk diagihkan ke seluruh kawasan yang terlibat dengan bencana banjir

"Bagi memudahkan proses pengagihan bantuan, setiap sumbangan perlualh disalurkan kepada Perhubungan PAS Perlis,"katanya.

Para dermawan yang ingin menyampaikan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam: 09010010005759 atas nama Perhubungan PAS Perlis atau menghubungi talian 04-9761836 (Pejabat).

Monday, November 08, 2010

Sukarelawan Amal Banjir DPP Perlis bersihkan Masjid Alwi

KANGAR - Dewan Pemuda PAS Perlis menubuhkan skuad Sukarelawan Amal Banjir untuk memberikan khidmat membantu membersihkan premis-premis yang ditenggelami air dalam banjir besar di Perlis baru-baru ini.

Tumpuan utama diberikan kepada premis awam seperti masjid, surau, dewan orang ramai serta rumah-rumah ibu tunggal yang uzur, warga emas dan orang kurang upaya.

Pada 7 November lalu, skuad ini yang terdiri daripada Jawatankuasa Pemuda PAS Perlis dan kawasan-kawasan dengan dibantu Jabatan Amal Perlis turut serta dalam gotong-royong membersihkan Masjid Alwi di sini.

Turut serta dalam gotong-royong ini Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Mohammed Syukri, ADUN Simpang Empat, Rus'sele Eizan dan sukarelawan Pemuda PAS Pulau Pinang diketuai Ustaz Yusni Mat Piah.


Ustaz Ya'akub mebersihkan lantai masjid Carpet masjid terpaksa dibuang

Bergambar dengan AJK Masjid dan DPP Pulau Pinang
Carpet masjid yang busuk dilonggokkan setempat
Sepakat membawa berkat
Geng Penang pun pulun... Jutaan Terima kasih untuk antum
Boss kita pulun....
Y.B. Bang Din turut serta
Cuci sampai bersih

Masjid Alwi yang terletak di tengah-tengah bandar Kangar ditenggelami air sehingga ke dalam dewan solat mulai 1 November lalu.

Antara kerja-kerja pembersihan yang dilakukan ialah membuang keseluruhan permadani masjid di dewan solat, membersihkan sampah sarap serta mencuci lantai supaya dapat digunakan untuk solat.

Sukarelawan Amal Banjir ini boleh dihubungi melalui talian: 019-5286924 (Amirul), 013-3007428
(Iqbal), 019-5157255 (Azmir) atau 013-2464620 (Nizuan).

RELA kenakan caj masa banjir???

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan berkuatkuasanya Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 – Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005.

Penubuhan RELA membolehkan rakyat jelata untuk secara sukarela tampil menganggotai sebuah pasukan sukarela bagi membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.


Peranan RELA Dalam Bidang Pembangunan Sosial

Meningkatkan penglibatan dalam kerja-kerja kemasyarakatan setempat khasnya dalam bidang-bidang yang akan menghasilkan kesan geraksaraf yang tinggi.

Bidang-bidang yang dipilih adalah :

•Pemulihan dan Pembinaan rumah orang daif tujuan membantu Kerajaan mengurangkan masalah kemiskinan.
•Gerakan menderma darah secara besar-besaran bertujuan membantu program kesihatan.Membantu agensi-agensi tertentu menyediakan kemudahan-kemudahan asas (projek kecil) di luar bandar.
•Gerakan membasmi musuh-musuh tanaman di luar bandar.
•RELA juga mempunyai peranan dalam membantu menghadapi bencana alam seperti banjir, kebakaran, ribut dan lain-lain.

PERSOALANNYA?

Bolehkan pihak RELA mengenakan caj RM100.00 untuk membantu menarik kereta mangsa banjir seperti yang dilaporkan oleh sesetengah pihak. Perkara ini berlaku semasa banjir di bandar Kangar baru-baru ini...

Saturday, November 06, 2010

Lagi foto banjir & Misi bantuan PAS Perlis

Markas PAS Kawasan Kangar (Selasa, 2 November)

Markas PAS Alor Kabung dan Rumah YDP Kangar turut dinaiki air

Markas PAS Panggau tenggelam

Di SK Sena... Jumpa Exco (YB Sena)

Mengayuh basikal untuk menghantar bantuan makanan

Ketua Pemuda PAS Perlis menaiki motosikal untuk sampaikan bantuan

Bantuan perlu disampaikan kepada mangsa banjir, tidak kira apa jua kaedahnya

Sumbangan makanan di Kg. Behor Masjid

Menyantuni mangsa banjir yang sedang membersihkan kawasan

Bantuan turut disampaikan kepada petuga s Hospital Tuanku Fauziah

Ustaz Hashim dan Ketua Pemuda bertanyakan khabar kepada mangsa banir di khemah Umno/BN di Wang Ulu

Hari ini kami bagi bubur lambuk pula, kata Ustaz Hashim

Thursday, November 04, 2010

Misi bantuan banjir PAS Perlis

Pejabat Perhubungan PAS Perlis
Hadapan Hospital Tuanku Fauziah
Di Sek Men Dato' Ali Ahmad
YB Rus'sele ziarahi mangsa banjir di pusat pemindahan di Muzium Kota Kayang
Petugas mengangkut bekalan ke rumah mangsa banjir di Panggau


Ustaz Hashim di Alor Redis
Di Titi Tok Bandar
Bersama DAP...sumbangan ikan

Monday, November 01, 2010

Apabila Utusan disamatarafkan dengan Harakah, Suara Keadilan...

Oleh LanH


Jika Dr menyamatarafkan akhbar Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia pada kedudukan yang sama dengan Harakah, Suara Keadilan dan Roket, sebagai akhbar parti, Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia perlulah antara lain;

1. Merayu, mengemis permit yang memang sukar didapati. Lihatlah bagaimana nasib akhbar Suara Keadilan, permitnya sudah digantung dan tidak diperbaharui sehingga hari ini. Jadi pertimbangkanlah untuk menggantung penerbitan Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia.

2. Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia adalah untuk ahli Umno saja. Sila tulis dengan perkataan besar di muka depan UNTUK AHLI UMNO SAJA.

3. Jika Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia dijual pada umum, terpampang di kedai mamak, pihak berkuasa hendaklah merampasnya. Kilang pencetakan juga boleh diserbu dan naskhah akhbar ditahan, tidak dibenarkan untuk edaran. Sediakan satu rak khas untuk jualan Utusan Malaysia/Utusan Malaysia dengan tertera perkataan besar UNTUK AHLI SAJA. Dan ingat, jual akhbar Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia di 'markas' Umno saja.

(Penulis adalah Pengarang Harakah)

Mangsa Banjir Di Utara Perlis Dipindahkan

KANGAR: Hujan lebat berterusan selama lebih 24 jam menyebabkan beberapa kawasan di utara Perlis dilanda banjir sejak malam tadi.

Sehingga 12.30 tengah hari ini, seramai 286 mangsa daripada 117 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, pusat-pusat pemindahan dibuka di Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup, Sekolah Menengah Datuk Jaafar Hassan dan Dewan Orang Ramai Titi Tinggi Hilir.

Hujan masih turun di seluruh Perlis dengan pasukan penyelamat bersedia untuk memindahkan lebih banyak mangsa.

Tinjauan mendapati kerja-kerja memindahkan mangsa sedang dilakukan dan antara kawasan yang teruk terjejas ialah Titi Tinggi, Panggas dan Batu Bertangkup.

Beberapa batang jalan raya juga dinaiki air termasuk Jalan Kaki Bukit di kawasan Beseri dan jalan Titi Tinggi.

Kesemua enam pintu pelepasan air di Empangan Timah Tasoh telah dibuka ekoranparas air di empangan itu yang meningkat. -BERNAMA-

Sunday, October 31, 2010

Jangan dok pi melancong saja noo.....

Berikut pesanan dari Saudara Aris Awang

Asakan yang kuat oleh UMNO dan Barisan Nasional di kubu kuat PAS ini wajib dipertahankan oleh petugas PAS dari Kedah dan Perlis dalam saat yang terakhir ini dan kepada pelancong pilihanraya dari PAS (mereka yang datang untuk memerhati kemeriahan suasana Pilihanraya dan mendengar ceramah) wajib memastikan sekurangnya dapat menziarahi 5 buah keluarga sepanjang berada dalam kawasan pilihanraya sebelum 4 November nanti. Gunakanlah segala keupayaan dan skill tersendiri untuk meraih sokongan mereka kepada PAS.

Baca selanjutnya di sini......

Friday, October 29, 2010

Laporan Audit: Chalet Kurong Tengar terbiar

KANGAR - Bangunan siap tetapi tidak digunakan selama 32 bulan. Begitulah laporan Ketua Audit Negara ke atas bangunan penempatan di Kurong Tengar, Mukim Kuala Perlis, dibina di atas tanah milik Kerajaan Negeri Perlis dengan kos RM2.56 juta.

Chalet di Kurong Tengar

Projek ini dilaksanakan dengan peruntukan daripada Kerajaan Negeri berjumlah RM1.47 juta dan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.09 juta. Sumber daripada Kerajaan Persekutuan merupakan lebihan peruntukan daripada Projek Membina Rumah Penempatan Sementara Mangsa Kebakaran Kampung Tok Po, Kuala Perlis.

Projek ini melibatkan pembinaan 15 blok bangunan dua tingkat yang mengandungi dua unit setiap blok dan dilengkapi perabot untuk menyediakan kemudahan penginapan berkonsepkan chalet bagi menggalakkan sektor pelancongan.

Pembinaannya dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Perlis mulai April 2005 dan siap pada akhir bulan September 2007 setelah mendapat empat lanjutan masa selama 563 hari. Chalet tersebut diserahkan kepada Kerajaan Negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada bulan November 2008

Hasil pengauditan yang dijalankan dari bulan September hingga Disember 2009 serta lawatan susulan pada bulan Februari 2010 mendapati pada keseluruhannya pelaksanaan projek ini adalah tidak memuaskan kerana terdapat kelemahan dikenal pasti yang menyebabkan kerugian kepada Kerajaan Negeri kerana tidak memberi pulangan hasil.

Najis musang pun ada

Selain tidak digunakan selama 32 bulan, kualiti sebahagian kecil kerja pembinaan tidak mengikut spesifikasi, projek lewat siap menyebabkan sebahagian kos pengurusan meningkat dan kerja-kerja penyenggaraan kawasan tidak memuaskan.

Penemuan audit mendapati punca utama chalet tidak digunakan ialah kegagalan Jabatan menyediakan kajian kemungkinan bagi memastikan projek berdaya maju untuk dibangunkan.

Semakan audit juga mendapati chalet ini tidak mempunyai kemudahan seperti dewan, pejabat,pondok keselamatan, kafeteria, kemudahan parkir dan kaunter khidmat pelanggan.

Selain itu, laporan audit mendapti kerajaan negeri telah mendapat cadangan daripada empat operator yang berminat untuk memajukan chalet tetapi terpaksa ditolak kerana tawaran sewaan yang murah.

Ini termasuk cadangan daripada Universiti Malaysia Perlis untuk menyewa chalet tersebut untuk dijadikan kediaman pelajar.

Tahi cicak

Tiang di tengah bilik

Penemuan Audit:

1) Bangunan Siap Tidak Digunakan
Lawatan Audit pada bulan September 2009 mendapati chalet yang dibina dengan kosRM2.56 juta masih belum digunakan lagi. Tempoh tidak digunakan sehingga Mei 2010adalah selama dua tahun lapan bulan bermula dari tarikh projek disiapkan.

2) Kualiti Kerja Tidak Mematuhi Peraturan/Spesifikasi Ditetapkan
  1. Ketinggian Tangga Tidak Mengikut Peraturan/Spesifikasi
  2. Susur Tangan Tidak Dibina
  3. Dua Pintu Tandas Tidak Dapat Dibuka Sepenuhnya
  4. Lantai Dimakan Bubuk

3) Reka Bentuk Struktur Bangunan Tidak Sesuai

  1. Kedudukan Tiang Dalam Bilik Tidur Dan Bilik Air Tidak Sesuai
  2. Penggunaan Dinding Jenis Papan Simen Tidak Sesuai
  3. Susur Tangan Tidak Dibina Pada Beranda
  4. Lekapan Dan Struktur Tangga Berkarat
  5. Papan agihan elektrik tidak dilabelkan dan dikongsi penggunaannya
  6. Jeriji penutup longkang tidak disediakan


4. Kawasan Chalet Tidak disengarakan
a. Semak samun
b. Najis musang dan cicak terdapat di lantai beranda dan tepi tingkap

5) Pengurusan Kontrak Tidak Memuaskan

  1. Dokumen kontrak lewat ditandatangan
  2. Minit Mesyuarat Tapak Tidak Disimpan
  3. Kelewatan Membuat Bayaran Kemajuan
  4. Kos Penyediaan Lukisan As Built Drawing Terlebih Tuntut
  5. Alasan Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa Tidak Wajar
  6. Aset Tidak Didaftarkan

Thursday, October 28, 2010

Presiden MCA: Ada pemimpin Umno 'tak berapa cerdik'

Malaysiakini melaporkan:

Rakaman video di internet yang memaparkan seorang pemimpin bahagian Umno yang membuat ucapan bahawa partinya tidak memerlukan sokongan Cina dan India, dijangka tidak akan menjejaskan sokongan masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil DUN Galas, kata presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Katanya, pemimpin seumpama itu tidak mencerminkan pandangan pemimpin atasan Umno.

“Jika kita mahu jawapan yang jelas, tanya perdana menteri. Perdana Menteri dengan jelas mempromosikan polisi 1Malaysia untuk setiap kaum. Ini amat jelas," katanya kepada wartawan di pekan Gua Musang hari ini.

Chua berkata MCA tidak akan menyokong pemimpin akar umbi seumpama itu dan malah akan mencadangkan kepada pemimpin Umno agar mereka tidak dikemukakan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.
Baca selanjutnya....

Wednesday, October 27, 2010

Hub hiburan: Pemuda PAS sifatkan mundur, jahiliah

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 26 Okt: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menjadikan Malaysia hub pusat hiburan malam dilihat sebagai ekonomi ‘pumping' (turun naik), kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi.

"Jika benar apa yang dilakukan oleh kerajaan ini, peringkat awal mungkin ia akan dapat menjana pendapatan tetapi kesan sosial yang diterima akan menjadikan kita rugi besar," katanya ketika dihubungi petang tadi.

Katanya, kerajaan terpaksa pula membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk kempen dan menangani masalah keruntuhan sosial seperti masalah buang bayi, penyakit Aids, penyakit kelamin dan lain-lain masalah sosial.

"Ini kerja sia-sia, kerja korek dan kemudian timbus. Pertumbuhan gejala sosial juga akan parah daripada apa yang sedia parah.

"Ini sebenarnya nak membawa Malaysia ke arah kehancuran kerana dia lupa modal insan merupakan asas yang sangat penting untuk menjadi negara maju," tegas beliau dalam nada yang kecewa.

Tuesday, October 26, 2010

Umno amal dasar "Pokkaisme"


ARAU - PAS terus istiqamah dengan dasar perjuangannya berbanding Umno yang tidak pernah konsisten dalam menonjolkan dasar perjuangan mereka, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, Umno mengamalkan dasar 'pokkaisme' atau sesumpah kerana apa yang mereka bawa sentiasa berubah-ubah.

"Dasar perjuangan PAS adalah Islam, kita bercakap bab ini sejak tahun 1951 dan Insya Allah sampai kiamat kita pun kita akan bercakap dasar kita ini.

"Tapi Umno ni tak tahu apa dasar dia. Kalau musim musabaqah dia cakap tentang Islam. Musim bolasepak dia halal judi bola, musim Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) dia cakap bab Melayu pula.Sentiasa berubah-ubah. Tapi kita di dalam PAS bergerak ada rujukannya iaitu Al-Quran, hadis, ijmak dan qias," jelasnya.

Berucap dalam majlis ceramah penerangan di Markas PAS Semut Gatal dekat sini, beliau menyifatkan cadangan penubuhan majlis ulama umno seperti yang diutarakan leh perwakilan Umno Perlis di PAT mereka beru-baru ini adalah semata-mata untuk menandingi Dewan Ulama PAS.

"Tuan-tuan, orang yang mengaji agama samada di Mesir, Morocco atau Jordan kalau dia bali berjuang dalam Umno maknanya dia mengaji baca baris yang silap. Kalau orang ngaji agama pilih duduk dalam Umno, memang sah dia baca kitab baris tak betul.

"Mana boleh, memang kita tahu PAS bukanlah parti yang serba sempurna. Tapi apa yang kita bawa itulah yang kita perjuangkan adalah menurut apa yang Islam kata. Apa yang Islam kata boleh itulah yang kita buat, apa yang yang Islam kata tak boleh itulah yang kita kata tidak boleh, berbeza dengan Umno,"katanya.

Sunday, October 24, 2010

Kenyataan Dr MAZA Mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)

Dari web Dr MAZA

Saya berada di Qatar ketika ini. Pihak media bertalu-talu menghubungi saya bertanya pendapat tentang hal ini. Maka, saya ingin menyebut secara ringkas beberapa perkara berikut;

1. Berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan. Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.

2. IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

3. Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.

4. Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah ‘Islamik’.

5. Bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti ini. Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.

6. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim.

7. Saya mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan ‘Islamic fashion’ mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak.

-Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Doha, Qatar