Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, November 09, 2010

PAS Perlis lancar Tabung Mangsa Banjir

KANGAR- Ekoran banjir besar yang melanda Perlis baru-baru ini, maka PAS Perlis merayu para dermawan untuk memberikan sumbangan kepada Tabung Mangsa Banjir PAS Perlis.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin, tabung ini dilancarkan bagi membolehkan sumbangan disalurkan kepada mangsa banjir memandangkan banyak lagi keperluan yang harus disalurkan kepada mereka pasca banjir.

"Sekarang ini kita memasuki fasa kedua selepas banjir dan banyak proses pemulihan yang perlu dijalani oleh mangsa yang terlibat. Untuk itu, PAS Perlis merayu para dermawan khususnya di luar Perlis untuk sama-sama memberikan sumbangan bagi membantu mangsa banjir.

"Semasa banjir tempohari kita telah salurkan pelbagai bentuk sumbangan kepada mangsa di pusta-pusat pemindahan banjir, tapi masih banyak lagi keperluan untuk kita berikan kepada mereka selepas banjir pulih,"jelasnya.

Menurutnya lagi, PAS Perlis akan menyelaraskan setiap sumbangan yang diterima untuk diagihkan ke seluruh kawasan yang terlibat dengan bencana banjir

"Bagi memudahkan proses pengagihan bantuan, setiap sumbangan perlualh disalurkan kepada Perhubungan PAS Perlis,"katanya.

Para dermawan yang ingin menyampaikan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam: 09010010005759 atas nama Perhubungan PAS Perlis atau menghubungi talian 04-9761836 (Pejabat).

No comments: