Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, December 17, 2010

Sidang DUN Perlis : ''Perlis Maju 2015' terus jadi persoalan

KANGAR - Sasaran 'Perlis Maju 2015' terus menjadi satu persoalan di kalangan rakyat di negeri ini. Pada sidang dewan undangan negeri Perlis baru-baru ini, tajuk ini terus mendapat perhatian para wakil rakyat.

Khairi Hassan (BN-Mata Ayer) mengemukakan soalan lisan berkaitan perancangan untuk merealisasikan 'Perlis Maju 2015'.

Sementara itu, Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat) dalam ucapannnya membahaskan Bajet 2011 menyeru kerajaan negeri untuk meletakkan sektor utama sebagai teras 'Perlis Maju 2015'.

Katanya, bagi merealisasikan visi itu, kerajaan negeri septutnya sudah mempunyai asas-asas tetrtentu untuk maju.

"Kerajaan kena berikan tumpuan kepada sektor tertentu samada di bidang pertanian, perubatan herba mahupun agro-pelancongan. Kita tak boleh maju dalam semua aspek.

"Setakat ini tak nampak apa lagi perancangan kerajaan, apakah kerangka yang ada ke arah itu, sedang perkara asas seperti infrastruktur pun belum selesai lagi. Apakah kita nak maju dengan negeri yang dipenuhi rumah PPRT atau nak maju dengan ramai rakyat yang mengis borang E-Kasih?," katanya.

Tumpukan Pembinaan Insan - Ustaz Hashim

KANGAR - Kerajaan perlu memberikan penekanan terhadap pembangunan insan di negeri ini, kata Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang).

Berucap membahaskan Bajet Perlis 2011, beliau mengambil pandangan Abul A'ala Maududi sebagai peringatan kepada sidang dewan.

"Kita ambil pengajaran dari pandangan Al-maududi dalam menilai pembangunan yang bukan sekadar diasaskan kepada kebendaan semata-mata. Nilai kebendaan itu bukanlah satu pembangunan tetapi merupakan hasil dari pembangunan.

"Pembangunan insan terbina bila seseorang itu mempunyai fikrah asasiah yang dapat menjawab dengan tepat liam persoalan iaitu; Siapa yang jadikan kita?, Kenapa Allah jadikan kita?, Apa tugas dan tanggungjawab kita?, Apa hubungan kita dengan alam dan Ke mana kesudahan kita,"jelasnya.

Katanya lagi, jawapan ini hanya ada dlam syariat Islam yang beteraskan Al-Quran dan As-sunnah.

"Oleh itu, apakah yang kerajaan boleh buat tetang ini? Untuk pembinaaan insan, jika perkara ini dapat diselesaikan, maka terhindarlah seseorang dari sebarang bentuk penyelewengan, rasuah dan sebagainya," katanya.

Selai itu, Ustaz hashim turut menegur rancangan televisyen yang dipenuhi dengan unsur-unsur tahyul serta hiburan yang melampau.

"Kita hairan kenapa tv asyik tunjuk cerita-cerita hantu yang mendapat sambutan, begitu juga rancangan hiburan yang melampau, hedonisme. Bagaimana kita nak bina insan dalam suasan yang macam ini?

"Jadi sudah tentu kita boleh suarakan bahawa Dewan Undangan negeri Perlis melahirkan kekesalan di atas tayangan-tayangan filem yang membawa keruntuhan moral dan akhlak di atas semangat yang boleh menjiwai keinsanan seseorang itu," katanya.

Mengfaraidkan harta awam

Petikan Malaysiakini

Semenjak tahun 1997 apabila air di Selangor diswastakan amat jelas ia telah merugikan orang ramai. Syarikat air Syabas selama 10 tahun ini telah dijadikan lombong emas untuk memperkayakan para kroni dan kaum keluarga. Buktinya amat jelas. Ini bukan fitnah dan tohmahan. Bukti ini muncul daripada laporan audit tahunan yang diteliti oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Tahukah warga Selangor dan warga Malaysia anak semua bangsa: bahawa gaji CEO Syabas, Tan Sri Rozali Ismail ialah RM5.1 juta setahun atau 425,000 ringgit sebulan. Bayangkan kalau RM5 juta ini duit lima sen - sudah tenggelam seluruh tasik air di Hulu Langat.

Tuesday, December 14, 2010

Get ready!!!

Foto di bawah adalah keratan akhbar 9 Mac 2008. Bersediakah kita untuk berita yang lebih menggemparkan?.... Bersiap sedialah.... Masuk gear 5....

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pening lagi.....

Awat jadi gini tah??

Adun BN kesal projek NCER ditarik balik

Khairi Hassan (BN-Mata Ayer) meminta kerajaan negeri lebih pro-aktif dalam usaha meningkiatkan ekonomi negeri Perlis.

Berucap membahaskan bajet Perlis 2011, beliau menyatakan kekesalan kerana Perlis telah ditarik balik 11 projek di bawah NCER.

"Mana dia kita punya political will? Kita ni menang dan memerintah Perlis selepas PRU ke 12, sedangkan banyak projek dapat kepada Kedah dan Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat dan juga Perak yang dulu kita kalah kemudian dapat balik secara teknikal," katanya.

Bajet Perlis 2011: Defisit naik lagi

Bajet Perlis 2011 dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu pagi tadi.

Keseluruhan bajet yang dicadangkan ialah sebanyak RM262 juta yang merangkumi RM 174 juta perbelanjaan mengurus dan RM 88 juta bagi perbelanjaan pembangunan. Bajet 2011 ini meningkat berbanding tahun lalau di mana perbelanjaan mengurus dan pembangunannya masing-masing sebanyak RM143 juta dan RM55 juta.

Hasil yang dianggarkan bagi negeri Perlis pada tahun 2011 ialah sebanyak RM89 juta , meningkat sebanyak RM21.9 juta berbanding RM67 juta pada tahun ini.

Bagaimanapun, kerajaan negeri akan terus mengalami defisit sebanyak RM85 juta, meningkat sebanyak 12 peratus berbanding 76 juta pada tahun 2010.

Sidang DUN Perlis: Shahidan kata pengurusan bajir gagal

KANGAR - Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis (DUN) hari ini menyaksikan Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) menyifatkan pengurusan bencana banjir di Perlis baru-baru ini gagal, selain menuduh Menteri Besar, Dato' Ser Dr Md Isa Sabu menipu ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan olehnya.

Pada sesi soalan lisan pagi tadi, Md Isa menjawab serentak enam soalan yang dikemukakan oleh Shahidan dan empat orang lagi ahli dewan berkaitan banjir yang melanda Perlis baru-baru ini.

Soalan panjang yang dikemukakan Shahidan memohon jawapan dari pihak kerajaan nama pengelola di 25 pusat pemindahan banjir.

Shahidan yang bangun membuat soalan tambahan berkata jawapan Menteri Besar ada yang benar dan ada yang bohong.

"Mengapa ada nama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung yang tidak disebutkan namanya. Pengurusan banjir pada kali "totally failed", banjir dah berlaku beberapa hari tapi mengapa pada 3 November baru dapat bantuan, sebelum itu siapa yang keluarkan bantuan?," soalnya.

Md Isa kemudiannya menjelaskan bahawa jawapan yang diberikannya tadi adalah berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya.

Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) kemudiannya turut memberikan pandangan dengan menyatakan jawapan yang sepatutnya diberikan oleh Menteri Besar perlu juga menyebut pihak-pihak tertentu yang turut membantu mangsa banjir seperti Yayasan Pok dan Kassim (milik Shaidan) dan parti-parti politik.

Md Isa menjelaskan bahawa, semua yang memainkan peranan semasa banjir tempohari telah dirangkumi dalam jawapannya di bawah kategori 'sukarelawan'.

Thursday, December 09, 2010

Sungai Sentap lubuk lupus barang curi


Laporan Berita Harian
KANGAR: Penemuan 29 rangka motosikal dan 13 rangka enjin di dasar Sungai Sentap dekat Arau di sini, mengesahkan lokasi itu sebagai pusat pelupusan barang kes dalam kegiatan curi motosikal yang didalangi majoritinya kumpulan pelajar sekolah.

Selain itu, polis turut menemui sejumlah besar komponen motosikal pelbagai jenis termasuk kulit enjin motosikal di beberapa rumah milik suspek, sepanjang tempoh lebih seminggu kegiatan kumpulan terbabit dibongkar bermula 1 Disember lalu.


Pemangku Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Haron, berkata sejak lebih seminggu lalu 13 suspek termasuk lapan daripadanya pelajar sekolah ditahan di sekitar Arau, Kodiang dan Jitra selepas dikesan terbabit dalam kegiatan curi motosikal yang aktif sejak dua tahun lalu. Baca selanjutnya....

Perutusan Maal Hijrah Mursyidul Am PAS

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumi-Nya ini. Kini kita menyambut tahun baru 1432 Hijrah maka setahun lagi usia kehidupan kita bertambah. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.

Sesuai dengan kedatangan tahun baru Hijrah ini, maka ada baiknya kita memperingati Peristiwa Hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan ia selari dengan perintah al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua.

Baca seterusnya....

PERUTUSAN HIJRAH PRESIDEN PAS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia(PAS), saya ingin mengucapkan selamat melalui Maal Hijrah 1432 dengan bermulanya 1 Muharam yang bersamaan dengan 7 Disember 2010 Masehi. Permulaan tahun hijriah ini adalah merupakan suatu titik tolak yang sangat penting dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang diingati setiap tahun oleh umat Islam. Pentingnya peristiwa hijrah ini adalah kerana ianya berkaitan dengan kewajipan besar dalam Islam yang menjadi sebahagian tugas manusia, iaitu tugas khilafah atau dengan makna politik, iaitu mendirikan sebuah negara yang mendaulatkan syariat Allah SWT.

Natijah daripada peristiwa hijrah ini ialah bagaimana Rasulullah SAW telah berjaya membina sebuah negara masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya yang bernaung di bawah keadilan Islam yang mutlak. Ia juga menjadi asas kepada amalan politik yang wajib dihayati oleh seluruh umat Islam.

Hijrah juga merupakan satu konsep yang telah membawa umat Islam kepada kepimpinan dunia yang bertujuan untuk menyelamatkan seluruh alam dari kezaliman selama tempoh berabad-abad lamanya ini. Umat Islam berjaya menjadi kuasa besar tunggal yang dihormati kawan dan lawan di zaman yang tidak mempunyai kemudahan seperti yang kita nikmati pada hari ini. Islam juga telah berjaya memerintah dengan penuh sifat keadilan yang menaungi wilayah kekuasaan yang luas. Sehingga hari ini belum ada kuasa besar yang dapat memenuhi apa yang dilaksanakan oleh Islam. Islam yang sebenar inilah yang perlu difahami dan dilaksanakan oleh seluruh umat Islam untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Oleh yang demikian, bersempena dengan tahun baru hijrah 1432, umat Islam berkewajipan besar untuk melaksanakan tugas siyasah ini. Perlu sama-sama kita ingat bahawa sambutan maal hijrah ini tidak disuruh oleh Nabi SAW, tetapi apa yang lebih penting ialah meneruskan amalan-amalan Nabi SAW dan berpegang teguh kepada ajaran Allah SWT dengan penuh keimanan dan ketakwaan.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

1 Muharam 1432 H bersamaan 7 Disember 2010

Suaram: M'sia kembali ke era masyarakat tertutup

Malaysiakini melaporkan: Senarai kesilapan dan salah-laku ke atas parti-parti politik dan pencabulan hak asasi oleh kerajaaan sepanjang 2010 menunjukkan negara kini kembali ke era zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kata pertubuhan hak asasi manusia, Suaram.

Ketika mendedahkan laporannya - Civil and Political Rights Report 2010 hari ini, ahli jawatankuasa sekretariat, Hasbeemaputra Abu Bakar berkata pencabulan itu termasuk jumlah tangkapan yang tinggi ketika perhimpunan oleh rakyat dan kawalan ketat ke atas media yang menunjukkan 'tanda-tanda dasar masyarakat tertutup'.

“Terdapat ruang yang sebegitu kecil bagi golongan yang menentang ataupun pandangan alternatif yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

“Ini adalah masa yang getir; ia boleh bergerak kepada kedua-dua arah, tetapi Suaram berpandangan ia petanda bahawa era Mahathir ketika mengawal masyarakat kini kembali,” katanya.

Tuesday, December 07, 2010

Monday, December 06, 2010

Sekitar program berkhatan beramai-ramai PAS Perlis kali ke-15

Ustaz Salleh Adam turut membantu
Kejohanan bolasepak 7 sepasukan memeriahkan lagi program

Petugas mengusung kana-kanak yang baru dikhatankan

3 beradik ini antara kanak-kanak yang dikhatankan

Ustaz Hashim bagi 'hadiah'

Ustaz Hashim menyantuni saudara baru berusia 14 tahun ini yang turut bersama dalam program berkhatan pada tahun ini

Juara bolasepak menerima hadiah dari Haji Abdul Karim

Ceramah pada sebelah malam

Saturday, December 04, 2010

Dr Asri: Iktikad ‘Ketuanan Melayu’ Menyanggahi Islam

IKTIKAD ‘KETUANAN MELAYU’ MENYANGGAHI ISLAM
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Merujuk kepada isu ‘Ketuanan Melayu’ yang dijadikan isu sekarang, maka di sini saya ingin menyentuh beberapa perkara;

1. Istilah ‘Ketuanan Melayu’ (malay supremacy) adalah istilah yang kabur. Tiada pentakrifan khusus kepada istilah ini. Lagipun tiada ungkapan rasmi dalam perlembagaan. Maka adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

2. Namun, jika merujuk kepada perkataan yang digunakan ia dari akar perkataan ‘tuan’ kepada ketuanan dan digabungkan dengan ‘melayu’, ia bermaksud orang melayu berada dalam status ‘tuan’ atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy). Jika merujuk kepada bahasa b
ererti orang melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan ‘bukan melayu’. Jika hendak ditakrifkan maka bererti ‘kedudukan orang melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia’.

3. Ia berbeza dengan sekadar ungkapan ‘hak keistimewaan melayu’, kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain. Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan ‘keistimewaan’ tidak boleh disamakan dengan ketuanan.

4. Jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa s
epertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam. Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka ‘bangsa terpilih’ (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam.

5. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya):

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).

Ayat ini menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

6. Nabi s.a.w menegaskan lagi dalam hadis baginda:

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Inilah prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

7. Adapun hadis Nabi s.a.w: “Para pemimpin dari Quraish” (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak. Dalam masa yang sama Nabi s.a.w bersabda:

“Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).

Ini menafikan ketuanan kaum tertentu.

8. Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.
Sumber: drmaza.com

Wednesday, December 01, 2010

Taip "beruk" di Google dan ini keputusannya.....

Jika anda membuat carian di Google dan menaip perkataan "BERUK", keputusan seperti di atas akan diperolehi...
Terdapat kira-kira 354,000 carian yang popular, tapi tak tahulah mengapa dalam banyak-banyak 'result' dari carian tersebut, yang ini berada di atas sekali.....

Anugerah Kecemerlangan PASTI Perlis

KANGAR - Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin melihat peranan yang dimaninkan oleh Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) adalah penting dalam sistem pendidikan negara.

Justeru beliau menyeru agar usaha terus digiatkan bagi mempertingkatkan mutu dan kualiti Pasti di samping menambahkan lagi bilangan Pasti yang ada khususnys di seluruh negeri Perlis.

"Ibarat kita bertani, benihnya sudah disediakan iaitu anak-naka Pasti, maka peranan guru-guru Pasti adalah untuk menyemai dan memelihara benih ini untuk mendapat hasil yang baik.

"Tugas guru Pasti kadang-kadang kita lihat tidak setimpal dengan apa yang mereka perolehi, tapi bukan itu matlamatnya. Kita kena ambil iktibar dari sepotong hadis yang menyebut barangsiapa yang menganjurkan satu jalan kebajikan, maka dia kan memperolehi pahala orang yang melakukan kabajikan itu," katanya.

Ustaz Hashim berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pasti Negeri Perlis yang diadakan di sebuah hotel di sini baru-baru ini






Dalam majlis tersebut, para pelajar terbaik kategori lima dan enam tahun dari setiap Pasti di seluruh Perlis menerima anugerah masing-masing.

Adik Balqis Yamin dari Pasti Darul Hikmah dan Siti Balqis Mohd Narudin dari Pasti Al-Islah masing-masing menerima anugrah pelajar terbaik seluruh Perlis bagi kategori lima dan enam tahin.

Manakala Anugerah Guru Cemerlang pula diraih oleh Siti Hajar Zakaria dar Pasti Tarbiyatul Atfal. Kategori ini dipilih berdasarkan guru yang memberikan komitmen yang terbaik kepada Pasti dan parti.

Sementara itu, anugerah kecemerlangan sukan juga turut diberikan kepada para pelajar yang mewakili Pasti Perlis ke SUkan Pasti Malaysia selain Anugerah Kecemerlangan Ihtifal Pasti Perlis yang diadakan baru-baru ini.

Friday, November 26, 2010

Antara Islam Convert dengan Islam Baka....

Foto di atas : Yusuf Islam (dulunya Cat Stevens) bersama isterinya, Fauzia Mubarak Ali bersama Perdana Menteri dan First Lady siang tadi...

Fakta: Cat Stevens memeluk Islam pada tahun 1977.

"Stevens formally converted to the Islamic religion on 23 December 1977, taking the name Yusuf Islam in 1978."

"Yusuf married Fauzia Mubarak Ali on 7 September 1979" (
KLIK DI SINI).

Manakala Najib dan The First Lady secara adatnya adalah Islam Baka... (KLIK DI SINI) dan (DI SINI) .
Mana lebih baik?? Tepuk dada tanya iman......

Wednesday, November 24, 2010

Unit AMAL Pulau Pinang bantu mangsa banjir di Perlis

Pada 14 November lalu, Unit AMAL Pulau Pinang turun ke Perlis dalam misi bantuan banjir. Seramai 38 orang petugas hadir membantu membersihkan kawasan yang terlibat dengan banjir besar di Perlis baru-baru ini.

Di Markas Panggau


Bergotong-royong membersihkan Markas Panggau
Membersihkan sebuah kedai di DUN Kayang
Sumbangan dari AMAL Penang oleh Ustaz Hafiz kepada SU Pemuda Perlis
Makan tengahari di Restoran Anjung Keli Sumbangan dari KARIB