SEBARKAN WAHAI SAHABAT......
Alamat Baru Kami
Monday, May 23, 2011
Menjawab Tuduhan Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno mendakwa hanya Umno pembela Melayu di negara ini. Lain daripada Umno, bukan pembela Melayu. Persoalannya benarkah Umno pembela Melayu. Tidak malukah Khairy yang mendakwa bahawa Umno pembela orang Melayu, hakikatnya Umno hanya mengguna Melayu untuk membela pemimpin Umno bukan bela Melayu jauh sekali untuk mengangkat agama di tempat yang sepatutnya.Beliau juga menyebut fakta yang tidak betul ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian yang mendakwa PAS ditubuhkan kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad kalah menentang Datuk Onn Jaafar di dalam mesyuarat Agung Umno. Faktanya bukan Ustaz Haji Fuad kalah melawan Dato' Onn Jaafar, tetapi tewas dengan dengan Tuanku Abdul Rahman merebut jawatan Yang Dipertua Umno. Seorang lagi calon ialah CM Yusuf. Khairy juga salah fakta mengenai perkara tersebut, kerana apa yang berlaku ialah tarikh pertandingan dalam Umno ialah 25 Ogos 1951 sedangkan mesyuarat di kalangan ulamak untuk menubuhkan PAS kali kedua pada 23 Ogos 1951 di Padang Kelab Sultan Sulaiman. Mesyuarat ulamak dahulu daripada tarikh pertandingan Haji Ahmad Fuad dengan Tunku Abdul Rahman. Di manakah fakta beliau dapat?
Perlu diingatkan penubuhan PAS bukan kerana kecewa tidak mendapat jawatan dalam Umno, tetapi kerana teguran ulamak mengenai isu agama tidak dipedulikan antaranya isu judi. Ulamak merasakan perlu menubuhkan badan yang bebas untuk memberi tekanan kepada Umno dalam hukum agama.
Menjawab tuduhan yang mengatakan penubuhan PAS memecah belahkan perpaduan Melayu juga ditolak. Sebenarnya penubuhan Umno menyebabkan Melayu berpecah, kerana sebelum Umno sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Umno ialah parti restu penjajah, sebab itu Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Dharurat 1948 walaupun semua parti diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.
Beliau menyebut Melayu terbela di bawah Umno. Sudah 54 tahun merdeka, keadaan ekonomi jauh terkebelakang berbanding dengan bangsa Cina dan India. Apa yang Umno lakukan untuk orang Melayu sehingga tertinggal ke belakang. Bukankah 2/3 anggota kabinet orang Melayu. Bukankah pegawai tertinggi orang Melayu.
Maka jalan pintasnya untuk menutup bangkai gajah, maka Umno menuduh ini angkara bukan Melayu dengan meniupkan sentimen perkauman.
Di sini adalah sebahagian jawapan yang membuktikan Umno gagal membela melayu.
1. Umno menggunakan konsep "Umno Putera" bukan "Bumiputera", akhirnya yang ketinggalan orang Melayu.
2.Apabila jawatan di dalam Umno untuk mengaut keuntungan bukan untuk bela Melayu, akhirnya mereka rebut harta, Melayu merempat merata-rata.
3.Menindas sesama bangsa kerana berlainan ideologi walaupun dari segi merit dan kebolehan ada kepada orang Melayu contohnya dalam soal perniagaan.
4.Menafikan royalti kepada Kelantan walaupun Kelantan negeri majoriti Melayu.
5.Macam mana Melayu hendak terbela, minyak yang sepatutnya mendarat di Kelantan sebaliknya dibawa ke pantai Songkla Siam walaupun jaraknya lebih jauh daripada pantai Kelantan. Jarak ke Kelantan hanya 150 kilometer, berbanding ke Songkla Thailan 270 kilometer.
6.Melesapkan RM52 bilion nilai saham bumiputera. Sepatutnya orang Melayu akan memiliki ekuiti bumiputera melebihi 40 peratus jika benar Umno pembela Melayu.
7. Menyekat 118 projek pusat ke Kelantan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK 9).
8. Menggadai tanah rezab Melayu 1.3 juta hektar. Penjajah Inggeris tinggal tanah rezab Melayu seluas 3 juta hektar selepas merdeka. Tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.3 juta hektar. Siapa punya angkara? Adakah ini dalil Umno pembela Melayu.
9.Memperkenalkan sains dan metematik dalam bahasa Inggeris, melibatkan pelajar Melayu luar bandar dizalimi kerana kurang pasarana..
10. Menyalahguna hak keistimewaan orang Melayu untuk mendapat projek, kemudian mengagihkan kekayaan sesama kroni, akhirnya Melayu terus ketinggalan dari segi taraf hidup.
Ini adalah sebahagian daripada bukti Umno tidak boleh membela Melayu. Maka sampailah masanya PAS Ganti Umno. PAS terbukti dan teruji untuk membela Melayu berbanding dengan Umno. Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri menjerit pencuri, supaya orang Melayu emosi untuk terus menyokong Umno walaupun hakikatnya Umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Friday, May 20, 2011
Majlis Silaturrahim DDP Perlis bersama DPP Kawasan-kawasan
Dewan Pemuda PAS Perlis mengadakan majlis silaturrahim bersam dengan Pemuda PAS Kawasan-kawasan Padang Besar, Kangar dan Arau.
Majlis diadakan di perkarangan Kompleks PAS Perlis, Rabu lalu.
Program bermula dengan majlis BBQ (Ayam, Sosej & burger) diikuti sesi taaruf dan diakhiri ucapan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya

Tuesday, May 17, 2011
Ustaz Haron Taib kekal Ketua Dewan Ulama Pusat
KUALA LUMPUR, 17 Mei: Dewan Ulamak PAS Pusat menyaksikan tidak banyak perubahan pada pemilihan kali ini apabila jawatan Ketua dan naib ketua kekal dengan penyandang sekarang.Datuk Harun Taib kekal sebagai ketua manakala naib ketua terus disandang Datuk Dr. Mahfodz Mohamed.
Bagi jawatan timbalan ketua pula, terdapat dua nama yang dicalonkan iaitu Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan Ustaz Mohd Zain Abdul Rahman
Baca selanjutnya..
Ketua Pemuda, Muslimat PAS bakal ditandingi
KUALA LUMPUR, 17 Mei: Jawatan Ketua Pemuda dan Muslimat PAS Pusat mungkin ditandingi pada pemilihan kali ini berikutan ada beberapa pencalonan kedua-dua jawatan itu.
Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, selain Ustaz Nasrudin Hassan, turut dicalonkan ialah timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani, ketua penerangan, Suhaizan Kaiyat dan exco, Firdaus Jaafar.
Sementara jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, selain Ustazah Nuridah Mohd Salleh, turut dicalonkan ialah timbalannya, Siti Zailah Mohd Yusof, serta dua ajk muslimat PAS Pusat Dr. Siti Mariah dan Dr. Asiah Ali.
Demikian dimaklumkan Pengerusi jawatankuasa pemilihan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Bagaimanapun kelputusan muktamad calon yang bertanding akan diketahui selepas 26 Mei ini apabila kesemua calon menjawab surat tawaran.
Berikut ialah senarai penuh calon layak bertanding Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013:
Timbalan Ketua
1. Ahmad Sabki
2. Azman Shafawi
3. Firdaus Jaafar, YB
4. Mohd Nor Hamzah, YB
5. Nasaruddin Hassan
6. Nik Abduh Nik Aziz
7. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
8. Riduan Mohd Nor
9. Suhaizan Kaiat
Naib Ketua
1. Azman Shafawi, Ustaz
2. Firdaus Jaafar, YB
3. Kamaruzaman Mohamad
4. Khairi Faizi Kamil
5. Mohd Nor Hamzah
6. Mohd Sany Hamzan
7. Nasir Zakaria, YB
8. Nik Abduh Nik Aziz
9. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
10. Riduan Mohd Nor
11. Sabki Yusof
12. Suhaizan Kaiat
Baca selanjutnya

Calon Pengerusi Tetap PAS dan Timbalan
Presiden PAS kekal, 6 layak tanding timbalan
HarakahdailyKUALA LUMPUR, 17 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala enam orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 14 lagi untuk jawatan naib presiden.
Manakala 82 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Demikian dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan yang juga Pengarah jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Bagi jawatan timbalan presiden, enam orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasharudin Mat Isa.
Lima lagi yang dicalonkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, naib-naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub,ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Keenam-enam mereka turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden bersama lapan yang lain iaitu:
1. Idris Haji Ahmad (ketua penerangan)
2. Mahfuz Omar (naib presiden)
3. Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat)
4. Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan)
5. Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari PAS Pusat)
6. Mujahid Haji Yusof Rawa (AJK PAS Pusat)
7. Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Peneranagn Dewan Ulamak)
8. Datuk Seri Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat)
Mengikut perlembagaan PAS, seseorang itu hanya memerlukan dua pencalonan sahaja untuk melayakkan diri bertanding jawatan parti termasuk jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.
Pertandingan bagi jawatan AJK pusat adalah untuk 18 kerusi, manakala enam lagi kerusi AJK dilantik oleh parti.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media sama berkata, surat tawaran akan dihantar kepada semua calon untuk mendapatkan pengesahan mereka sama ada menerima pencalonan tersebut atau tidak.
"Jadi mustahil kalau ada yang kata mereka tak tahu layak bertanding," katanya.
Tarikh tutup untuk membuat pengesahan adalah pada 26 Mei ini.
Pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 15 Mei lalu.
Katanya, PAS mempunyai 180 kawasan di seluruh negara dan 152 daripadanya menghantar pencalonan bagi jawatan utama namun enam borang ditolak menjadikan 146 pencalonan diterima.
Seramai 1,100 perwakilan akan menghadiri muktamar tahunan parti itu bermula 1 hingga Jun depan.
Monday, May 16, 2011
Terjah D'Lagi Pemuda PAS & AMK
KANGAR - Pemuda PAS Kangar mempelopori aktiviti lasak dengan mengadakan program Terjah D'Lagi iaitu ekspidisi pendakian Bukit Lagi dekat sini pada 14 Mei lalu.
Program ini disertai seramai 35 orang pemuda PAS dan KeADILan. Pendakian bermula pada jam 9.30 pagi dan peserta sampai ke puncak bukit pada jam 12.15 tengah hari.
Mereka kemudiannya memasang bendera PAS dan KeADILan sambil berehat dan menikmati pemandangan indah dari puncak bukit sebelum turun pada jam 2.15 petang dan sampai di bawah pada jam 3.30 petang.
Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Kangar, Mohd Iqbal Shariff, program ini diadakan bagi menjana minda yang cerdas dan badan yang cergas di kalangan pemuda khususnya yang berminat dengan aktiviti lasak.
"Selain itu, kita dapat memupuk semangat kerjasama berjamaah dan membina ketahanan mental dan fizikal di kalangan ahli pemuda," katanya.

Para peserta sempat bergambar sebelum pendakian bermula

Kumpulan 4 dalam Terjah D' Lagi
Ibrahim, nak 'berjihad' pun bayar 'hutang' dulu

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Mei: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali diingatkan agar tidak menyalahgunakan kalimah ‘jihad’ apatah lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli.
AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menyatakan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan terbuka Ibrahim bahawa beliau dan Perkasa sanggup melancarkan ‘perang salib’ atau ‘jihad’ untuk menentang rakyat Malaysia yang beragama Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini seperti yang tersebar dalam laman web Malaysiakini bertarikh 15 Mei 2011 dan lain-lain laman web berita.
“Saya menasihatkan agar beliau tidak menyalahgunakan kalimah ‘jihad’ apatah lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli untuk mengekalkan Umno BN terus berkuasa dengan konsep jihad sebenar yang suci dan bersih,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Pertama, katanya isu yang berbangkit mengenai kumpulan Kristian ingin menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi adalah samar-samar dan berunsur fitnah sedangkan Islam tidak mengizinkan jihad dilancarkan atas kedudukan yang samar-samar seperti ini.
Kedua, ujarnya Perkasa sendiri adalah badan bermotif politik yang jelas mempertahankan sesetengah kemungkaran dengan cara tidak menegur atau bersuara amalan seperti korupsi, kehilangan rule of law, kepincangan sosial, kecelaruan dasar-dasar dan kegagalan Umno BN selama ini.
Baca selanjutnya...
Saturday, May 14, 2011
GST, Kerajaan BN Tidak Mampu Urus Rakyat
Parti Islam Se-Malaysia tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan. Tindakan ini melambangkan kerajaan BN, gagal memberi keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan. Apakah tugas kerajaan hanya menaikkan cukai sahaja, sedangkan kualiti hidup rakyat semakin teruk seperti perkhidmatan awam yang tidak pernah selesai, subsidi gula, minyak dipotong menyebabkan hidup rakyat semakin tertekan.PAS bersetuju dengan pandangan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.
Alasan Datuk Seri Najib yang mengatakan cukai pendapatan akan dikurangkan apabila kerajaan melaksanakan GST. Ini alasan Pak Pandir untuk melindungi kebebalan kerajaan yang tidak kreatif dan inovatif untuk menjana pendapatan negara akibat daripada rasuah dan pembaziran yang melampau.
Apakah Datuk Seri Najib tidak terfikir hanya 2 juta rakyat negara ini yang layak membayar cukai. Bagaimana manfaat yang didapati oleh majoriti rakyat, terutama rakyat miskin yang tidak membayar cukai. Maknanya manfaat pengurangan cukai hanya kepada pembayar cukai, sedangkan GST semua terbeban kerana tidak ada pengecualian ketika membeli barang keperluan.
Tidak cukup lagikah wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai perkhidmatan yang dinaikkan daripada 5% kepada 6%. Setiap pemegang kad kredit wajib dikenakan membayar RM50 untuk setiap kad.
PAS menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, sila serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji. Jika Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat lebih baik berundur secara terhormat.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Kunjungan wakil Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura

KANGAR - Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura, Filbert Tay mengadakan keunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin, tengahari tadi pejabatnya di Kompleks PAS Perlis di sini.
Dalam kunjungannya, beliau betukar-tukar pandangan berkaitan perkembangan semasa tentang politik dan sosial di Perlis serta di republik itu.
Hadir sama dalam pertemuan tersebut, Timbalan Pesuruhjaya, Abdul Karim Md Rejab dan Ketua Penerangan PAS Perlis, Ru'ssele Eizan.
Pemuda PAS Perlis buat laporan polis ke atas Soi Lek

KANGAR - Dewan Pemuda PAS Perlis membuat laporan plis di IPD Kangar 13 Mei lalu ke atas kenyataan menghina Islam oleh Presiden MCA, Dato' Seri Chua Soi Lek.
Laporan dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan.
Turut mengiringi beliau AJK Pemuda PAS Perlis serta Kawasan-kawasan.
Tuesday, May 10, 2011
Kabinet baru DPP Perlis
Ketua: Ustaz Yussaine Yahya
Timbalan Ketua : Ustaz Muhammad Azmir Azizan
Naib Ketua: Meor Hassan Sazali Meor Hajar
Setiausaha: Mohd Sahir Ab Raman
Penolong Setiausaha 1:Norhasyimi Yaakob
Penolong Setiausaha 2:Mohd Nazri Abdullah
Bendahari: Ustaz Rosmadi Ramli
Ketua Penerangan: Bashir Ishak
Jabatan Pilihanraya Pemuda:Mohd Sahir Ab Raman
Jabatan PASTI :Meor Hassan Sazali Meor Hajar
Jabatan AMAL: Sharul Mutminin Mat Isa
Jabatan Kebudayaan,Kesenian dan Sukan (DACS): Wan Abd Rahman Wan Ahmad
Akademi Tarbiyah & Pembelaan Islam: Ustaz Muhammad Azmir Azizan
Akademi Kepimpinan Pemuda:Mohd Iqbal Mohd Shariff
Lajnah Siyasah :Ustaz Yussaine Yahya
Lajnah Pentadbiran & Organisasi :Meor Hassan Sazali Meor Hajar
Lajnah IT / Media Baru : Bashir Ishak
Lajnah Perpaduan Nasional / NGO : Mohd Iqbal Mohd Shariff
Lajnah Kebajikan : Shuhairi Samsuddin
Lajnah Pendidikan & Dakwah: Ustaz Mohd Fuad Hashim
AJK: Yasir Arafat Abni Hajar, Nurdin Isa, Muniery Abd Rahman,Ustaz Zulhelmi, Fizul Izul, Asrul Aimran, Mohd Fallah Azizan, Mohamed Yasser Mohamed Desa, Nordin Othman, Aswad, Nasrul, Mohd Yassin.

Monday, May 09, 2011
Pesta Sukan Pasti Negeri Perlis 2011
Pesta Sukan Pasti Negeri Perlis berlangsung di D'Futsal Center, Kangar semalam (8 Mei). Dirasmikan oleh YB. Pesuruhjaya PAS Perlis.

YB Ustaz Hashim Jasin; Pesuruhjaya PAS Perlis merasmikan Pesta Sukan PASTI 2011

Aksi si cilik dalam Perlawanan Bola Sepak

Kaum bapa tidak melepaskan peluang dalam acara shoot bola jaring

Penjaring Terbanyak Perlawanan Bola Jaring

Penjaring Terbanyak Perlawanan Bola Sepak
Lagi Foto di Facebook Pasti Negeri Perlis
Sunday, May 08, 2011
5 soalan untuk Universiti Uzur Malaysia (UUM), mai pakat jawab
Dari blog Kedah La
Hari ni Che Nad nak ajukan 5 solalan berhubung cukai tanah UUM, jadi Che Nad nak mintaklah pihak UMNO Be End bermula dari Najib Razak, Mat Bashah hinggalah ke JKKKKK yang dok kilik fail terbalik kat kampung tu. Soalannya mudah saja, sapa boleh jawab semua soalan dengan betul Che Nad bagi hadiah melancong ke Koh Samui selama sebulan. Tambang pi mintak kat Syed Johan, kot-kot duit yang STDC bagi dulu tu tak habih belanja lagi.
Okaylah ini soalannya:
1. Cukai tanah UUM cuma RM0.20 semeter persegi, cukai tanah UiTM Merbok RM0.55 semeter persegi. Kenapa BN Kedah tak desak kerajaan negeri bagi rebat kat UiTM Merbok sama? Dua-dua tu IPTA jugak kan?
2. Cukai tanah Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPs) RM0.50 semeter persegi. Menteri jaga IPTA hentam Kedah sebab tak bagi rebat kat UUM, mengapa menteri tu tak hentam Perlis yang diperintah BN kerana tak bagi rebat kat UNIMEPs?
3. Pusat bagi RM300 juta setahun belanja urus UUM termasuk cukai tanah. UUM kata tak cukup duit, kemana agaknya UUM perabih peruntukan cukai tanah yang diberi Pusat itu?
4. BN kata Kedah tak prihatin dekat UUM sebagai institusi pendidikan. Baiklah BN yang prihatin.. mengapa setiap pelajar nak masuk belajar UUM kena yuran? Mengapa tak bagi free semuanya?
5. UUM yang mengaku takdak duit (uzur), tahun lepas umum syarikat2 miliknya untung RM80 juta. UUM dakwa bukan bussines oriented guna premis dan tanah yang cukainya berstatus IPTA (semeter persegi RM0.20) hingga buat untung besar tapi liat nak bayar cukai ikut kadar sebenar. Agak-agak perangai macam ni namanya bertanggungjawab ke tak?
Selamat menjawab, masa menjawab sampai PRU ke 13.
UMNO PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Anak muda, Jom Ubah
KUALA LUMPUR, 8 Mei: Anak Muda Malaysia merupakan nadi kebangkitan rakyat hari ini ke arah perubahan politik negara yang lebih adil, bebas dan sejahtera.
Bagi menyemarakkan lagi kebangkitan itu, demi masa depan rakyat, Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan siri Jelajah Orang Muda Untuk Perubahan (Jom Ubah) ke seluruh negara.
Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata program Jom Ubah bakal dilancarkan di dalam Muktamar Pemuda PAS Pusat yang akan diadakan pada 1 hingga 2 Jun depan di Bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Beliau yang juga pengarah program berkata, Jom Ubah akan dilancarkan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Program, katanya itu akan memulakan siri jelajahnya yang pertama pada 23 hingga 26 Jun 2011 melibatkan Negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
“Siri jelajah Jom Ubah ini, DPPP akan menyampaikan dan mengedarkan tawaran Pemuda PAS kepada anak muda sekiranya diberi mandat dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang selain mengadakan program-program khas untuk santapan anak muda,” ujarnya.
Anak-anak muda juga, ujarnya akan berpeluang mendengar pidato dan amanat daripada tokoh-tokoh pemimpin PAS di samping bersama dengan selebriti-selebriti negara yang akan menampilkan suatu yang baru kepada peminat mereka.
Lebih menarik, tambahnya aktiviti konvoi bermotor dan berkereta ke seluruh negara juga akan diadakan dan pemuda PAS akan singgah di setiap negeri berjumpa dan beramah mesra dengan masyarakat.
Katanya, Jom Ubah akan meneruskan siri jelajahnya ke negeri-negeri lain, iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor (30 hingga 31 Julai 2011), Sarawak (23 hingga 25 September 2011) dan Sabah (28 - 30 Oktober 2011).

Utusan bermain api : Nasrudin Tantawi
KUALA LUMPUR, 8 Mei: Gempar seluruh negara apabila akhbar Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu seperti menyalakan api ketegangan antara agama ketika mencetus persoalan agama rasmi negara dengan spekulasi kononnya ada pihak tertentu yang berjuang untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi di negara ini.Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, suatu fakta yang diketahui umum bahawa Perlembagaan negara telah memeteri Islam sebagai agama rasmi negara ini sementara ummat Islam pula masih menjadi golongan majoriti biarpun Malaysia adalah sebuah negara majmuk.
Justeru itu, katanya Islam tidak sewajarnya tergugat dan ummat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat.
Jelasnya, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara ini pastinya tidak lebih rendah usahanya untuk memperjuang, mempertahan dan menegakkan Islam berbanding Umno dan Barisan Nasional.
Katanya, kegigihan serta kesungguhan PAS berjuang serta berkorban demi melihat Islam tegak dan berdaulat di dalam negara ini nyata tidak boleh dipertikai merentasi rekod dan sejarah perjuangannya.
“Sungguhpun PAS menyertai ‘kerjasama politik’ bersama parti-parti rakan kompenan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP), namun PAS tidak pernah mengendurkan pedatinya untuk terus memacu perjuangan Islam, jauh sekali untuk berubah arah meninggalkan prinsip perjuangan yang didokong selama ini,” tegasnya.
Utusan makin melampau
Harakahdaily melaporkan...
KUALA LUMPUR, 7 Mei: PAS menggesa pihak keselamatan untuk bertindak terhadap laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa pemimpin-pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara
kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas.
“Dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli Parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut.
“Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini,” gesa Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Laporan muka depan Utusan Malaysia hari bertajuk “Kristian agama rasmi?” ditulis berdasarkan tulisan dibawa beberapa blogger pro-Umno yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.
Menjawab balas permainan Utusan Malaysia, Tuan Ibrahim menyifatkan laporan tersebut tidak logik kerana sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang majoritinya Islam.
“Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat di hotel atau dalam majlis tertutup. Sebarang pindaan perlembagaan tentu akan dibincangkan di parlimen, dan kalaulah ini terjadi, apakah wakil rakyat yang majoritinya beragama Islam akan bersepakat dan bersetuju dengan pindaan tersebut?
“Sudah tentu tidak. Lebih-lebih lagi, Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi mengisytiharkan bahawa kita akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi negara,” terang beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Baca selanjutnya
KUALA LUMPUR, 7 Mei: PAS menggesa pihak keselamatan untuk bertindak terhadap laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa pemimpin-pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara
kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas.“Dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli Parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut.
“Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini,” gesa Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Laporan muka depan Utusan Malaysia hari bertajuk “Kristian agama rasmi?” ditulis berdasarkan tulisan dibawa beberapa blogger pro-Umno yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.
Menjawab balas permainan Utusan Malaysia, Tuan Ibrahim menyifatkan laporan tersebut tidak logik kerana sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang majoritinya Islam.
“Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat di hotel atau dalam majlis tertutup. Sebarang pindaan perlembagaan tentu akan dibincangkan di parlimen, dan kalaulah ini terjadi, apakah wakil rakyat yang majoritinya beragama Islam akan bersepakat dan bersetuju dengan pindaan tersebut?
“Sudah tentu tidak. Lebih-lebih lagi, Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi mengisytiharkan bahawa kita akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi negara,” terang beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Baca selanjutnya
Sekolah mana Hishammuddin belajar DAP ganti PAS
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Mei: PAS berpandangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang pembohong kerana mendakwa DAP menggantikan PAS.
Ketua Penrangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata Hishammuddin rungsing dengan penerimaan rakyat bahawa Umno wajib diganti dengan PAS, maka jalan keluarnya ia memfitnah bahawa DAP ganti PAS supaya orang Islam menjauhkan diri dengan PAS.
Katanya, Hishammuddin berbohong ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno Pasir Putih Kelantan.
Jelasnya, realiti yang berlaku ialah MCA, MIC, Gerakan ganti Umno.
Contohnya, kata beliau Umno memberi kerusi parlimen Grik, Perak kepada Gerakan ketika pilihanraya 2008, walaupun pengundi Melayu hampir 65 peratus.
Beliau berkata, bagaimana seorang Naib Presiden Umno yang berucap dengan penuh amarah dan dengki tentang kemaraan PAS.
“Sekolah mana beliau belajar sampai tidak tahu beza PAS dengan DAP. Bagaimana DAP hendak mengganti PAS, sedangkan DAP hanya bertanding di kawasan majoriti orang bukan Melayu, sama ada DAP melawan MCA, Gerakan, MIC,” katanya.
Katanya lagi, realiti yang berlaku ialah PAS lawan Umno, kalau Umno kalah, PAS yang menang.
“Sekolah mana beliau belajar, Umno kalah dengan PAS, maka yang menang ialah DAP?” soalnya.
Justeru, katanya PAS mengharapkan Hishammuddin jangan nyanyuk sebelum sampai usia nyanyuk.
“Kalau nyanyuk hilang kelayakan hendak bertanding Timbalan Presiden Umno pula,” ujarnya

Friday, May 06, 2011
Ucapan sulung Ketua DPP Perlis
1. Dewan Pemuda PAS bukan sekadar memimpin pemuda sahaja tetapi memimpin umat Islam untuk ikut ajaran Allah dan Rasul.
2. Mengajak para pimpinan dan perwakilan untuk sama-sama memimpin pemuda PAS di negeri Perlis.
3. Sebarang kekurangan dan kelemahan yang wujud dalam parti jangan dibebani ke atas seorang individu atau pimpinan sahaja, sebaliknya menjadi tanggungjawab semua.
Aziz Bari: Mufti Perlis naif, jahil sejarah politik
Dari MalaysiakiniPensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini membidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berhubung kenyataannya yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.
Abdul Aziz beranggapan kenyataan tokoh agama itu sebagai "naif dan menandakan kejahilannya dalam sejarah politik Malaysia" khususnya berhubung kerjasama kedua-dua parti itu pada awal 1970-an sehingga melahirkan BN pada 1974.
"PAS ditendang oleh Umno pada 1977 dan Kelantan dirampas melalui darurat. Kerjasama atau gabungan Umno-PAS merugikan umat Islam.
"Ia melemahkan mekanisme semak dan imbang serta persaingan sihat demi kepentingan orang Melayu dan Islam.
Thursday, May 05, 2011
Kenyataan Mufti keterlaluan : Ustaz Hashim
PAS Perlis sedia bekalkan maklumat kepada JuandaKANGAR - Tuduhan mengatakan pihak yang menghalang usaha penyatuan PAS-Umno sebagai pengkhianat Islam adalah keterlaluan, kata Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.
Mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya baru-baru ini, beliau meminta agar Sahibussamahah itu menyiasat terlebih dahulu kenapa PAS menolak pelawaan Umno.
"Dah terlalu banyak yang mereka (Umno) lakukan kepada PAS sebelum ini dan keadaan yang ada sekarang tidak membentuk suasana yang kondusif untuk kita bersama denga mereka.
"PAS pernah be
rpengalaman duduk bersama mereka dulu tetapi Umno sendiri tidak bersedia untuk mendengar pandangan PAS ke arah kebaikan negara dan Islam itu sendiri," ujarnya.Selain itu, Ustaz Hashim melihat perwatakan Umno sejak dari dahulu tidak pernah berubah khususnya berkaitan dengan Islam.
"Umno sekarang samalah seperti dulu dari segi pegangan, perangai dan tingkahlaku. Jadi PAS tidak bersedia untuk digigit pada lubang yang sama sampai dua kali. Kita tak mahu pisang berbuah dua kali," jelasnya.
Untuk itu katanya lagi, PAS Perlis bersedia untuk membekalkan kepada Juanda maklumat-maklumat berkaitan penolakan PAS untuk bersatu dengan Umno.
"Mengapa Dr Juanda tidak meletakkan syarat untuk perpaduan itu mengikut pandangan Islam dan bukannya perpaduan secara mutlak begitu saja? PAS Perlis bersedia untuk membekalkan kepada beliau maklumat yang menyebabkan pada masa ini kita masih menolak perpaduan dengan Umno," jelasnya.
Dr Juanda jangan gopoh
Harakahdaily KUALA LUMPUR, 5 Mei: PAS terkejut dengan kenyataan Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis yang mengatakan siapa yang menghalang penyatuan PAS dan Umno adalah pengkhianat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) menasihatkan Sahibussamahah itu jangan terlalu gopoh memberi pandangan mengenai perkara itu.
Perlu diingatkan, katanya sebarang pandangan yang keluar daripada orang agama ia mempunyai implikasi yang besar kepada orang awam.
Beliau berkata, sepatutnya sebagai seorang mufti perlu berpegang kepada disiplin untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, antaranya ialah perlu memahami tasawwur (gambaran sebenar) perkara yang hendak dihukum, barulah ia mendapat natijah yang betul.
“PAS bimbang kenyataan ini akan diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutama Umno yang akan menjaja pandangan ini bahawa Umno hendak kepada perpaduan, yang tidak mahu kepada perpaduan ialah PAS, sehingga rakyat nampak PAS jahat, manakala Umno baik,” ujarnya kepada Harakahdaily
PAS, jelasnya tegas dengan prinsip bahawa penyatuan yang tidak berlandaskan kepada prinsip Islam, seperti bersatu dengan parti yan
g jelas mengkhianati amanah rakyat selama mereka memegang tampuk kuasa 54 tahun.Katanya, ketika bercakap soal perpaduan Melayu dalam masa yang sama tabiat jahat tidak pernah dibuang, seperti diskriminasi pada Kelantan mengenai tuntutan royalti minyak.
“PAS menasihat kepada Sahibussamahah supaya menggunakan platform Mufti untuk menasihat pemimpin Umno BN supaya kembali kepada penghayatan agama dan laksanakan amanah dengan baik.
“Tegur mereka supaya tidak zalim kepada rakyat yang berlainan ideologi,” ujarnya.
Wednesday, May 04, 2011
Rakyat diminta buat penilaian : Pj
Menurut beliau, buktinya yang jelas dapat dilihat bila PAS tidak menunda pemilihan parti meskipun berhadapan denga kemungkinan diadakan pilihanraya umum (PRU) pada tahun ini.
"Menjelang PRU akan datang rakyat diseru menilai parti-parti politk yang ada khususnya Umno/BN itu sendiri, siapa sebenarnya yang betul-betul jujur nak jaga rakyat, siapa yang sebenarnya berjuang bukan kerana kepentingan diri dan siapa yang berjuang untuk menaikkan taraf hidup rakyat, parti mana?
"Maka jawapannya ada pada PAS. Pada tahun ini kita meneruskan pemilihan parti walaupun berhadapan PRU ke 13. Ini membuktikan kita mempunyai persediaan yang baik dan tidak bejuang untuk peribadi. Tidak seperti Umno yang menunda pemilihan parti kerana bimbang berlaku kekacauan di dalam parti mereka menjelang PRU akan datang," jelasnya.
Ustaz Hashim berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Muktamar Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Perlis yang diadakan di Kompleks PAS Perlis di sini, 30 April lalu.
Ketua-ketua Dewan sesi 2011-2013

KANGAR - Muktamar Dewan Ulama dan Pemuda PAS Perlis yang berlangsung 1 Mei lalu menyaksikan kedua-dua syap parti itu mendapat teraju baru bagi penggal 2011-2013.
Pada Muktamar ke 34 Dewan Ulama PAS Perlis yang berlangsung di Kompleks PAS Perlis, Ustaz Idris Yaakub telah dipilih sebagai ketua yang baru dan akan berganding dengan Ustaz Salleh Adam selaku Timbalan Ketua.
Manakala tiga muka baru dipilih secara syura untuk menerajui Pemuda PAS PAS Perlis. Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Yussaine Yahya dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Perlis yang baru. Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua akan menggantkan Ustaz Ya'akub Abu Seman yang akan meninggalkan Pemuda PAS kerana faktor usia.
Yussaine akan digandingkan dengan Timbalan yang baru, Ustaz Muhammad Azmir Azizan yang sebelum ini merupakan Setiausaha Pemuda PAS Perlis. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Kangar, Meor Hassan Sazali Meor Hajar dipilih selaku Naib Ketua.
Pemuda PAS Perlis mengadakan Muktamar kali ke 36 di Dewan Hotel Sri Mawarni Inn dekat sini.
Dalam pada itu, Dewan Muslimat PAS Perlis turut mengadakan Muktamar kali ke 36 di Dewan Dato' Dr Haron Din di Kompleks PAS Perlis. Tiada perubahan yang berlaku pada teraju utama apabila Latifah Mat kekal selaku ketua, Haton Othman selaku Timbalan Ketua dan Amnah Abd Rahman sebagai Naib Ketua.
Subscribe to:
Posts (Atom)