Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, February 10, 2011

Pentas Pemuda di Guar Syed Alwi

Ucapan Ustaz Ya'akub
Ustaz Azman ShapawiKetua DPP Pusat menyampaikan ceramah

Tuesday, February 08, 2011

Perbaiki gerakerja, jangan mudah berpuashati: Ketua Pemuda Pusat


KANGAR - Jentera Pemuda PAS perlu sentiasa memperbaiki gerakerja yang sedia dan jangan berasa mudah berpuashati, demikian pesanan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi.

Menurutnya, Pemuda PAS perlu lebih peka dan responsif kepada keadaan sekeliling khususnya dalam suasana politik negara yang cepat berubah.

"Kita berada dalam era maklumat yang begitu cepat, jadi pemuda PAS perlulah lebih agresif, kreatif dan responsif dalam menangani semua ini. Manfaatkan media baru seperti Facebook dan Twitter untuk kita menyalurkan maklumat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program perjumpaan Pemuda PAS Pusat bersama jentera Pemuda PAS Perlis yang diadakan di Kompleks PAS Perlis di sini Sabtu lalu.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani dan Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar.

Manakala jentera Pemuda PAS Perlis pula dihadiri Eco Pemuda PAS Negeri dan kawasan-kawasan.

Monday, February 07, 2011

Jamuan Tahun BAru Cina di rumah Ketua DHPP Perlis

Cikgu Khoo (kanan sekali) melayani tetamu yang hadir

JEJAWI - Sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, pimpinan PAS Perlis turut menghadiri majlis jamuan yang dianjurkan oleh Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perlis, Khoo Yang Chong.

Majlis diadakan di kediaman beliau di Taman Utara dekat sini.

Kemeriahan majlis dapat dirasakan dengan tuan rumah serta Jawatankuasa Lajnah saling menyediakan juadah untuk dijamu kepada tetamu yang datang.

Antara barisan pimpinan yang hadir ialah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perlis, Hairy Hashim; Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman; Ketua Urusan Ulama PAS Kangar, Ustaz Salleh Adam; Timbalan Yang Dipertua PAS Kangar, Abdul Zakaria, Jawatankuasa Lajnah Perpaduan Nasional serta ahli DHPP Perlis.

Wednesday, February 02, 2011

Perutusan Tahun Baru Cina Presiden PAS


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia berbangsa Cina. Masyarakat Cina di Malaysia yang merupakan komuniti kedua terbesar di negara ini, merupakan juga penyumbang besar kepada pembinaan negara Malaysia.

Tahun Baru Cina yang biasanya dimulakan dengan semangat kekeluargaan dengan majlis makan besar setiap anggota keluarga merupakan sesuatu yang sangat baik ke arah membina masyarakat yang sejahtera. Di tengah kemelut masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan keruntuhan moral dan jenayah yang parah, yang antaranya juga berpunca daripada keruntuhan institusi keluarga, masyarakat Cina tampil membawa budaya baik iaitu ‘makan besar’ yang merapatkan semangat kekeluargaan.

Kita juga berhadapan dengan kemelut ekonomi yang menyebabkan rakyat berhadapan dengan tekanan hidup akibat kenaikkan harga barang keperluan. Masyarakat Cina juga tidak terlepas menyambut Tahun Baru Cina dalam situasi tersebut. Keadaan ekonomi yang parah ini juga dibayangi oleh pengumuman-pengumuman manis pemerintah yang menjanjikan persekitaran ekonomi yang lebih baik, namun dalam masa yang sama keperluan rakyat terus terhimpit akibat salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku.

Saya menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukar pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat, bagi mencuba alternatif yang baru untuk menyelesaikan kemelut ekonomi negara. Semoga dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan meningkatkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan antara kaum di negara ini dan seterusnya berjaya membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera.

Selamat Tahun Baru Cina.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

UCAPAN PEMIMPIN UMNO YANG MENGHINA ISLAM Bhgn 1

UCAPAN PEMIMPIN UMNO YANG MENGHINA ISLAM

1. Kenyataan Tun Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim : “Hukum rejam kepada penzina adalah primitive”.
2. Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1993 kepada para wartawan : “Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan”.
3. Ucapan Tun Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor : “Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti”.
4. Ucapan Tun Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan : “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.
5. Ucapan Tun Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan : “Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”
6. Ucapan Tun Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan : “Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik”.
7. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994 : “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”
8. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992 : “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
9. Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993 : “Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan”.
10. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994 : “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”
11. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994 : “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”
12. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”
13. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”
14. Tun Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992 : “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”
15. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991 : “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”
16. Tun Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992 : “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”
17. Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992 : “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”
18. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992 : “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”
19. Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio 3 Ibu Kota, 6 Mac 1994 : “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”
20. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”
21. Tun Mahathir Mohamad 2/5/92 : “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama”.
22. Tun Abdullah Ahmad Badawi 13/11/99 : “Apa erti negara Islam jika mundur”.

Bagaimana jika berlaku di Malaysia?

Perhatikan caption gambar ini.... Bayangkan kalaulah demonstrasi ini diadakan di negara kita, bagaimana agaknya caption oleh akhbar arus perdana???
Sudah tentu yang digariskan merah "Jutaan Rakyat" itu berganti dengan "sekitar 5 ribu orang" dan "perhimpunan aman" akan diganti dengan "perhimpunan haram"....

Info Rakyat 3


Info Rakyat 2

Islam Nasionalis Mengelirukan

Pegangan Islam nasionalis yang dipegang oleh Tun Dr Mahathir teruk dan mengelirukan. Acuan yang diikut bukan berdasarkan kepada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Islam yang difaham oleh Tun dan rakan-rakan dalam Umno hanyalah alat untuk berpolitik dan membeli undi sahaja. Bercakap Islam ikut musim dan suasana, menjauhkan Islam ketika luar musim perayaan Islam. Fahaman inilah yang mengelirukan orang bukan Islam di negara ini, dengan tindak tanduk pemimpin Umno.

Parti Islam Se-Malaysia PAS merasa geli hati apabila mendengar kenyataan Tun yang mengatakan Tuan Guru Nik Aziz akan bersetuju jika pendapat rakan bukan Islam dalam Pakatan menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan.

PAS hendak mengingatkan kepada Tun bahawa Tuan Guru Nik Aziz bukanlah berpolitik sehingga menggadaikan prinsip agama dan memperalatkan agama seperti yang disangka oleh Tun. Banyak salah tanggapan terhadap Islam diperbetulkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sepanjang memerintah Kelantan melalui tindakan dan amalan.

Yang menggunakan agama dan orang agama ialah pemimpin Umno seperti Tun Mahathir sendiri. PAS daripada dulu lagi menentang tindak tanduk Lee Kuan Yew dalam politik dan pandagan agama yang tidak betul. PAS tidak dengar pula Tun Mahathir marah, ketika ayam sabung beliau, Datuk Seri Najib menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu kepada Singapura seluas 217 hektar. Kenapa beliau tidak berkokok, mungkin kerana kehendak dan nafsu serakah beliau ditunaikan oleh Datuk Seri Najib. Kenapa beliau marah dengan Tun Abdullah Badwi dalam setiap langkah yang dibuat oleh Tun Abdullah. Masyarakat nampak semua berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dizaman beliau.

Dakwaan Tun Mahathir mengatakan kewujudan PAS membawa perpecahan orang Melayu juga tertolak. Bukankah kewujudan Umno yang direstu oleh penjajah Inggeris. Malah ketika Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, sudah ada parti Melayu yang pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Malah ketika semua parti di tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno. Bukankah ini bukti kewujudan Umno untuk memecah belah peraduan Melayu dan menjadi alat penjajah untuk melawan sesama sendiri.

Kenapa hendak salahkan PAS dan Tuan Guru Nik Aziz apabila lahirnya Parti Semangat 46. Bukankah Tun merupakan orang yang bertanggungjawab di atas perpecahan di dalam Umno, sehingga lahir team A dan team B. Begitu juga lahirnya Parti Keadilan Rakyat kerana kebangkitan ahli Umno yang tidak puas hati dengan cara Tun memimpin parti pada waktu itu dan melakukan kezaliman terhadaap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apakah Islam nasionalis yang difahami oleh Tun menepati dengan kehendak Islam. Tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memperlekeh hukum salam mungkin ini adalah anutan Islam nasionalis. Mungkin Soi Lek belajar daripada Tun yang pernah mengatakan bahawa Nabi simpan janggut , kerana tidak ada pisau cukur. Beliau juga melihat bagaimana isteri pemimpin Umno berpeluk dengan Shah Rukh Khan. Jadi tidak hairanlah Dr Soi Lek memperlekehkan hukum salam dalam Islam. Siapa gurunya?

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Monday, January 31, 2011

Angkara siapakah ini????

KANGAR - Angakara siapakah ini? Itulah persoalan yang menyelubungi kakitangan Pejabat Perhubungan PAS Perlis apabila Tabung Pilihanraya Umum yang diletakkan di musolla pejabat telah dipecahkan.

Kejadian ini hanya disedari pada petang Jumaat 8 Januari lalu oleh Setiausaha Kerja Dewan Pemuda PAS Perlis, Norhasyimi Yaakub.

Tabung ini diletakkan di sebatang tiang bangunan ini sejak sebelum pilihanraya umum ke 12 tahun 2008 lalu.

Tabung ini yang diikat dengan rantai besar telah dikopak dan tidak diketahui berapa banyakkah wang sumbangan orang ramai yang telah dilarikan pencuri berkenaan.

Bagaimanapun, si pencuri terbabit meninggalkan sekeping wang kertas RM1.00 dan duit syiling yang kesemuanya berjumlah RM10.45.

"Kali terakhir tabung ini dibuka tahun lalu, jumlah wang yang dikumpulkan mencecah ratusan ringgit," kata Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Perlis, Ramlee Ahmad.


Semoga Allah memberikan hidayah kepada individu terbabit.....

PRK Tenang: Persoalan sukar DAP kepada MCA

Dari Malaysiakini
Walaupun pedih dengan kekalaham calon PAS Normala Sudirman dalam pilihan raya kecil tenang, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, terdapat persoalan yang sukar harus dijawab oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Adakah Chua mempunyai keberanian politik untuk memberitahu Umno bahawa pertambahan sokongan masyarakat Cina (kepada Pakatan Rakyat) bukan kerana hudud atau negara Islam tetapi dasar Pakatan untuk perubahan, keadilan, demokrasi dan kemajuan?

"Atau beliau akan terus menyalahtafsrikan dan meyimpangkan kehendak politik dan harapan pengundi Tenang dengan terus menipu dengan dakwaan palsu bahawa peningkatan 65 peratus pengundi Cina kepada calon Pakatan sebagai menyokong hudud dan negara Islam? soal Lim.

Dalam satu kenyataan hari ini, anggota parlimen Ipoh Timur itu menambah, ketika MCA bermegah dengan kemenangan di tiga daripada empat kawasan majoriti Cina, Dr Chua gagal menyedari bahawa hanya 35 peratus memilih BN walaupun tempat itu dianggap taman permainannya sendiri.

Chua merupakan bekas ahli parlimen Labis - tempat letaknya Tenang - sebelum memberikan kerusi itu kepada anaknya Chua Tee Yong.

Info Rakyat 1


Wednesday, January 26, 2011

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa

ISNIN, 24 Januari 2011 - Majlis Jamuan Perpisahan staff Pejabat Perhubungan PAS Perlis, Anuwar Mat Arshad yang akan bertugas di Selangor mulai Februari ini.

Anuwar, bekas pelajar didikan MADI( Sekolah PAS Perlis) bertugas sejak tahun di Pejabat Perhubungan PAS Perlis sejak tahun 2007 selaku Setiausaha Kerja Dewan Ulamak PAS Perlis.

Selain itu beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Perlis dan yang terakhir selaku Setiausaha Kerja Jabatan Pilihanraya PAS Perlis.
Anuwar Mat Arshad

Sumbangan dari Pesuruhjaya
Pesan Ustaz Hashim:

"Bertaqwalah kamu walau di manakamu berada"

"Pi mana pun jangan tinggal jemaah PAS"

Anuwar menyampaikan ucapan

Ketua Staf, Haji Abdul Karim berucap bagi pihak staf

Suasana santai yang bakal dirindui Anuwar

SELAMAT BERJAYA MENEMPUH CABARAN BARU KEPADA ANUWAR

Tamrin DPP Perlis

Tamrin Dewan Pemuda PAS Perlis diadakan pada 22 hingga 23 Januri lalu di Kem Jaya Diri, Batu Pahat dengan dihadiri Jawatankuasa Pemuda PAS Negeri dan Kawasan-kawasan.

Ustaz Lotfi mengisi slot pertama
(Hubbu Ad-Dunya Penyebab Kekalahan)
Sesi Kedua:
Membina Keluarga Pejuang

Sesi seterusnya: Panggang-memanggang hingga lewat malam
(Ikan temenung, mentarang, sosej, burger...)

Ustaz Fauzi memberikan suntikan semangat
(Ciri-ciri Jemaah Islam)
Pengerusi Tarbiyah berucap
Ucapan Ketua Pemuda PAS Perlis
Sesi penutup: Amanat Pesuruhjaya
Makan tengahari

Mesyuarat Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perlis

Walaupun belum siap sepenuhnya, bilik mesyuarat Pejabat Perhubungan PAS Perlis yang baru telah digunakan untuk mengadakan mesyuarat.
Jawatankuasa Pembangunan Kompleks PAS Perlis, Lajnah Penerangan dan terkini Lajnah Perpaduan Nasional mengadakan mesyuarat masing-masing.


Friday, January 21, 2011

ADUN Merlimau meninggal dunia

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 8.10 malam ini.

Beberapa portal berita sejak petang tadi sedang mengikuti rapat perkembangan kesihatan Allahyarham selepas
ada laporan mendakwa beliau telah meninggal dunia petang tadi.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidakselesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Jan
uari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat bagi menentukan satu lagi Pilihan Raya Kecil dalam masa terdekat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, Mohamad Hidhir yang mewakili BN menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan Majoriti 2,154 undi.

Mohamad Hidhir mendapat 4,981 manakala Jasme Tompang mendapat 2,827.
----------------

Sehingga kini, hanya Perlis, Pahang dan Wilayah Persekutuan yang belum berlaku Pilihanraya Kecil. Sementara SPR masih belum mengumumkan PRK di Kota Siputeh, Kedah yang telah lama kosong... Dalam penantian, DUN Pelabuhan Klang (kembar Kota Siputeh) yang diumumkan kosong oleh Speaker DUN dua hari lalu.

Thursday, January 20, 2011

Isy isy isy ...Mati ke tidak?....


Yang best tu siap ada statement dari Pengerusi SPR lagi....
Teringat berita online suatu masa dulu.... KLIK DI SINI

Pilihanraya Kecil di Malaysia

Kronologi PRK di Malaysia

AKAN DATANG

Akan bertarung... N.5 Tenang, Johor
Penamaan Calon 22/1/11 <> Mengundi 30/1/11

Sedang menunggu....bila mau buat daaa...
Sudah lama DUN ini tak berwakil rakyat...
Wakil dulu kuat ponteng Sidang DUN

Coming soon juga??? (Kembar Kota Siputeh)
Tunggu apa kata SPR...

Yang dah berlalu...

PakatanRakyat 8 vs BN 5

Lagi pemimpin diguling kerana isteri

Presiden Tunisia Zine el-Abidine Ben Ali (ejaan Melayu Zainal Abidin bin Ali) telah digulingkan melalui kebangkitan rakyat yang sudah jijik dengan keserakahan isteri beliau Leila Trabelsi, 52.

Leila bekas pereka rambut berumur 20 tahun lebih muda dari Zine el-Abidine, sangat cintakan kekayaan dan kemewahan sehingga beliau disamakan dengan Imelda Marcos Arab.

Ben Ali, 74, telah diberikan perlindungan di Arab Saudi, isterinya tidak turut sama malah telah bersembunyi di Dubai – bandaraya mewah untuk beliau shopping.

Dua anak perempuan mereka Nesrine Ben Ali, 24, dan adiknya Cyrine telah melarikan diri ke Hotel Disneyland di Paris, di mana mereka bersembunyi di suite VIP £300 untuk satu malam.

Hasil korup keluarga ini dianggarkan sebanyak £3.5billion telah disimpan di Peranchis bekas penjajah Tunisia.

Mewahnya anak Ben Ali, Nesrine Ben Ali, 24, yang berada di Disneyland sehingga beliau menjamu daging lembu terbaik yang diterbangkan dengan jet mewah oleh suaminya untuk diberi makan kepada harimau kesayangannya bernama Pasha.

Kebangkitan rakyat telah digerakkan melalui internet, Facebook,Blog dan laman web social yang lain sehinggakan ada remaja Tunisia yang bekerja di Paris, Mohamed Ben Hazouz, jurutera software pulang untuk menyertai demonstrasi apabila menadapat maklumat dari Facebook dan Blog.

Presiden Tunisia ini bukanlah pemimpin yang pertama di bunia ini yang digulingkan kerana keserakahan isteri, sejarah seharusnya mengajar.


Berita berkaitan:
Leila Trabelsi: Imelda Marcos of the Arab world
Leila Trabelsi, Former Tunisian First Lady, Family Despised By Nation

Tunisian President's Wife Leila Trabelsi Fled Country With 1.5 Tons Of Gold

Wednesday, January 19, 2011

Kunjungan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional dan Ketua Pemuda Pas Perlis










Kunjungan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional dan Ketua Pemuda Pas Perlis ke atas mendiang Endin Sing ibu kepada Tan Ah Huat aktivis Pas / Pimpinan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Wat Machima Prasit, Jejawi Perlis pada 19 Januari 2011.

Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri. Tiada peruntukkan bagi merayu.

"Badrul mengakui tidak hadir dalam sepucuk surat yang tiba di pejabat saya bertarikh 10 Disember. Dia memohon cuti bagi mendapatan rawatan perubatan tradisional di Pahang,” kata Teng.

Apabila ditanya wartawan, Teng kemudiannya mengemukakan rekod menunjukkan Badrul Hisham tidak menandatangani borang kedatangan pada 8 November lalu.