Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, February 08, 2011

Perbaiki gerakerja, jangan mudah berpuashati: Ketua Pemuda Pusat


KANGAR - Jentera Pemuda PAS perlu sentiasa memperbaiki gerakerja yang sedia dan jangan berasa mudah berpuashati, demikian pesanan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi.

Menurutnya, Pemuda PAS perlu lebih peka dan responsif kepada keadaan sekeliling khususnya dalam suasana politik negara yang cepat berubah.

"Kita berada dalam era maklumat yang begitu cepat, jadi pemuda PAS perlulah lebih agresif, kreatif dan responsif dalam menangani semua ini. Manfaatkan media baru seperti Facebook dan Twitter untuk kita menyalurkan maklumat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program perjumpaan Pemuda PAS Pusat bersama jentera Pemuda PAS Perlis yang diadakan di Kompleks PAS Perlis di sini Sabtu lalu.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani dan Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar.

Manakala jentera Pemuda PAS Perlis pula dihadiri Eco Pemuda PAS Negeri dan kawasan-kawasan.

No comments: