Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, January 26, 2011

Mesyuarat Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perlis

Walaupun belum siap sepenuhnya, bilik mesyuarat Pejabat Perhubungan PAS Perlis yang baru telah digunakan untuk mengadakan mesyuarat.
Jawatankuasa Pembangunan Kompleks PAS Perlis, Lajnah Penerangan dan terkini Lajnah Perpaduan Nasional mengadakan mesyuarat masing-masing.


Friday, January 21, 2011

ADUN Merlimau meninggal dunia

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 8.10 malam ini.

Beberapa portal berita sejak petang tadi sedang mengikuti rapat perkembangan kesihatan Allahyarham selepas
ada laporan mendakwa beliau telah meninggal dunia petang tadi.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidakselesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Jan
uari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat bagi menentukan satu lagi Pilihan Raya Kecil dalam masa terdekat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, Mohamad Hidhir yang mewakili BN menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan Majoriti 2,154 undi.

Mohamad Hidhir mendapat 4,981 manakala Jasme Tompang mendapat 2,827.
----------------

Sehingga kini, hanya Perlis, Pahang dan Wilayah Persekutuan yang belum berlaku Pilihanraya Kecil. Sementara SPR masih belum mengumumkan PRK di Kota Siputeh, Kedah yang telah lama kosong... Dalam penantian, DUN Pelabuhan Klang (kembar Kota Siputeh) yang diumumkan kosong oleh Speaker DUN dua hari lalu.

Thursday, January 20, 2011

Isy isy isy ...Mati ke tidak?....


Yang best tu siap ada statement dari Pengerusi SPR lagi....
Teringat berita online suatu masa dulu.... KLIK DI SINI

Pilihanraya Kecil di Malaysia

Kronologi PRK di Malaysia

AKAN DATANG

Akan bertarung... N.5 Tenang, Johor
Penamaan Calon 22/1/11 <> Mengundi 30/1/11

Sedang menunggu....bila mau buat daaa...
Sudah lama DUN ini tak berwakil rakyat...
Wakil dulu kuat ponteng Sidang DUN

Coming soon juga??? (Kembar Kota Siputeh)
Tunggu apa kata SPR...

Yang dah berlalu...

PakatanRakyat 8 vs BN 5

Lagi pemimpin diguling kerana isteri

Presiden Tunisia Zine el-Abidine Ben Ali (ejaan Melayu Zainal Abidin bin Ali) telah digulingkan melalui kebangkitan rakyat yang sudah jijik dengan keserakahan isteri beliau Leila Trabelsi, 52.

Leila bekas pereka rambut berumur 20 tahun lebih muda dari Zine el-Abidine, sangat cintakan kekayaan dan kemewahan sehingga beliau disamakan dengan Imelda Marcos Arab.

Ben Ali, 74, telah diberikan perlindungan di Arab Saudi, isterinya tidak turut sama malah telah bersembunyi di Dubai – bandaraya mewah untuk beliau shopping.

Dua anak perempuan mereka Nesrine Ben Ali, 24, dan adiknya Cyrine telah melarikan diri ke Hotel Disneyland di Paris, di mana mereka bersembunyi di suite VIP £300 untuk satu malam.

Hasil korup keluarga ini dianggarkan sebanyak £3.5billion telah disimpan di Peranchis bekas penjajah Tunisia.

Mewahnya anak Ben Ali, Nesrine Ben Ali, 24, yang berada di Disneyland sehingga beliau menjamu daging lembu terbaik yang diterbangkan dengan jet mewah oleh suaminya untuk diberi makan kepada harimau kesayangannya bernama Pasha.

Kebangkitan rakyat telah digerakkan melalui internet, Facebook,Blog dan laman web social yang lain sehinggakan ada remaja Tunisia yang bekerja di Paris, Mohamed Ben Hazouz, jurutera software pulang untuk menyertai demonstrasi apabila menadapat maklumat dari Facebook dan Blog.

Presiden Tunisia ini bukanlah pemimpin yang pertama di bunia ini yang digulingkan kerana keserakahan isteri, sejarah seharusnya mengajar.


Berita berkaitan:
Leila Trabelsi: Imelda Marcos of the Arab world
Leila Trabelsi, Former Tunisian First Lady, Family Despised By Nation

Tunisian President's Wife Leila Trabelsi Fled Country With 1.5 Tons Of Gold

Wednesday, January 19, 2011

Kunjungan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional dan Ketua Pemuda Pas Perlis










Kunjungan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional dan Ketua Pemuda Pas Perlis ke atas mendiang Endin Sing ibu kepada Tan Ah Huat aktivis Pas / Pimpinan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Wat Machima Prasit, Jejawi Perlis pada 19 Januari 2011.

Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri. Tiada peruntukkan bagi merayu.

"Badrul mengakui tidak hadir dalam sepucuk surat yang tiba di pejabat saya bertarikh 10 Disember. Dia memohon cuti bagi mendapatan rawatan perubatan tradisional di Pahang,” kata Teng.

Apabila ditanya wartawan, Teng kemudiannya mengemukakan rekod menunjukkan Badrul Hisham tidak menandatangani borang kedatangan pada 8 November lalu.

Sunday, January 16, 2011

Wakil Perlis di Himpunan Bloggers Pakatan Rakyat

Himpunan Blogger dan Rakan Maya pro-Pakatan Rakyat anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah yang di adakan di Wisma Darul Aman turut dihadiri wakil dari Perlis.




Thursday, January 13, 2011

Himpunan 30000 Pemuda PAS di Kedah, 19 Februari 2011

Logo Himpunan Pemuda PAS
Contoh T'shirt

UNTUK MAKLUMAT LANJUT
SILA HUBUNGI PEMUDA PAS KAWASAN ANDA

Tuesday, January 11, 2011

Melayu Mudah Lupa..... Rakyat Tak Lupa!!!


Pindah sikit-sikit dulu

Semalam (10/1/11), staf Pejabat Perhubungan PAS Perlis bergotong memindahkan sebahagian perabot di pejabat sekarang di No 7 Jalan Sekolah Derma ke pejabat baru di Kompleks PAS Perlis, Kg. Pondok.




Pemandangan bahagian belakang pejabat dari tingkat atas
Ruang pejabat (kelihatan bilik mesyuarat)

Monday, January 10, 2011

Sekitar Perasmian Cawangan DAP Kuala Perlis

Majlis perasmian cawangan DAP Kuala Perlis diadakan di Pejabat DAP Kuala Perlis pada 8 Januari lalu. Majlis dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim; Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ; Adun Sekinchan, Ng Sue Lim, Adun Pasir Pinji, Thomas Su dan Adun Kota Darulaman, Lee Guan Aik.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Hj. Abdul Karim Md Rejab,Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan serta Ketua Dewan Ulama, Ustaz Salleh Adam pula hadir mewakili PAS Perlis. Turut hadir pimpinan KeADILan Perlis.

Memotong riben sebagai simbolik perasmian

Hj Abdul Karim: Tahun ini tahun pilihnaraya. Kemesraan dalam Pakatan Rakyat tak dapat dinafikan Umno/BN

Lim Kit Siang: Slogan 1 Malaysia satu hipokrasi

Teng Chang Khim: Tubuh cawangan baru di Kuala Perlis untuk rancakkan lagi usaha di bawah payung Pakatan Rakyat untuk tawan Perlis

YB Rus'sele : PAS Perlis akan terus beri sokongan kepada DAP dalam sama-sama hadapi PRU 13 untuk tawan Perlis

1 Malaysia penuh hipokrasi: Lim Kit Siang

KUALA PERLIS - Penasihat DAP, Lim Kit Siang membidas slogan 1 Malysia yang dilihatnya sebagai satu slogan yang dipenuhi oleh hipokrasi.

Dalam ucapan ringkasnya sempena perasmian Cawangan DAP Kuala Perlis di sini 8 Januari lalu, beliau berkata perjuangan Pakatan Rakyat dilihat lebih relevan dengan slogan 1 Malaysia.

"Slogan 1 Malaysia sebenarnya adalah satu hipokrasi, Paktan Rakyat adalah sebenarnya yang mewakili satu Malaysia.

"Kita menubuhkan cawangan baru DAP di KUala Perlis ini adalah untuk membantu Pakatan Rakyat menggantikan Umno/BN yang penuh dengan penyelewengan dan korupsi dengan kita menguasai Putrajaya dan negeri Perlis khususnya," katanya.

Selain pimpinan DAP, majlis yang diadakan di Pejabat DAP di Pekan Kuala Perlis turut disertai pimpinan PAS dan KeADILan.

Antara yang hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim; Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ; Adun Sekinchan, Ng Sue Lim, Adun Pasir Pinji, Thomas Su dan Adun Kota Darulaman, Lee Guan Aik.

Semntara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Abdul Karim Md Rejab,Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan serta Ketua Dewan Ulama, Ustaz Salleh Adam pula hadir mewakili PAS Perlis.

Thursday, January 06, 2011

Umno terus perkosa harta awam untuk kegiatan parti

KANGAR - Foto di atas menunjukkan Umno terus rakus mempergunakan premis awam untuk kepentingan parti mereka.

Surau ini dibina untuk kemudahan penduduk di Kampung Salang untuk beribadat selain menjalankan aktiviti kemasyarakatan di situ.

Namun begitu, Umno dengan sewenang-wenangnya menjadikan premis ini sebagai Bilik Gerakan parti mereka.

"Dulu surau ini pernah diimarahkan dengan aktiviti kuliah pengajian, tetapi tidak dipersetujui oleh orang-orang Umno apabila ustaz yang mengajar turut menyentuh bab akidah yang mungkin tidak disenangi mereka," jelas Ketua Urusan Ulama PAS Kangar, Ustaz Salleh Adam.

Minta komen pembaca.....

Jawapan Exco Kerajaan Negeri (Dr Por Choo Chor) kepada soalan lisan YB Rus'sele Eizan (PAS -Simpang Empat):


Bilangan dan kos terlibat dalam pembinaan papan tanda nama taman-taman perumahan di seluruh Perlis:


2009 - RM78,400.00 bagi 24 buah taman melibatkan 4 kontraktor.
2010 - RM 215,600.00 bagi 66 buah taman melibatkan 10 kontraktor.

Jumlah kos: RM294,000.00


*** Ini bermakna, secara purata sebuah papan tanda nama ini berharga RM3266.67.


Minta pembaca yang arif dalam bidang ini memberikan komen samada kos ini terlalu mahal atau tidak? (Sila tinggalkan komen di sini atau di shoutbox. Terima kasih)

Shahidan: MB Perlis belum diuji lagi

KANGAR - Bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim mendakwa Menteri Besar, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu masih belum teruji sepanjang beliau memegang jawatan tersebut.

Berucap pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis baru-baru ini, Shahidan berkata Md Isa setakat ini hanya diuji dengan bencana banjir sahaja sedangkan banyak lagi perkara besar yang belum ditempuhi beliau.

"Menteri Besar baru diuji dengan banjir shaja, tapi belum lagi diuji dengan benda yang lebih mencabar. MB belum lagi diuji untuk memimpin sebuah pilihanraya lagi.

"Masa pilihanraya umum yang lepas kena ingat, yang menerajui BN Perlis adalah saya, dan kemenangan BN adalah di bawah piminan saya," katanya.

Seperti sidang-sidang DUN Perlis terdahulu,Shahidan terus menyerang pihak-pihak yang berada di sekeliling Menteri Besar yang dakwanya sering memaki-hamun beliau.

Pihak yang dimaksudkan Shahidan ialah Unit Pembangunan Insan (UPI) yang beliau sendiri menyebut Unit Pukul Insan. UPI dahulunya adalah Unit Kemasyarakatan dan Dakwah (UKD) semasa Shahidan menjadi Menteri Besar.

"Puak-puak UPI ni menjadikan seolah-olah saya dilihat sebagai musuh. Muka depa ni bila jumpa saya macam jemuan pula kita tengok. Saya dizalimi, kenapa lantik pegawai lain datang jaga kawasan saya, kerja maca dia wakil rakyat sedangkan sayapun wakil BN juga, saya Ketua Bahagian duduk dalam parti kerajaan juga tapi saya telah dinafikan hak," rintihnya.

Selain itu, dalam sidang yang sama Shahidan turut menyindir Md Isa yang didakwanya boleh bersikap tenang sedangkan pelbagai pihak yang bercakap macam-mcam tentangnya.

"Saya terpaksa tabik kepada MB kerana dia boleh buat tak kisah atau buat kering bila orang kata macam-macam kepadanya.

"Saya hairan macamana MB boleh tidur lena walaupun ada orang mengata kepadanya. Kalau orang kata kat saya, saya akan pergi jumpa orang itu sampai ke rumahnya untuk tahu mengapa dia kata macam tu, selagi tak dapat jawapan saya tak boleh tidur lena," ujarnya.

Isy Isy Isy Hairan juga ye...???

Pelik 1
Malaysia adalah pengeluar utama minyak sawit dunia, tapi berlaku kekurangan bekalan minyak masak.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, kekurangan bekalan minyak masak tidak seharusnya berlaku di negara kita kerana Malaysia merupakan negara pengeluar dan pengeksport utama produk minyak sawit dunia.

Pelik 2
Malaysia juga tergolong di kalangan negara pengeluar petroleum , tapi rakyat terus dibebankan dengan kenaikan harga bahan bakar......
Pelik 3
Malaysia juga disebutkan sebagai sebuah negara Islam contoh, tapi mengapa ada pula Pak Menteri yang didakwa merogol orang?

Wednesday, January 05, 2011

Monday, January 03, 2011

Tahun 2011 akan "Dimeriahkan" dengan kenaikan harga barang : Dr Asri

Dari web Dr MAZA

Jika rakyat tidak memprotes dari awal, kita akan melihat tahun baru ini menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan. Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini. Maka beberapa perkara berikut perlu saya katakan;

Baca selanjutnya…