Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, December 21, 2011

Sidang DUN Perlis: 10 hutang bil air RM2 juta

KANGAR - Dewan Undangan Negeri Perlis diberitahu bahawa Persatuan Bolasepak Perlis adalah penyumbang utama kepada tunggakan bil air tertinggi seperti yang ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

Laporan Audit mendapati terdapat 10 akaun yang mempunyai tunggakan berjumlah RM2,097,805.00 tetapi masih mendapat bekalan air.

Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Md Isa Sabu menjelaskan demikian ketika menjawab soalan lisan Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat).

Dua akaun Persatuan Bolasepak Perlis, masing-masing bagi Kompleks Stadium Utama dan Padang Bola, Stadium Utama mempunyai hutang berjumlah RM835,351.00.

Manakala akaun Pengarah perubatan dan Kesihatan Hospital Besar Kangar pula mempunyai tunggakan sebanyak RM372,018.00.

Ini diikuti penama individu (Asrama Batu 7 Jalan Kaki Bukit) berjumlah RM215,676.00; Pengetua Sekolah Menengah Teknik Arau (RM183,736), Pengetua Sekolah Menengah Teknik Kangar (RM142,387), Pusat Khidmat Menteri Besar Perlis, Arau (138,626), Dania Sdn Bhd (RM101,057), PKENPs ,Kompleks Padang Besar (RM59,461) dan PKENPs, Pens Travelodge (RM49,491).

Menurut Md Isa, perancangan dan perbincangan sedang dijalankan dengan pemilik-pemilik akaun berkenaan bagi mencari jalan penyelesaian segera ke atas tunggakan tersebut.

No comments: