Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, December 14, 2009

Tindakan MPK tak professional: Pemuda PAS Perlis

KANGAR - Pemuda PAS Perlis mlahirkan rasa kesal di atas tindakan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) yang menarik balik kelulusan penggunaan pentas Dataran Kangar 350 pada saat akhir untuk tujuan penganjuran konsert hiburan alternatif pada 14 Disember lalu.

Konsert "Selagi Ada Rindu" anjuran Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Perlis itu bakal menampilkan Pak Long atau Syafiee Ahmad, komposer lagu Al-Jannah dan Cinta Pantai Merdeka sebagai artis jemputan utama.

Selain itu, konsert ini bakal menyaksikan penampilan Juara Bintang Kecil, Adik Azidi; P.Ramlee Perlis serta Aziz "Mas Mona".

Program ini berkonsepkan hiburan alternatif untuk mengakhlakkan seni di samping mendidik golongan reamaja agar bebas dari unsur-unsur negatif dan gejala sosial.

Konsert secara percuma ini merupakan salah satu siri program DACS bagi mendekati golongan muda dalam siri program "Orang Muda Geng Kita".

Dalam sidang media yang diadakan, Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman menyifatkan tindakan MPK ini adalah tidak professional memandangkan kelulusan telah diberikan pada 2 Disember lalu.

"Kita kesal kerana MPK selalu bertindak merugikan banyak pihak. Penarikan balik kelulusan konsert yang sepatutnya bermula jam 8.00 malam dibuat pada jam 2.00 petang tadi melalui sepucuk surat dan surat susulan dengan pembetulan pada jam 5.00 petang dengan maksud yang sama.

"Kita juga kesal kerana MPK telah bertindak mengikut selera politik bukan secara professional. Kita difahamkan ada unsur-unsur campurtangan dari pihak tertentu dari pejabat Menteri Besar Perlis,"jelasnya.

Notis pembatalan terpaksa dicetak penganjur

Sebahagian peniaga yang sudah membuka gerai

Sidang media di hadapan pejabat Perhubungan PAS Perlis

Menunjukkan surat dari MPK

Laporan polis dibuat di IPK Kangar jam 9.45 malam

Menurutnya lagi, tindakan MPK itu bukan sahaja merugikan pengajur bahkan turut memberi kesan kepada para peniaga yang hadir membuka gerai di kawasan sekitar.

"Ianya juga memberi kesan kepada artis yang kita undang yang sudah hadir atau dalam perjalanan selain menghampakan orang ramai yang bakal hadir.

"Kita telah mengadakan hebahan melalui pelbagai kaedah termasuk di radio Perlis FM," katanya.

Sehubungan itu, Ustaz Ya'akub berkata pihak DACS Perlis sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap MPK dan satu laporan polis telah dibuat di Ibupejabat Kontinjen Polis Kangar

3 comments:

surau al-nur said...

Salam..jahat sungguh puak-puak umno ni

Anak Perelih said...

Saman saja... mintak gantirugi... selain dari kerugian penganjur dan tauladan, kumpulkan juga kerugian pengerai.. dan senaraikan dalam saman tersebut... biaq MPKPs sekali lagi kena sita....

Anonymous said...

samannnn...biaq melingkup mpk lepaih ni.
hari tu pun dekat nak rebah dahh..