Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, December 08, 2009

Program Berkhatan PAS Perlis Kali ke-14

ARAU - Sempena musim cuti sekolah ini, PAS Perlis berjaya menganjurkan Majlis Berkhatan Beramai-ramai kali ke 14 yang diadakan di Markas Tarbiyah PAS Perlis, Jejawai Dalam dekat sini 4 Disember lalu.

Malis berkhatan beramai-ramai ini adalah program tahunan anjuran Jabatan Khidmat Masyarakat PAS Perlis yang diadakan secara percuma.

Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.
Pada tahun ini, seramai 35 orang kanak-kanak dari seluruh Perlis telah menyertai program ini.


Mudim VIP : Dr Ismail mengkhatankan kanak-kanak

Sabar menanti detik bersejarah dalam hidup

Petugas mengusung kanak-kanak yang selesai dikhatankan

Selain menjadi salah satu agenda memasyarakatkan PAS, program ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga peserta dengan pimpinan PAS di samping memupuk semangat gotong-royong di kalangan para hadirin sepanjang program diadakan.

Untuk tujuan itu juga, kanak-kanak yang dikhatankan bersama-sama keluarga mereka turut diminta untuk bermalam di markas tabiah ini selama satu malam.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan Negeri Kedah, Dr Ismail Salleh yang turut membantu mengkhatankan kanak-kanak terbabit.

1 comment: