Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Saturday, December 19, 2009

Apa yang Shahidan kata di sidang DUN?

Macam-macam yang disebut oleh bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) pada sidang DUN Perlis baru-baru ini. Antaranya....

1. Mengusik MB Perlis dan juga Speaker dalam (maca selalu). Termasuk melawak tentang poligami. (YAB berani? Speaker berani?)
2. Turut mengusik orang di sebelahnya, Adun Mata Ayer...
3. Berkata dia antara penyumbang terbesar kepada Hospital Tuanku Fauziah.
4. Masjid Teluk Jambu orang PAS dan kuasai. Ini termasuk sebuah surau yang dulu dibina bekas Setiausaha Kerja Umno tapi kini diguna oleh PAS.
5. Saya ada banyak jasa dengan Adun Pauh.. (dulu kalau saya tak sign...)
6. Adun Pauh dan Kuala Perlis orang baru yang tak kenal lagi dengan JKKK di situ (isu JKKK tak dilantik semula)
7. Jangan dok bermusuh dengan Tun Dr Mahathir nanti jatuh.. Tengok Pak Lah.. Bukan dia yang bermusuh tapi orang-orang di sekeliling dia... MB Perlis pun bukan musuh saya tapi puak-puak pegawai Pembangunan Insan MB yang dok buat bagi jadi musuh depa musuh MB juga.
8. MB dengan Speaker bukan musuh saya. kalau musuh takkan dulu saya lantik jadi Jawatankuasa Palaburan Negeri...
9. Mencelah ucapan Adun Simpang Empat : Dulu Umno yang buat IPTIPs. Hebat hingga ada orang dalam yang bawa keluar maklumat kepada YB Simpang Empat untuk disebut dalam dewan ni...
10. 4 orang pemain bola Malaysia adalah pemain Perlis.
11. Saya tengok Beseri ni dok buat muka masam dengan saya...kemudian dia menyebut nama Mat Rawai (bukan Mat Rawi).
12. Begitu lantang memperjuangkan isu Dr MAZA. Dia kata JAIS punyai undang-undang lidah bercabang...
13. Mengungkit tentang program Ihya' Masjid yang beliau pelopori dan kini terhenti... Kalau tak dak bajet takpa, boleh ambik pencen saya untuk bagi kat Exco agama untuk teruskan program ni...
14. Membangkitkan tentan royalti minyak..Perlis pun layak..tak percaya tanya Mat Daud
15. Menyebut nama beberapa orang seperti Faizan (Majlis Perbandaran kangar) dan Mat Daud (Pengarah Tanah). Mamat ni keramat hidup..yang pi dok pindah dia buat apa?
16. Exco Agama sebenarnya tak ada yang layak duduk di situ
17. Menegur Setiausaha Kerajaan Negeri berkaitan isu pertukaran pegawai kerajaan.
18. Saya pernah pi bagi buah mempelam dekat Setiausaha Kerajaan. Dekat MB pun saya bagai...
19. Adun Pauh saya lihat terpinggir.
20. Beberapa kali memanggil Adun Sanglang dengan panggilan Iraq. (Ustaz Hashim dulu belajar di Iraq)
21. Adun Simpang Empat dulu masa dok dalam Umno dia baik. La ni dok dalam PAS dah lain pula.
22. Dia kata PAS ni depan kita cakap cukup baik tapi di belakang puak-puak ni keras kepala.
23.Macam biasa.. dia tetap menyebut tentang ceramah PAS di MADI..PAS ni kerja dok mengata kat orang...
24. Sekolah PAS di Jejawi tu bukan kita tak mahu bagi bantuan tapi buang la nama PAS.. Boh nama Sekolah Rendah Hashim Jasin pun tak pa...
25. MB Perlis bersama puak-puak dia ada buat keputusan yang silap-silap hangpa ni boleh masuk dalam. Kena ingat, saya bukan tak boleh nak pi kacau, hari-hari pun saya boleh pi SPRM..
26. Menyebut juga tentang Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi dan Anwar Ibrahim....
27. Shahidan kata dia saya kat PAS tapi sayang sebab PAS dok pi kawan dengan DAP.. DAP ni parti perkauman..mirip PAP di Singapura...
28. Ni paling best : (satu pengakuan tentang kehebatan PAS)... Berkaitan program Ihya' Masjid yang dijawab Exco terhenti kerana tiada bajet.... Shahidan kata PAS buat program bulkan payah tunggu ada duit pun... PAS ni kalau ada 5 orang pun dia buat ceramah macam ada 30 ribu orang...

Banyak lagi la yang dia dok merapu dalam ucapan lebih 2 jam. Kira sapu keliling la...Lepas dia "taruk cukup-cukup", esoknya dia hilang ke Laos... (Baca di sini)

2 comments:

Anak Perelih said...

Lain kali kalau dia bantai orang keliling... tanya dia apa dah jadi kat projek teetree utk buat essential oils di batu 9 berseri tu...?? dengaq habaq RM5 juta hilang kat dia.. dan orang MOSTI pun dah tahu... sampai projek tu berhijrah ke Sabah dan nampakgaya akan berjaya di Sabah....

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=1101&pub=Utusan_Express&sec=Discoveries&pg=di_01.htm

dan mana pi elaun JKKK zaman dia dulu yang JKKK hanya dapat RM100 /rm200 hanya bila ada meeting padahal sepatutnya rm100 sebulan seperti yang jkkk dapat sekarang... sebab tu puak puak UMNO ni dok gaduh nak jadi JKKK.. dulu dapat sikit... la ni dapat banyak

ADUN kola duduk di Kola.. takkan tak kenai JKKK di Kola kut..??? nampak sangat Bang Dan ni kaki pembohong

refah00 said...

Hebat juga dia ni.Tak jadi MB pun garang lagi.Sebab apa dia pertahan sangat Asri tu?