Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Saturday, August 29, 2009

Tahniah Ketua DPP Perlis

Seluruh Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Perlis mengucapkan tahniah kepada Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman yang baru sahaja menimang cahaya mata yang ke lima malam kelmarin.

Isteri beliau, Ustazah Shalimaz Ismail melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.7 kg di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar kira-kira jam 10 malam.

Thursday, August 27, 2009

Hantar memo bantah 'ceramah' ustaz - Sinar Harian

Kangar - Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) secara rasmi membantah dan mengecam tindakan seorang ustaz yang di dakwa mengeluarkan kenyataan yang dianggap mengelirukan dan bernaur hasutan ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Alwi Kangar pada 17 Ogos lalu.


Sehubungan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis, Ya'akub Abu Seman menghantar memorandum bantahan melibatkan isu berkenaan.


Menurutnya, tindakan bantahan itu dilakukan kerana ia melanggar etika kesucian agama Islam sehingga sanggup menghukum amalan bertahlil dan solat hajat perdana adalah bida'ah dan maksiat.


"Kenyataan yang dikeluarkan oleh ustaz tersebut adalah satu perbuatan yang salah di sisi agama Islam di Malaysia khususnya di Perlis".


"Bagi mengutarakan masalah ini dengan lebih lanjut agar ia tidak lagi berulang, kami mengambil langkah menghantar memorandum bantahan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


Memorantum tersebut dihantar oleh Ya'akub sendiri kepada Jabatan Mufti Negeri Perlis dan juga Exco Agama Islam dan Pembangunan Hadhari Kerajaan Negeri Perlis, Jafperi Othman.


Memorandum yang dihantar ke Jabatan Mufti diterima oleh Timbalan Mufti, Mohd Yazid Saad manakala memorandum kepada Jafperi di terima oleh pembantunya kerana beliau tiada di pejabat.


Dalam ceramah yang disampaikan oleh ustaz terbabit, beliau dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa solat hajat perdana yang di anjurkan tidak disuruh dan di anjurkan oleh Rasulullah SAW, maka perbuatan tersebut sama seperti orang yang berpesta dangdut di kelab malam.


Pendedahan dibuat hasil daripada ketidakpuasan hati ahli kariah Masjid Alwi yang hadir pada malam tersebut.


Hasil daripada tinjauan wakil DPPNPs yang pergi ke Masjid Alwi untuk mendapatkan ulasan balas daripada ahli jawatankuasa masjid dan ahli kariah, mereka sangat marah dan kecewa dengan tindakan tersebut.


Ya'akub berkata, DPPNPs melihat kejadian ini adalah natijah daripada membincangkan perkara 'furuk' secara keterlaluan sehingga terlupa pada adab dan etika dalam membincangkannya.


Menurutnya, DPPNPs begitu risau dengan fenomena ini yang mana pada pendirian DPPNPs perkara ini lebih mendorong kepada berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam dan bukannya penyatuan dan pemurnian agama Islam.

MEMORANDUM MEMBANTAH CERAMAH YANG MENGELIRUKAN DAN BERBAUR HASUTAN OLEH USTAZ MOHD ASRI BIN SOBRI

Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) secara rasmi membantah dan mengecam tindakan Ustaz Mohd Asri Bin Sobri yang mengeluarkan kenyataan yang di anggap mengelirukan dan dan berbaur hasutan ketika menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Alwi Kangar pada hari Isnin bersamaan 17 Ogos 2009.


Pendedahan di buat hasil daripada ketidakpuasan hati ahli qariah Masjid Alwi yang hadir pada malam tersebut. Ustaz tersebut begitu berani mengeluarkan kata-kata keras sehingga mengelirukan dan menghina agama Islam yang suci. Antara kata-kata yang di keluarkan adalah :


1. Solat hajat perdana yang dianjurkan, tidak di suruh dan dilakukan oleh Rasulullah SAW. Maka amalan tersebut sama seperti orang yang berpesta dangdut di kelab malam.

2. Amalan bertahlil dalam masjid adalah bida’ah dan maksiat. Dosanya lebih besar daripada dosa berzina di dalam masjid.

3. Mengecam golongan Islam Iran sehingga menganggap Yahudi lebih baik daripada golongan Islam Iran


DPPNPs merasakan bahawa kenyataan yang di keluarkan oleh ustaz tersebut adalah satu perbuatan yang salah di sisi agama Islam dan budaya masyarakat Islam di Malaysia khususnya di Perlis. Kata-kata tersebut menyebabkan masyarakat Islam begitu marah. Hasil daripada tinjauan wakil DPPNPs yang pergi ke Masjid Alwi untuk mendapatkan ulasan balas daripada AJK Masjid dan ahli qariah, mereka sangat marah dan kecewa dengan tindakan tersebut. Selain itu, mereka begitu terkejut dengan tindakan ustaz terbabit yang tidak menghormati dan menjaga kesucian agama Islam sehingga sanggup menghukum amalan bertahlil dan solat hajat perdana sebegitu rupa.


DPPNPs melihat kejadian ini adalah natijah daripada membincangkan perkara-perkara “furuk” secara keterlaluan sehingga terlupa pada adab dan etika dalam membincangkannya. DPPNPs begitu risau dengan fenomena ini yang mana pada pendirian DPPNPs perkara ini lebih mendorong kepada berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam dan bukannya penyatuan dan pemurnian agama Islam seperti yang di gembar-gemburkan.


Ulama terdahulu telah menetapkan kaedah dalam membincangkan perkara furuk agar tidak menjadi fitnah kepada agama Islam itu sendiri. Perbuatan menghukum secara keras amalan-amalan yang ada sandaran Al Quran, Hadis hanya akan menyebabkan berlakunya kekeliruan di kalangan umat Islam.


DPPNPs berpandangan bahawa terdapat perkara lain yang sewajarnya di berikan perhatian iaitu masalah gejala sosial di kalangan remaja yang kian membimbangkan. Melihat kepada situasi yang ada pada hari ini, ramai di kalangan umat Islam khususnya orang Melayu terlibat dalam gejala-yang tidak bermoral. Mengikut statistik Bahagian Hal Ehwal Awam, Bukit Aman, ada terdapat 265 gadis bawah umur lari mengikut kekasih. Sementara itu, dalam tempoh 20 tahun sehingga 1999, jumlah penagih dadah menjangkau sebanyak 240,000. Kes juvana pula semakin membimbangkan. Dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998, kadar jenayah yang membabitkan remaja lelaki meningkat sebanyak 35 peratus, manakala remaja perempuan meningkat sebanyak 25 peratus.


Lebih dari 60 peratus remaja atau belia yang terlibat dalam gejala tidak bermoral adalah dari anak bangsa Melayu yang mana pada masa ini anak muda Melayu masih berjaya memegang rekod peningkatan gejala sosial yang tertinggi sejak 50 tahun yang lalu. Sebut apa sahaja kesnya, bunuh, dadah, bohsia, mat rempit, zina, buang anak, mencuri, bergaduh dan sebagainya, anak muda Melayulah yang menjuarainya.
Justeru, DPPNPs berperdirian bahawa masalah gejala sosial inilah yang sepatutnya di beri perhatian sewajarnya. Masalah ini mestilah di cegah kerana golongan remaja adalah aset masa depan negara. Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Barang siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan (kuasa), jika ia tidak mampu hendaklah di ubah dengan lidahnya (lisannya), jika ia tidak mampu hendaklah ia mengubah dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman .”


DPPNPs menggesa kepada badan-badan berkaitan terutama Majlis Agama Islam Negeri Perlis (MAIPs), Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) dan Jabatan Mufti serta Exco Agama Kerajaan Negeri Perlis mengambil tindakan yang sewajarnya kepada ustaz berkenaan agar kejadian seumpama ini tidak berulang lagi di masa hadapan.


Sesungguhnya DPPNPs akan terus konsisten menentang segala tindakan yang boleh mengelirukan kefahaman umat Islam khususnya di negeri Perlis. Kami juga akan terus konsisten melaksanakan amar maaruf nahi mungkar dan sanggup bekerjasama dengan semua pihak dalam menjaga dan menyelesaikan kepentingan umat Islam dan ummah sehingga Islam tertegak di atas muka bumi ini.


Sekian, terima kasih.
Ustaz Ya’akub Abu Seman
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis

Wednesday, August 26, 2009

Majoriti berkurangan? Janji menang, BN ditimbus pasir di Permatang Pasir

Buletin Utama TV3 yang mengulas tentang pilihanraya kecil Dun N.11 Permatang Pasir telah (dengan nakalnya) menyebut PAS menang dengan majoriti yang berkurangan. Berita sebegini memang sudah dijangka..

Satu lagi yang lucunya disebut pula punca kurangnya peratusan keluar mengundi disebabkan kebimbangan pengundi tentang penularan wabak H1N1... Mungkin juga.

Tapi hakikatnya, majoriti yang diperolehi calon PAS, Ustaz Salleh Man sebanyak 4551 undi adalah tinggi jika dibandingkan dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 72.78%. Ini kerana hari pengundian jatuh pada hari bekerja. Baca posting di bawah.

Tahun lalu, peratusan keluar mengundi adalah 82.57 % yakni kemerosotan kira-kira 10%. Majoriti yang diperolehi juga merosot sebanyak 882 undi. Biasa la tu, dah peratus keluar mengundi pun kurang... Ceh! Takkan tu punya nak kena ajar....

Mengikut Pengarah PRK Permatang Pasir, Dato' Mahfuz Omar, yang sering mengulangi sekiranya menang satu undi pun sudah dikira menang.

"Ini bermakna, dari 4551 majoriti yang diperolehi bermakna PAS sudah meningkat 4550 peratus mengikut telahan saya," kata beliau berseloroh kepada media pada sidang media terakhir di Markas Induk PRK Dun Permatang Pasir malam tadi.

Kata Mahfuz lagi, ""kemenangan ini menunjukkan bahawa pencapaian yang mereka anggap sebagai kemenangan moral yang diperolehi di Manek Urai telah ditimbus dalam pasir di Permatang Pasir".

PAS kekalkan kerusi Permatang Pasir

KUALA LUMPUR, 25 Ogos:PAS mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi rasmi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mengatasi pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti melebihi 4,551.

Kiraan rasmi menunjukkan PAS mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak selepas pilihan raya umum lebih setahun lalu.

Pilihanraya Kecil DUN N.11 Permatang Pasir 25 ogos 2009

Bilangan pemilih berdaftar :20,290
Jumlah keluar mengundi :14,748 @72.78%
Undi PAS: 9618 (kurang 1306 dari 2008)
Undi BN: 5067 (kurang 504 dari 2008)
Undi rosak: 83
Majoriti PAS: 4551

Pilihanraya Umum ke-2 tahun 2008
Bilangan Pemilih Berdaftar: 20,350
Jumlah keluar mengundi : 16,803 @ 82.57 %
Undi Rosak: 227
PAS: 11,004
BN: 5,571
Majoriti PAS: 5,433
Peratus keluar mengundi: 82.57%

Peratusan Undi PAS
Tahun 2008: 66%
Tahun 2009: 65%

Jumlah keluar mengundi merosot kepada 72.78 peratus daripada 82.57 peratus pada pilihan raya umum yang lalu.

Ceramah agama kontroversi: Pemuda PAS Perlis buat laporan polis

KANGAR - Ekoran kata-kata kontroversi yang menghina Islam dari seorang ustaz yang mengadakan kuliah di Masjid Alwi dekat sini pada 17 Ogos lalu, Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) telah membuat laporan polis.
Laporan dibuat sendiri Ketua DPPPs, Ustaz Ya'akub Abu Seman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar Sabtu lalu terhadap Ustaz Mohd Asri Sobri iaitu bekas pelajar Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) dan pernah bekerja di Jabatan Mufti Negeri Perlis. Beliau sekarang sedang menuntut di sebuah universiti di Timur Tengah cawangan Kuala Lumpur.
Menurut Ustaz Ya'akub, antara kata-kata yang disebut oleh ustaz berkenaan ialah solat hajat perdana adalah bidaah dan maksiat, sama dengan pesta dangdut di kelab malam, orang berzina dalam masjid lebih baik dari orang yang bertahlil dalam masjid dan Yahudi lebih baik dari golongan atau kumpulan Islam di Iran.
Selain itu, beliau juga didakwa mencaci-maki jemaah-jemaah Islam dari seluruh dunia dengan mengatakan bahawa mereka adalah sesat.
Jelas Ustaz Ya'akub lagi, selepas kuliah tersebut beliau banyak menerima panggilan dan SMS dari jemaah yang tidak berpuashati dengan isi kandungan kuliah tersebut dan meminta supaya tindakan diambil.
"Kami berpendirian bahawa kejadian ini merupakan satu penghinaan kepada amalan solat hajat perdana dan berzikir yang di lakukan sejak sekian lama oleh umat Islam. Selain itu, kenyataan yang di keluarkan oleh Ustaz tersebut boleh mengelirukan kefahaman masyarakat tentang agama Islam yang sebenar.
"Kami juga menggesa pihak yang berkaitan menjalankan siasatan segera kepada ustaz tersebut dan diambil tindakan yang sewajarnya kepada beliau. Kami berharap kejadian sebegini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan,"katanya.

Tuesday, August 25, 2009

Malaysian Islamic party urges Ramadan ban on rock band

Malaysia's conservative Islamic party on Monday called for Danish band Michael Learns to Rock to be banned from performing next month, saying it was an insult to Muslims during Ramadan.
The Pan-Malaysian Islamic party (PAS) has campaigned against several foreign performers, and in 2007 threatened protests which forced US singer Beyonce to scrap a planned concert in Malaysia.
"We are opposing this concert because holding it does not respect Muslims as it is the fasting month of Ramadan, a time for holiness and cleanliness," PAS youth wing chief Nasrudin Hassan Tantawi told AFP.
"It is an insult to Islam for the government to allow such a concert to take place and we urge all groups to follow our lead in demanding the concert be banned," he said.
The "Michael Learns to Rock -- Eternity Tour 2009" is set to take place at the Genting Highlands resort north of the capital Kuala Lumpur on September 5, according to promoter Star Planet's website.
A spokesman for the company was not immediately available for comment.
Nasrudin said his party would consider "taking action" if the government did not stop the performance but did not specify what form that would take.
PAS held protests against Canadian rocker Avril Lavigne's concert last year after failing to have it banned, saying her performance would weaken the younger generation "morally and mentally."
A performance by Gwen Stefani was also targeted, and although the event went ahead she was forced to cover up after complaints about her skimpy outfits.

Friday, August 21, 2009

Lawak Antarabangsa

Ini laporan Utsuan Malaysia:

Isu masuk syurga: Transkrip kenyataan Nik Aziz

KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.

Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’
--------------------------------------------

Yang Tok Guru sebut "Islam Plastik" (sebutan Tok Guru masa tu "Islam Palastik". Tapi pemberita yang silap dengar atau tak faham atau tak reti pi tulis "Islam Palastine".


KAH! KAH! KAH! LAWAK ANTARABANGSA SUNGGUH...........

Thursday, August 20, 2009

Anak TPj kembali ke Rahmatullah

Al Fatihah. Fakrul, anak kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Haji Abdul Karim Md Rejab meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya tadi.

Jenazah akan disempurnakan petang ini. Solat jenazah akan diadakan di Surau Taman Melati jam 5.30 petang ini.

Adakah Adun Kota Siputeh tak reti (tak pernah baca) undang-undang?


"If any member of the Legislative Assembly is absent from the Assembly without leave of the Speaker for two consecutive meetings his seat shall become vacant".

Ini adalah perkara 51 yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah yang sekiranya ditafsirkan bermaksud (lebih kurang):

"Sekiranya mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri tidak hadir ke persidangan tanpa kebenaran dari Speaker dua kali berturut-turut, kerusinya hendaklah dikosongkan"

Menurut Speaker DUN Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, perkara 51 ini adalah jelas dan tidak perlu seorang lulusan undang-undang untuk mentafsirkannya.

"Undang-undang ini adalah decisive. Bagi saya undang-undang ini begitu jelas dan tegas sehingga tiada ruang untuk budibicara.

"Begitu juga, setiap Ahli Dewan telah dibekalkan dengan satu salinan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri serta peraturan dewan yang sepatutnya mereka baca dan fahami. Perkara sedemikian tidak sepatutnya terjadi kepada Adun Kota Siputeh ini kerana dia adalah seorang Adun yang veteran yang telah empat penggal menjadi Ahli Dewan" ujar beliau.

Dalam kes ini, kemungkinan besar Abu Hassan tak pernah pun membaca undang-undang tersebut. Dengar katanya, bila ditanya dia kata, "Aalaaah tiga kali la baru kosong".

Adun Kota Siputeh: Penjelasan Speaker DUN Kedah


ALOR SETAR- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Dato' Abu Hasan Sarif tidak pernah memaklumkan kepada Speaker DUN, Dato' Dr. Abdul Isa Ismail atau pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tentang ketidakhadiran beliau ke sidang DUn yang diadakan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan juga tidak hadir pada Sidang Dewan pada 19 April lalu bermakna dia tidak hadir dua kali bertutut-turut.

Menurut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir ke mesyuarat dewan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, maka kerusinya hendaklah dikosongkan.

Menurut Dr Abdul Isa, Abu Hassan hanya memaklumkan perkara demikian kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Mahdzir Khalid melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, Abu Hassan memperolehi sijil cuti sakit dar sebuah klinik swasta di Jitra pada 9 hingga 10 Ogos dan dimaklumkan kepada melalui surat bertarikh 10 Ogos dan difakskan ke pejabat Speaker pada 12 Ogos.

"Sebaliknya, saya hanya mendapat makluman dari beliau melalui surat yang bertarikh 10 Ogos yakni sehari selepas sidang dewan dan difakskan pada 12 Ogos. Beliau sendiri hadir menyerahkan surat yang asal pada 16 Ogos.

"Yang peliknya, dalam surat beliau menyebut dia dia sakit, dia tak beritahu saya tapi dia hantar SMS kepada Ketua Pembangkang. Dia boleh hantar SMS kepada Mahdzir tapi tak boleh bagitau saya.

"Kalau saya tak ada pun, dia boleh menghubungi pejabat. Beliau bukannya orang baru tapi telah menjadi Adun selama empat penggal. Ketua Pembangkang juga tidak memaklumkan kepada saya,"jelasnya kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Abdul Isa menyatakan pada hari dewan bersidang, terdapat seorang lagi ahli dewan iaitu Suraya Yaakob (BN-Sungai Tiang) yang tidak hadir tetapi telah mengemukakan surat kebenaran untuk tidak mengahiri sidang kerana berada di luar negara.

"Saya telah meluluskannya dan juga membuat pengumuman semasa sidang dewan bermula. Bagaimanapun, Adun Kota Siputeh tidak mengemukakan sebarang surat. Perkara ini tak sepatutnya terjadi memandangkan dia adalah seorang Adun yang veteran.

"Begitu juga, setiap ahli dewan telahpun dibekalkan dengan satu salinan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Peraturan-peraturan Dewan yang seharusnya mereka baca dan fahami," ujarnya.

Selain itu, Dr Abdul Isa telahpun menghantar surat kepada Abu Hassan menjelaskan kesalahan yang telah dilakukannya selain menghantar surat makluman kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertarikh 17 Ogos berkaitan kekosongan kerusi tersebut mengikut undang-undang yang ada.

"SPR juga telah memberi maklum-balas melalui surat bertarikh 19 Ogos menyatakan perkara ini telah dipanjangkan kepada SPR Pusat.

"Bagi perkara ini, saya berharap agar pihak SPR mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan," katanya lagi.

Wednesday, August 19, 2009

Umno dah lama jadi pengkhianat bangsa dan agama

Umno/BN dah lama jadi pengkhianat bangsa Melayu dan Islam, kata aktivis politik veteran, Wan Khazim Wan Din.

Dalam pertemuan di rumahnya di Kampung Bawah Bukit, Chuping baru-baru ini, Pak Wan menyebut beberapa pengkhianatan yang dibuat oleh Umno/BN:

1. Dari awal kemerdekaan Malaya lagi pemimpin Umno dah khianat iaitu dengan menyerahkan Singapura untuk menjadi sebuah negara yang bebas. Kesannya, orang Melayu Singapura kini sudah hilang identiti. (Kata Pak Wan: Siapa yang buat? Pemimpin Umno!!! Kenapa jadi begini? Sebab ahli-ahli Umno tak pernah membantah apa yang pemimpin depa buat).

2. Bila Khir Johari hapuskan tulisan Jawi. Kesannya hingga kini anak-anak Melayu bukan saja buta jawi malahan buta AL-Quran. Natijahnya, bila buta Al-Quran, buta agama, pelbagai penyakit sosial menular di dalam masyarakat. (Kata Pak Wan: Siapa yang buat? Pemimpin Umno!!! Kenapa jadi begini? Sebab ahli-ahli Umno tak pernah membantah apa yang pemimpin depa buat)

3. Umno kata Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa dan agama? Siapa yang hapuskan bantuan Sekolah Agama Rakyat? (Kata Pak Wan: Siapa yang buat? Pemimpin Umno!!! Kenapa jadi begini? Sebab ahli-ahli Umno tak pernah membantah apa yang pemimpin depa buat)

4. Buat pertandingan al-Quran... Siapa yang mula? Dari mana datang nasnya ? (Pak Wan cabar siapa-siapa yang boleh bawa nas). Bila orang masuk pertandingan, nawaitu dia nak menang dan dapat hadiah... bukankah al-Quran itu udang-undang Allah.. Umno ajar permainkan undang-undang Allah..Kenapa undang-undang Malaysia (perlembagaan) tak dipertandingkan siapa yang boleh baca sedap???).. (Kata Pak Wan: Siapa yang buat? Pemimpin Umno!!! Kenapa jadi begini? Sebab ahli-ahli Umno tak pernah membantah apa yang pemimpin depa buat)

5. Siapa yang bunuh guru agama di Memali? (Kata Pak Wan: Siapa yang buat? Pemimpin Umno!!! Kenapa jadi begini? Sebab ahli-ahli Umno tak pernah membantah apa yang pemimpin depa buat)

6. Di kampung-kampung berlaku diskriminasi pengagihan peruntukan kerajaan. Contoh: Jalan mini tar... rumah orang Umno dapat, rumah orang PAS tak dapat.... Orang PAS jumpa JKKK Umno minta sign untuk bantuan buku teks anak sekolah, JKKK tak mau sign... (Kata Pak Wan: Siapa yang buat? Pemimpin Umno!!! Kenapa jadi begini? Sebab ahli-ahli Umno tak pernah membantah apa yang pemimpin depa buat).

7. Peruntukan PPRT diselewengkan...Siapa yang bertanggungjawa dan kenapa tidak dibicarakan? (Kata Pak Wan: Siapa yang buat? Pemimpin Umno!!! Kenapa jadi begini? Sebab ahli-ahli Umno tak pernah membantah apa yang pemimpin depa buat).

8. Raja-raja Melayu adalah penaung dan pelindung agama... Siapakah yang bertanggungjawab menarik balik imuniti Raja-raja? Lepas tu buat macam-macam pendedahan dan mengeji raja-raja.. (Kata Pak Wan: Siapa yang buat? Pemimpin Umno!!! Kenapa jadi begini? Sebab ahli-ahli Umno tak pernah membantah apa yang pemimpin depa buat)

9. Sebut Yahudi...orang Malayu benci!!! Tapi Najib dan Zahid Hamidi pergi jumpa pemimpin Israel.... (Kata Pak Wan: Siapa yang buat? Pemimpin Umno!!! Kenapa jadi begini? Sebab ahli-ahli Umno tak pernah membantah apa yang pemimpin depa buat)

Akhir sekali, menyentuh tentang isu mengatakan Anwar Ibrahim pengkhianat, kata Pak Wan Khazim: "Saya nak tanya Anwar, kalaulah sekumpulan anjing sedang menyalak, apa yang dia nak buat?

Foto dari Permatang Pasir

Naib Presiden, YB Salahudin Ayub membonceng motosikal untuk berkempen

Sidang Media harian (hari pertama)

Pimpinan Pakatan Rakyat di hari penamaan calon

Beginilah nasib seorang Ahli Parlimen... Gobalakrishnan di gari dan dikoyakkan seluarnya

Gobi dicekup polis

Tok Guru jumpa Samy

MB Selangor dan Pengarah Pilihanraya PAS di pusat penamaan calon

Ustaz Riduan memberikan kata-kata semangat kepada penyokong

Thursday, August 13, 2009

Jom Gempur UPU Tanah Liat....

PAS Perlis telah diamanahkan untuk bertugas di UPU Tanah Liat dalam Pilihanraya Kecil DUN N.11 Permatang Pasir.

Bersama-sama PAS Perlis di UPU Tanah Liat ialah PAS Wilayah Persekutuan dan PAS Kawasan Batu Kawan.

Kontinjen pertama PAS Perlis akan berangkat ke sana esok didahului oleh petugas dari Kawasan Padang Besar.

Jom Gempur UPU Tanah Liat dan tumbangkan lagi Umno/BN.....

Wednesday, August 12, 2009

Inikah wajah pembela Islam??

Baca di sini

Islam tidak halang hiburan

JEJAWI - Bentuk hiburan yang terbatas yang boleh mendidik dan menghidupkan jiwa, yang mengajak manusia berfikir, yang memberikan maklumat serta menjernihkan hati adalah dibenarkan oleh syarak.

"Ini dibuktikan melalui sirah Nabi S.a.w ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah, bilamana baginda tidak menghalang penduduk Madinah menyanyikan Talaal badru 'alaina ketika menyambut baginda," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Pentas Pemuda anjuran Dewan Pemuda PAS Perlis di Dataran MADI di sini 3 Ogos lalu.

Turut serta dalam program tersebut, Renggo iaitu bekas vokalis kumpulan Arrow yang telah menyampaikan beberapa buah lagu.

Menurut Nasruddin, Nabi s.a.w bukan saja terbuka sikapnya tapi membenarkan hiburan bagi menghidupkan suasana gembira dan segar agar tidak berjuang dalam suasana yang duka dan resah gelisah.

"Islam datang membataskan muzik dan hiburan agar tidak menjurus ke arah maksiat dan mungkar seperti lagu-lagu yang memuja nafsu, memuja arak dan memuja perkara-perkara mungkar yang diharamkan oleh syarak.

"Maka lagu-lagu seperti itu dibenci dan diharamkan oleh Islam. Tahniah kepada saudara
Renggo yang telah berjaya menampilkan satu hiburan yg dibenarkan syarak dan sekaligus menjawab tohmahan musuh bahawa Islam ini agama primitif yang tidak membenarkan sebarang bentuk hiburan sehingga anak-anak muda takut mendekati PAS.

"Menyertai perjuangan ini tidak menghalang kita melakukan aktiviti-aktiviti biasa dalam kehidupan, tinggal lagi yang dihalang oleh Islam ialah perkara-perkara yang boleh menjurus kita melakukan mungkar dan maksiat," katanya

Monday, August 10, 2009

PRK Permatang Pasir: Penamaan calon 17 Ogos, mengundi 25 Ogos


Dari Malaysiakini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir jatuhnya pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pilihanraya kecil kelapan ini dipanggil susulan kematian wakil rakyatnya, satu-satunya ADUN PAS di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir - satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno

JOM PAKAT PI TUJUH KOSONGKAN UMNO/BN

Lawatan Kerja Ketua DPP Pusat ke Perlis

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi telah mengadakan lawatan kerja ke Perlis pada 3 Ogos lalu. Pelbagai aturcara disusun untuk beliau sepanjang hari.

Lawatan ke Pasti Al-Fajar, Arau. Menerima cenderahati dari Cikgu Halimah

Lawatan ke MADI. Berbual dengan Timbalan Mudir, Ustaz Zolkharnain dan Penolong Kanan, Azmal Zaid

Melawat Sekolah Rendah ISlam Al- Furqan

Menyampaikan ucapan kepada guru dan murid
Sekola Rendah Islam At-Taqwa, Beseri

Kenduri Rakyat di Teluk Kachang

Pelancaran Persatuan Usia Emas (Pesuma) Dun Simpang Empat

Pertemuan Ukhwah dengan pimpinan pemuda negeri dan kawasan

Berceramah di Dataran MADI

Friday, August 07, 2009

Ceramah Ijtimak PAS Kawasan Kangar

Gula Oh Gula....


Senario 1:

23.8 tan gula dirampas

Pemilik gudang sorok stok hampir separuh keperluan Perlis

KANGAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri merampas 23.8 tan gula pasir bernilai lebih RM32,000 dalam satu serbuan di sebuah gudang di Jejawi, dekat sini, petang kelmarin.

Semua stok yang menyamai hampir separuh daripada keperluan gula harian seluruh negeri itu, dirampas selepas dikesan cuba disorokkan pemilik gudang berkenaan dipercayai sejak beberapa hari lalu

Perlis setiap hari memerlukan antara 50 hingga 60 tan bekalan gula pasir untuk memenuhi keperluan isi rumah harian seluruh negeri. (Baca selanjutnya)

--------------------------------------------

Senario 2:

GULA : Eishh Last Pengguna Jugak Di Salahkan...

Sikap panik pengguna jejaskan bekalan

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Sikap panik pengguna yang membeli gula secara berlebihan merupakan antara punca bekalan bahan tersebut terjejas di pasaran.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, tindakan itu juga secara tidak langsung memberi kesempatan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyorok bekalan gula dan mengaut keuntungan dengan menaikkan harga.

"Oleh itu pengguna perlu bijak dan tidak terikut dengan tindakan membeli gula secara berlebihan.

"Jika tidak, mereka hanya akan diperalat oleh orang tengah yang cuba mengaut keuntungan mudah dengan mengambil kesempatan di atas kekalutan pengguna sendiri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. (Baca selanjutnya)
-------------------------------------------
Senario 3
Gula 'hilang' di tengah jalan
KANGAR: Isu kekurangan bekalan gula pasir tidak sepatutnya timbul terutama di Perlis, melainkan jika stok yang dibekalkan kilang 'hilang' di tengah jalan, kata Pengerusi Koperasi Gula Perlis (KGP), Shukor Sultan.
Malah, Shukor berkata 'kehilangan' stok gula di pasaran dipercayai mempunyai kaitan besar dengan aktiviti penyeludupan yang sudah sekian lama wujud terutama di negeri sempadan seperti Perlis.
Selain itu, katanya, kumpulan pemborong juga turut memainkan peranan besar dalam mengagihkan bekalan diterima, sekali gus mengawal jumlah stok gula di pasaran.
--------------------------------------------
Senario 4
Penyeludupan punca bekalan kurang di Perlis
PADANG BESAR: Aktiviti penyeludupan bukan punca utama Perlis berdepan situasi kekurangan bekalan gula pasir, kata Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Penguatkuasaan negeri, Mat Rawi Kassim.
Beliau berkata, walaupun aktiviti penyeludupan berlaku di sempadan Malaysia-Thailand termasuk di Perlis sejak sekian lama, namun ia bukan faktor utama yang menyumbang kepada isu kekurangan bekalan gula.
"Ini terbukti apabila tinjauan penguatkuasaan selama lebih sejam di pintu masuk sempadan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di sini, mendapati tiada sebarang cubaan menyeludup gula dikesan. (Baca selanjutnya)
---------------------------------
Aku nak percaya hak mana satu tah??
Yang pasti gula payah nak dapat....

Wednesday, August 05, 2009

Demonstrasi, Demokrasi dan Dia Mau Kerusi


Kenapa berDEMONSTRASI?

Kerana rakyat melihat DEMOKRASI sudah mati !!

Sebabnya? DIA MAHU KERUSI !!

Sampai sanggup usung Speaker dan kerusinya sekali

Tapi kuasa rakyat yang tentukan kerusi milik siapa...
Jangan sampai rakyat baling kerusi sudah.....

JOM PAKAT BERUBAH.....

Tuesday, August 04, 2009

Cartoon: ISA vs AS1



Hero Perlis....

Foto ini diambil yang dari Malaysiakini menunujukkan Bendahari PAS Kangar, Haji Adnan Din (Cikgu Nan) - [tengah] bersama anak-anaknya termasuk Yusmin dan Yusrin, Pegawai Khas MB Kedah (kanan) sedang diangkut naik trak polis semasa himpunan aman masuh ISA di Kuala Lumpur, 1 Ogos lalu.

Bila ditunjukkan foto ini kepada Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin... Komen beliau: "Cikgu Nan Hero Perlis..."