Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, September 16, 2008

Syukur dan terima kasih untuk semua - Ustaz Hashim

KANGAR, 16 Sept - Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin mengucapakan syukur ke hadrat Allah swt selepas diisytiharkan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai pemenang untuk kerusi Dun Sanglang dalam pilihan raya lalu.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak mahkamah yang telah memulangkan semula kerusi Dun Sanglang kepada yang berhak iaitu PAS.

"Dari awal lagi kita sudah berkeyakinan untuk memenangi petisyen ini, walau bagaimanapun ditolak oleh mahkamah pilihanraya di Kangar dulu.

"Apapun syukur kepada Allah dan terima kasih kerana mahkamah memulangkan semula hak kepada yang pihak berhak," ujarnya.

Selain itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan, ahli-ahli dan penyokong PAS serta para sahabat yang tidak putus-putus menyatakan sokongan dan mendoakan kemenangan dalam petisyen pilihanraya tersebut.

"Tak lupa juga saya ucapakan terima kasih kepada barisan peguam kita yang diketuai saudara Hanipa Maidin. Mereka telah bertungkus-lumus sehingga berjaya.

"Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli PAS yag sentiasa bersedia di mana-mana jua untuk digerakkan sekiranya berlaku pilihanraya kecil di Dun Sanglang," katanya lagi.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa PAS Perlis akan mengadakan majlis kesyukuran sempenan kemenangan ini dan tarikhnya akan diumumkan kelak.

Dalam pada itu, Ustaz Hashim hari ini tidak putus-putus menerima ucapan tahniah.

Dalam masa sejam sahaja selepas mendapat makluman berkenaan, telefon bimbitnya tida putus-putus berbunyi samada mendapat panggilan atau menerima SMS sehinggakan telefonnya terpaksa dicaj semula.

Begitu juga telefon di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perlis tidak putus-putus berdering kerana ramai yang mahu mengucapkan tanhiah ataupun ada juga yangbertanyakan kesahihan berita tersebut.

Antara yang turut menghubunginya mengucapkan tahniah ialah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, selai pimpinan PAS/Pakatan Rakyat yang lain.

Begitu juga khabar gembira ini turut mendapat perhatian masyarakat bukan Islam yang turut menghubungi beliau atau pimpinan PAS Perlis yang lain.

No comments: