Kakitangan kerajaan dan swasta akan berbondong-bondong datang mengambilnya
Sampai licin........ 2 bungkus saja no... Ingat orang belakang sama
KANGAR – Tradisi penyediaan bubur lambuk sempena bulan Ramadan diteruskan pada tahun ini oleh Badan Perhubungan PAS Perlis.
Sebuah hadis yang bermaksud "Barangsiapa yang memberi makanan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, maka pahalanya seumpama orang yang berpuasa itu tanpa berkurang sedikitpun" dijadikan iktibar untuk mejayakan program ini.
Justeru, Jabatan Khidmat Masyarakat (JKM) PAS Perlis dengan kerjasama kakitangan pejabat Badan Perhubungan PAS Perlis menyediakan bubur lambuk untuk orang ramai sebagai juadah berbuka puasa setiap hari sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Menurut PengarahJKM PAS Perlis, Abdul Karim Md Rejab, program tahunan ini telah berlangsung selama tujuh tahun dan kira-kira 600 bungkus bubur lambuk diedarkan setiap hari.
"Kita mengambil fadhilat Ramadan untuk sama-sama menyediakan makanan untuk umat Islam berbuka puasa," katanya.
Bubur lambuk dengan resepi "Kampung Baru" ini dimasak setiap hari bermula jam 10.30 pagi di perkarangan pejabat perhubungan negeri menggunakan tiga buah periuk besar.
Ianya mula diedarkan kepada orang ramai mulai jam 2.00 petang.
"Sambutan orang ramai terutamanya kakitangan kerajaan dan swasta amat memberangsangkan. Setiap hari bubur yang disediakan habis dalam masa yang singkat," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment