Alamat Baru Kami

Saturday, November 24, 2012
Friday, September 28, 2012
Friday, September 21, 2012
Demonstrasi Bantah Penghinaan Nabi SAW

KANGAR - Laungan takbir dan kutukan "Laknat Nakoula", "Laknat Yahudi" bergema di perkarangan Masjid Putra dekat sini sebagi tanda protes umat Islam di negeri Perlis ke atas penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. melalui penerbitan filem Innocence of Muslims.
Himpunan aman ini yang diterajui oleh Dewan Ulama PAS Perlis ini bermula sejurus para jemaah selesai menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.
Perhimpunan bermula dengan ucapan ringkas oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman sebelum ucapan penuh bersemangat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir.
Dalam ucapannya, Mohd Anuar mengajak umat Islam di negeri Perlis bersatu hati untuk menetang sebarang penghinaan terhadap Rasul Junjungan yang dimuliakan oleh Allah.
"Banyak bentuk penghinaan terhadap Islam yang sebelum ini kita bersabat. Kita tak buat apa bila orang hina janggut Nabi, kita juga bersabar bila ada orang baling kasut dalam masjid, tapi hari ini marilah kita seluruh umat Islam bangun menentang penghinaan terhadap Nabi s.a.w melalui penerbitan filem ini.
"Kita mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan laknat oleh penulis dan penerbit filem ini ,Nakoula Basseley Nakoula," demikian antara kata-kata yang diucapkan beliau pada perhimpunan itu.
Perhimpunan ini turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Rus'sele Eizan, Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob serta pimpinan KeADILan negeri Perlis.
PAS Perlis desak Sidang Khas DUN
Dalam pada itu, ekoran bantahan umat Islam di seluruh dunia seperti ini, PAS Perlis mendesak Dewan Undangan Negeri Perlis untuk mengadakan sidang khas berkaitan isu berkenaan.
"Banyak bentuk penghinaan terhadap Islam yang sebelum ini kita bersabat. Kita tak buat apa bila orang hina janggut Nabi, kita juga bersabar bila ada orang baling kasut dalam masjid, tapi hari ini marilah kita seluruh umat Islam bangun menentang penghinaan terhadap Nabi s.a.w melalui penerbitan filem ini.
"Kita mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan laknat oleh penulis dan penerbit filem ini ,Nakoula Basseley Nakoula," demikian antara kata-kata yang diucapkan beliau pada perhimpunan itu.
Perhimpunan ini turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Rus'sele Eizan, Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob serta pimpinan KeADILan negeri Perlis.
PAS Perlis desak Sidang Khas DUN
Dalam pada itu, ekoran bantahan umat Islam di seluruh dunia seperti ini, PAS Perlis mendesak Dewan Undangan Negeri Perlis untuk mengadakan sidang khas berkaitan isu berkenaan.
Menurut Mohd Anuar, sidang khas DUN Perlis ini perlu diadakan untuk mengambil ketetapan mengutuk perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini.
"Kita minta sidang ini diadakan sebagai satu tanda bahawa ini adalah kemuncak kepada kemarahan umat Islam khususnya di negeri Perlis dan sebagai satu tanda kesatuan umat Islam di negeri ini yang menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk penghinaan terhadap Nabi s.a.w mahupun terhadap Islam itu sendiri," jelasnya.
Mohd Anuar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat juga meyarankan kepada PAS supaya mendesak parlimen Malaysia untuk mengadakan sidang bagi tujuan yang sama.
"Dijangkakan parlimen akan bersidang tidak lama lagi, maka perlu juga dibuat satu ketetapan yang sama di parlimen nanti," katanya.
Friday, August 24, 2012
Thursday, August 16, 2012
Wednesday, July 25, 2012
Bersih sah, tindakan kasar kerajaan pula haram
Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak sepatutnya menghukum Bersih sebagai haram hanya kerana ia adalah pertubuhan yang tidak selari dengan selera kerajaan serta bersuara bagi pihak rakyat seluruhnya.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik keputusan mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lalu bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) adalah sebuah pertubuhan haram.

Katanya, keputusan itu menjadi bukti bahawa tindakan kerajaan yang menghukum dan mengasari peserta perhimpunan Bersih adalah salah.
“Ternyata kerajaan silap apabila menghukum entiti yang memperjuangkan nilai demokrasi yang sebenar dan menafikan suara rakyat yang dambakan kebebasan, keadilan dan ketelusan di negara ini.
Beliau menegaskan, Bersih berjaya membuktikan bahawa ia adalah pertubuhan yang sah dan tidak menyalahi undang-undang malah, tindakan yang dilakukan oleh Bersih juga mematuhi undang-undang negara.
Tambahan lagi, katanya semua perhimpunan Bersih yang dianjurkan sebanyak tiga kali juga tidak menyalahi undang-undang serta pesertanya juga bertindak di dalam batasan undang-undang negara.
Sehubungan itu, katanya DPPM mengingatkan kerajaan bahawa sikap ‘serkap jarang’ atau menghukum sebelum diputuskan bersalah adalah tindakan yang tidak wajar.
“Kerajaan perlu belajar dari kesilapan ini dengan memohon maaf kepada Bersih serta seluruh peserta perhimpunan Bersih di atas tindakan kasar, ganas dan keterlaluan yang dilakukan oleh pihak keselamatan dalam perhimpunan Bersih sebelum ini,” ujarnya lagi.
Saturday, July 21, 2012
Wednesday, July 04, 2012
Wednesday, June 27, 2012
Tidak perlu takut tinggalkan Umno - Tamrin
BESERI: Veteran Umno yang juga anak bekas Timbalan Perdana
Menteri, Tamrin Tun Ghafar berkata ahli-ahli Umno tidak perlu takut untuk
meninggalkan parti itu kerana pimpinan parti itu telah lari dari matlamat asal
perjuangan mereka.
Tamrin berucap di Himpunan Hijau Perlis |
Berucap di program Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Perlis 22 Jun
lalu, beliau berkata Umno ditubuhkan untuk berjuang demi rakyat tetapi selepas
lebih 54 tahun Umno dan BN memerintah negara ini, rakyat telah
diperkotak-katikkan, ditipu dan diperbodohkan.
"Ahli Umno tak perlulah takut dan tak berdosapun kalau tinggal Umno tu.
Kita jangan fikir dunia saja, akhirat pun kena fikir sama," kata Tamri
yang masih menjadi ahli Umno tetapi tidak bersama-sama dengan pimpinan Umno
sekarang itu.
"Kalau ada orang
Umno dalam majlis ini, fikir baik-baiklah sebab kita berjuang untuk rakyat. Kalau
pemimpin kita menipu rakyat adakah kita nak terus sokong? Jawablah esok di padang mahsyar.
"Kita ni dah berumur dah, bila-bila masa saja (boleh dipanggil Allah).
Bertaubatlah, cukuplah. Tak payahlah kita ni fanatik sangat dalam nak
sokong pemimpin, kalau pemimpin betul kita sokong,"katanya.
Program Himpunan Hijau tersebut diadakan di Markas PAS Paya dekat sini dan
dihadiri lebih 5000 orang.
Tuesday, June 19, 2012
Wednesday, June 13, 2012
Wednesday, June 06, 2012
Himpunan Hijau: Peserta hadir secara sukarela tanpa dibayar
KANGAR - PAS Perlis mengucapkan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong PAS yang hadir ke Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Setar 1 Jun lalu dengan kehendak sendiri tanpa dibiayai mana-mana pihak.


Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir, kehadiran ahli dan penyokong PAS ke Alor Setar yang dijangka melebihi 100 ribu orang memberikan satu petunjuk bahawa PAS mempunyai kekuatan tersendiri yang dibina dengan semangat juang yang tinggi, penuh kesukarelaan dan semangat fi sabilillah.
Beliau menyanggah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin baru-baru ini yang menyatakan peserta Himpunan Hijau mungkin dibayar supaya hadir.
"Kenyataan Muhyidin itu nampak sangat melucukan. Kalau dalam Umno/BN memanglah macam tu. Mana-mana himpunan yang mereka buat, peserta akan dibayar tambang pengangkutan, wang saku atau imbuhan. Ada pula kumpulan tertentu seperti kakitangan kerajaan atau pelajar yang kena paksa untuk ke program Umno, malah ada pula yang ditipu dan dibawa ke program mereka.
"Jangan anggap semua orang macam mereka. Dalam PAS, sejak zaman-berzaman sudah terbina budaya berkorban untuk jemaah. Bukan himpunan ini shaja, malah untuk ke demonstrasi atau himpunan seperti Bersih 1,2 dan 3, orang-orang PAS datang dengan kehendak dan belanja sendiri.
"Malahan para peserta himpunan Hijau atau Bersih mengeluarkan wang saku mereka sendiri pula untuk membeli baju T," jelasnya.
Menyentuh tentang Himpunan Bersih, Mohd Anuar berkata beliau bertemu dengan rombongan dari Perlis yang menyewa bas untuk ke Alor Setar dan ada pula yang datang dengan meunggang motosikal.
"Saya jumpa seorang ketua cawangan PAS yang berusia 70 tahun yang datang dari Perlis dengan menunggang motosikal. Ada yang menyewa bas, ada yang datang dengan kereta sendiri.
"Di Alor Setar sendiri kita lihat ratusan bas disewa dan saya mendapat laporan bahawa ahli PAS Langkawi turut menyewa sebuah feri untuk ke himpunnan hijau. Ini buktinya ahli PAS mempunyai jati diri dan semangat pengorbanan yang tinggi. Tak perlu dibayar, mereka akan datng sendiri dengan sukarela," katanya lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
