Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, May 03, 2012

PERUTUSAN HARI PEKERJA


Nampaknya pihak kerajaan tidak pun bersungguh-sungguh untuk menyambut hari pekerja pada 1 Mei sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Apa yang dapat kita perhatikan ialah Perdana Menteri akan mengadakan perhimpunan yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan dan di sana pelbagai kata-kata manis diucapkan bahawa kerajaan sentiasa mesra pekerja, menyanjungi sumbangan para pekerja dan sebagainya.

Tetapi kalau kita perhatikan janji-janji itu adalah retorik dan sekadar "bertanam tebu di bibir" semata-mata. Walhal cuma 2.6 peratus purata kenaikan gaji pekerja di Malaysia direkodkan antara tahun 2000 hingga 2010. 4 peratus penurunan kuasa beli pengguna jika dibandingkan nisbah gaji dan inflasi antara 1990 hingga 2009. 40 peratus rakyat Malaysia pula berada dalam lingkungan isi rumah yang berpendapatan kurang dar RM1500 sebulan dan 34 peratus dari pekerja Malaysia (dianggarkan 4 juta orang) menerima gaji kurang dari RM700 sebulan. Demikian warna suran yang berlaku pada golongan pekerja di Malaysia.

Pengumuman gaji minima oleh Perdana Menteri baru-baru ini dibuat secara tergesa-gesa sebagai gula-gula menjelang pilihanraya umum akan datang. Setelah berpuluh tahun pihak kerajaan membisu dalam isu ini, iaitu sejak zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri.

Pengisytiharan gaji minima RM900 kepada pekerja swasta di Semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawak adalah tawaran yang jauh lebih rendah dari angka RM1200 yang dituntut MTUC serta tuntutan tambahan elaun sara hidup (COLA). Nampaknya kerjaan BN lebih takut kepada golongan majikan dan kapitalis daripada menurut tuntutan golongan rakyat dan pekerja di negara ini.

Lajnah Pekerja PAS Pusat akan terus memperjuangkan nasib golongan pekerja yang merupakan golongan terbesar di negara ini. Kami akan terus mendesak agar skim gaji yang lebih baik kepada semua pekerja serta skim KWSP dan PERKESO yang diperkasakan untuk golongan ini.

Kami menuntut supaya dihentikan kenaikan harga barang keperluan, menghentikan perkasanaan CUkai Barangan dan Perkhidmatan (GST), mempertingkatakan penglibatan tenaga kerja wanita dan menghentikan proses pengswastaan hospital dan air.

Lajnah Pekerja PAS Pusat juga menuntutu dilaksanakan sistem pelajara percuma kepada semua, mewujudkan tabung pemberhentian pekerja dengan segera dan menyemarakkan program perumahan rakyat dengan skim perumahan mampu milik, selesa dan cukup ruang serta kemudahan pembangunan sosial, keluarga dan komuniti.

Kmai juga menuntut agar pemerkasaan golongan pekerja dengan mengangkat dan menjulang maruah para pekerja tanahari menerusi kesatuan-kesatuan sekerja yang dimuliakan. Berilah peluang kepada pekerja tanahair untuk mencipta citra baru di zaman yang penuh pancaroba ini.

Selamtakan Pekerja, Selamatkan Rakyat, Selamatkan Malaysia.


Haji Mohd Anuar Tahir
Pengerusi Lajnah Pekerja PAS Pusat
Ahli Jawatankuasa Kerja  PAS Pusat

No comments: