KANGAR: PAS Perlis memandang berat kepada penggunaan geran perkapita murid-murid sekolah di negeri ini secara sewenang-wenangnya bagi menjayakan sebuah program mewah semata-mata untuk bermegah-megah dan mencatat rekod dalam The Malaysia Book of Records.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir (gambar) , geran perkapita sebanyak RM400,000 bakal digunakan untuk Program Gema Cahaya sempena Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) 2012 di Stadium Utama Negeri, Kangar minggu hadapan.
Jelas beliau, program tersebut bakal membabitkan lebih 14,00 orang murid dari seluruh negeri ini yang akan mempersembahkan pukulan kakkung (yang diperbuat dari buluh) dan gendang yang diperbuat daripada tong sampah yang dibalut kain.
Katanya lagi, PAS Perlis berasa kesal dengan pengunaan dana yang diambil dari peruntukan kemahiran hidup, seni, sivik dan peruntukan asrama selain dari Kumpulan Sumber Wang Awam (Suwa).
"Kita juga amat prihatin dengan cara pengelolaan program yang melibatkan 14,200 orang murid dari segi keselamatan, kebajikan dan keselesaan mereka. Bagaimana pihak penganjur menampung keperluan ibadat, keperluan bilik air dan tandas kepada ribuan murid-murid ini masih menjadi tanda tanya?," katanya.
Mohd Anuar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata PAS Perlis juga berasa amat tidak berpuashati dengan sebarang bentuk pembaziran dalam suasana negara berdepan dengan kegawatan ekonomi dan belanjawan defisit sejak lebih sedekad yang lalu.
Justeru kataya, PAS Perlis menuntut pihak Kementerian Pelajaran untuk bertanggungjawab ke atas segala perbelanjaan program bersifat pesta-pestaan ini.
"Sepatutnya pihak Kementerian atau MSSM mengeluarkan perbelanjaan atau mencari penajaan untuk tujuan tersebut.Kami tak nampakpun program berbentuk pesta-pestaan seperti ini mampu untuk meningkatkan prestasi pelajar.
"Jangan sekali-kali membebani pihak Jabatan dan sekolah-sekolah, apatahlagi menyalahgunakan dana geran perkapita murid-murid negeri ini. Selain itu kita juga menuntut penjelasan terperinci dari semua pihak terlibat agar murid-murid dan ibubapa mahupun guru-guru tidak dimangsakan," ujarnya.
Sebelum ini, PAS Perlis membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 27 April lalu berkaitan kesangsian peruntukan yang bakal dibelanjakan untuk program terbabit.
2 comments:
Assalamualaikum,
Jadikan Dinar Dirham sebagai manifesto bebas hutang (debt forgiven dalam istilah kitab nabi-nabi sebelum Rasulullah, yang menyebut apa-apa hutang termansuh selepas 7 tahun)
Duit kertas kini adalah nota hutang tanpa nilai intrinsik (tiada lagi sandaran emas dan perak sejak 1971). Hanya duit syiling/koin diguna semasa sahaja yang masih berintrinsik tembaga(ingat dinar emas dirham perak dan fulus tembaga) dan selayaknya dipanggil fulus(syiling/coin shj tidak termasuk duit kertas).
Walaupun begitu, syiling/coin ini hanya bernilai 1/3 dari nilai mukanya. Maksudnya, bagi syiling baru 20sen 3rd siri, nilai bahannya hanya 6 sen. Dari segi lain, fiat bagi duit 20 sen ini ialah 6/20=300% atau premiumnya 14sen dari nilai asasnya. Ini memang diolah secara halus agar cycle syiling/coin ditukar setiap 21 tahun adalah pada kadar inflasi 6%-9% setahun.
Dengan inflasi/usury/riba terancang inilah perhambaan manusia dijalankan. Duit sentiasa susut nilai berbanding gaji/produktiviti manusia sekalipun usahanya sentiasa statik. Itulah yg membuat manusia makin hari makin sibuk menambah usaha, hatta mencari sekadarnya pun menjadikannya lalai kepada Yang Esa. Itu belum lagi yang berhutang dengan riba bunganya, untuk membeli keperluan asas yg mahal harganya seperti rumah. Fahami hakikat ini, bukan salahnya pada orangramai, tapi mudarat sistem terancang ini yang majoriti ramai orang tidak tahu hatta ilmuan sekalipun dan telah berleluasa selama 41 tahun.
Jadi, solusinya ialah menambat fulus kita pada emas/perak. Jika fulus 20 sen tadi hanya berbahan tembaga 6 sen, iaitu 1/3 nilai muka, maka begitu juga dinar/dirham. Dengan harga purata bahan dinar emas 4.25g rm700, maka sahih seadilnya satu dinar sentiasa tetap selama 21 tahun pada nilai 300% kini iaitu rm2000. Dirham pula tetap rm30 juga selama mana sama.
MANIFESTOnya, galakkan semua menyimpan dinar dirham pada harga terkini iatu dinar purata rm775 dan dirham rm25, bila menang kelak kita akan tambat dinar tetap pada rm2000 dan dirham rm30. Semua mendapat laba bagi membayar semua hutang dan kita mulakan ekonomi Islamik yang sebenar selepas semua bebas hutang. Yang merana hanya sistem kewangan riba/bank dan pendokongnya, negara tidak terjejas. Yang gaji rm700, tetap rm700. Beras sekampit rm25, tetap rm25. Sistem kewangan riba/bank dan pendokongnya yang telah lama menjarah dan punca segala masalah sosial, kita hududkan untuk menerima dinar dirham kita pada nilai baru kerana itulah nilai syiling/coin yang dipaksa kepada kita selama ini (kalau duit kertas berlebih lagilah penindasannya). Fahamilah sebenar-benarnya, kerana terlalu sedikit yang betul-betul tahu tentang ini. InsyaAllah.
mohon pihak tuan untuk turun ke bandar kangar dan tengok2kan sama masalah caj parking yang melampau mahal sekarang. Golongan pekerja paling tertekan, sampai RM6 sehari!
Post a Comment