Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, May 21, 2012

Geran perkapita pelajar untuk program mewah?

KANGAR: PAS Perlis memandang berat kepada penggunaan geran perkapita murid-murid sekolah di negeri ini secara sewenang-wenangnya bagi menjayakan sebuah program mewah semata-mata untuk bermegah-megah dan mencatat rekod dalam The Malaysia Book of Records. 

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir (gambar) , geran perkapita sebanyak RM400,000 bakal digunakan untuk Program Gema Cahaya sempena Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) 2012 di Stadium Utama Negeri, Kangar minggu hadapan. 

Jelas beliau, program tersebut bakal membabitkan lebih 14,00 orang murid dari seluruh negeri ini yang akan mempersembahkan pukulan kakkung (yang diperbuat dari buluh) dan gendang yang diperbuat daripada tong sampah yang dibalut kain. 

Katanya lagi, PAS Perlis berasa kesal dengan pengunaan dana yang diambil dari peruntukan kemahiran hidup, seni, sivik dan peruntukan asrama selain dari Kumpulan Sumber Wang Awam (Suwa). 

"Kita juga amat prihatin dengan cara pengelolaan program yang melibatkan 14,200 orang murid dari segi keselamatan, kebajikan dan keselesaan mereka. Bagaimana pihak penganjur menampung keperluan ibadat, keperluan bilik air dan tandas kepada ribuan murid-murid ini masih menjadi tanda tanya?," katanya. 

Mohd Anuar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata PAS Perlis juga berasa amat tidak berpuashati dengan sebarang bentuk pembaziran dalam suasana negara berdepan dengan kegawatan ekonomi dan belanjawan defisit sejak lebih sedekad yang lalu. 

Justeru kataya, PAS Perlis menuntut pihak Kementerian Pelajaran untuk bertanggungjawab ke atas segala perbelanjaan program bersifat pesta-pestaan ini. 

"Sepatutnya pihak Kementerian atau MSSM mengeluarkan perbelanjaan atau mencari penajaan untuk tujuan tersebut.Kami tak nampakpun program berbentuk pesta-pestaan seperti ini mampu untuk meningkatkan prestasi pelajar.

"Jangan sekali-kali membebani pihak Jabatan dan sekolah-sekolah, apatahlagi menyalahgunakan dana geran perkapita murid-murid negeri ini. Selain itu kita juga menuntut penjelasan terperinci dari semua pihak terlibat agar murid-murid dan ibubapa mahupun guru-guru tidak dimangsakan," ujarnya. 

Sebelum ini, PAS Perlis membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 27 April lalu berkaitan kesangsian peruntukan yang bakal dibelanjakan untuk program terbabit.

Wednesday, May 16, 2012

Ceramah Perdana

Biadap

Sikap biadab Umno yang tidak menghormati premis awam dengan meletakkan sepanduk parti mereka di hadapan pagar sekolah seperti ini.

Kunjungan Menteri Singapura

KANGAR - PAS terus mendapat pengiktirafan dari pelabagai pihak baik di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri. Baru-baru ini, Meneteri Hal Ehwal Luar dan Dalam Negeri Singapura, Dr Masagos Zulkifli bersama rombongannya mengadakan kunjungan hormat ke atas pimpinan PAS Perlis.

Dr Masagos yang ditemani Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ke Malaysia, Ong Keng Tong serta Pegawai Kementerian Luar Singapura, Harris Rusdi Chai disambut oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin dalam pertemuan kira-kira sejam di Kompleks PAS Perlis.

Hadir sama dalam pertemuan itu, Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir, Hairy Hashim dan Rus'sele Eizan; Ketua Dewan Ulama, Ustaz Idris Yaaob dan Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.

Dalam rangka lawatan kerjanya ke Malaysia, Dr Masagos berada di Kuala Lumpur, Kedah dan Perlis untuk bertemu pemerintah negeri, pimpinan kerajaan dan politik sebagai kunjungan silaturrahim bagi melihat peluang-peluang kerjasama di dalam bidang ekonomi dan sebagainya.

Pertemuan dengan pimpinan PAS Perlis juga memberi peluang kedua-dua belah pihak betukar-tukar pandangan berkaitan perkembangan semasa dan betukar-tukar pandangan tentang sosio-politik di negeri Perlis dan di negara republik itu.

Warna SPR: Wan Ahmad kena ‘demam kuning’

KANGAR, 10 Mei: PAS melihat kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mahu menukarkan warna rasmi mereka iaitu kuning dalam pilihan raya umum akan datang untuk menjarakkan diri dengan Bersih yang menggunakan warna sama adalah sesuatu yang lucu.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir (gambar) berkata, kenyataan yang dikeluarkan Wan Ahmad itu jelas membuktikan beliau sudah dijangkiti ‘demam kuning’.

"Warna kuning adalah satu warna yang terang, malah menjadi warna simbol kepada kebebasan media di seluruh dunia. Di negara kita warna kuning juga dikaitkan dengan kebesaran dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

"Saya ingat Wan Ahmad ni kena periksa balik selepang kebesaran yang dia dapat, takut-takut berwarna kuning. Janganlah sampai nanti 'demam kuning' yang dijangkitinya tu menyebabkan dia benci pula pada pakaian kebesaran diraja," katanya.

Wan Ahmad dipetik portal berita Malaysiakini dilaporkan berkata dalam satu majlis, SPR akan memilih warna berkecuali kerana Bersih telah menghuru-harakan negara dengan warna kuning.

Kata Mohd Anuar lagi, kenyataan Wan Ahmad sebagai seorang pegawai tinggi awam itu jelas melihatkan suatu kelucuan kerana mengambil sikap kebudak-budakan.

"Kenyataan itu saya lihat lebih rendah dari seorang pelajar tadika. Dalam soal macam ni pun dia tak boleh buat pertimbangan maknanya dia tak layak duduk di kerusi tersebut kerana SPR diamanahkan menjaga dan mempertahankan amalan demokrasi di negara ini.

"Jangan kerana sebilangan rakyat yang membuat tuntutan melalui Bersih dan memilih warna kuning, maka semua kena tukar warna lain.

“Sepatutnya sebagai orang nombor 2 dalam SPR, Wan Ahmad kena lebih prihatin tuntutan Bersih bukannya soal remeh-temeh macam ni," ujarnya lagi.  

Thursday, May 03, 2012

PERUTUSAN HARI PEKERJA


Nampaknya pihak kerajaan tidak pun bersungguh-sungguh untuk menyambut hari pekerja pada 1 Mei sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Apa yang dapat kita perhatikan ialah Perdana Menteri akan mengadakan perhimpunan yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan dan di sana pelbagai kata-kata manis diucapkan bahawa kerajaan sentiasa mesra pekerja, menyanjungi sumbangan para pekerja dan sebagainya.

Tetapi kalau kita perhatikan janji-janji itu adalah retorik dan sekadar "bertanam tebu di bibir" semata-mata. Walhal cuma 2.6 peratus purata kenaikan gaji pekerja di Malaysia direkodkan antara tahun 2000 hingga 2010. 4 peratus penurunan kuasa beli pengguna jika dibandingkan nisbah gaji dan inflasi antara 1990 hingga 2009. 40 peratus rakyat Malaysia pula berada dalam lingkungan isi rumah yang berpendapatan kurang dar RM1500 sebulan dan 34 peratus dari pekerja Malaysia (dianggarkan 4 juta orang) menerima gaji kurang dari RM700 sebulan. Demikian warna suran yang berlaku pada golongan pekerja di Malaysia.

Pengumuman gaji minima oleh Perdana Menteri baru-baru ini dibuat secara tergesa-gesa sebagai gula-gula menjelang pilihanraya umum akan datang. Setelah berpuluh tahun pihak kerajaan membisu dalam isu ini, iaitu sejak zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri.

Pengisytiharan gaji minima RM900 kepada pekerja swasta di Semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawak adalah tawaran yang jauh lebih rendah dari angka RM1200 yang dituntut MTUC serta tuntutan tambahan elaun sara hidup (COLA). Nampaknya kerjaan BN lebih takut kepada golongan majikan dan kapitalis daripada menurut tuntutan golongan rakyat dan pekerja di negara ini.

Lajnah Pekerja PAS Pusat akan terus memperjuangkan nasib golongan pekerja yang merupakan golongan terbesar di negara ini. Kami akan terus mendesak agar skim gaji yang lebih baik kepada semua pekerja serta skim KWSP dan PERKESO yang diperkasakan untuk golongan ini.

Kami menuntut supaya dihentikan kenaikan harga barang keperluan, menghentikan perkasanaan CUkai Barangan dan Perkhidmatan (GST), mempertingkatakan penglibatan tenaga kerja wanita dan menghentikan proses pengswastaan hospital dan air.

Lajnah Pekerja PAS Pusat juga menuntutu dilaksanakan sistem pelajara percuma kepada semua, mewujudkan tabung pemberhentian pekerja dengan segera dan menyemarakkan program perumahan rakyat dengan skim perumahan mampu milik, selesa dan cukup ruang serta kemudahan pembangunan sosial, keluarga dan komuniti.

Kmai juga menuntut agar pemerkasaan golongan pekerja dengan mengangkat dan menjulang maruah para pekerja tanahari menerusi kesatuan-kesatuan sekerja yang dimuliakan. Berilah peluang kepada pekerja tanahair untuk mencipta citra baru di zaman yang penuh pancaroba ini.

Selamtakan Pekerja, Selamatkan Rakyat, Selamatkan Malaysia.


Haji Mohd Anuar Tahir
Pengerusi Lajnah Pekerja PAS Pusat
Ahli Jawatankuasa Kerja  PAS Pusat