Kejadian ini hanya disedari pada petang Jumaat 8 Januari lalu oleh Setiausaha Kerja Dewan Pemuda PAS Perlis, Norhasyimi Yaakub.
Tabung ini diletakkan di sebatang tiang bangunan ini sejak sebelum pilihanraya umum ke 12 tahun 2008 lalu.
Tabung ini yang diikat dengan rantai besar telah dikopak dan tidak diketahui berapa banyakkah wang sumbangan orang ramai yang telah dilarikan pencuri berkenaan.
Bagaimanapun, si pencuri terbabit meninggalkan sekeping wang kertas RM1.00 dan duit syiling yang kesemuanya berjumlah RM10.45.
"Kali terakhir tabung ini dibuka tahun lalu, jumlah wang yang dikumpulkan mencecah ratusan ringgit," kata Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Perlis, Ramlee Ahmad.
Semoga Allah memberikan hidayah kepada individu terbabit.....