Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, June 29, 2010

Penafian menyertai UMNO bersama 40 ulama muda

Ustaz Abdul Wahab Abdullah, seorang ustaz yang hadir dalam majlis penyertaan 40 ulama muda kedalam UMNO tampil membuat penafian berhubung penyertaannya kedalam UMNO dalam sidang media khas yang di adakan di Madrasah Diniah Islamiah (MADI), semalam.

Beliau menyatakan bahawa beliau tidak dimaklumkan tentang penganjuran majlis tersebut adalah untuk penyerahan borang penyertaan mereka kedalam UMNO. “Saya tidak tahu langsung tentang penganjuran majlis ini. Kedatangan kami adalah untuk membersihkan nama persatuan kami”, kata beliau.

Beliau menyatakan bahawa kehadirannya ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah untuk membersihkan nama persatuannya yang membawa aliran fahaman Wahabi yang dikatakan terlibat dengan Jemaah Islamiah.

Beliau datang bersama beberapa orang rakannya daripada Perlis. Beliau dimaklumkan rombongan mereka ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah untuk menjaga “survivor” persatuannya, Persatuan Al Islah Negeri Perlis kerana dikaitkan dengan JI.

“Saya tak pernah fikir untuk masuk UMNO dan akan diperlakukan sebegini”, kata beliau dengan nada kecewa.

Ustaz Abdul Wahab Abdullah adalah guru di Madrasah Diniah Islamiah (MADI), sebuah sekolah kelolaan Badan Perhubungan PAS Perlis. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Bendahari Dewan Ulama PAS Perlis.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Ustaz Saleh Adam, Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Sdr. Hairy Hasyim, YDP PAS Kawasan Kangar,Ustaz Yaakob Abu Seman, Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis dan Cikgu Khoo Yang Chong, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Perlis

Keratan Akhbar bertajuk "Ulama Muda Masuk UMNO"

Wartawan yang hadir

Cikgu Khoo Yang Chong menyampaikan ucapan




4 comments:

Anonymous said...

Didalam Malaysiakini telah disiarkan penafian dari Fathul Bari Mat Jahaya yang merupakan antara 40 orang ulamak muda yang menyertai UMNO pada hari tersebut.

Ustaz Fathul berkata Hosni dan tiga rakannya langsung tiada dalam senarai kumpulan mereka. Dan jika benar Hosni dan rakannya diperdaya, mengapa mereka masih bersenang lenang menjamu selera di majlis anjuran UMNO tersebut.

Nampak sangat penipuan yang dibuat oleh Hosni Mubarak ini. Mungkin mereka ini sengaja dihantar oleh Pas bagi mengintip majlis UMNO. Dan mungkin mereka dijanjikan dengan tiket syurga oleh Idris Ahmad jika berlakon untuk memburuk-burukkan UMNO.

Jika orang seperti Hosni Mubarak ini dianggap sebagai ulamak oleh PAS, memang benarlah bahawa ulamak PAS semuanya adalah ulamak kangkong, nampak cantik diluar tapi dalam kosong.Cakap berdegar-degar umpama tong kosong. Dengar bunyi saja kuat tapi isi tiada langsung!

Anonymous said...

Persoalan:

1...
"dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall"... siapa yg bawa masuk?

2...
Perkataan KAMI... kami tu bermaksud ramai. Adakah yg ramai2 tu, x seorang pun yang kenal siapa yg bawa mereka masuk melalui bangunan sebelah Mall?

Tak juga diberitahu kami itu berapa org... mungkin 44 org. Mungkin juga yg join 40 dan yg tak join 4 org.

3...
" naik escalator, pusing-pusing...." Takkan x ada seorang ulama pun yg berada disitu tahu mereka berada disana utk apa? Atau mereka sekadar mengikut?

4...
Mereka ni beramai2 dtg dr mana? berkumpul dimana? siapa ketua? Takan yg semua mereka ini bisu?

M.Shaiful said...

kalau seratus pun ulamak yang join UMNO tapi agama gagal ditegakkan secara keseluruhannya buat apa...takde maknanya..semua pandai cakap tapi tak padanai buat kerja..aku tak kisah pun ulamak camni masuk umno..zaman nabi pun dah ada camni..apatah zaman sekrang..dan yang masuk UMNo tu dengar citernya diugut..ISA atau istihar join UMNo..nampak sangat UMNO ni terdesak untuk dapatkan gologan agamawan join UMNO..hakikatnya dalam Pas..dari Pemimpin samapai ahli biasanya...gologan ustaz tak terhitung ahlinya...apa main 40...

Anak Perelih said...

bodoh sangat ke UMNO ni sampai senang PAS inflitrate majlis dia...??? kat PWTC pulak tu... heheheh

dalam satu lagi laporan Shahidan ada mengaku yang mereka itu dibawa oleh seorang ustaz UMNO di Perlis utk mewakili persatuan Islah Perlis untuk berjumpa Najib mengenai dakwaan pengganas/JI Wahabi tu...