KANGAR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyelar Umno yang hanya menngunakan isu penggunaan kalimah Allah sebagai suatu modal politik.
"Bezanya antara PAS dan Umno bukan soal solat, masjid atau haji, kita PAS tak marah pun dalam soal masjid pun. Bezanya ialah Umno ambil Islam sebagai suatu modal politik.
"Contohnya kita tengok berlaku kes penggunaan kalimah Allah. Bila yang kata Umno ni pejuangkan agama? Bila? Mereka buat demonstrasipun hanya lakonan dan bukannya dengan roh dan semangat,"katanya.
Katanya lagi, dalam isu tersebut Umno ibarat menangguk di air yang keroh bertujuan untuk meraih sokongan politik di sebalik mengalihkan isu-isu besar yang timbul sehak kebelakangan ini.
"Kamu Umno hanya bercakap soal nak pertahan nama Allah sedangkan hukum Allah kamu hina. Kenapa dulu Umno tak tunjuk perasaan ketika Dr Mahathir menghina janggut Nabi?
"Ketika ura-ura nak buang nama Islam dulu mengapa Umno tak tunjuk perasaan? Mana dia suara Umno yang nak bela Islam ketika seorang wanita kakitangan kerajaan bernama Halimah Saadiah dibuang kerja kerana memakai purdah?," soalnya.
Menurutnya lagi, punca berlakunya kerosakan di dalam Umno kerana parti mereka tidak betul dari awal.
"Ulama dalam Umno tidak mendapat tempat dan tidak diletakkan untuk jadi tempat rujukan. Contohnya, mereka ada orang macam Dr Yusof Noor, seorang cerdik pandai di dalam bidang agama tapi diletakkan untuk jaga pokok kelapa sawit.
"Berbeza kita di dalam PAS, kita ada dua Tok Guru sebagai tempat rujukan yang menjadikan al-quran dan hadis sebagai panduan sekiranya timbul sesuatu permasalahn," jelasnya.
Ustaz Idris berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam majlis ceramah penerangan anjuran PAS Kawasan Kangar di Kampung Behor Lateh dekat sini 11 Januari lalu.
Alamat Baru Kami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment