Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, January 27, 2010

Jom Pi Tambah Ilmu....




Sekitar Lawatan Presiden PAS ke Perlis

Tuan Guru membentangkan kertas kerja di Konvensyen Tarbiyah

Berdialog bersama pimpinan PAS Perlis

Sempat belah mulut anak Md Rodzi (Exco DPP Perlis)

Ceramah Pakatan Rakyat di Tapak Kompleks PAS Perlis

Tuan Guru Presiden PAS menyampaikan amanatnya





Friday, January 22, 2010

Bersama Ketua DPP Pusat

JEJAWI - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi yang berkunjung ke Perlis 18 Januari lalu sempat mengadakan perjumpaan dengan Exco Dewan Pemuda PAS Negeri serta kawasan.

Majlis diadakan di Dewan Dato' Fadzil Noor, Balai Islam MADI, Jejawi Dalam.

Antara amanat yang disampaikan beliau ialah bekaitan dengan pentingnya elemen tarbiah dalam gerakan Islam seperti PAS.

Beliau berasa bimbang sekiranya ditinggalkan tarbiah dan hanya menumpukan kepada politik dan dakwah semata-mata, kualiti ahli akan merosot akibat kurangnya kekuatan dalaman.



Ustaz Nasruddin menggariskan 5 disiplin anggota gerakan Islam:
1. Iltizam - Komitmen penuh
2. Wala' - jadi pendokong yang tidak khianati jemaah
3. Dengar dan taat
4. Pengorbanan - termasuk mengorbankan perasaan
5. Ukhuwah

Friday, January 15, 2010

DAP saran cara pengadu elak tindakan SPRM

Sumber: Malaysiakini
Kini seseorang pengadu, dan media, mungkin tidak lagi berani mendedahkan butiran dakwaan rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Seorang ahli parlimen DAP bagaimanapun mencadangkan satu langkah untuk mengelakkan tindakan bawah Seksyen 29(4) Akta SPRM seperti amaran ketua pesuruhjaya baru badan itu Datuk Abu Kassim Mohamed semalam.

Lim Lip Eng berkata seseorang yang ingin mendedahkan kandungan dakwaan rasuah boleh melaporkan kepada polis kerana Kanun Acara Jenayah (CPC) tidak menghalang seseorang berbuat demikian.

"Menurut peruntukan CPC 1999, menjadi tanggungjawab polis untuk menyiasat semua aduan yang disampaikan kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan.

"Selepas siasatan, polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada SPRM jika wujud unsur-unsur rasuah dalam aduan tersebut.

"CPC tidak melarang seseorang pengadu daripada 'menyebarkan' maklumat aduan polis kepada orang lain."

Tambahnya, orang ramai harus membuat aduan yang bersifat jenayah, termasuk kes-kes rasuah, kepada polis.

"Tidak adil dan juga berulang untuk meminta mangsa atau pengadu melaporkan aduannya kepada agensi-agensi berbeza yang terletak di tempat-tempat berlainan," kata Lim lagi.

Pihak berwajib pula boleh menggunakan Seksyen 177 Kanun Keseksaan, dan bukannya Seksyen 29(4) Akta SPRM, untuk menghukum mereka yang ada niat tersembunyi yang menyalurkan maklumat palsu, katanya.

Ia juga boleh menggunakan Seksyen 499 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menfitnah pihak yang tidak bersalah.

"Kedua-dua kesalahan tersebut, jika didapati bersalah, boleh dihukum dengan penjara," katanya.

Nota: Lim Lip Eng adalah Ahli Parlimen Segambut, WP.

Thursday, January 14, 2010

Dasar Umno tak betul dari awal, ulama' Umno bukan sumber rujukan

KANGAR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyelar Umno yang hanya menngunakan isu penggunaan kalimah Allah sebagai suatu modal politik.

"Bezanya antara PAS dan Umno bukan soal solat, masjid atau haji, kita PAS tak marah pun dalam soal masjid pun. Bezanya ialah Umno ambil Islam sebagai suatu modal politik.

"Contohnya kita tengok berlaku kes penggunaan kalimah Allah. Bila yang kata Umno ni pejuangkan agama? Bila? Mereka buat demonstrasipun hanya lakonan dan bukannya dengan roh dan semangat,"katanya.

Katanya lagi, dalam isu tersebut Umno ibarat menangguk di air yang keroh bertujuan untuk meraih sokongan politik di sebalik mengalihkan isu-isu besar yang timbul sehak kebelakangan ini.

"Kamu Umno hanya bercakap soal nak pertahan nama Allah sedangkan hukum Allah kamu hina. Kenapa dulu Umno tak tunjuk perasaan ketika Dr Mahathir menghina janggut Nabi?

"Ketika ura-ura nak buang nama Islam dulu mengapa Umno tak tunjuk perasaan? Mana dia suara Umno yang nak bela Islam ketika seorang wanita kakitangan kerajaan bernama Halimah Saadiah dibuang kerja kerana memakai purdah?," soalnya.

Menurutnya lagi, punca berlakunya kerosakan di dalam Umno kerana parti mereka tidak betul dari awal.

"Ulama dalam Umno tidak mendapat tempat dan tidak diletakkan untuk jadi tempat rujukan. Contohnya, mereka ada orang macam Dr Yusof Noor, seorang cerdik pandai di dalam bidang agama tapi diletakkan untuk jaga pokok kelapa sawit.

"Berbeza kita di dalam PAS, kita ada dua Tok Guru sebagai tempat rujukan yang menjadikan al-quran dan hadis sebagai panduan sekiranya timbul sesuatu permasalahn," jelasnya.

Ustaz Idris berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam majlis ceramah penerangan anjuran PAS Kawasan Kangar di Kampung Behor Lateh dekat sini 11 Januari lalu.

Pemuda Perlis kesal kes rogol meningkat: Sedia kerjasama dengan pihak berkuasa

KANGAR- Pemuda PAS Perlis memandang serius di atas peningkatan kadar kes rogol khususnya yang membabitkan gadis bawah umur di kawasan Padang Besar .

Ini berikutan kenyataan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros dalam sebuah akhbar baru-baru ini yang menyebut bahawa kes rogol telah meningkat sebanyak 15 peratus sepanjang tahun lalu.

Dalam kenyataannya, Che Man berkata kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan golongan remaja bawah umur dan kebanyakannya dikategorikan sebagai "rogol rela".


Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman melahirkan rasa kesal dan terkejut dengan peningkatan kes seperti ini apatah lagi ia lebih bersifat perlakuan seks bebas atau perzinaan.

"Kenyataan pihak polis menyebut kebanyakan kes melibatkan remaja bawah umur yang mengenali suspek, kalau dah namanya 'rogol rela' ianya bukan lagi rogol tapi perzinaan atau seks bebas.

"Kita yakin dalam kebanyakan kes, ia hanya dilaporkan apabila gadis-gadis ini sudah terlanjur. Itu yang berlapor, entah berapa banyak lagi yang tak berlapor atau berapa banyak lagi yang bakal dilaporkan," katanya.

Menurutnya lagi, kejadian sedemikian terjadi akibat kegagalan sistem pendidikan di negara ini untuk memberikan penekanan ke arah pengukuhan iman dan akhlak kepada para pelajar dan golongan remaja.

Selain itu katanya, golongan ini juga didedahkan dengan pelbagai perkara yang merosakkan pemikiran mereka yang mendorong ke arah perlakuan maksiat dan dosa.

"Hari ini penyalahgunaan teknologi seperti komputer, internet dan telefon mudah alih membolehkan reamaja berkongsi menonton gambar atau filem lucah.

"Mereka juga sering didedahkan dengan budaya hedonisme atau hiburan melampau yang turut ditaja oleh pihak kerajaan, pergaulan bebas tanpa batasan dan akhirnya terjebak ke kancah maksiat," katanya.

Ustaz Ya'akub juga melihat peranan ibu bapa juga penting dalam pembentukan peribadi anak-anak khususnya yang sedang memasuki alam remaja.

"Jiwa mereka jika tidak diisi dengan iman, akan mudahlah dipengaruhi dengan pelbagai perkara yang merosakkan. Ibu bapa tak boleh sepenuhnya menyerahkan tugas mendidik anak-anak kepada guru-guru di sekolah sebaliknya mengambil berat apa yang dilakukan anak-anak selepas waktu persekolahan.

"Pendidikan agama di luar sekolah juga perlu ditekankan. Ajar mereka menghadiri kelas pengajian agama di masjid atau surau," ujarnya.

Tambahnya, pihak berwajib perlu memperhebatkan peranan dalam memberi penekanan ke arah pembentukan iman, akhlak dan moral golongan remaja di samping mengusahakan kempen berkaitan bahaya hedonisme dan pergaulan bebas.

"Pemuda PAS Perlis bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha membanteras atau membendung gejala sosial serta maksiat di negeri ini," jelasnya.

Tuesday, January 12, 2010

Segera beramal sebelum datang fitnah

Dari lamanweb ilmudanulamak.com (Ustaz Ahmad Adnan Fadzil)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; “Bersegeralah beramal sebelum munculnya fitnah-fitnah (ujian) seumpana potongan-potongan malam yang gelap-gulita di mana seorang lelaki paginya beriman dan petangnya kafir atau petangnya beriman dan paginya kafir. Ia menjual agamanya dengan suatu mata benda dunia”. (Riwayat Ahmad, Muslim dan at-Tirmizi).

Huraian:
Hadis ini mendorong kita supaya segera mengerjakan amal-amal soleh sebelum tiba masa kita tidak lagi berdaya untuk melakukannya iaitu tatkala munculnya fitnah-fitnah (yakni ujian-ujian) yang memalingkan kita dari beramal di mana semakin hari fitnah itu menjadi semakin banyak dan bersusun-susun seperti tersusunnya kegelapan pada malam yang gelap gulita yang tidak disuluh cahaya bulan. Betapa hebatnya fitnah yang mungkin terjadi itu hingga Rasulullah s.a.w. menggambarkan seorang dalam masa sehari sahaja boleh berubah pendiriannya dari mukmin kepada kafir atau sebaliknya. Begitu juga ia tidak rasa berdosa lagi untuk menjual agamanya yang amat bernilai dengan harta benda dunia yang murah.
Rujukan:
Syarah Soheh Muslim, juz. 2, Tatimmah Kitab al-Iman, Bab al-Has Bil-Mubadarah Bil-A’mal...

Monday, January 11, 2010

Pejabat Urusan DAP Kangar dirasmikan

KANGAR - Tahun 2010 mencipata Lembaran baru bagi Pakatan Rakyat di negeri Perlis apabila DAP yang bertapak semula di negeri ini membuka pejabat urusannya di sini.

Majlis perasmian Pejabat Urusan DAP Kangar di Jalan Kanga-Alor Setar dekat sini telah disempurnakan oleh Penasihat Kebangsaan DAM, Lim Kit Siang.

Hadir sama dalam majlis tersebut beberapa orang pimpinan DAP Pusat termasuk Pengerusi DAP Kedah-Perlis, Thomas Su; Timbalannya,Vincent Wu, Ahli Parlimen Siputeh, Teresa Kok serta Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran pimpinan PAS dan KeADILan. Antaranya, Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah; Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Abdul Karim Md Rejab dan Pengarah Perhubungan Awam PAS Perlis, Hairy Hashim.

Papantanda Pejabat DAP Kangar (bernaungkan bulan)

Sidang Media bersama

Simbolik perasmian

Presiden PAS : Banyak menerang bukannya menyerang

SHAH ALAM : Kerajaan dan orang Islam tidak boleh menganggu orang Islam dan rumah ibadah mereka seperti yang ditegaskan dalam hadits Nabi" barang siapa menyakiti orang bukan Islam Zimmi dia menyakiti ku dan aku akan menjadi pembela mereka".

Demikian antara penegasan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan ucapan perasmian Taklimat Isu-Isu Penerangan anjuran Lajnah penerangan PAS Pusat di Dewan MBSA di sini hari ini.

Taklimat Penerangan itu mendapat perhatian yang baik dari semua peringkat parti diseluruh negara apabila semua tempat duduk dibahagian utama dewan yang pernah berlangusng Konvensyen pakatan Rakyat itu penuh dengan peserta yang dianggarkan sekitar 1000 peserta.

Hadir sama dalam Program itu ialah Timbalan Presiden PAS, Ust. Nasharuddin Md. Isa, Naib-Naib Presiden, AJK PAS Pusat, AJK Pemuda, Ulama dan Muslimat Pusat, AJK Perhubungan Negeri, ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen , YDP dan SU PAS kawasan dari seluruh negara.

Baca selanjutnya di sini

Ceramah


Wednesday, January 06, 2010

Malaysia Tanahairku : Judi oh Judi


Kayanya towkey judi...

Kutipan Syarikat Perjudian Tahun 2008 (RM):

Genting (M)Bhd: 949,802,170

Sport Toto: 509,739,584

Magnum: 396,477,793

Pan Malaysia Pools: 270,764,197

Pan Malaysia Racing: 138,576,130

Daily One Corp: 18,082,749

Sandakan Turf Club: 18,182,034

Sarawak Turf & Equestrian Club: 29,776,000

JUMLAH: 2.37 BILION


Rujuk Handsard Parlimen Mukasurat 113-119
Klik di sini

Tuesday, January 05, 2010

XDPC Dakwah Malam Tahun Baru

KANGAR - Sempena sambutan tahun baru 2010 baru-baru ini, Pemuda PAS Perlis menganjurkan Exspidisi Dakwah bagi mendekati masyarakat khususnya golongan muda.

Program ini turut disertai Ahli Jawatnkuasa Kerja Pemuda PAS kawasan-kawasan serta Nisa' Perlis.

Peserta ekspidisi berkumpul di Stadium Utama Kangar sebelum berpecah kepada dua kumpulan menuju ke kawasan sekitar bandar Kangar dan pesisiran pantai di Kuala Perlis.

Di Kuala Perlis, orang ramai berkumpul memenuhi sepanjang 3 kilometer kawasan pesisir pantai menatikan detik tengah malam.

Di situ petugas Pemuda PAS dan Nisa' mengedarkan risalah berkaitan cara-cara yang lebih afdal untuk menyambut kedatangan tahun baru.
Berkumpul di Stadium Utama: Apa-apa pun makan dulu syeikh...
Anggota Nisa' mengedarkan risalah

AJK DPP Arau turut serta