Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, October 30, 2008

Khairy Jamaluddin... Calon Ketua Pemuda UMNO Yang Membingungkan...


Dipetik dari blog anak bekas MB Kedah, Tan Sri Sanusi Junid


Para pelawat setia blog ini tahu saya cukup anti Khairy Jamaluddin (KJ) yang terlihat terlalu banyak penglibatan negatif dalam kerajaan, baik secara langsung atau tidak langsung. Namun, saya tetap merasa puas bila melihat beliau layak bertanding Ketua Pemuda UMNO atas dasar:

  1. Ia memberi peluang untuk mengembalikan wang yang sudah dikaut beliau dan pengikutnya kepada segolongan mangsa, baik para perwakilan mahupun peniaga kecil dan besar hasil tempias kempennya kelak.

  2. Sesuai dengan konsep menentang sistem kuota pencalonan UMNO yang sedia ada, kita mestilah memberinya ruang untuk bertanding juga, walaupun tidak berapa suka.

  3. Setidak-tidaknya, jumlah pencalonan KJ membuktikan ada juga Pemuda yang menyokongnya. Ini sering menjadi tanda-tanya semenjak beliau menang tanpa bertanding ke jawatan Naib Ketua Pemuda pada pemilihan 2004.
Tetapi nampak gaya kempen KJ bermula dengan kedudukan yang membingungkan. KJ telah mengemukakan cadangan yang debat terbuka diadakan di antara calon-calon KP. Ini cadangan menarik, tetapi hujah-hujah yang beliau kemukakan untuk menyokong cadangan beliau sedikit aneh. Komentar saya berikut merujuk laporan akhbar Utusan
ini. Komentar saya:


1 comment:

OUMje said...

Alhamdulillah...pastikan berita ini benar. Klu tidak benar jawablah anda diakhirat kelak. Islam tulen takut dan gementar kepada Allah swt dengan sesuatu yang bersifat fitnah atau tidak benar.