SANGLANG, 10 Okt (Hrkh) - Sesebuah kerajaan yang dibina dengan dasar perkauman tidak akan kekal lama, demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.
Katanya, selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu, kerajaan Pakatan Rakyat berjaya dibentuk di Perak dan dapat bertahan sehingga hari ini kerana tidak mengamalkan dasar perkauman.
Katanya, selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu, kerajaan Pakatan Rakyat berjaya dibentuk di Perak dan dapat bertahan sehingga hari ini kerana tidak mengamalkan dasar perkauman.
"Kalau kita ketengahkan dasar perkauman, tak mungkin kerajaan ini dapat bertahan lama. Kita ketepikan unsur tersebut. Kita boleh ketengahkan asas prinsip keadilan sejagat.
Sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan tidak berdasarkan kepentingan sesuatu kaum atau parti," katanya ketika menyampaikan ceramah di Markas MTD Sanglang, Kampung Rama dekat sini malam tadi.
Menurutnya lagi, dasar perkauman yang ditanamkan dalam jiwa orang Melayu oleh Umno sejak 51 tahun yang lalu kini sudah ditolak rakyat khususnya di negeri Perak.
"Apabila politik menggunakan perkauman, ianya takkan bertahan lama. Sebab itu saya menyarankan semua negeri yang diperintah Pakatan Rakyat jangan ada yang bersifat perkauman. Jangan ada semangat perkauman dalam diri kita.
"Apa yang diajar oleh Umno denngan meniupkan semangat perkauman dalam jiwa orang Melayu tidak berjaya kerana unsur tersbut tidak boleh menyatu-padukan masyarakat," ujarnya lagi.
Jelasnya lagi, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kini semakin kukuh walapun ada pelbagai usaha untuk mejatuhkannya.
"Dulu mereka kata kita hanya mampu bertahan sebulan, kemudian kata dua bulan, kemudian kata 31 Ogos. Mereka cuba gunakan petisyen pilihan raya, tuduhan rasuah tapi tak berjaya. Malahan kita semakin kukuh.
"Buktinya, walaupun Menteri Besar daripada PAS dan majoriti Exco dan Adun dari kalangan bukan Islam tapi mereka dapat menerima baik semua polisi kerajaan berkaitan Islam.
"Apa-apa yang diputuskan tidak pernah dibangkang oleh Exco DAP atau KeADILan, malahan mereka menyokongnya,"jelasnya lagi.
Program ceramah tersebut diadakan sempena kemenangan PAS di Dun Sanglang diisytiharkan sah oleh mahkamah persekutusan baru-baru ini.
Turut menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga Adun Sanglang, Ustaz Hashim Jasin dan Ecxo Kerajaan Negeri Kedah, Dr Ismail Salleh.
No comments:
Post a Comment