Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, October 30, 2008

Khairy Jamaluddin... Calon Ketua Pemuda UMNO Yang Membingungkan...


Dipetik dari blog anak bekas MB Kedah, Tan Sri Sanusi Junid


Para pelawat setia blog ini tahu saya cukup anti Khairy Jamaluddin (KJ) yang terlihat terlalu banyak penglibatan negatif dalam kerajaan, baik secara langsung atau tidak langsung. Namun, saya tetap merasa puas bila melihat beliau layak bertanding Ketua Pemuda UMNO atas dasar:

  1. Ia memberi peluang untuk mengembalikan wang yang sudah dikaut beliau dan pengikutnya kepada segolongan mangsa, baik para perwakilan mahupun peniaga kecil dan besar hasil tempias kempennya kelak.

  2. Sesuai dengan konsep menentang sistem kuota pencalonan UMNO yang sedia ada, kita mestilah memberinya ruang untuk bertanding juga, walaupun tidak berapa suka.

  3. Setidak-tidaknya, jumlah pencalonan KJ membuktikan ada juga Pemuda yang menyokongnya. Ini sering menjadi tanda-tanya semenjak beliau menang tanpa bertanding ke jawatan Naib Ketua Pemuda pada pemilihan 2004.
Tetapi nampak gaya kempen KJ bermula dengan kedudukan yang membingungkan. KJ telah mengemukakan cadangan yang debat terbuka diadakan di antara calon-calon KP. Ini cadangan menarik, tetapi hujah-hujah yang beliau kemukakan untuk menyokong cadangan beliau sedikit aneh. Komentar saya berikut merujuk laporan akhbar Utusan
ini. Komentar saya:


Wednesday, October 29, 2008

AKHLAK DAN DISIPLIN DI DALAM HARAKAH ISLAMIAH

Oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Muqaddimah

Kemantapan sebuah Harakah Islamiah berhubung erat dengan keteguhan aqidah atau prinsip perjuangannya dan keteguhan pegangan ahlinya di semua peringkat terhadap aqidah dan prinsip itu sehingga membuahkan wala’ dan melengkapkan diri dengan akhlak dan disiplinnya.
Perlu difahami bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar dan prinsip yang sebenarnya tanpa membina peribadi dengan akhlak berjamaah, oleh itu di bawah ini dikemukakan beberapa perkara yang menjadi sifat-sifat yang mesti dipunyai oleh pejuang-pejuang Islam untuk dijadikan perbincangan dan muhasabah kepada diri kita sendiri.

Akhlak Berjamaah

Supaya perjuangan kita diterima, direstui oleh Allah SWT dan mendapat pertolongan daripada-Nya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:

1. Ikhlas

Pejuang Islam mestilah ikhlas dengan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah, menuntut keredhaan-Nya dengan menegakkan agama-Nya sehingga didaulatkan.
Abu Musa Al Ashaari menceritakan: Seorang Arab Badwi datang menemui Rasullah, dia berkata:

“Orang yang berperang kerana mahukan harta rampasan, orang berperang kerana mahu disebut orang, berperang kerana riya’, maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah? Sabda Rasulullah: Sesiapa yang berperang supaya ‘kalimatullah’ itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan Allah.”

Ini bermaksud perjuangan menegakkan Islam menurut situasi dan keadaan samada melalui
pilihan raya sehinggalah berperang di negeri, tidak ada cara lain daripada mestilah dengan niat yang ikhlas.

Firman Allah, maksudnya:
$!
Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus.” (al Bayyinah : 5)

Apabila mengikhlas niat kerana Allah semata-mata maka mestilah membersihkan hati dari sifat-sifat yang menrosakkan niat seperti riya’, ujub dan sum’ah.

2. Istiqamah

Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain, hanyut bersama arus, jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan. Allah berfirman kepada Musa dan Harun yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya yang bermaksud:
$
“Maka kamu mestilah istiqamah dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang tidak tahu”. (Yunus : 189)
Apabila Abu Sufian bin Abdullah berkata kepada Rasulullah saw:

“Katakan kepada saya dengan kata-kata yang jelas sehingga saya tidak perlu lagi bertanya seseorang yang lain darimu. Sabda Rasulullah: Katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah beristiqamah.”

Para rasul dan sahabat adalah orang yang paling istiqamah, tetapi mereka diperintah juga supaya beristiqamah. Ini menunjukkan bahawa sifat istiqamah sangat penting dan mestilah berterusan, kerana ia adalah tonggak dan cara untuk mendapat pertolongan Allah, bahkan orang yang tidak istiqamah amalannya sia-sia. Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan, iaitu menyekutukan Allah, menderhaka kepada kedua
ibu bapa dan lari dari medan perjuangan.”

3. Taat

Ketaatan lahir daripada sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan pengikut, apabila pemimpin mempunyai keikhlasan dan menyatakan perngorbanan yang sebenar dan memberi perhatian kepada perjuangan dan pengilut-pengikutnya. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa lapang dan susah, di masa lapang dan sempit dalam perkara yang tidak maksiat. Firman Allah, maksudnya:


“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu akan Allah, taatlah kamu akan Rasul dan Ulil Amri (pemimpin di kalangan kamu)”. (an-Nisa : 59)

Rasulullah telah meneguhkan sifat ketaatan kepada para sahabatnya dengan melakukan bai’ah di antara Baitul ‘Aqabah yang terkenal sebelum melakukan hijrah.

Di dalam Bai’ah itu Rasulullah bersabda:

“Berbai’ahlah kepadaku di atas kewajipan taat di masa cergas dan di masa malas, sanggup berbelanja di masa susah dan senang, menjalankan kewajipan menyuruh yang baik dan mencegah dari kemungkaran, bangun menyatakan agama Allah tanpa terjejas walaupun dicela, sanggup menolong aku apabila aku tiba kepada kamu dan sanggup mempertahankan aku.”

Ketaatan Yang Dituntut

  1. Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan sehingga menjadi kelam-kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam jamaah atau parti yang mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jamaah dalam parti.
  2. Ketaatan itu membawa kepada penyelarasan yang baik di kalangan seluruh anggota dan sayap parti atau jamaah dan melaksanakan amal jamaie yang tidak boleh dijelaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera masing-masing sehingga jentera parti bercelaru dan tidak selaras antara satu sama lain.
  3. Ketaatan juga dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang terlalu ke depan (advance), ada orang yang terlalu lambat dan ada yang sederhana.


4. Wala’

Kita melihat betapa kumpulan yang tidak Islam mengalami kelemahan dan kepupusan termasuk yang pernah memerintah negara besar, begitu juga dengan pertubuhan yang meletakkan
nama Islam tetapi tidak mengambil Islam secara menyeluruh.
Oleh itu maka penekanan yang perlu diberi perhatian ialah peningkatan wala’ dan disiplin dalam jamaah yang dapat memelihara ketaatan dan perjalanan secara istiqamah. Firman Allah,
$
maksudnya:
“Sesungguhnya wali kamu ialah Allah, rasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka itu sentiasa ruku’”
(al Maidah : 55)


Wala’ dan hubungannya dengan Harakah Islamiah (PAS)
Dalam aspek ini perlu dibahagikan wala’ itu kepada beberapa aspek yang perlu diberikan penekanan.

a) Wala’ terhadap aqidah perjuangan

Sesungguhnya wali kamu ialah Allah dan Rasul-Nya. Wala’ dalam aspek ini berkait erat dengan ketaatan secara mutlak kepada Allah dan RasulNya, wajiblah beriman bahawa tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah dengan segala sifat ketuhanan yang Maha Suci dan juga beriman kepada rasul yang wajib dengan sifat-sifat kerasulannya.
Terkandung di dalam mafhum ketaatan dan wala’ kepada Allah dan rasul secara mutlak kepada
Al Quran dan Al Hadith yang menjadi rukun dan hokum tertinggi bagi Harakah Islamiah, dan dalam konteks kita di Malaysia ini ialah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

b) Wala’ kepada Jamaah

Menurut rukun dan hukum haram berjamaah haram kepada ahli yang telah memberi bai’ah kepada jamaah tiba-tiba memberi wala’ kepada kumpulan lain samada yang jelas menentang Islam atau kumpulan yang bernama Islam. Ini bercanggah dengan akhlak berjamaah dan merosakkan perpaduan jamaah, strategi dan jenteranya.
Adapun wala’ kepada jamaah itu bergantung kepada wala’ jamaah terhadap aqidah perjuangan yang sebenar dan menjadi kewajipan kepada ahli mempertahankannya daripada menyeleweng.

c) Wala’ kepada pemimpin

Kepimpinan di semua peringkat merupakan salah satu daripada tonggak yang penting kepada jentera dan perjalanan jamaah. Oleh yang demikian wala’ kepada pemimpin dalan pengertian kasih dan taat mestilah diberi dengan penuh tanggungjawab. Wala’ ini mesti diberi di semua peringkat pimpinan. Ia juga bergantung kepada perinsip perjuangan parti atau jamaah.

5. Disiplin

Firman Allah, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaran kamu dan tetap bersedia dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
(ali Imran : 200)

Perkara yang ditakrifkan dengan disiplin ialah sebagaiman berikut:

  1. Tatatertib dan kelakuan diri
  2. Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik
  3. Kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan
  4. Hukuman atau denda kerana melanggar peraturan

Harakah Islamiah (PAS) telah menetapkan perkara-perkara ini secara menetapkannya di dalam perlembagaan parti secara tegas. Di antaranya ialah menetapkan perkara yang dinamakan tatatertib:

  1. Taat kepada hukum-hukum dan ajaran Islam yang menjadi dasar jamaah
  2. Patuh kepada perlembagaan parti serta aturan dan peraturannya
  3. Taat kepada arahan dan perintah jamaah
  4. Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh jamaah sedaya upaya yang boleh
  5. Menjaga dengan cermat segala rahsia jamaah
  6. Beramal dengan akhlak Islam
  7. Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan jamaah

6. Penutup

Akhlak dan disiplin penting bagi setiap ahli demi kebaikan jamaah. Setiap ahli mesti berdisiplin dan melengkapkan diri dengan akhlak Islam bagi meningkatkan kejayaannya kepada sasaran dakwah dan matlamat kerana tindakan individu ahlinya menjadi contoh dan perhatian di samping dapat mewujudkan jentera dalaman yang baik bagi mentadbir segala kegiatannya. 

Tuesday, October 28, 2008

Majlis Makan malam PASTI

Dewan Pemuda PAS Perlis menganjurkan Majlis Makan Malam Pasti yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cin Khoon Aik, Kangar malam tadi.

Majlis ini diadakan bagi mengumpulkan dana untuk Jabatan Pasti Negeri Perlis.

Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu undangan khas, YB Saudara Mohd Nasir Mustaffa (Adun Kubang Rotan, Kedah).

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Ustaz Hashim Jasin, Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Ahmad Ali dan Adun Simpang Empat, YB Rus'sele Eizan.

Muslimat mengambil juadah
Hidangan malam tadi amat menyelerakan

YB Mohd Nasir menerima cenderahati

Hadiah cabutan bertuah

Suasana di dalam dewan

Tetamu Udangan Khas menjamu selera



Isteri-isteri AJK Pemuda diminta beri sokongan penuh kepada suami

KANGAR - Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman menyeru para isteri Ahli Jawatan Kuasa Kerja (AJK) Pemuda PAS memberi sokongan sepenuhnya kepada suami-suami mereka yang melibatkan diri dalam perjuangan PAS.

Katanya, dengan sokongan yang penuh daripada para isteri, suami yang berjuang di dalam PAS akan merasakan lebih bersemangat untuk terus bekerja di dalam jemaah bagi memantapkan lagi usaha-usaha menegakkan Islam di dalam negara ini.

"Tidak kira di peringkat negeri atau kawasan, bila isteri memberi sokongan padu kepada suami, maka mereka akan lebih bersemangat untuk menghadiri program-program parti seperti mesyuarat, usrah atau tamrin," katanya.

Ustaz Ya'akub berkata demikian ketika menyampaikan ucapnnya di Majlis Ramah Mesra Ailfitri anjuran DPP Perlis yang diadakan di Restoran Anjung Keli dekat sini baru-baru ini.

Majlis tersebut diadakan bagi mempereratkan ukhuwah dan silaturrahim di kalangan AJK DPP negeri dan Kawasan-kawasan selain dapat berkenal-mesra dengan ahli keluarga masing-masing.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah pimpinan PAS Perlis termasuk Pesuruhjaya, Ustaz Hashim Jasin dan Ketua Penerangan, Hairy Hashim.

Monday, October 27, 2008

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Dewan Pemuda PAS Perlis

Dewan Pemuda PAS Perlis baru-baru ini mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bertempat di Restoran Anjung Keli, Kangar.

Majlis ini diadakan sempena sambutan Adilfitri dan dihadiri AJK Dewan Pemuda PAS Negeri dan kawasan-kawasan serta keluarga masing-masing.

Program ini diadakan bagi mempereratkan silaturrahim di kalangan AJK Pemuda Negeri dan Kawasan-kawasan selain dapat berkenal-mesra dengan ahli keluarga.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran pimpinan PAS Perlis termasuk Pesuruhjaya, YB Ustaz Hashim Jasin.

Hadirin menjamu selera
Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub menyampaikan ucapan

Amanat dari Pesuruhjaya untuk AJK Pemuda PAS

Program dapat mengeratakan ukhuwah sesama Pemuda PAS dan keluarga

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hasim Jasin selaku tetamu VIP

Tuesday, October 21, 2008

Skandal Eurocopter : AMK buat laporan polis terhadap Najib

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 20 Okt - Angkatan Muda KeADIlan (AMK) telah membuat satu laporan polis terhadap Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak berikutan dakwaan skandal pembelian Eurocopter semasa menjawat jawatan Menteri Pertahanan.

Menurut Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa, laporan polis berkenaan dibuat selepas pendedahan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Parlimen baru-baru ini.

Laporan itu merujuk kepada surat rasmi yang dihantar syarikat pembida helikopter, Mentari Services, katanya.

Dalam surat tersebut syarikat berkenaan memberitahu bahawa kerajaan telah bersetuju membeli 10 unit Eurocopter yang lebih mahal daripada pembida lain yang menawarkan helikopter yang berkeupayaan yang sama pada nilai yang lebih murah dan menjimatkan.
Penulis adalah Ketua Wartawan Harakah

Monday, October 20, 2008

Ada hikmah di sebalik sistem perbankan Islam.......


Islamic banking escapes fallout of global financial crunch

Islamic banking has largely escaped the fallout from the global financial crisis, thanks to rules that forbid the sort of risky business that is felling mainstream institutions.

But experts say that because of its heavy reliance on property investments and private equity, the booming 1.0 trillion dollar global industry could be hit if the turmoil worsens and real assets start to crumble.

"In the current financial turmoil, it is interesting to note that Islamic financing may have prevented a majority of the mess created by the conventional banking and financial institutions," Kuwait Finance House said in a report.

"The outlook for Islamic financing is bright and will likely take the lead in terms of providing funding for major projects as the conventional banking system reevaluates its business model."

The rules of Islamic banking and finance -- which incorporate principles of sharia or Islamic law -- read like a how-to guide on avoiding the kind of disaster that is currently gripping world markets.

Islamic law prohibits the payment and collection of interest, which is seen as a form of gambling, so highly complex instruments such as derivatives and other creative accounting practices are banned.

Transactions must be backed by real assets -- not shady repackaged subprime mortgages -- and because risk is shared between the bank and the depositor there is an incentive for the institutions to ensure the deal is sound.

Investors have a right to know how their funds are being used, and the sector is overseen by dedicated supervisory boards as well as the usual national regulatory authorities.

"Islamic banking has, thus far, remained positive, despite the current challenging global financial environment," said Zeti Akhtar Aziz, the central bank governor of Malaysia, which is Southeast Asia's leader in Islamic banking.

Zeti said this month that because of the slowing global economy, plans for Islamic "sukuk" bonds had been postponed or scrapped by companies including Kuwait's Abyaar Real Estate Development Co. and Malaysia's Perisai Petroleum.

And Jennifer Chang, a partner at Pricewaterhouse Coopers in the Malaysian capital Kuala Lumpur, said that given the extent of the global crisis, Islamic banks may suffer damage despite their strong position.

"Islamic banks, especially in the Middle East, got heavily into private equity and real estate investments, and a lot of loans may be backed by properties. So if the property market goes down, there will be an impact," she said.

"If a borrower is not able to pay then the bank will foreclose and the question is -- can you sell the property in the market and at what value? These are issues which all banks can face."

There have been calls for the conventional banking industry to take a leaf out of the book of Islamic finance, which also shuns investments in gaming, alcohol and pornography in favour of ethical investments.

Influential Sunni cleric Sheikh Yusuf al-Qaradawi earlier this month called on Muslims to take advantage of the turmoil to build an economic system compatible with Islamic principles.

"The collapse of the capitalist system based on usury and paper and not on goods traded on the market is proof that it is in crisis and shows that Islamic economic philosophy is holding up," said the Egyptian-born, Qatar-based cleric.

In recent years the sector has broken out of its niche and been embraced by mainstream banks. As well as basic bank deposits and investment accounts, it has expanded into areas including equity funds, bonds and Islamic hedge funds.

Abhishek Kumar, a senior research analyst at Financial Insights, a company under market research and analysis firm International Data Corp (IDC), said recent events may further boost the sector.

"More and more institutions will be interested in providing Islamic services to diversify their risk portfolio," he said, while warning that in the current financial storm there were no absolutely safe harbours.

"We're not really sure what the real extent of the impact is, and whether we've passed the worst of it or not, But the extent is not going to be as bad as in the mainstream sector," he said.

Friday, October 17, 2008

Indonesian cleric blames CIA for Bali bombing

An Indonesian Islamic cleric linked to the three extremists awaiting execution for the Bali bombings said Thursday the 2002 attack which killed more than 200 people was the work of the CIA.

Abu Bakar Bashir told AFP the US intelligence agency had fired a nuclear missile at the Bali tourist strip from a ship off the coast.

"It has been mentioned as being a micro-nuclear bomb, not a regular bomb... The bomb was made by the CIA, it could be no one else," he said in his house at the Al-Mukmin Islamic boarding school on Indonesia's Java island.

He said the attack was a conspiracy between "America, Australia and the Jews" and the three convicted bombers -- Amrozi, Imam Samudra and Ali Ghufron -- had been framed.

"The bomb Amrozi set off, the first one, at most it shattered glass and didn't wound people, or at most wounded them a little," he said, sitting on the floor and wearing the white clothes and skullcap of a religious man.

Amrozi had been "used by the CIA in coordination with America, Australia and the Jews. The police and the prosecutors aren't brave enough to prove it."

The coordinated October 12, 2002 bomb attacks ripped through packed nightspots on the holiday island's main tourist strip and killed 202 people, mostly foreign visitors including 88 Australians.

Radical Islamist preacher Bashir, aged around 70, served almost 26 months for conspiracy over the attacks before being cleared and released in 2006.

He had been accused of providing spiritual leadership to the Jemaah Islamiyah regional terror group, a claim he denies.

His comments come amid speculation the government is preparing to execute the three bombers by firing squad next week, in line with their 2003 convictions.

The executions have been put off by a series of failed appeals and most recently by the Muslim holy month of Ramadan, raising questions about the government's willingness to kill the men ahead of elections in April.

More than 90 percent of Indonesia's 234 million people are Muslims, but most follow a more moderate version of Islam.

Dismissing Indonesia's Islamic groups as "Jewish organisations," he said he would split from the Indonesian Council of Mujahedin which he had led and form a new group to push for pure Islamic law.

He said he would launch the new group, Jemaah Ansharut Tauhid ("partisans of the oneness of God"), on October 25.

Pemuda PAS Perlis kesal insiden pelajar tendang guru


KANGAR - Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) melahirkan rasa kesal dan terkejut dengan insiden pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini yang didakwa menendang dan memukul seorang guru semalam.

Kejadian tersebut berlaku ke atas ke atas seorang guru wanita, Azahana Ibrahim, 27 yang mengajar pendidikan Sivik di sekolah berkenaan.

Ketuanya, Ustaz Ya'akub Abu Seman menyifatkan kejadian sedemikian adalah satu tamparan hebat ke atas pembentukan modal insan yang digembar-gemburkan oleh kerajaan Umno-BN selama ini.

"Ini adalah satu contoh yang buruk ke atas pembentukan modal insan apabila para pelajar seawal usia 14 belas tahun (tingkatan) dua sudah menunjukkan ciri-ciri yang begitu kurang ajar apatah lagi terhadap guru yang mendidik mereka.

"Modal insan yang disebut-sebut itu pula lebih mementingkan aspek material berbanding spritual, akhlak dan keagamaan,"katanya mengulas insiden yang berlaku itu.

Menurutnya lagi, kejadian seumpama ini dan banyak lagi permasalahan yang menimpa para pelajar sekolah pada masa ini menunjukkan kegagalan sistem pendidikan negara.

"Sistem pendidikan yang ada sekarang lebih berorientasikan peperiksaan dan gagal melahirkan manusia yang beretika. Walaupun adanya pendidikan moral, namun ianya gagal. Dalam kejadian ini, lebih memalukan apabila yang dipukul oleh pelajar itu ialah seorang guru yang mengajar pendidikan sivik.

"Sekarang sudah sampai masanya sistem pendidikan negara kembali kepada landasan Islam yang memberikan satu penyelesaian untuk umat manusia sejagat. Untuk yang bukan Islam sendiripun, pendidikan moral itu harus diperkasakan," ujarnya.

Justeru, DPPPs menggesa pihak yang berwajib mengambil tindakan segera keatas kejadian tersebut.

Tengahari tadi, Ustaz Ya'akub bersama-sama Exco DPPPs mengunjungi Azahana di rumahnya di Taman Suriani dekat sini bertanyakan khabar dan melahirkan rasa simapti di atas insiden yang berlaku.

Menurut Azahana, beliau terkejut apabila berita tentang kejadian tersebut mula diketahui para pemberita dan disirkan oleh media.

Jelasnya, beliau melaporkan kejadian di Balai Polis untuk memastikan keselamatan dirinya terjamin.

"Manalah tahu, pelajar berkenaan ada ramai kawan atau saya ditahan ditengah jalan, tapi saya terkejut bila ramai pemberita menghubungi saya dan berita kejadian tersebut pula tersiar di televisyen malam tadi.

"Saya memanggil pelajar berkenaan untuk berbincang bagaimana untuk memberikannya markah selepas lewat menghantar tugasan dan pada belakang kertas folionya pula tertulis perkataan kasar 'gila babi'.

"Dia datang dengan seorang kawan dan selepas ditegur dan dimarahi tentang tugasan dan perkataan kasar itu, berlakulah insiden kekasaran seperti yang dilaporkan media itu," jelasnya.

Laporan Buletin Utama TV3 malam tadi turut memaparkan kejadian itu yang dirakamkan menggunakan kamera video telefon bimbit oleh seorang pelajar kelas terbabit. 

Dalam tempoh tidak sampai dua minggu, SMK Perlis terus menjadi tumpuan orang ramai. Minggu lalu, berlaku insiden di mana lapan orang pelajar Muslim telah terbabit menyertai pancaragam sekolah mengiringi perarakan di Tokong Cina.

Terkini, Bernama melaporkan pelajar berkenaan telah digantung persekolahan serta merta selama seminggu bagi membolehkan siasatan dijalankan. Baca di sini

Lain-lain berita berkaitan >>> Baca di sini

Wednesday, October 15, 2008

Amaran Hamas: Intifadhah Ketiga akan meletus ?

Selasa, 14/10/2008 - Hamas menyatakan amaran meletusnya Intifadhah III di seluruh Palestin jika kejahatan Israel berlanjutan terhadap masjid Al-Aqsa. Ini kerana angkara jahat terhadap al-Aqsa adalah kejahatan terhadap nilai, akidah, kehormatan Palestin, Arab dan Islam.

Dr. Ismael Ridlwan, pimpinan Hamas semalam, Isnin (13/10) meminta bangsa Arab dan negara-negara Islam untuk segera menyelamatkan masjid Al-Aqsa dari kejahatan Israel yang menyerang tempat-tempat suci Islam dan tempat isra Rasulullah saw.

Bekenaan tentera Israel, Gilad Shalit, Ismael Ridwan menegaskan, pemerintah Israel bertanggungjawab penuh atas isu pertukaran tahanan dan tawanan. Ini kerana keputusan di tangan Israel. Selama ini yang berdolak-dalih dalam soal kesefahaman masalah ini adalah Israel.

Bantahan Pemuda PAS : SMKPs mohon maaf

KANGAR - Susulan memorandum bantahan yang dikemukakan oleh Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) berkaitan penglibatan lapan orang pelajar Muslim Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis (SMKPs) dalam perarakan Tokong Sayur, pihak sekolah berkenaan telah memohon maaf secara rasmi.

Pengetua SMKPs, Chuah Cheng Hooi telah menghantar surat permohonan maaf atas insiden yang berlaku kepada DPPPs dan salinan kepada Taunku Raja Muda Perlis selalu Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Menteri Besar Perlis dan Pengarah Jabatan Pelajaran Perlis. (lihat lampiran surat di bawah)




Jumaat lalu, DPPPs mengemukakan memorandum bantahan ke atas insiden yang berlaku kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Pengetua SMKPs, Exco Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah Negeri Perlis dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis. Baca di sini

Selain itu, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga telah mengeluarkan surat bantahan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Perlis berkaitan perkara yang sama.

Friday, October 10, 2008

Pemuda PAS Perlis serah memorandum bantah pelajar Muslim sertai perarakan upacara agama Buddha

KANGAR - Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) hari ini menghantar memorandum membantah penglibatan pelajar-pelajar Muslim yang menyertai pancaragam sekolah mengiringi perarakan patung berhala Buddha yang diadakan Selasa lalu.

Dalam insiden 7 Oktober lalu, seramai lapan orang pelajar Muslim Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis (SMKPs) yang terlibat sebagai ahli pancaragam telah bersama-sama mengiringi perarakan upacara keagamaan tersebut bermula dari Tokong Sayur di hadapan bangunan KWSP ke tokong di Jalan Jubli Emas antara jam 9.00 hingga 9.30 malam.

Memorandum tersebut dihantar kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Pengetua SMKPs, Exco Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah Negeri Perlis, Jafperi Othman serta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Abdul malik Hussin.

Keempat-empat memorandum tersebut telah diserahkan sendiri oleh Ketua DPPPs, Ustaz Ya'akub Abu Seman dengan diiringi Exco DPPPs dan kawasan.

Memorandum diterima Penolong Kanan SMKPs,
Eniom a/l Endin kerana Pengetua dikatakan sedang bercuti
Timbalan Pengarah Pelajaran Perlis, Abdul Hadi Harun menerima memorandum

Exco Agama Islam Perlis, Japferi Othman mendengar penjelasan dari Ustaz Ya'akub

Dalam memorandum tersebut, DPPPs melahirkankan rasa kesal terhadap pengetua SMKPs yang melibatkan lapan orang pelajar Muslim sebagai ahli pancaragam sekolah mengiringi upacara keagamaan tersebut.

DPPPs juga memandang serius perkara ini kerana melibatkan soal aqidah umat Islam.

"Dan pihak kami terkilan dengan ketidakprihatinan ini serta kurangnya sensitiviti pihak sekolah dalam memahami dan membezakan perkara umum dan perkara keagamaan.

"Kami membantah sekeras-kerasnya penglibatan pelajar Muslim kerana perkara ini boleh menjejaskan aqidah mereka dan telah mengguris hati ibu bapa mereka serta umat Islam yang menyaksikan perarakan itu khasnya dan seluruh penduduk Perlis yang meletakkan dasar negeri ini yang menjunjung tinggi Al-Quran dan As-sunnah," kata Ustaz Ya'akub ketika membacakan intipati memorandum tersebut.

Selain itu, DPPPs turut menuntut pihak sekolah memohon maaf kepada ibubapa atau waris para pelajar yang terlibat.

Kerajaan perkauman tidak akan kekal lama - Nizar

SANGLANG, 10 Okt (Hrkh) - Sesebuah kerajaan yang dibina dengan dasar perkauman tidak akan kekal lama, demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Katanya, selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu, kerajaan Pakatan Rakyat berjaya dibentuk di Perak dan dapat bertahan sehingga hari ini kerana tidak mengamalkan dasar perkauman.

"Kalau kita ketengahkan dasar perkauman, tak mungkin kerajaan ini dapat bertahan lama. Kita ketepikan unsur tersebut. Kita boleh ketengahkan asas prinsip keadilan sejagat.
Sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan tidak berdasarkan kepentingan sesuatu kaum atau parti," katanya ketika menyampaikan ceramah di Markas MTD Sanglang, Kampung Rama dekat sini malam tadi.

Menurutnya lagi, dasar perkauman yang ditanamkan dalam jiwa orang Melayu oleh Umno sejak 51 tahun yang lalu kini sudah ditolak rakyat khususnya di negeri Perak.

"Apabila politik menggunakan perkauman, ianya takkan bertahan lama. Sebab itu saya menyarankan semua negeri yang diperintah Pakatan Rakyat jangan ada yang bersifat perkauman. Jangan ada semangat perkauman dalam diri kita.

"Apa yang diajar oleh Umno denngan meniupkan semangat perkauman dalam jiwa orang Melayu tidak berjaya kerana unsur tersbut tidak boleh menyatu-padukan masyarakat," ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kini semakin kukuh walapun ada pelbagai usaha untuk mejatuhkannya.

"Dulu mereka kata kita hanya mampu bertahan sebulan, kemudian kata dua bulan, kemudian kata 31 Ogos. Mereka cuba gunakan petisyen pilihan raya, tuduhan rasuah tapi tak berjaya. Malahan kita semakin kukuh.

"Buktinya, walaupun Menteri Besar daripada PAS dan majoriti Exco dan Adun dari kalangan bukan Islam tapi mereka dapat menerima baik semua polisi kerajaan berkaitan Islam.

"Apa-apa yang diputuskan tidak pernah dibangkang oleh Exco DAP atau KeADILan, malahan mereka menyokongnya,"jelasnya lagi.

Program ceramah tersebut diadakan sempena kemenangan PAS di Dun Sanglang diisytiharkan sah oleh mahkamah persekutusan baru-baru ini.
Turut menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga Adun Sanglang, Ustaz Hashim Jasin dan Ecxo Kerajaan Negeri Kedah, Dr Ismail Salleh.

SEKITAR MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DAN KENDURI KESYUKURAN

Majli Rumah Terbuka Aidilfitri dan Kenduri Kesyukuran DUN Sanglang berlangsung dengan jayanya pada 8 Oktober lalu.

Dianggarkan lebih 3 ribu orang mengunjungi majlis tersebut yang telah menumbangkan dua ekor lembu sebagai sajian utama dengan masakan gulai. Pengunjung juga disajikan dengan ketupat, laksa, tapai dan aiskrim.

Majlis diseriakan dengan kehadiran Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dan rombongan beliau.

Turut hadir ialah beberapa orang wakil rakyat dari Kedah selain pimpinan PAS dari negeri jiran tersebut.

YDP PAS Arau, Ustaz Ahhmad Ali melayan para hadirin

Ustaz Hashim melayan MB Kedah serta Exconya, Ir Phahrolrazi


YB Nasir Mustaffa (Adun Kubang Rotan) turut hadir

Majlis rumah terbuka ini adalah anjuran bersama Y.B. Ustaz Hashim Jasin (Adun Sanglang),Dewan-dewan Ulama', Pemuda dan Muslimat PAS Perlis sertaPAS Kawasan Arau .

Monday, October 06, 2008

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DAN KENDURI KESYUKURAN

ORANG RAMAI DIJEMPUT MENGHADIRI MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DAN KENDURI KESYUKURAN DUN SANGLANG

TARIKH: 8 OKTOBER 2008
HARI : RABU
MASA: MULAI JAM 1.00 TENGAHARI
TEMPAT: MARKAS MTD SANGLANG, KG. RAMA,
JALAN KUALA SANGLANG, PERLIS

Turut mengundang:
Y.B. Ustaz Hashim Jasin (Adun Sanglang)
Dewan Ulama' PAS Perlis
Dewan Pemuda PAS Perlis
Dewan Muslimat PAS Perlis
PAS Kawasan Arau

CERAMAH MB PERAK