Alamat Baru Kami
Sunday, November 18, 2007
Polis rampas baju Bersih, sekat tujuh buah bas dari Perlis
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) - Polis mula bertindak memprovokasi peserta himpunan yang menaiki bas dari Perlis ke Kuala Lumpur sejak malam tadi.
Laporan dari peserta di Perlis menyatakan tiga buah bas pertama ditahan di sempadan Kedah dekat Ulu Pauh, sementara dua buah bas dari Dun Sanglang pula ditahan di Jelempok.
Bas-bas tersebut memulakan perjalanan malam tadi.
Hanya enam buah bas yang bertolak awal pagi tadi sahaja yang berjaya melepasi sekatan.
Dalam sekatan itu tiga helai kemeja-t warna kuning yang mempunyai lambang Bersih dirampas.
Sementara itu empat buah bas ditahan permitnya mengakibatkan kira-kira 160 orang peserta tersadai di sempadan Kedah/Perlis.
Beberapa peserta himpunan terpaksa mengambil inisiatif pulang mendapatkan kereta persendirian untuk memulakan semula perjalanan ke Kuala Lumpur.
Harakahdaily juga difahamkan sekatan juga dibuat di Tol Sungai Buloh dan Tol Juru bagi menyekat bas-bas yang memuatkan peserta himpunan.
Thursday, November 08, 2007
Melayu tidak bodoh, tetapi Umno yang sering memperbodohkan mereka!
KANGAR, 7 Nov (Hrkh) - Orang Melayu memang tidak "bodoh atau lemah" seperti kata Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tetapi sering diperbodohkan oleh pemimpin parti yang mengaku memperjuangkan nasib mereka.
"Sudah lebih 50 tahun negara kita merdeka tetapi orang-orang Melayu terus diperbodohkan oleh pemimpin Umno," kata Ketua Penerangan PAS Perlis, Hairy Hashim.
Beliau mengulas kenyataan Abdullah yang disiarkan baru-baru ini oleh beberapa laman web berita asing termasuk oleh Agensi Berita Peranchis (AFP) yang bertajuk "Malays 'not stupid or weak' and must become competitive".
Begitu juga, Bernama melaporkan Abdullah mahu orang Melayu menjadi lebih yakin kepada diri sendiri dan menghapuskan perasaan bimbang yang menguasai pemikiran mereka selama ini.
Menurut Hairy, sepanjang Umno menjadi tunjang pemerintahan negara, banyak keistimewaan orang Melayu seperti bahasa, tanah rizab dan biasisiwa semakin terhakis.
"Apa yang tinggal kepada orang Melayu sekarang? Umno dah buang satu-persatu, daripada bahasa, biasiswa sampailah kepada agama, semuanya semakin hancur.
"Umno jugalah yang memesongkan sejarah kemerdekaan negara dengan menafikan peranan pejuang kemerdekaan tulen dan para ulama.
"Tapi tengoklah esok bila Umno bersidang, merekalah yang paling lantang menyatakan mereka memperjuangkan nasib orang Melayu," katanya.
Mengulas lanjut, Hairy melihat orang-orang Melayu sentiasa diajar dengan budaya mengharap oleh pemimpin Umno sehingga menjadikan mereka terpinggir dan kurangnya daya saing dengan bangsa lain.
"Orang Melayu sering diberikan pengharapan tinggi melalui pelbagai projek RMK-9, koridor-koridor pembangunan dan sebagainya. Jadi orang Melayu akan kata kita kekalkan Umno/BN memerintah walhal tidak ada apa sangatlah yang mereka perolehi.
Kata Hairy, orang Melayu diperbodohkan dengan lebih teruk ialah semasa musim pilihan raya.
"Bila tiba musim nak mengundi, mereka sering diumpan dengan pelbagai janji pembangunan, sogokan kebendaan hatta janji memberikan geran tanah. Tapi akhirnya, yang dapat hanyalah duit RM50.00 dan kain pelikat," jelasnya.
Baginya, beliau bersetuju dengan kenyataan Abdullah yang mahu orang Melayu lebih yakin dan menghapuskan rasa bimbang.
Namun soalnya, siapakah yang membangkit rasa bimbang dan takut khususnya untuk orang Melayu lebih berubah selain daripada Umno yang menjadi parti pemerintah di negara ini.
"Bukan kepada orang Melayu sahaja, tetapi seluruh rakyat
"Rakyat di negara ini hanya disogok dengan maklumat yang lebih memihak kepada parti pemerintah sedangkan pemimpin negara menyatakan negara in mengamalkan demokrasi," tempelaknya.
Katanya, dengan maklumat yang berat sebelah ini dan ruang demokrasi yang sempit khususnya untuk parti pembangkang, maka rakyat tidak berpeluang untuk membuat penilaian secara bijak.
"Sebab itu rakyat khususnya orang Melayu mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin negara. Buatlah apa saja,naik harga minyak, harga barang,naikkan tol dengan sedikit penjelasan di media, rakyat percaya," sambungnya.
Bagaimanapun kata Hairy, orang Melayu sudah semakin cerdik dan mula celik maklumat, maka pemimpin Umno tidak selamanya akan terus memperbodohkan mereka.
"Kini orang dah mula sedar bahawa Umno adalah parti yang gagal untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Akan sampai masanya nanti mereka akan ditolak oleh bangsa mereka sendiri," ujarnya. - mr
Peluru Radzi kena tepat batang hidung Shahidan
KANGAR, 1 Nov (Hrkh) - "Perang mulut" antara Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim dan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad berkaitan isu pengambilan pekerja asing di Perlis nampaknya semakin memuncak. Semalam Radzi mendedahkan jumlah pekerja asing yang berdaftar di Perlis adalah seramai 5,480 orang termasuk Selain itu, ramai pekerja asing khususnya dari Thailand yang memonopoli Arked Niaga Padang Besar serta terdapat seramai 12 orang yang bekerja di ladang anggur milik kerajaan negeri. Kata Radzi lagi, ramai pekerja dari Thailand juga bekerja di sektor perladangan di Perlis seperti di ladang tebu, Felcra Lubuk Sireh, Felda Rimba Mas dan Felda Mata Ayer. Laporan Harian Metro hari ini yang bertajuk "Radzi Tempelak Shahidan" menyebut Shahidan perlu memecat Radzi turt mempertikaikan mengapa Shahidan menggunakan pekerja dari "Ramai lagi ibu tunggal yang boleh bekerja, dia kena tunjuk contoh yang baik," kata Radzi seperti yang dilapor Harian Metro. Laporan akhbar minggu lalu menyiarkan kenyataan Shahidan yang tidak mahu menggunakan tenaga pekerja asing di Perlis, sebaliknya akan menggunakan tenaga kerja tempatan termasuk untuk projek pembangunan Wilayah Pembangunan Ekonomi Utara (NCER). Bagaimanapun, respons Radzi kemudiannya menyatakan bahawa negeri-negeri tidak ada hak untuk menolak kehadiran pekerja asing. Utusan Malaysia Selasa lalu memetik kenyataan Shahidan yang tetap menolak penggunaan pekerja asing di semua sektor industri. "Cikgu-cikgu pencen misalnya boleh terus bekerja selepas bersara daripada duduk melahu di rumah," kata Shahidan. Mengulas isu ini, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin melihat di sebalik "perang mulut" kedua-dua pemimpin Umno ini ada jurang perpecahan di antara mereka khususnya menjelang pilihan raya umum akan datang. "Walaupun mereka kata tidak ada apa kekeruahan, tapi melihat kepada apa yang sedang berlaku, kita jangkakan akan ada perubahan dalam pucuk pimpinan Umno di negeri ini. Nampak macam Shahidan ni ada potensi nak rebah," katanya. Sementara itu, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Zolkharnain Abidin melihat kewajaran di sebalik apa yang disebut oleh Radzi. Katanya, kenyataan yang diberikan oleh Radzi memang jelas dan Shahidan perlu bercakap berdasarkan fakta yang ada dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang merapu seperti yang selalu dibuatnya. "Jangan hanya pandai bercakap, sebaliknya perlu berasaskan realiti. Ini dia sendiri pun pakai pekerja asing. Peluru Dato' Radzi memang kena tepat atas batang hidung Shahidan. "Pemimpin Umno ni memang pandai cakap bab pekerja asing, tapi hakikatnya merekalah yang menguasai perniagaan membawa masuk pekerja asing," jelasnya. - mns |
Tuesday, November 06, 2007
Jawatan Menteri Besar mula meresahkan Shahidan
Mereka ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kangar; Menteri Sumber Asli, Dato' Azmi Khalid (Padang Besar) dan Dato' Seri Utama Syed Razlan Jamalullail (Arau).
Shahidan menyatakan bahawa Perlis tidak akan menerima sebarang kemasukan pekerja asing sedangkan Radzi pula menyatakan bahawa negeri-negeri tidak ada hak untuk menolak pekerja asing.
Percanggahan ini dilihat lebih bersifat peribadi meskipun isunya melibatkan perkara yang lebih besar membabitkan kepentingan negara.
"Dia suruh perbanyakkan kain rentang yang mempunyai gambarnya apabila mendapati adanya beberapa helai kain rentang Radzi yang dipasang sekitar Kangar," jelasnya.
Selain itu, beberapa faktor lain juga dilihat menyebelahi Radzi.
Bagaimanapun, menurut seorang sahabat Radzi, ada juga beberapa faktor yang tidak menyebelahi Radzi.
"Radzi dilihat sudah masuk ke tahap veteran Umno dan dia sendiri katanya tak mampu buat macam Shahidan kalau jadi MB. Tabur duit rata negeri," katanya.
Seorang lagi calon yang disebut merupakan calon "DiRaja" dan mempunyai kelebihan tersendiri.
Selain beliau merupakan adinda kepada Tuanku Raja Perlis, Syed Razlan dilihat seorang yang dihormati dan mempunyai ramai pengikut khususnya di Parlimen Arau.
Beberapa bulan lalu, Shahidan dikatakan pernah mengeluarkan arahan agar para pegawai kerajaan tidak menghadiri majlis yang dihadiri oleh Syed Razlan.
Kegelisahan Shahidan juga dapat digambarkan menjelang Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Dalam rancangan wawancara agama bersama Menteri Besar di Perlis FM sehari sebelum hari raya, Shahidan meminta satu puak yang suka menurunkan banner hari raya beliau agar meminta maaf.
Tapi katanya, puak-puak tu bukannya orang PAS. Seminggu kemudian timbul pula kisah kain rentang Shahidan disaotaj lagi. Kali ini bukan setakat diturunkan tetapi juga dicarikkan pada muka beliau.
Keputusan kes rayuan peneroka Felcra diumum Januari 2008
KANGAR, 29 Okt (Hrkh) - Keputusan kes rayuan kes peneroka Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar yang didengar di Palace of Justice, Putrajaya yang dijangka diumumkan 25 Oktober lalu ditunda ke 31 Januari tahun hadapan.
Kes ini yang dibicarakan sejak tahun 2000 lalu melibatkan sekumpulan 60 orang yang telah mencabar keputusan Kerajaan Negeri Perlis yang tidak mengiktiraf mereka sebagai peserta Felcra.
Rayuan dibuat setelah Hakim mahkamah Tinggi Kangar memutuskan kes ini ditolak pada Oktober tahun 2005.
Justeru peguam yang mewakili kumpulan ini, Thayalan Muniandy telah memfailkan rayuan berdasarkan fakta-fakta kes yang amat kukuh.
Pada 20 dan 21 Ogos lalu, rayuan kes ini telah didengar di Mahkamah Rayuan di hadapan hakim Dato' Zaleha Zahari, Dato' Abdul Malek Hj Ishak dan Dato' Md Raus Shaari.
Thayalan , Penasihat Undang-undang Negeri Perlis dan peguam Felcra telah menyampaikan hujah masing-masing. Bagaimanapun,pihak kerajaan Negeri Perlis telah memohon untuk memgemukakan hujah tambahan apabila mahkamah bersidang semula Khamis lalu.
Kesemua pihak yang terlibat juga telah dimaklumkan pada awalnya bahawa keputusan kes ini tidak akan dibuat semalam dan akan hanya diumumkan pada 29 November depan.
Namun, selepas sidang semalam, pihak kerajaan Perlis dan Felcra telah diarahkan untuk mengemukakan segala maklumat yang jelas tentang kes ini kepada para hakim sebelum keputusan dibuat Januari depan.
Pihak plaintif juga akan mengemukakan maklumat kes kepada para hakim walaupun tidak diminta untuk berbuat demikian bagu mengelakkan percanggahan fakta dengan pihak defendan. - mks.
Kalau Shahidan bukan Menteri Besar Perlis
Penampilannya sebelum ini tidak begitu. Dia bermisai tebal dan tidak berjanggut dan kelihatan agak cengih. Ini adalah gaya baru Shahidan supaya dia kelihatan lebih Islamik.
Shahidan juga acap kali tampil dengan jubah terutamanya ketika berdamping dengan mufti mudanya. Penampilan berjubah ketika dia menghadapi Dato' Dr Haron Din dalam kempen pilihanraya 2004 yang lalu adalah perkara biasa.
Jubahnya mengalahkan jubah bekas calon PAS untuk Parlimen Arau itu. Namun, sehingga kini saya belum pernah nampak Shahidan menggayakan serban, menyampaikan kuliah pagi Jumaat di mana-mana masjid di Perlis atau mengimamkan solat sunat Tarawikh seperti bosnya PM Abdullah Ahmad Badawi.
Kalau dia melakukan begitu, pemimpin Umno Perlis yang lain akan terus menggigit jari untuk memanaskan kerusi MB Perlis kerana mereka semua dilihat tidak sinonim dengan penampilan 'orang agama' seperti Shahidan.
Shahidan lulus Bahasa Arab PMR
Wawancara ini menarik perhatian saya kerana Shahidan adalah pemimpin Umno yang diketahui umum bukan berlatar belakang pendidikan agama formal.
Saya tidak menafikan bahawa dia membaca buku-buku agama dan mendapat penjelasan mengenai perkara-perakara agama daripada mufti mudanya itu. Paling penting, dia adalah Ahli Majlis Tertinggi parti sekular Umno, Ketua Perhubungan Umno juga Pengerusi Barisan Nasional Perlis.
Saya sedikit pun tidak tertarik untuk memberi respon sekiranya individu yang diwawancarai itu adalah Dato' Dr Abdullah Mat Zin atau Dato' Dr Masyitah Ibrahim.
Namun, Shahidan yang lulus Bahasa Arab PMR, dilihat lebih terkehadapan bercakap topik agama berbanding kedua-dua pemimpin Umno tadi.
Saya percaya Shahidan akan lebih lantang bercakap mengenai agama kalau dia memegang potfolio Biro Agama Umno dan saya yakin usahanya untuk meng"Ahlus Sunnah"kan pemimpin Umno akan menjadi lebih berkesan.
Malah dia lebih lantang bersuara isu-isu agama berbanding PM Abdullah sendiri walau pun PM berdarah ulama.
Atas nama kembali kepada ajaran Rasulullah saw dan para sahabat, Shahidan pun dengan beraninya menghunus keris dengan satu misi besar, 'memerangi bidaah'. Keberanian Shahidan ini tentulah berasas kerana dia kini diapit oleh seorang mufti muda yang menyokong kuat Islam Hadhari.
Mufti muda ini kelihatan lebih gemar membangkitkan persoalan-persoalan kecil yang menjadi perselisihan para ulama mujtahidin yang pada pandangannya bercanggah dengan amalan Rasulullah saw.
Amalan membaca Yasin malam Jumaat, ber'usolli', tahlil arwah, berdoa beramai-ramai selepas solat diserang bertubi-tubi, seolah-olah itulah amalan yang meruntuhkan aqidah umat Islam hari ini.
Mereka yang mengamalkan itu semua pernah dilabel sebagai pendokong bidaah yang mewajarkan mereka di azab di akhirat.
Keberanian Shahidan sampai ketahap memperlekehkan para mufti negeri lain. Dia sanggup membawa mereka semua melawat Iran untuk membuktikan bahawa amalan agama di negeri mufti-mufti itu adalah sama dengan Syiah di sana.
Mereka juga digesa supaya tidak mengguna pakai mana-mana hadis tanpa merujuk mengenai statusnya. Wah, hebat. Mafhumnya, amalan para pembesar, Mufti, Kadhi dan rakyat negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Melaka bahkan Singapura juga seandainya republik itu masih di dalam Malaysia, bagi Shahidan adalah sama dengan Syiah di Iran.
Beliau juga mahu memastikan selepas ini semua AJK Bahagian Umno di Perlis juga adalah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Adakah mereka sekarang ini ada yang bukan begitu?
Rakyat Perlis terutamanya pemimpin dan ahli Umno kenal benar dengan Shahidan. Mereka bukan sekadar mengenalinya sebagai orang nombor satu parti sekular Umno Perlis, malah lebih daripada itu. Mereka tahu latar belakangnya bahkan mereka saling berbisik sesama sendiri mengenai wataknya yang sebenar di belakangnya.
Mungkin ada mencium tangannya ketika menyalaminya, tetapi di belakangnya mereka siap mengasap keris untuk menjatuhkannya. Kalau Shahidan pakai serban sekali pun, mereka boleh membaca apa isi kepala Shahidan yang dibalut serban itu.
Kalau dia pakai jubah pun, mereka tahu irama degup jantung di dalam tubuhnya yang dibalut jubah itu.
Semua orang tahu juga, Umno pimpinan PM Abdullah Ahmad Badawi adalah parti sekular. Pemimpin parti sekular itu bukan sekadar menggadai maruah bangsa dan negara, tetapi maruah agama.
Pemimpin nombor satu parti sekular Umnolah yang memperkenalkan Islam Hadhari dan memaksa rakyat menerimanya, sehingga diterima oleh Samy Vellu dan Karam Singh Walia walau pun ditolak oleh Tun Dr Mahathir dan Allahyarham Tun Ghafar Baba.
Shahidan pula bermatian-matian untuk kembali kepada al-Quran dan hadith, jalan nabi dan jalan para sahabat.
Adakah Shahidan lupa, Islam Hadhari yang didokong bersama mufti mudanya itu, adakah bersumber daripada al-Quran dan sunnah? Adakah ia jalan para nabi dan sahabat? Bukankah Islam Hadhari adalah bidaah?
Umat Islam Malaysia hari ini berhadapan dengan pelbagai ancaman. Rasuah menjadi musuh nombor satu negara di samping penyalahgunaan dadah.
Gerakan memurtadkan atau merenggangkan umat daripada pegangan agama bergerak dengan tersusun. Jenayah semakin membimbangkan. Pelajar sekolah yang tidak tahu solat bahkan mengucap adalah kritikal. Sensitiviti umat terhadap agama makin menipis.
Bara konflik antara agama menanti hari untuk menyala. Sentimen perkauman semakin meruncing. Sistem pendidikan makin celaru. Alam sekitar makin punah.
Dalam situasi genting sebegini, Shahidan mengambil kesempatan melonjakkan populariti dirinya menjadi penentang apa yang dianggapnya sebagai bidaah, dengan alasan membawa masyarakat kembali kepada al-Quran dan sunnah. Yang rosak adalah enjin, tetapi yang dibaiki adalah tayar.
Besar sangatkah bahaya ber'usolli' berbanding bahaya rasuah? Keji benarkah tahlil arwah berbanding menolak hukum Allah?
Arak dan judi dijual secara terbuka di Kangar
Ramai bersuara mengenai salah guna kuasa pemimpin dalam pengurusan wang Baitul Mal Perlis, adakah berdoa beramai-ramai selepas solat lebih buruk daripada itu?
Shahidan seperti lupa, dalam keghairahannya itu, dia sepatutnya membetulkan dulu pemimpin nombor satu parti sekular Umno dengan memastikan PM Abdullah Badawi menyuruh isterinya menutup aurat.
Bukankah itu ajaran al-Quran? Shahidan juga perlu memastikan para perenang negara memakai pakaian mengikut landasan al-Quran kerana dia adalah Presiden Persatuan Renang Malaysia. Shahidan juga Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia, atlit naungan persatuan itu macam mana?
Agaknya semua sudah bertudung seperti Siti Ruqaiya yang menjadi ratu pecut Sukan Aisa di Doha 2006 yang lalu? Apakah Shahidan tidak nampak, di Kangar masih bersepah dengan kedai empat nombor ekor dan judi toto? Adakah itu menepati al-Quran?
Arak dijual secara terbuka di berbagai premis perniagaan di bandar Kangar, adakah Shahidan perasan? Kalau Shahidan benar-benar serius untuk kembali kepada al-Quran dan sunnah, mengapa tidak dibentangkan dan diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri Perlis undang-undang hudud dan qisas, selepas tiga penggal dia berkuasa? Bukankah kedua-duanya adalah undang-undang al-Quran dan menepati sunnah? Poooraahhhh!
Perkara-perkara yang menjadi perselisihan di kalangan para ulama mujtahidin semenjak ratusan tahun itu sengaja digembar-gemburkan di tengah-tengah masyarakat untuk melekakan dan mengalih perhatian mereka daripada realiti kehidupan.
Masyarakat sedang sakit tetapi mereka disuntik dengan ubat pelali oleh pemimpin parti sekular Umno. Mereka sakit dengan kenaikan harga barangan yang melampau, kos hidup yang semakin mencekik dan hak mereka yang dirampas.
Dalam masa yang sama pemimpin parti sekular Umno hidup maha mewah. Tol, tarif eletrik dan minyak sudah menyeringai siungnya untuk membaham rakyat Malaysia lagi pada tahun hadapan. Apakah Shahidan kisah dengan semua itu?
Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2006 yang mendedahkan mengenai penduduk Kampong Air Timbul, Kubang Tiga yang masih menggunakan air perigi dan hanya bergantung kepada paip tepi jalan untuk air minuman selepas 50 tahun merdeka dan selepas tiga penggal Shahidan jadi Menteri Besar, hanya dipandang dengan sebelah mata sahaja.
Bagi Shahidan mudah saja, panggil mereka semua ke rumahnya dan hulurkan RM100, selesai. Apa nak jadi dengan kehidupan mereka selepas itu, bukan lagi keutamaan. Yang penting selepas solat jangan baca doa beramai-ramai dan kalau ada kematian jangan adakan tahlil arwah.
Pemimpin Umno adalah pemimpin politik serba boleh, kerana parti sekular itu memang berkiblatkan faham Machiavelli.
Di mana ada peluang di situ mereka mencelah. Mereka selicin daripada belut, tetapi seganas singa.
Shahidan adalah jenis manusia sebegitu. Saya percaya, Shahidan tidak akan menjadikan apa yang dilakukannya sekarang sebagai keutamaan kalau dia menjadi Menteri Besar Selangor atau Melaka.
Dia akan menjadi orang yang paling kuat mempertahankan sekolah agama rakyat kalau dia menjadi MB Kelantan. Persoalan "khilafiah" ini tentu tidak dibangkitkan kalau dia jadi MB Kedah.
Tapi, dia adalah MB Perlis, dan kebetulan semenjak sekian lama Perlis dilihat dominan dengan persoalan itu. Shahidan perlu menjadi juara untuk memastikan survival politiknya terus bernafas.
Kalau Shahidan boleh melambung Tun Dr Mahathir setinggi gunung ketika orang itu berkuasa, dia juga boleh menjulang PM Abdullah Badawi sebegitu hari ini. Kalau Shahidan boleh menyepak meja atau menendang kerusi untuk memastikan dirinya terus terpilih sebagai Menteri Besar Perlis, adakah dia merasa bersalah untuk melakukan apa yang sedang dilakukannya pada hari ini?
Saya juga percaya Khir Toyo akan jadi seperti Shahidan kalau dia jadi Menteri Besar Perlis. Begitu juga Mohamad Hasan dari Negeri Sembilan.
Mereka semua sama seperti PM Abdullah Ahmad Badawi, pada awalnya berikrar memerangi rasuah habis-habisan tapi menikus apabila berhadapan dengan Musa Aman, Abdul Taib Mahmud dan Mohd Johari Baharom.
Majlis rumah terbuka PAS Perlis meriah
Ribuan pengunjung yang terdiri daripada ahli dan penyokong PAS membanjiri tapak Kompleks PAS Perlis di Kampung Pondok untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.
Pimpinan PAS Perlis diketuai Pesuruhjaya, Ustaz Hashim Jasin mengambil peluang beramah mesra denga para pengunjung di samping menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak.
Orang ramai dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti Sate, Nasi Impit, Ketupat, Tapai, Laksa dan Aiskrim dan selain Mee dan Koey Tiaw goreng yang dihidangkan panas.
Pada tahun ini, PAS Perlis memilih untuk mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di tapak kompleks PAS Perlis yang sedang dibangunkan.
Ini memandangkan kawasan Pejabat Perhubungan PAS Perlis yang sempit dan setiap kali diadakan majlis sedemikian keadaannya terlalu sesak dan mengganggu lalulintas. Bagaimanapun perpindahan ke lokasi baru ini memberikan lebih keselesaan kepada semua. - mks.