Petikan Harakahdaily
KANGAR - Muktamar PAS kali ke-53 yang berlangsung di Kelantan tahun ini sudahpun melabuhkan tirainya.
Belum sampai seminggu para perwakilan pulang ke tempat masing-masing, pelbagai reaksi dan komen diberikan oleh pelbagai pihak termasuk pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat.
Antara isu hangat yang turut diperkatakan di mana-mana ialah pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS, perubahan pimpinan Dewan-dewan, isu ulama dan professional dan tidak kurang juga berkaitan perbahasan oleh para perwakilan.
Bagi mereka yang menjadi perwakilan, pemerhati mahupun yang mengikuti muktamar melalui webtv, pasti mendapat gambaran jelas tentang perjalanan muktamar.
Bagaimanapun, mereka yang mendapat maklumat sekunder melalui internet ataupun laporan akhbar mungkin agak ketinggalan mendapat bahan untuk dijadikan modal bersembang.
Seorang pimpinan PAS Perlis yang berada di Putik, Kelantan sebagai pemerhati menyatakan bahawa perjalanan mukatamar pada tahun ini adalah baik termasuk pengendalian pengundian.
"Kita praktikkan sistem pengundian yang baik dengan menebuk kad perwakilan untuk mengelak undian dua kali. Ini menunjukkan ketelusan kita," katanya.
"Tapi yang kita hairan pula, di sebalik ketelusan sistem pemilihan ini, mengapa keputusannya boleh disiar dulu dalam akhbar sebelum pengumuman dibuat?," soalnya.
Beliau merujuk kepada Berita Minggu Ahad lalu yang telahpun menyiarkan keputusan pemilihan jawatan Timbalan Presiden dan ketiga-tiga Naib Presiden sedangkan keputusan pemilihan hanya diumumkan pada awal petang.
"Adakah dalam parti kita pun ada "bocor"?. Kita harap perkara sedemikian tidak berulang lagi kerana melibatkan imej parti.
"Kalau mahu telus, perlu betul-betul telus. Kita dok kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia tak telus, ini SPR kita pun "bocor"," ujarnya yang hairan bagaimana maklumat sedemikian boleh sampai kepada media lebih awal.
Alamat Baru Kami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment