Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, May 23, 2011

Menjawab Tuduhan Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno mendakwa hanya Umno pembela Melayu di negara ini. Lain daripada Umno, bukan pembela Melayu. Persoalannya benarkah Umno pembela Melayu. Tidak malukah Khairy yang mendakwa bahawa Umno pembela orang Melayu, hakikatnya Umno hanya mengguna Melayu untuk membela pemimpin Umno bukan bela Melayu jauh sekali untuk mengangkat agama di tempat yang sepatutnya.

Beliau juga menyebut fakta yang tidak betul ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian yang mendakwa PAS ditubuhkan kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad kalah menentang Datuk Onn Jaafar di dalam mesyuarat Agung Umno. Faktanya bukan Ustaz Haji Fuad kalah melawan Dato' Onn Jaafar, tetapi tewas dengan dengan Tuanku Abdul Rahman merebut jawatan Yang Dipertua Umno. Seorang lagi calon ialah CM Yusuf. Khairy juga salah fakta mengenai perkara tersebut, kerana apa yang berlaku ialah tarikh pertandingan dalam Umno ialah 25 Ogos 1951 sedangkan mesyuarat di kalangan ulamak untuk menubuhkan PAS kali kedua pada 23 Ogos 1951 di Padang Kelab Sultan Sulaiman. Mesyuarat ulamak dahulu daripada tarikh pertandingan Haji Ahmad Fuad dengan Tunku Abdul Rahman. Di manakah fakta beliau dapat?

Perlu diingatkan penubuhan PAS bukan kerana kecewa tidak mendapat jawatan dalam Umno, tetapi kerana teguran ulamak mengenai isu agama tidak dipedulikan antaranya isu judi. Ulamak merasakan perlu menubuhkan badan yang bebas untuk memberi tekanan kepada Umno dalam hukum agama.


Menjawab tuduhan yang mengatakan penubuhan PAS memecah belahkan perpaduan Melayu juga ditolak. Sebenarnya penubuhan Umno menyebabkan Melayu berpecah, kerana sebelum Umno sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Umno ialah parti restu penjajah, sebab itu Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Dharurat 1948 walaupun semua parti diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.

Beliau menyebut Melayu terbela di bawah Umno. Sudah 54 tahun merdeka, keadaan ekonomi jauh terkebelakang berbanding dengan bangsa Cina dan India. Apa yang Umno lakukan untuk orang Melayu sehingga tertinggal ke belakang. Bukankah 2/3 anggota kabinet orang Melayu. Bukankah pegawai tertinggi orang Melayu.

Maka jalan pintasnya untuk menutup bangkai gajah, maka Umno menuduh ini angkara bukan Melayu dengan meniupkan sentimen perkauman.

Di sini adalah sebahagian jawapan yang membuktikan Umno gagal membela melayu.

1. Umno menggunakan konsep "Umno Putera" bukan "Bumiputera", akhirnya yang ketinggalan orang Melayu.
2.Apabila jawatan di dalam Umno untuk mengaut keuntungan bukan untuk bela Melayu, akhirnya mereka rebut harta, Melayu merempat merata-rata.
3.Menindas sesama bangsa kerana berlainan ideologi walaupun dari segi merit dan kebolehan ada kepada orang Melayu contohnya dalam soal perniagaan.
4.Menafikan royalti kepada Kelantan walaupun Kelantan negeri majoriti Melayu.
5.Macam mana Melayu hendak terbela, minyak yang sepatutnya mendarat di Kelantan sebaliknya dibawa ke pantai Songkla Siam walaupun jaraknya lebih jauh daripada pantai Kelantan. Jarak ke Kelantan hanya 150 kilometer, berbanding ke Songkla Thailan 270 kilometer.
6.Melesapkan RM52 bilion nilai saham bumiputera. Sepatutnya orang Melayu akan memiliki ekuiti bumiputera melebihi 40 peratus jika benar Umno pembela Melayu.
7. Menyekat 118 projek pusat ke Kelantan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK 9).
8. Menggadai tanah rezab Melayu 1.3 juta hektar. Penjajah Inggeris tinggal tanah rezab Melayu seluas 3 juta hektar selepas merdeka. Tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.3 juta hektar. Siapa punya angkara? Adakah ini dalil Umno pembela Melayu.
9.Memperkenalkan sains dan metematik dalam bahasa Inggeris, melibatkan pelajar Melayu luar bandar dizalimi kerana kurang pasarana..
10. Menyalahguna hak keistimewaan orang Melayu untuk mendapat projek, kemudian mengagihkan kekayaan sesama kroni, akhirnya Melayu terus ketinggalan dari segi taraf hidup.

Ini adalah sebahagian daripada bukti Umno tidak boleh membela Melayu. Maka sampailah masanya PAS Ganti Umno. PAS terbukti dan teruji untuk membela Melayu berbanding dengan Umno. Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri menjerit pencuri, supaya orang Melayu emosi untuk terus menyokong Umno walaupun hakikatnya Umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Friday, May 20, 2011

Majlis Silaturrahim DDP Perlis bersama DPP Kawasan-kawasan

Dewan Pemuda PAS Perlis mengadakan majlis silaturrahim bersam dengan Pemuda PAS Kawasan-kawasan Padang Besar, Kangar dan Arau.

Majlis diadakan di perkarangan Kompleks PAS Perlis, Rabu lalu.

Program bermula dengan majlis BBQ (Ayam, Sosej & burger) diikuti sesi taaruf dan diakhiri ucapan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya





Sesi panggang-memanggang

Emmmm....

Pulun bang.....

Sesi Taaruf


Ucapan Ketua Pemuda

Tuesday, May 17, 2011

Ustaz Haron Taib kekal Ketua Dewan Ulama Pusat

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Dewan Ulamak PAS Pusat menyaksikan tidak banyak perubahan pada pemilihan kali ini apabila jawatan Ketua dan naib ketua kekal dengan penyandang sekarang.

Datuk Harun Taib kekal sebagai ketua manakala naib ketua terus disandang Datuk Dr. Mahfodz Mohamed.

Bagi jawatan timbalan ketua pula, terdapat dua nama yang dicalonkan iaitu Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan Ustaz Mohd Zain Abdul Rahman

Baca selanjutnya..

Ketua Pemuda, Muslimat PAS bakal ditandingi

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Jawatan Ketua Pemuda dan Muslimat PAS Pusat mungkin ditandingi pada pemilihan kali ini berikutan ada beberapa pencalonan kedua-dua jawatan itu.

Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, selain Ustaz Nasrudin Hassan, turut dicalonkan ialah timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani, ketua penerangan, Suhaizan Kaiyat dan exco, Firdaus Jaafar.

Sementara jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, selain Ustazah Nuridah Mohd Salleh, turut dicalonkan ialah timbalannya, Siti Zailah Mohd Yusof, serta dua ajk muslimat PAS Pusat Dr. Siti Mariah dan Dr. Asiah Ali.

Demikian dimaklumkan Pengerusi jawatankuasa pemilihan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Bagaimanapun kelputusan muktamad calon yang bertanding akan diketahui selepas 26 Mei ini apabila kesemua calon menjawab surat tawaran.

Berikut ialah senarai penuh calon layak bertanding Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013:

Timbalan Ketua

1. Ahmad Sabki
2. Azman Shafawi
3. Firdaus Jaafar, YB
4. Mohd Nor Hamzah, YB
5. Nasaruddin Hassan
6. Nik Abduh Nik Aziz
7. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
8. Riduan Mohd Nor
9. Suhaizan Kaiat

Naib Ketua

1. Azman Shafawi, Ustaz
2. Firdaus Jaafar, YB
3. Kamaruzaman Mohamad
4. Khairi Faizi Kamil
5. Mohd Nor Hamzah
6. Mohd Sany Hamzan
7. Nasir Zakaria, YB
8. Nik Abduh Nik Aziz
9. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
10. Riduan Mohd Nor
11. Sabki Yusof
12. Suhaizan Kaiat

Baca selanjutnya

Calon Pengerusi Tetap PAS dan Timbalan




Calon Pengerusi Tetap:

1.Abu Kassim Abdullah 2.Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, YB Dato’ 3.Hussin Ismail

Calon Timbalan Pengerusi Tetap:

1. Ishak Surin 2. Nasuruddin Daud, YB 3. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, YB Dato’
4. Hussin Ismail 5. Misbahul Munir

Calon AJK PAS Pusat



KLIK DI FOTO

Presiden PAS kekal, 6 layak tanding timbalan

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 17 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala enam orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 14 lagi untuk jawatan naib presiden.

Manakala 82 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Demikian dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan yang juga Pengarah jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Bagi jawatan timbalan presiden, enam orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasharudin Mat Isa.

Lima lagi yang dicalonkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, naib-naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub,ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Keenam-enam mereka turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden bersama lapan yang lain iaitu:

1. Idris Haji Ahmad (ketua penerangan)
2. Mahfuz Omar (naib presiden)
3. Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat)
4. Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan)
5. Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari PAS Pusat)
6. Mujahid Haji Yusof Rawa (AJK PAS Pusat)
7. Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Peneranagn Dewan Ulamak)
8. Datuk Seri Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat)

Mengikut perlembagaan PAS, seseorang itu hanya memerlukan dua pencalonan sahaja untuk melayakkan diri bertanding jawatan parti termasuk jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.

Pertandingan bagi jawatan AJK pusat adalah untuk 18 kerusi, manakala enam lagi kerusi AJK dilantik oleh parti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media sama berkata, surat tawaran akan dihantar kepada semua calon untuk mendapatkan pengesahan mereka sama ada menerima pencalonan tersebut atau tidak.

"Jadi mustahil kalau ada yang kata mereka tak tahu layak bertanding," katanya.

Tarikh tutup untuk membuat pengesahan adalah pada 26 Mei ini.

Pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 15 Mei lalu.

Katanya, PAS mempunyai 180 kawasan di seluruh negara dan 152 daripadanya menghantar pencalonan bagi jawatan utama namun enam borang ditolak menjadikan 146 pencalonan diterima.

Seramai 1,100 perwakilan akan menghadiri muktamar tahunan parti itu bermula 1 hingga Jun depan.

Tahniah Pesuruhjaya PAS Perlis

Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis menucapkan tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Haji Hashim Jasin yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Perlis sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-68 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, hari ini.

Monday, May 16, 2011

Terjah D'Lagi Pemuda PAS & AMK

KANGAR - Pemuda PAS Kangar mempelopori aktiviti lasak dengan mengadakan program Terjah D'Lagi iaitu ekspidisi pendakian Bukit Lagi dekat sini pada 14 Mei lalu.

Program ini disertai seramai 35 orang pemuda PAS dan KeADILan. Pendakian bermula pada jam 9.30 pagi dan peserta sampai ke puncak bukit pada jam 12.15 tengah hari.

Mereka kemudiannya memasang bendera PAS dan KeADILan sambil berehat dan menikmati pemandangan indah dari puncak bukit sebelum turun pada jam 2.15 petang dan sampai di bawah pada jam 3.30 petang.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Kangar, Mohd Iqbal Shariff, program ini diadakan bagi menjana minda yang cerdas dan badan yang cergas di kalangan pemuda khususnya yang berminat dengan aktiviti lasak.

"Selain itu, kita dapat memupuk semangat kerjasama berjamaah dan membina ketahanan mental dan fizikal di kalangan ahli pemuda," katanya.


Para peserta sempat bergambar sebelum pendakian bermula
Kumpulan 4 dalam Terjah D' Lagi

Senyuman jelas tergambar di wajah peserta walaupun keletihan

Pengarah DACS Kangar turut bersama dalam XPDC


Alhamdulillah, berjaya sampai ke puncak

Bulan Berkibar Megah di atas Bukit Lagi

Kerjasama yang erat mampu membuahkan ukhuwwah

Anak Muda Tidak Pernah Kenal Erti Putus Asa

Ibrahim, nak 'berjihad' pun bayar 'hutang' dulu


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Mei: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali diingatkan agar tidak menyalahgunakan kalimah ‘jihad’ apatah lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli.

AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menyatakan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan terbuka Ibrahim bahawa beliau dan Perkasa sanggup melancarkan ‘perang salib’ atau ‘jihad’ untuk menentang rakyat Malaysia yang beragama Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini seperti yang tersebar dalam laman web Malaysiakini bertarikh 15 Mei 2011 dan lain-lain laman web berita.

“Saya menasihatkan agar beliau tidak menyalahgunakan kalimah ‘jihad’ apatah lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli untuk mengekalkan Umno BN terus berkuasa dengan konsep jihad sebenar yang suci dan bersih,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pertama, katanya isu yang berbangkit mengenai kumpulan Kristian ingin menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi adalah samar-samar dan berunsur fitnah sedangkan Islam tidak mengizinkan jihad dilancarkan atas kedudukan yang samar-samar seperti ini.

Kedua, ujarnya Perkasa sendiri adalah badan bermotif politik yang jelas mempertahankan sesetengah kemungkaran dengan cara tidak menegur atau bersuara amalan seperti korupsi, kehilangan rule of law, kepincangan sosial, kecelaruan dasar-dasar dan kegagalan Umno BN selama ini.

Baca selanjutnya...

Info Rakyat 6

Klik difoto



SILA SEBARKAN!!!

Mesyuarat Penuh Pertama DPP Perlis

Mesyuarat pertama AJk DPP Perlis diadakan di Kompleks PAS Perlis pada 14 Mei lalu
Ketua baru, Ustaz Yussaine menyerahkan watikah perlantikan AJK sesi 2011-2013

Saturday, May 14, 2011

GST, Kerajaan BN Tidak Mampu Urus Rakyat

Parti Islam Se-Malaysia tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan. Tindakan ini melambangkan kerajaan BN, gagal memberi keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan. Apakah tugas kerajaan hanya menaikkan cukai sahaja, sedangkan kualiti hidup rakyat semakin teruk seperti perkhidmatan awam yang tidak pernah selesai, subsidi gula, minyak dipotong menyebabkan hidup rakyat semakin tertekan.

PAS bersetuju dengan pandangan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.


Alasan Datuk Seri Najib yang mengatakan cukai pendapatan akan dikurangkan apabila kerajaan melaksanakan GST. Ini alasan Pak Pandir untuk melindungi kebebalan kerajaan yang tidak kreatif dan inovatif untuk menjana pendapatan negara akibat daripada rasuah dan pembaziran yang melampau.

Apakah Datuk Seri Najib tidak terfikir hanya 2 juta rakyat negara ini yang layak membayar cukai. Bagaimana manfaat yang didapati oleh majoriti rakyat, terutama rakyat miskin yang tidak membayar cukai. Maknanya manfaat pengurangan cukai hanya kepada pembayar cukai, sedangkan GST semua terbeban kerana tidak ada pengecualian ketika membeli barang keperluan.

Tidak cukup lagikah wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai perkhidmatan yang dinaikkan daripada 5% kepada 6%. Setiap pemegang kad kredit wajib dikenakan membayar RM50 untuk setiap kad.

PAS menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, sila serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji. Jika Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat lebih baik berundur secara terhormat.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Info Rakyat 5

Klik di foto

SEBAR-SEBARKAN.....

Kunjungan wakil Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura


KANGAR - Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura, Filbert Tay mengadakan keunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin, tengahari tadi pejabatnya di Kompleks PAS Perlis di sini.

Dalam kunjungannya, beliau betukar-tukar pandangan berkaitan perkembangan semasa tentang politik dan sosial di Perlis serta di republik itu.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut, Timbalan Pesuruhjaya, Abdul Karim Md Rejab dan Ketua Penerangan PAS Perlis, Ru'ssele Eizan.

Pemuda PAS Perlis buat laporan polis ke atas Soi Lek


KANGAR - Dewan Pemuda PAS Perlis membuat laporan plis di IPD Kangar 13 Mei lalu ke atas kenyataan menghina Islam oleh Presiden MCA, Dato' Seri Chua Soi Lek.

Laporan dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan.

Turut mengiringi beliau AJK Pemuda PAS Perlis serta Kawasan-kawasan.

Tuesday, May 10, 2011

Kabinet baru DPP Perlis

Ketua: Ustaz Yussaine Yahya
Timbalan Ketua : Ustaz Muhammad Azmir Azizan
Naib Ketua: Meor Hassan Sazali Meor Hajar
Setiausaha: Mohd Sahir Ab Raman
Penolong Setiausaha 1:Norhasyimi Yaakob
Penolong Setiausaha 2:Mohd Nazri Abdullah
Bendahari: Ustaz Rosmadi Ramli
Ketua Penerangan: Bashir Ishak
Jabatan Pilihanraya Pemuda:Mohd Sahir Ab Raman
Jabatan PASTI :Meor Hassan Sazali Meor Hajar
Jabatan AMAL: Sharul Mutminin Mat Isa
Jabatan Kebudayaan,Kesenian dan Sukan (DACS): Wan Abd Rahman Wan Ahmad
Akademi Tarbiyah & Pembelaan Islam: Ustaz Muhammad Azmir Azizan
Akademi Kepimpinan Pemuda:Mohd Iqbal Mohd Shariff
Lajnah Siyasah :Ustaz Yussaine Yahya
Lajnah Pentadbiran & Organisasi :Meor Hassan Sazali Meor Hajar
Lajnah IT / Media Baru : Bashir Ishak
Lajnah Perpaduan Nasional / NGO : Mohd Iqbal Mohd Shariff
Lajnah Kebajikan : Shuhairi Samsuddin
Lajnah Pendidikan & Dakwah: Ustaz Mohd Fuad Hashim

AJK: Yasir Arafat Abni Hajar, Nurdin Isa, Muniery Abd Rahman,Ustaz Zulhelmi, Fizul Izul, Asrul Aimran, Mohd Fallah Azizan, Mohamed Yasser Mohamed Desa, Nordin Othman, Aswad, Nasrul, Mohd Yassin.

Monday, May 09, 2011

Pesta Sukan Pasti Negeri Perlis 2011

Pesta Sukan Pasti Negeri Perlis berlangsung di D'Futsal Center, Kangar semalam (8 Mei). Dirasmikan oleh YB. Pesuruhjaya PAS Perlis.

YB Ustaz Hashim Jasin; Pesuruhjaya PAS Perlis merasmikan Pesta Sukan PASTI 2011

Aksi si cilik dalam Perlawanan Bola Sepak

Kaum bapa tidak melepaskan peluang dalam acara shoot bola jaring

Penjaring Terbanyak Perlawanan Bola Jaring

Penjaring Terbanyak Perlawanan Bola Sepak
Lagi Foto di Facebook Pasti Negeri Perlis

Sunday, May 08, 2011

5 soalan untuk Universiti Uzur Malaysia (UUM), mai pakat jawab

Dari blog Kedah La

Hari ni Che Nad nak ajukan 5 solalan berhubung cukai tanah UUM, jadi Che Nad nak mintaklah pihak UMNO Be End bermula dari Najib Razak, Mat Bashah hinggalah ke JKKKKK yang dok kilik fail terbalik kat kampung tu. Soalannya mudah saja, sapa boleh jawab semua soalan dengan betul Che Nad bagi hadiah melancong ke Koh Samui selama sebulan. Tambang pi mintak kat Syed Johan, kot-kot duit yang STDC bagi dulu tu tak habih belanja lagi.

Okaylah ini soalannya:

1. Cukai tanah UUM cuma RM0.20 semeter persegi, cukai tanah UiTM Merbok RM0.55 semeter persegi. Kenapa BN Kedah tak desak kerajaan negeri bagi rebat kat UiTM Merbok sama? Dua-dua tu IPTA jugak kan?

2. Cukai tanah Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPs) RM0.50 semeter persegi. Menteri jaga IPTA hentam Kedah sebab tak bagi rebat kat UUM, mengapa menteri tu tak hentam Perlis yang diperintah BN kerana tak bagi rebat kat UNIMEPs?

3. Pusat bagi RM300 juta setahun belanja urus UUM termasuk cukai tanah. UUM kata tak cukup duit, kemana agaknya UUM perabih peruntukan cukai tanah yang diberi Pusat itu?

4. BN kata Kedah tak prihatin dekat UUM sebagai institusi pendidikan. Baiklah BN yang prihatin.. mengapa setiap pelajar nak masuk belajar UUM kena yuran? Mengapa tak bagi free semuanya?

5. UUM yang mengaku takdak duit (uzur), tahun lepas umum syarikat2 miliknya untung RM80 juta. UUM dakwa bukan bussines oriented guna premis dan tanah yang cukainya berstatus IPTA (semeter persegi RM0.20) hingga buat untung besar tapi liat nak bayar cukai ikut kadar sebenar. Agak-agak perangai macam ni namanya bertanggungjawab ke tak?

Selamat menjawab, masa menjawab sampai PRU ke 13.

UMNO PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Anak muda, Jom Ubah

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Anak Muda Malaysia merupakan nadi kebangkitan rakyat hari ini ke arah perubahan politik negara yang lebih adil, bebas dan sejahtera.

Bagi menyemarakkan lagi kebangkitan itu, demi masa depan rakyat, Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan siri Jelajah Orang Muda Untuk Perubahan (Jom Ubah) ke seluruh negara.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata program Jom Ubah bakal dilancarkan di dalam Muktamar Pemuda PAS Pusat yang akan diadakan pada 1 hingga 2 Jun depan di Bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Beliau yang juga pengarah program berkata, Jom Ubah akan dilancarkan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Program, katanya itu akan memulakan siri jelajahnya yang pertama pada 23 hingga 26 Jun 2011 melibatkan Negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Siri jelajah Jom Ubah ini, DPPP akan menyampaikan dan mengedarkan tawaran Pemuda PAS kepada anak muda sekiranya diberi mandat dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang selain mengadakan program-program khas untuk santapan anak muda,” ujarnya.

Anak-anak muda juga, ujarnya akan berpeluang mendengar pidato dan amanat daripada tokoh-tokoh pemimpin PAS di samping bersama dengan selebriti-selebriti negara yang akan menampilkan suatu yang baru kepada peminat mereka.

Lebih menarik, tambahnya aktiviti konvoi bermotor dan berkereta ke seluruh negara juga akan diadakan dan pemuda PAS akan singgah di setiap negeri berjumpa dan beramah mesra dengan masyarakat.

Katanya, Jom Ubah akan meneruskan siri jelajahnya ke negeri-negeri lain, iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor (30 hingga 31 Julai 2011), Sarawak (23 hingga 25 September 2011) dan Sabah (28 - 30 Oktober 2011).