Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Sunday, June 13, 2010

Aktifkan Lajnah Pekerja PAS - Haji Anuar Tahir


PENGKALAN CHEPA, 13 Jun - Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar, Haji Anuar Tahir hari ini menyeru kepada semua sidang muktamar supaya memberi perhatian terhadap lajnah pekerja di peringkat masing-masing.


Beliau berkata demikian kerana menurutnya, kini biro atau lajnah itu semakin dipinggirkan dalam pertubuhan-pertubuhan politik samada Pakatan Rakyat atau BN sendiri.


"Hanya PAS yang masih memiliki Lajnah Pekerja namun di peringkat cawangan dan negeri lajnah ini kelihatan sudah tidak aktif lagi kecuali negeri Pulau Pinang dan Perak," katanya.


Tambah beliau, pindaan akta pekerja yang bakal dilakukan akan menambah burukkan lagi nasib para pekerja apabila hak pekerja untuk mengadakan piket bakal dinafikan.


"Keadaan ini akan mengakibatkan para pekerja tidak dapat menyatakan bantahan atau pendirian bagi mempertahankan hak mereka pada masa hadapan. Malah Najib sendiri tidak menyatakan jaminannya untuk membela nasib para pekerja," ujarnya.


Katanya, perkara ini amat menyedihkan kerana pekerja merupakan jantung dan tunggak yang membina ekonomi negara.


"Apakah jasa mereka ini akan dilupakan begitu sahaja setelah mereka mencurah tenaga untuk negara," soalnya lagi.


Beliau menyeru kepada semua pihak di setiap peringkat samada cawangan, negeri atau kawasan supaya kembali mengaktifkan lajnah pekerja sekaligus memberi jaminan kepada masyarakat di luar sana bahawa PAS memberi perhatian yang serius terhadap nasib para pekerja.


Tegasnya, perkara ini jika diberi perhatian akan dapat memberi jaminan kemenangan PAS dalam pilihanraya umum akan datang kerana rakyat akan dapat melihat dan meyakini jaminan yang diberikan PAS terhadap masa depan mereka

Saturday, June 12, 2010

PAS perlu lonjakan berganda tangani isu - PAS Perlis



PENGKALAN CHEPA, 12 Jun - PAS perlu melakukan perubahan. Perubahan tersebut itu ialah menangani isu terkini dengan cepat dan tangkas sekaligus melakukan lonjakan berganda atau ‘quantumly’.


Perwakilan Perlis, Wan Kharizal Wan Hazim berkata PAS perlu bertindak sebagai parti yang terkemuka dalam memberi penyelesaian umat. Sejajar dengan hadis yang menegaskan akhlak Islam lebih tinggi dari segala-galanya.


"Oleh itu, seluruh ahli PAS melalui pelbagai program pentarbiyyahan perlu terus menegakkan standad Islam yang tinggi," ujarnya.


Antara akhlak yang dituntut dalam jemaah ialah jangan pertikai keputusan pimpinan yang telah diputuskan dan sentiasa menjadikan pimpinan sebagai rujukan dalam segala hal penyelesaian masalah.


PAS merupakan parti yang bersifat terbuka dalam kritikan dalaman atau luaran. Namun katanya, sebarang teguran perlu dilakukan dengan penuh beradab tanpa membuka pekung sendiri.


Tarbiyyah PAS perlu aktif dan bukan pasif. Tarbiyah perlu berbentuk ‘ action oriented’ supaya ahli melaksanakan sejurus apa yang ahli-ahli terima dan faham dalam usrah atau program tarbiyah PAS . Pesanan ini perlu dilakukan berkali-kali supaya ahli tidak leka dan alpa.


Kebejatan dan kebobrokan dalam UMNO merupakan suatu perkara biasa dalam partinya. Namun sebaliknya dalam PAS, adab dan akhlak dalam jemaah merupakan perkara yang dituntut.


"Kita perlu melakukan sebagaimana Rasulullah SAW dikenali sebagai penyempurna akhlak. PAS perlu menjadi ikutan terbaik kepada orang lain dan pakatan rakyat dalam mentadbir negara sebagaimana Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dijadikan rujukan kepada Pakatan Rakyat.


Wan Kharizal Wan Hazim menerangkan bagaimana Perlis sebuah negeri yang kurang terlibat dalam tsunami politik. Beliau mengumpamakan negeri Perlis ini sebagai sebuah pulau yang dikelilingi negeri dan negara yang tidak diperintah oleh bukan BN iaitu Kedah dan Thailand. Namun begitu , PAS Perlis bertekad untuk menang dalam PRU 13 nanti.

Friday, June 11, 2010

Pendidikan, Motivasi & Kerjaya | Presiden mahu peranan pemuda dan muslimat diperkasa


PENGKALAN CHEPA, 11 Jun: Dewan Pemuda PAS digesa memperkasakan peranan mereka khususnya menangani golongan muda yang kini sedang dirosakkan pemikiran mereka dengan pelbagai budaya negatif.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pemuda PAS selaku pelapis kepada kesinambungan perjuangan Islam perlu merangka strategi bagi mendekati golongan muda ini.

"Dekatilah mereka, bawa dan pimpinlah generasi muda yang ada diserata tempat dalam negara kita ini kepada cahaya Islam yang akan menerangi hati serta jiwa mereka," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada muktamar PAS hari ini.

Pemuda PAS juga katanya perlu meneroka ruang-ruang dakwah yang masih luas bagi menyampaikan kefahaman Islam yang syumul kepada masyarakat.

Di peringkat antarabangsa, peranan pemuda PAS juga katanya perlu diperhebat sebagai pendedahan menjadikan pemuda lebih matang, berketerampilan sekaligus menjadi aset penting perjuangan parti.

Sehubungan itu, pemuda PAS diseru meningkatkan penguasaan ilmu dan akidah perjuangan bagi menggerakkan perubahan.

"Kerana itu mereka perlu digandingkan dengan kepimpinan lama dalam melaksanakan tugas kepimpinan.

"Kecergasan merekalah yang akan banyak membantu seluruh saf kepimpinan dalam melaksanakan tugas yang mencabar," katanya.

Mengulas peranan Dewan Muslimat pula presiden berkata, sudah tiba masanya PAS mengisytiharkan muslimat wajib bersama muslimin untuk berganding menyampaikan dakwah.

Ini perlu katanya kerana suasana kini dibanjiri dengan pemikiran yang menyerang umat dan merosakkan masyarakat hasil daripada kuasa politik yang salah.

"Sudah tiba masanya diisytiharkan muslimat wajib bersama muslimin untuk berganding secara berjadual mengikut peranan dan tugas yang dibahagikan tanpa menjejaskan kewajipan dalam rumahtangga yang menjadi asal tugasnya, dalam masa yang sama menolak serangan budaya negatif yang telah masuk ke dalam rumah, keluarga dan masyarakat," katanya.

Beliau juga berkata, dalam konteks perjuangan Islam secara demokrasi dan muwajahah silmiyyah, para muslimat turut berkewajipan menegakkan Islam.

Ujarnya, penglibatan muslimat dalam pilihan raya, samaada sebagai calon atau petugas, amat dihormati oleh kawan dam digeruni lawan.

"Teruskan keterlibatan para muslimat sekalian, dengan struktur yang lebih tersusun dan perancangan jangka pendek dan panjang, supaya sumbangan mereka itu akan leboh berkekalan kepada perjuangan kita ini," katanya.

Sehubungan itu katanya, satu penghargaan wajar diberikan kepada seluruh ahli dan kepimpinan Dewan Muslimat PAS, jentera HalWa dan Nisa' di atas penglibatan mereka dalam beberapa siri pilihan raya kecil.

"Penglibatan mereka amat besar ertinya dalam sebuah perjuangan Islam di Malaysia ini. Muslimat telah membuktikan keupayaan mereka dengan penuh kecekalan dam kesanggupan mengharungi kepayahan dalam misi dakwah," katanya.

Kepimpinan parti juga sentiasa membuka ruang kepada para muslimat yang berwibawa, mampu dan layak untuk menjadi calon Muslimat dalam pilihan raya dan mengalu-alukan penglibatan mereka di peringkat pembuat dasar.

http://www.harakahdaily.net

Thursday, June 10, 2010

PAS jangan dilihat kuat hanya kerana Umno lemah!


KOTA BHARU, 10 Jun - Perwakilan Pemuda PAS Perlis, Mohd Iqbal Mohd Shariff menyarankan agar PAS tidak dilihat kuat hanya kerana kelemahan Umno/Barisan Nasional, sebaliknya kata beliau, kekuatan yang perlu diperlihatkan ialah kekuatan sebenar yang mana dalamnya dipacu dengan tarbiyah yang kuat bagi menampilkan kepimpinan dan ahli yang mantap.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucaptama Ketua Pemuda PAS Pusat sempena Muktamar Pemuda PAS ke-51 di KTC dekat sini 10 Jun lalu.

Ujar Mohd Iqbal, hari ini PAS menjadi parti yang diperhatikan dn dipilih rakyat setelah Umno/BN semakin lemah dan menuju kehancuran. Namun, dalam menjadi sebuah parti yang diyakini rakyat, PAS perlu menampilkan kekuatan sebenar dan bukan bergantung kepada hanya kelemahan musuh, katanya.

Beliau menyeru agar program tarbiyah diperkuatkan bukan hanya sekadar usrah, sebaliknya menjana program mukhyyam dan tamrin. Justeru selaku golongan pelapis dalam PAS, Pemuda diharapkan menggalas tanggungjawab ini untuk menjadikan PAS sebuah parti yang sangat mantap dalam usaha menuju ke Putrajaya, kata Mohd Iqbal.

Sementara itu membahaskan ucaptama Ketua Pemuda juga, perwakilan Terengganu memperihalkan persoalan tarbiyah yang jangan hanya dilihat dijalankan oleh Lajnah Tarbiyah sahaja, sebaliknya sebagai ahli PAS, perlu bersedia untuk ditarbiyah dan mentarbiyah rakyat yang diluar PAS untuk menyeru kalangan pemuda berdamping dengan PAS.

"Kita perlu berpijak di bumi yang nyata, seluruh kerusi Parlimen yang ditandingi PAS semuanya 90 peratus lawannya ialah Umno, dan kita kena faham sasaran dakwah ialah Umno yang merupakan orang Melayu," katanya lagi.

Beliau juga melihat ramai pemuda hari ini yang mengikut membabi buta, sedangkan seharusnya Pemuda PAS perlu faham ada dua tanggungjawab dakwah.

Pertamanya kata Kamaruzzaman, dakwah Ismamiyah (non muslim)yang mana lapang sasarnya ialah kepada bukan Islam dalam mendidik golongan ini memahami dasar Islam, katanya.

Seterusnya dakwah kepada orang Islam yang belum ditarbiyah iaitu kebanyakannya orang Islam Umno. Beliau mengingatkan agar PAS jangan hanya tumpukan sepenuh perhatian kepada pengundi bukan Islam, sebaliknya sama-sama menggarab sokongan kedua-dua pihak

10 elemen pacu perjuangan Pemuda PAS




KOTA BHARU, 10 Jun - Dewan Pemuda PAS menekankan bahawa perjuangannya adalah berlandaskan manhaj tarbiyah, dakwah dan siasah [politic] an-Nabawi. Sekurang–kurangnya 10 elemen utama yang menunjangi manhaj tarbiyah, dakwah dan siasah [politic] Baginda Rasul s.a.w :

• Menanam Aqidah
• Menyelamatkan Maruah
• Membina Ukhuwwah
• Menyatupadukan Ummah
• Membenteras Kezaliman
• Mendirikan Institusi Masjid
• Membina Penguasaan Ekonomi Serantau
• Mewujudkan Jaring Hubungan Antarabangsa
• Mengasaskan Kaedah dan Garis Pandu Mendepani Musuh

Elemen-elemen ini mestilah difahami oleh setiap ahli dewan Pemuda PAS agar pemantapan organisasi ini dapat direalisasikan. Seluruh kepimpinan dan ahli pemuda diseru supaya berusaha memiliki keupayaan par excellence ini dalam usaha memacu perubahan yang dicita-citakan. Pemerkasaan aktiviti tarbiyyah, pembudayaan intelek dan pembinaan kualiti ahli menjadi matlamat utama dalam menyediakan Pemuda PAS yang siap-siaga mendepani krisis dan cabaran semasa yang melatari negara hari ini.

Tuesday, June 08, 2010

PAS mahu Kerajaan tambah 12 Ketetapan lagi berhubung Usul kutuk Israel

KENYATAAN MEDIA
PAS MAHU KERAJAAN TAMBAH 12 KETETAPAN LAGI BERHUBUNG
USUL KUTUK ISRAEL


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa 15 tuntutan Kerajaan Malaysia berhubung isu keganasan Israel ke atas aktivitis yang terlibat dalam konvo Freedom Flotilia di parlimen semalam sebagai tuntutan yang longgar dan tidak lengkap.

Sehubungan dengan itu, PAS mahu Kerajaan menambah 11 ketetapan berikut agar selari dengan kehendak rakyat:


1. Mengiatkan kempen anti Israel dab boikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat pelobi Israel diseluruh negara dengan mengunakan semua media dan organisasi Kerajaan.

2. Mengharamkan kemasukan semua barang dan produk yang berkaitan dengan Israel atau yang mempromosikan negara berkenaan termasuklah dalam bentuk iklan dan filem yang dikeluarkan dari negara sekutu Israel seperti Amerika.

3. Membatalkan perkhidmatan dan menghalau semua syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Israel seperti APCO Worldwide yang ada dinegara ini.

4. Malaysia juga perlu membatalkan semua lesen NGO dan organisasi yang terlibat dengan aktiviti Freemason dinegara ini.

5. Memutuskan hubungan dagang Malaysia-Israel yang dipersetujui secara sulit oleh kabinet dalam Kertas Kabinet bertarikh 20 Mac 1996. Kewujudan kertas ini turut disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Micha Harish dalam majalah Israel-Asia Trade bagi keluaran bulan Mac 1996.

6. Malaysia, Turki dan negara Islam lain menubuhkan satu jawatankuasa panel guaman khas secara bersama untuk mendakwa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), bukannya membiarkan Turki bersendirian melakukan pendakwaan ini.

7. Malaysia wajib mengesa mesyuarat tergempar OIC diadakan bagi mengambil ketetapan ke atas isu Palestine-Israel termasuklah bagi menubuhkan pasukan pengaman OIC sendiri bagi melindungi kapal-kapal bantuan yang berlayar ke Palestine dari serangan tentera Israel.

8. Malaysia memimpin OIC bagi mendesak PBB mengenakan sekatan ekonomi ke atas Israel yang diketahui mempunyai program senjata pemusnah besar-besaran (WMD) dalam bentuk senjata kimi dan Nuklear.

9. Malaysia juga wajib mendesak negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura serta negara Islam seperti Turki dan Mesir untuk memutuskan hubungan ekonomi dengan Israel serta merta.

10. Malaysia juga harus menjadi negara pelobi utama gerakan anti Israel dan melobi negara ASEAN, China, Jepun, India dan negara Timur Tengah dan Afrika untuk menekan Israel.

11. Malaysia juga harus memimpin gerakan untuk melobi sokongan untuk Palestine dan menjadikan negara ini sebagai hub pengumpulan dana bagi tabung bantuan Palestine di rantau ASEAN.

12. Malaysia mengiktiraf Hamas sebagai Kerajaan Palestine yang sah bukannya wakil dari pergerakan Fatah dalam semua persidangan OIC dan program Kerajaan-kerajaan dunia.


PAS mahu Kerajaan menunjukan sikap yang serius terhadap Israel dan tidak sekadar melepaskan batuk ditangga dengan menolak semua tindakan kepada Turki dan negara Islam lain untuk dilaksanakan. Inilah peluang jika Malaysia mahu menunjukan kepada dunia bahawa negara ini bukan duduk dibawah telunjuk Amerika yang menjadi sekutu Israel. Ini juga adalah satu bukti sokongan kuat Malaysia terhadap Palestine.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, June 03, 2010

Kunjungan Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat ke atas MB Perlis

KANGAR - Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat yang diketuai oleh Mazlan Aliman telah mengadakan kunjungan ke atas Menteri Besar Perlis Dato' Dr Md Isa Sabu di pejabatnya hari ini.

Dalam pertemuan kira-kira 40 minit itu, Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menjelaskan bahawa kunjungan beliau ini adalah kali yang ke 11 diadakan ke atas Menteri Besar dan Ketua Menteri di seluruh negara dalam rangka membincangkan pelbagai isu membabitkan tanah rancangan seperti Felda dan Felcra untuk perhatian kepada kerajaan negeri.

"Banyak isu yang berbangkit khususnya tentang penyelarasan di antara kuasa kerajaan pusat dan negeri. Pelbagai isu seperti hak milik tanah, masalah generasi kedua peneroka perlu diajukan kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan. Kita tahu bahawa Felda telah ditubuhkan pada tahun 1956 dan Felcra pula pada tahun 1966, mungkin banyak perkara-perkara yang ada dalam perundangan sudah tidak relevan pada masa ini," jelasnya kepada Md Isa.

Dalam pertemuan tersebut, Mazlan diiringi lima orang ahli jawatankuasa lajnah. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Empat, Rus'sele Eizan dan Ahli Jawatakuasa PAS Padang Besar, Mohd Razi Mustaffa.

Mohd Razi yang juga Pengerusi Lajnah Petani dan Peneroka PAS Padang Besar turut membangkitkan masalah purata pendapatan hasil getah peserta Felcra Lubuk Sireh yang begitu rendah berbanding peserta Felda Mata Ayer dan Rimba Mas serta pengusaha pesendirian.

Jelasnya, secara purata dari tahun 1998 hingga 2008 peserta Felcra Lubuk Sireh hanya memperolehi pendapatan kira-kira seperlima daripada mereka yang mengusahakan sendiri ataupun peneroka Felda.

Md Isa yang menyambut baik kunjungan Mazlan dan rombongannya menjelaskan kerajaan negeri turut prihatin dengan permasalahan hak milik tanah rakyat Perlis serta masalah generasi kedua di tanah-tanah rancangan.

Di akhir kunjungan itu, Mazlan menyerahkan memorandum daripada Anak berkaitan masalah dan tuntutan generasi kedua dan ketiga Felda kepada Md Isa.

Wednesday, June 02, 2010

Judi bola: Pemuda PAS perlis serah memorandum

KANGAR - Selepas memimpin demonstrasi membantah kelulusan lesen perjudian sukan Jumaat lalu, Pemuda PAS Perlis hari ini menghantar memorandum bantahan kepada Kerajaan Negeri Perlis serta Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

Memorandum bantahan tersebut telah diserahkan oleh Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman kepada Pengarah JAIPS, Abdul Malik Hussin di pejabatnya jam 10.00 pagi tadi.

Manakala satu lagi memorandum diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah Negeri Perlis, Jafperi Othman di Pejabat Majlis Mesyuarat Kerjaan Negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini jam 11.00 pagi tadi.

Ustaz Ya'akub turut diiringi oleh lima orang Exco Pemuda PAS Perlis semasa menyerahkan memorandum tersebut.

Antara lain, memorandum tersebut meminta pihak terbabit membuat kenyataan kenyataan dan memberikan pandangan mengenai keputusan kerajaan meluluskan lesen judi sukan serta menjelas dan mempertegaskan kepada masyarakat Perlis khususnya masyarakat Islam betapa judi adalah haram dan merosakkan institusi kekeluargaan.

Abdul Malik dan Jafperi yang menerima memorandum tersebut menyambut baik langkah Pemuda PAS Perlis ini dan akan mencuba untuk berbuat yang terbaik di bawah kepasiti yang mereka ada dalam menangani isu ini.

Saturday, May 29, 2010

Rakyat Terus Bangkit Bantah Judi..

Malaysiakini

Lebih dari 500 orang termasuk penyokong parti berkumpul di perkarangan Masjid Putra Kangar melaungkan 'Tolak Judi' sebagai tanda bantahan terhadap tindakan kerajaan itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Ketua Pemuda PAS negeri Yaakob Abu Seman berkata bantahan tersebut berlangsung selama 40 minit bermula jam 1.50 petang, selepas orang ramai menunaikan solat Jumaat.Rakyat benci judi

Mereka mengibarkan kain rentang antaranya berbunyi "Rakyat benci judi dan pemimpin judi".

Katanya turut hadir adalah beberapa pimpinan PAS negeri termasuk pesuruhjaya PAS Hashim Jasin dan beberapa pemimpin Pemuda PAS dan pemimpin mahasiswa.

"Kita harap pemimpin Umno dapat menarik balik pemberian lesen judi ini," katanya sambil menambah ucapan mereka itu diselangi dengan ucapan takbir dan reformasi.

Menurut Yaakob, seramai 10 orang polis berada di situ bagi mengawal perhimpunan itu yang diadakan tanpa sebarang kekecohan ataupun tangkapan.

Friday, May 28, 2010

Usrah Bulanan Pemuda PAS Perlis; Ikhlas Dalam Perjuangan

  • Bersedia menerima arahan dalam apa jua keadaan sungguhpun arahan itu tidak bersesuaian dengan keinginan diri. Sanggup mengenepikan kepentingan peribadi demi bukti sebuah keikhlasan.

  • Prihatin terhadap keperluan jamaah.

  • Tolak-ansur dalam mengendali gerak-kerja dan permasalahan jamaah menjadi cermin diri ke arah melahirkan jiwa yang ikhlas.

  • Menghormati generasi terdahulu sekalipun mereka serba kekurangan.

  • Post mortem atau muhasabah aktiviti dan program yang telah dilaksanakan.

Thursday, May 27, 2010

Jom Turun Ramai-ramai..

Tarikh : 28 Mei 2010

Masa : Selepas Solat Jumaat

Tempat : Perkarangan Masjid Putra, Kangar Perlis.

Katakan YA UNTUK BOLA TIDAK UNTUK JUDI

Pemuda PAS Perlis dahului edar risalah di premis judi

Malaysiakini
Dewan Pemuda PAS (DPP) Perlis akan mula menempatkan anggotanya di premis judi mulai esok manakala negeri-negeri lain akan berbuat demikian secepat mungkin untuk mengedarkan risalah membantah judi bola sepak kepada para pengunjungnya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, ketua DPP Perlis Yaacob Abu berkata pihaknya telah menerima arahan tersebut dari DPP pusat dan akan dilaksanakan mulai esok.

Bagaimanapun, katanya, tumpuan sepenuhnya masih diberikan kepada demontrasi yang akan diadakan Jumaat ini.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh DPP pusat semalam, dan ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, mereka akan ditugaskan mengedar risalah itu sehinggalah lesen judi bola dibatalkan.

Anggota DPP negeri diminta melakukan tugas itu secara bergilir-gilir mengikut sifnya.

Pemuda PAS juga, menjemput semua insan yang prihatin yang anti-judi, termasuk bukan Islam, untuk membantu mengedarkan risalah tersebut.

Sementara itu, ketua DPP Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata mesyuarat mengenai perkara itu akan diadakan petang ini.

Buat masa ini, katanya, keutamaan perlu diberikan kepada rancangan mengadakan demonstrasi membantah judi bola Jumaat ini.

"Kemudian diikuti pula dengan arahan yang diutarakan oleh DPP pusat," tambahnya.

Di Pulau Pinang pula, pengedaran risalah tersebut kan dilaksanakan selepas selesai perhimpunan aman, kata ketua DPP negeri, Yusni Mat Piah.

Manakala ketua DPP Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata pihaknya masih menunggu maklumat mengenai usaha pengedaran risalah di premis judi itu.

Mesyuarat akan diadakan sebaik sahaja pihaknya menerima arahan rasmi mengenai arahan tersebut.

Di Pahang pula, DPP negeri Suhaimi Saad berkata beliau baru mendapat arahan tersebut dan akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkannya malam ini.

Pada hari ini, katanya, mereka akan menghantar memorandum bantahan kepada mufti negeri, mendesak pihak mufti dan istana mengambil kira bantahan rakyat berhubung judi bola tersebut.

Tuesday, May 25, 2010

PAS sasar kuasai Perlis

Malaysiakini
PAS Perlis melancarkan gerak kerja Ahad lalu, sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan mensasarkan sekurang-kurangnya lapan kerusi DUN bagi merampas negeri itu dari BN.

"Saya rasa tidak mustahil untuk PAS memenanginya. Manakala rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat pula dilihat berpeluang memenangi beberapa kerusi lagi," kata Pesuruhjaya PAS negeri, Hashim Jasin kepada Malaysiakini kelmarin.


Perlis mempunyai 15 DUN termasuk dua DUN yang dikuasai oleh PAS iaitu Sanglang yang diwakili Hashim dan Simpang Empat (Rus'sele Eizan).

Menurut Hashim, PAS telah mengenalpasti lapan kerusi yang boleh dimenanginya dalam pilihan raya umum akan datang – termasuk Sanglang dan Simpang Empat.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS 'merahsiakan' kawasan yang disasar parti itu.

Majlis gerak kerja itu dilancarkan oleh setiausaha PAS Kedah, Senator Mohamad Yusof Hussin di Balai Islam MADI di Jejawi Arau, dengan dihadiri kira-kira 300 petugas parti dari setiap DUN.

Menjawab soalan, Hashim berkata, antara faktor yang akan membantu PAS merampas lapan DUN berkenaan ialah tsunami politik yang berlaku pada 2008 serta kejayaan Pakatan mentadbir Kedah.

Satunya faKtor, katanya ialah peningkatan sokongan bukan Islam terutamanya kaum Cina terhadap PAS dan usaha berterusan menentang BN.


"Kita mensasarkan untuk memperolehi undi dari kaum Cina sekitar 70 peratus bagi setiap DUN yang disasarkan," katanya
Hashim memberi contoh DUN Sanglang di mana kira-kira 800 pengundi CINA di situ menyokong penuh BN sebelum pilihan raya umum 2008.

Tetapi, katanya, dalam pilihan raya umum lalu, sokongan kaum Cina terhadap PAS didapati meningkatkan 50 peratus.

Selain itu, katanya, PAS juga mampu merampas semula kerusi DUN Guar Sanji - yang terlepas ke tangan BN dalam pilihan raya 2004 dan 2008.
Katanya, ini ekoran wujudnya krisis kepimpinan antara "puak-puak dalam Umno" di DUN tersebut yang memberi kelebihan kepada PAS untuk mendapat sokongan pengundi di situ terutama pengundi Melayu.

"Kita sudah mula menggerakkan jentera kita. Aktiviti yang dijalankan berlangsung dengan baik dan perlu diteruskan," katanya.

Wednesday, May 19, 2010

Gambar Ijtimak Pemuda PAS Perlis 16 Mei

Konvoi bermotosikal pemuda dar Kangar ke Jejawi

Ucapan Ustaz Ya'akub di pelancaran Orang Muda Geng Kita
YB Ustaz Ahmad 'Izzat Shauki memberi suntikan semangat

Bergambar selepas pelancaran Orang Muda Geng Kita

Motor Games: Pertandingan motor slow

Motor Games: Rentasi halangan
Motor Games: Pertandingan buka tayar
Ustaz Ya'akub menyampaikan hadiah untuk akan-anak Pasti
Pemuda Fest antara Pemuda Kawasan-kawasan:
Sempat main sepakraga

Pemuda Fest: Lawan tarik upih
(Upih Pemuda Arau tak lulus Puspakom)

Pemuda Fest: Bina menara
(Arau 5 tingkat, Kangar 7 tingkat, Padang Besar 8 tingkat)

Semangat ukhuwah dipamerkan

Ketua Pemuda berceramah

Timbalan Ketua Pemuda Pusat berceramah

Sunday, May 16, 2010

Gambar sekitar Ijtimak Pemuda PAS Perlis 14 & 15 Mei

Pesuruhjaya berceramah
Ustaz Zaharudin menyampaikan ucapan
Ceramah oleh Dr Mujahid
Hadiah sukan rakyat
World Cup Fever game
Bolasepak 7 sebelah
Tuning kereta
Ketiga-tiga artis berselawat bersama orang ramai
Pak Long & Azhan Atan
Aqil Hayy menyanyikan lagu lama Al-Jawaher
Ustaz Azhan dengan lagu Kau Tuhanku
Persembahan pembukaan oleh Pak Long

Ceramah Sempena Kemenangan PRK Sibu

CERAMAH KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT
DI PILIHANRAYA KECIL SIBU
PENCERAMAH:
Y.B. USTAZAH SITI ZAILAH YUSUF
Y.B. N. GOBALAKRISHNAN
USTAZ MISBAHUL MUNIR MASDUKI
TARIKH: 17 MEI 2010 (ISNIN)
MASA: 9.00 MALAM
TEMPAT: DATARAN MADI, JEJAWI DALAM, PERLIS

Monday, May 10, 2010

58 tahun PAS Perlis


Tahukah anda bahawa PAS Perlis telah ditubuhkan pada bulan Mei tahun 1952? Tarikh yang tepat ialah pada hari Khamis, 14 Syaaban 1371H bersamaan 8 Mei 1952.

Penubuhan ini dijalankan pada satu mesyuarat di Bangunan Sekolah Perempuan Melayu Kangar (kini Dewan Kapitol) yang turut dihadiri oleh YB Tuan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Jawatankuasa pertama yang mentadbir PAS Perlis pada masa itu ialah:

1. Tuan Guru Hj. Adnan Abdullah
2. Tuan Syed Omar Syed Husin
3. Tuan Syed Ahmad Syed Alwi
4. Tuan Hj. Abdul Hamid Nurdin
5. Tuan Hj. Abdul Kadir Hasan
6. Tuan Syed Hasan Syed Abas
7. Ustaz Ismail Naim
8. Encik Abdul Rashid Hassan
9. Encik Abdul Shukur Sharif

Saturday, May 08, 2010

Malaysia macamana pula?


Kenapa ya???


Ijtimak Dewan Pemuda PAS Perlis

Dewan Pemuda PAS perlis akan mengadakan Ijtimak Tahunan buat julung kalinya bermula dari 14 Mei 2010 hingga 17 Mei 2010.

Ijtimak akan berlangsung di Markas Tarbiyah PAS Perlis di Jejawi Dalam (MADI).

Pelbagai acara telah disusun bagi mengisi progam sepanjang Ijtimak ini.

Tentatif Program

Jumaat (14 Mei)
9.00 malam : Hiburan Alternatif bersama Ustaz Akhil Hayy Rawa, Pak Long "Selagi Ada Rindu" & Ustaz Azhan Juara Akademi Nasyid TV9.

Sabtu (15 Mei)
8.30 pagi : Pertandingan Bolasepak 7 sebelah
: Acara Sukan rakyat terbuka
: Tuning kereta
: Gerai & Pameran
9.30 malam : Ceramah oleh Ustaz Nasruddin Tantawi, YB Dr Mujahid Yusuf Rawa & YB Ustaz Hashim Jasin

Ahad (16 Mei)
8.30 pagi : Konvoi bermotor pemuda
: Pelancaran Orang Muda Geng Kita (YB Ustaz Ahmad 'Izzat Shauki)
10.00 pagi : "Motor Games"
3.00 petang : Pemuda Fest
Pameran/Gerai/Tuning Kereta diteruskan
9.30 Malam : Ceramah oleh Ustaz Amzan Shapawi Abd Rani, Shamsul Iskandar Md Akin & Ustaz Ya'akub Abu Seman

Isnin (17 Mei)
9.30 malam: Ceramah oleh YB Ustazah Siti Zailah Mohd Yusuf, YB Rus'sele Eizan

Untuk Tempahan Gerai hubungi: 019-4748330

Kursus Kejurulatihan Amal Zon Utara