KANGAR - PAS Perlis menggesa kerajaan negeri menyelesaikan dahulu projek perumahan mampu milik yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu di sebuah tapak di Kubang Gajah dekat sini sebelum merima projek-projek baru yang ditawarkan oleh kerajaan pusat.
Mengulas isu ini, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perlis, Hairy Hashim (foto)berkata projek berkenaan yang diuar-uarkan sekitar 10 tahun lalu masih gagal disiapkan walaupun majlis pecah tanah tapak perumahan berkenaan sudah dua kali diadakan.
Dalam masa yang sama, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kerajaan pusat akan membina 10,000 rumah mampu milik melalui Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Perlis dalam tempoh lima tahun ketika kunjungannya ke Perlis 3 Mac lalu.
"Sejak 10 tahun lalu, kerajaan Umno-BN Perlis gagal menepati janji untuk menyediakan kemudahan perumahan mampu milik kepada rakyat di negeri ini malah semasa majlis pecah tanah kedua jumlah rumah mampu milik yang dijanjikan berkurangan dari jumlah asal.
"Dahulu semasa Dato' Seri Shahidan Kassim menjadi Menteri Besar, majlis pecah tanah telah diadakan di tapak berkenaan pada tahun 2003 oleh Menteri Kewangan 2 pada masa itu, Dato' Dr. Jamaludin Jarjis. Bila Menteri Besar bertukar kepada Dato' Ser Md Isa Sabu pun telah diadakan majlis pecah tanah di tapak yang sama pada tahun 2011 yang lalu.
"Yang kita nampak, tapak tersebut dulunya semakin semak dan telahpun dibersihkan kemudiannya semak-samun tumbuh semula dan kini telah dipasang pagar seolah-olah projek akan dimulakan, namun kita belum nampak sebarang progres selain sebuah pejabat tapak yang telah disiapkan untuk pembangunan perumahan komersil," jelasnya.
Dalam kunjungan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ke Perlis 3 Mac lalu, beliau mengumumkan Kerajaan Pusat akan membina 10,000 rumah mampu milik melalui Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Perlis dalam tempoh lima tahun.
Projek rumah mampu milik di KUbang Gajah yang belum disiapkan sejak 10 tahun lalu |
Mengulas lanjut, Hairy berkata projek asal perumahan tersebut adalah untuk membina sejumlah 1,907 unit rumah mampu milik di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Bagaimanapun bila Md Isa mengambil-alih tampuk pemerintahan, projek yang diuar-uarkan pula adalah projek pembinaan perumahan bercampur sebanyak 1,508 unit rumah dan lot kedai di atas tapak yang sama.
"PAS Perlis melahirkan rasa kesal kerana projek ini masih belum dapat dimulakan sehingga hari ini. Kita juga melahirkan rasa simpati kepada sebahagian rakyat yang berhajat untuk membeli rumah mampu milik kerana jumlah asal yang disebut pada zaman Shahidan adalah sebanyak 1,907 unit tetapi kini telah dikurangkan kepada 1,508 sahaja dan membabitkan pembangunan keomersil. Jumlah ini sudah berkurangan hampir 400 unit. Jadi, manakah janji kerajaan BN untuk menyediakan rumah untuk rakyat?.
"Baru-baru ini, Najib datang ke Perlis dan umumkan projek baru sebanyak 10,000 unit untuk limat tahu. Projek yang dah 10 tahun pun belum bermula, ini nak buat yang baru. Adakh ini hanya satu janji politik menjelang pilihanraya?," soalnya.
No comments:
Post a Comment